Tuesday, March 27, 2018

Si Buruk Rupa



SI BURUK RUPA-CERPEN



AKU pandang kiri kanan depan. Belakang je aku tak pandang. Sebab cerita versi hantu cakap JANGAN PANDANG BELAKANG. 

Kemudian aku mencebik. 

Lelaki hodoh dengan perempuan cantik. 

Perempuan hodoh dengan lelaki hodoh. 

Lelaki hensem dengan perempuan cantik. 

Tak aku jumpa lagi setakat ni,  lelaki hensem dengan perempuan hodoh. 

Hodoh dalam erti kata lain, ada jerawat, gemuk, hitam dan mungkin lebih lagi. 

Ada apa dengan cantik? 

Kalau perempuan takde lah memilih mana. Kenapa lelaki hensem mesti memilih. Lagi bengang bilamana dia hensem, dia main kutuk je yang hodoh ni. 

Eh! Ada jugak lah aku sumpah jadi hodoh macam katak nanti. Nak ke… 

Sikit-sikit nak belahkan perempuan. Kenapa perempuan ni baik sangat ke? Tak memilih? Taklah! Aku tak menangkan perempuan pun. Aku cakap je. 

Ni yang aku nampak depan mata kepala aku sendiri. 

Memang realiti lelaki hensem tak nak bergandingan dengan perempuan tak lawa. Bila perempuan lawa macam terima seadanya je lelaki buruk-buruk tu. Ha ha. 

Kutuk lagi kau wahai Dina Eliza. Cukup cukuplah tu buat dosa free. Okey! 

Jap aku sedapkan hati kau sikit kaum Adam. Ada je lelaki yang tak memilih. Soalnya sekarang mana kau wahai Adam yang tak memilih rupa tu. Sungguh saat ni aku dambarkan kau supaya muncul kat depan aku ni. Gatal! 

“Dina! Kau berangan apa nya?” 

Tepukan lembut ke bahuku buatkan aku pandang Syafina di sebelah. 

Aku jeling kemudiannya. Dia yang baru balik dari tandas, aku pula jadi mangsa lepukan magik dia tu. Mana tak magiknya kalau lepuk aku je mesti ada kesan biru. Tak biru ungu! 

“Apa…” 

“Eh! Sedap kan cerita beauty and the beast tadi.” Ucap Syafina. 

Kami berdua dah pun melangkah pergi dari tempat syaitan beranak pinak tu. Mana lagi kalau bukan tandas. 

Aku mencebik. Memang lah sedap! 

Kan betul aku cakap. Perempuan boleh terima lelaki seadanya. Tengoklah cerita beauty and the beast tu. 

Tapi kan… dalam dunia realiti ni wujud ke orang yang boleh terima kekurangan orang lain. Macam tak wujud je. Kalau ada, tolonglah tunjukkan. Supaya menyampah aku ni boleh berubah. Menyampah dengan orang yang ajet ajet hensem. Ajet ajet lawa. 

Lawa dan hensem kalau peribadi hensem boleh buat aku jatuh cinta. 

Masalahnya… kalau dah diberi kesempurnaan, perlekehkan yang tak sempurna. Itu berdosa nama dia… 

“Tengok tu! Berangan lagi. Kau kenapa?” 

Aku pandang Syafina. Memang aku tengah berangan pun. Bukan beranganlah! Aku tengah fikir. Aku ni kan manusia kreatif. Perasan! 

“Kau rasa kan Fina… ada ke lelaki atau perempuan yang hensem, yang lawa nakkan pasangan buruk rupa?”

Soalan aku buatkan Fina pandang aku. Tak lain tak bukan mestilah tengah kaitkan diri sendiri.

“Dah mula lah tu… hish!” Syafina mendengus. Suka sangat merendah diri Dina Eliza ni.

“Aku cakap je. Rileks ar!”

“Dina. Dina. Kau tahu tak cerita tadi buktikan yang cinta sejati tu wujud. Cinta lahirnya dari hati. Bukan dari mata!” Syafina dah buka usrah percuma pada aku.

Rasa nak kenakan Syafina pulak!

“Dan dari mata turun ke hati! Orang sekarang tengok pakai mata yang sebelah dia tu telinga, bawah nya hidung. Tak pakai guna mata hati pun.” Kemudian aku ketawa.

“Aduh!”

Aku menjerit bila tangan Syafina dah mendarat di lengan aku.

Rasa macam Mall ni kami yang punya. Nasib baiklah masing-masing macam tak berapa nak dengar jeritan aku. Maklumlah. Dah nama pun Mall. Jalan sibuk dengan pasangan, dengan keluarga. Mana nak perasan orang sekeliling pun.


*****
“KITA putus!” Ucap Azran. Dalam nada yang cukup tegas.

Mengalir air mata aku.

“Kau dah tak cantik macam dulu Dina! Sekarang ni aku tengok kau pun aku boleh muntah hijau. Jangankan nak hidup satu bumbung dengan kau. Tidur sekatil dengan kau. Kalau aku terpaksa macam tu. Aku rela aku jadi buta.” Ucap Azran lagi.

Aku dan Azran bakal berkahwin tak lama lagi. Malang yang menimpa aku tak pernah aku minta. Ni ujian dari Allah. Siapa aku nak lawan dengan Allah. Sedangkan, yang jadikan aku pun adalah Allah. 

“Jangan! Please Ran. Nanti Dina akan buat pembedahan plastik. Dina janji.” Rayu aku dalam sendu.

Kali ni aku dah melutut pada Azran. Lelaki yang aku kira hensem di mata aku. Yang bertakhta di hati aku yang paling dalam. Sampai hati.

Kerana satu sebab Azran sanggup lupakan cinta mereka.

Azran pandang Dina. Penuh rasa benci. Dia larikan kakinya dari dipegang oleh aku.

Sentap. Sentap.

Jijiknya aku sampai macam tu sekali Azran buat.

“Buat pembedahan pun mesti dah tak sama dengan wajah asal kau dulu Dina. Sumpah! Demi Allah aku tak boleh terima diri kau sekarang. Cacat! Nanti dengan aku aku sekali cacat akal.” Hina Azran lagi.

Betapa hinanya aku di mata Azran. Allah! Allah.

Kenapa Kau turunkan ujian seberat ni pada aku. Aku meraup wajah yang dah lencun dengan air mata.

Tak guna dah merayu. Tak guna melutut. Tak guna menangis. Lelaki yang bernama Azran ni dah pun bencikan aku. Sekelip mata semuanya berubah. Sumpah aku tak percaya. Aku ingatkan sayangnya Azran pada aku dari hati. Bukannya dari wajah.

Nasib malang menimpa aku bila mana aku dengan niat baik nak tolong budak-budak di kampung abah aku yang sibuk nak main dengan api. Entah macam mana api tu boleh sambar ke muka aku. Mungkin sebab aku terlalu hendap kan muka aku pada api kut.

Lagipun dalam api yang budak-budak tu main macam ada tin. Apa benda entah mainan budak-budak sekarang. Sumpah bahayakan diri. Dan aku pun sibuk nak join sekali.

“Mulai hari ni kau jangan dekat dengan aku lagi. Lalu depan aku pun jangan. Sebab aku jijik pandang muka kau ni Dina Eliza!”

Lepas je berkata-kata, Azran terus je berlalu pergi.

Orang yang lalu lalang di lorong tepi Mall langsung aku tak hiraukan. Aku nangis sepuas hati. Cukuplah dihina. Cukup aku tahu yang Azran tak ikhlas dengan aku.

Terima kasih Allah. Kau selamatkan aku dari lelaki yang tak ikhlas dengan aku. Langsung tak ikhlas! 



*****
“HAA…”

Aku tersentak bila ada tangan kasar yang menyapa di belakang aku. Segala kenangan aku dengan Azran terus berlalu pergi.

Aku pandang Baba, Encik Hafiz dan aku berikan senyuman manis.

Dalam hidup aku sekarang ni hanya ada Encik Hafiz. Ibu aku, Puan Shima dah lama tinggalkan kami berdua. Sejak aku berumur lima belas tahun. Dia mengidap barah otak. Sejak dari tu baba yang besarkan aku dengan penuh kasih sayang.

“Boleh baba duduk ke?” Soal Encik Hafiz seraya labuhkan punggung di depan aku.

“Kerusi tu takde tulis nama Dina pun. Jadi, baba boleh lah duduk.” Aku sengih.

Saja kenakan baba. Bukan selalu pun. Baba sibuk kerja. Aku pula sibuk dengan belajar. Bila cuti je boleh duduk macam ni. Kadang tu, cuti pun baba keluar. Kerja. Mestilah discussion dengan pelajar-pelajar dia. Macam-macam agenda baba. Semestinya dengan pelajar lah.

Dan aku… bila baba takde, aku akan keluar dengan Syafina. Bosan kut duk rumah yang takde penghuni langsung. Bosan lagi kena bercakap je dengan dinding kaler biru muda tu.

“Kiranya kalau ada tulis nama Dina, baba tak boleh duduk lah?” Soal baba semula. Juga dalam mood bergurau.

Aku berfikir.

“Tengok lah dulu! Bergantung pada mood. He he.”

“Kedekut ya!”

Aku dan baba akhirnya sama-sama ketawa.

Diam.

“Macam mana belajar?” Soal baba.

Aku berumur dua puluh enam tahun dan sekarang ni tengah sambung ijazah doktor falsafah dalam bidang sains psikologi di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur.

“Boleh la kut. Baru je mula ni baba. Tak tahu lagi macam mana. So far nampak supervisor Dina tu macam boleh kompromi.” Jawab aku.

Terbayang wajah Doktor Zainuddin.

Baba mengangguk.

“Baguslah tu. Baba percaya Dina mampu.”

Kini giliran aku pula yang angguk. Diam lagi.

“Dina…” Encik Hafiz hanya pandang je wajah aku.

“Hm…”

Aku balas pandangan baba. Macam tahu je apa yang baba nak cakap.

“Bila nak buat pembedahan plastik? Baba ada duit.”

Soalan yang sama hampir setiap bulan. Nak cakap setiap minggu macam melampau tapi itu hakikat sebenarnya. Memanglah baba ada duit. Baba ni pensyarah kut.

“Kenapa ba? Tak cantik ke muka Dina macam ni?” Aku melawak.

Hampir separuh pipi aku terbakar dek api tersebut. Boleh dikategorikan sangat teruk. Sebab tulah Azran jijik dengan aku.

Azran? Dulu aku stres bila fikir pasal Azran. Sekarang? Aku gembira. Aku bersyukur. Sekurangnya Allah dah tunjuk dulu siapa Azran tu. Lagi bersyukur Azran tak jadi suami aku lagi.

Sekarang ni, sebut je nama Azran, aku dah tak rasa apa-apa. Aku boleh tersenyum gembira. Anggap jelah Azran tu tak pernah wujud dalam hidup aku ni.

“Eh! Eh! Dah sampai mana ni? Paris?” Soalan baba bawa aku ke alam nyata semula.

Abaikan Azran.

“Ha ha. Sorry baba. Baba tanya apa tadi?”

“Hish kau ni. Baba nak kamu buat pembedahan plastik. Baba tak sanggup tengok Dina derita lagi.” Risau dengan anaknya, Dina.

Aku pegang tangan baba.

“Ya ba… Dina janji memang Dina akan buat. Tapi… bukan sekarang. Nanti.”

Aku ada misi aku sendiri.

“Bila?”

“Bila sampai masanya. He he.” Aku menyengih.

“Dah berapa tahun Dina macam ni.” Tak puas hati baba aku ni nampaknya.

Ya! Memang dah lama. Masa aku habis ijazah aku, umur aku masa tu dua puluh empat tahun.

“Dah lama ba. Tapi rileks la. Selagi baba tak jijik tengok Dina.”

“Kita berduit Dina. Kenapa buat baba macam tak mampu?” Soal baba lagi. Sumpah tak puas hati dengan keputusan anak tunggalnya itu.

“Sebab Dina ada misi.”

Aku dekatkan wajahku seolah berbisik dengan baba.

Berkerut wajah tua tu. Digaru rambut yang dah pun tumbuh uban sehelai dua.

“Misi apa pula Dina ni?”

Aku hanya angkat kening.

“Ada lah!” Aku main tarik tali.

“Pleasee… cakap dengan baba.”

“No baba!” Gaya aku jawab dah macam Johny Johny yes papa! Kebudakan sangat!

“Ala….”

Sumpah baba sangat comel. Dia buat muka comel.

Alahai! Tu tak lain tak bukan nak minta simpati aku la tu.

“Isi lah borang minta simpati dulu.” Aku mengusik.

“Apa laman web dia?” Baba melayan.

“Hm.. hmmm.”

Aku seolah berfikir.



*****
HECTIC DAY.

Arghhh. Akhirnya berakhir dah minggu yang paling sibuk.

Berhenti menulis sekejap. Jom cari ketenangan duniawi.

Ketenangan duniawi dicari setelah cari ketenangan ukhrawi.

Aik! Macam mana tu?

Yalah! Lepas dah solat, mengaji Quran, pergi usrah selama setengah jam. Aku nak cari ketenangan duniawi pula seperti tengok wayang.

Waaa… Memang aku dengan movies sumpah tak boleh dipisahkan.

Cuma… tolonglah jangan suruh, paksa aku tengok cerita horror. Aku tak sanggup. Aku tak suka. Boleh gali lubang kubur sendiri o kalau aku tengok horror.

“Saya nak tengok cerita…”

“Bagi saya dulu boleh?”

Baru je nak beli tiket wayang, dah ada orang menyampuk tak bagi salam dengan aku.

Berdiri dekat di sebelah aku pula tu.

Eh! Eh! Memang tak boleh beratur ke encik?

“Hello. Beratur boleh tak?” Soal aku.

“Please cik. Bagi saya dulu. Saya nak tengok cerita yang dah pun tayang sepuluh minit tadi.”

Lelaki itu merayu dengan baik sekali.

Aku akhirnya mendengus. Mengalah.

“Okeylah! Silakan.”

Hati rasa macam nak marah. Tapi takpela. Nasib baik takde orang yang beratur dekat belakang aku ni.

“Thank you si cantik.”

Pujian dari lelaki ni buatkan aku bulatkan mata.

Si cantik? Rabun ke? Buta ke? Perli aku ke? Tapi… Nada dia tak macam perli aku pun.

Aku mencebik.

Tak mungkin dia tak nampak muka aku yang terbakar ni. Duduk sebatu pun boleh nampak, inikan jarak sejengkal. Sumpah gila. Nak menipu pun agak ar!

“Bye!”

Terkejut aku.

Lelaki itu dah pun berlalu pergi.

“Lelaki tu tengok cerita apa? Tak menyempat.” Aku menyoal pekerja GSC.

Lelaki yang aku maksudkan tu mestilah yang dah potong Q aku tadi. Nasib baik lah aku ni baik. 

“Marvel. Memang cerita tu tayang sekali je hari ni.” Jelas pekerja kaunter tersebut.

Aku mengangguk dan berikan senyuman.

“Patutlah!”

Aku pun suka juga cerita Marvel.

Tapi sekarang ni aku nak tengok cerita karton. Nak hilangkan stres belajar.



*****
“DINA…”

Panggilan daripada baba buatkan langkah aku mati serta merta. Tergendala aku nak pergi ke bahagian dapur. Aku pandang baba. Nampak baba dah siap-siap berbaju kemeja dan slack.

“Ya baba.”

“Dina tak pergi kolej hari ni kan?” Soal baba.

Memang semalam aku ada bagitahu baba yang aku tak ke kolej hari ni. Supervisor aku tu ada hal pula.

“Tak. Kenapa ba?” Berkerut dahi aku.

“Jom teman baba ke kolej. Baba pun takde kelas hari ni sebab esok baba ada meeting dekat Kuantan. Ni, ada pelajar baba nak jumpa pula.” Terang Encik Hafiz.

Ikut baba pergi kolej? Aduh!

Pastu duduk je dalam bilik baba tu. Entah berapa lama discussion baba dengan pelajar dia.

Ah! Dah nampak dah keboringannya tu.

“Ala… jom lah!” Dan baba pun buat muka comel.

Bukan tak tahu baba dan muka simpati dia tu. Saja la tu nak buat aku serba salah.

“Sekejap je. Nanti baba belanja makan dengan wayang. Nak?”

Aku sengih. Sebut wayang je baru rasa semangat nak ikut.

“Dua movies?” Aku dah tayang muka manja. Jari, aku angkat dua jari.

“Tamak! But… no problem dear! Janji nak teman baba.”

“Okey ba. Cantik! Tunggu sekejap Dina siap-siap.” Aku buat thumbs up.

Sepuluh minit kemudian, aku dan baba dah pun bergerak ke kolej tempat baba mengajar.

“Kenapa baba cuti hari ni?” Soal aku. Buat teman bercakap. Takdelah baba sunyi sangat. Macam pergi kerja ada aku atau takde aku sama je.

“Sebab esok baba ada meeting kat Kuantan. Hari ni rehat la satu hari. Boleh je masuk kerja. Lagipun baba takde kelas jugak hari ni. Nak ikut ke esok?” Baba buat penawaran.

Pernah juga aku ikut baba pergi kursus, meeting. Sekarang ni dah lama pun tak ikut. Aku kan agak busy sekarang. Makin tinggi belajar, makin busy. Nanti kerja entah macam mana pula.

Tapi… aku pun akan dilantik menjadi pensyarah lepas habis PhD nanti. Kebetulan, PhD aku ni pun ditanggung oleh Universiti Islam Antarabangsa Kuantan. Waaa… nanti aku akan mengajar di UIAM Kuantan. Nasib baiklah sekarang aku sambung di KL.

Dan… nanti kena berjauhan dengan baba. Sedih! Takpela. Lambat lagi. Nanti suruh lah baba pindah Kuantan jugak. Ha ha. Suka hati kau je Dina Eliza!

“Malas la baba. Dina nak duduk rumah je. Lagipun esok Dina nak pergi perpustakaan dengan Fina.” 

Baba hanya mengangguk. Faham.



*****
AKU jalan-jalan di kawasan kolej milik baba. Tak jauh pun dari bilik baba. Malas nak pergi jauh sebab aku ni bukan rajin pun jalan. Waa…

“Hai si cantik!”

Jeritan dari seseorang buatkan aku berpaling. Jelik betullah panggil aku macam tu. Aku rasa macam tengah diperli hidup-hidup sekarang ni.

Aku pandang lelaki yang tak jauh dari aku.

Lelaki ni. Yang aku jumpa dekat GSC baru ni. Apahal dia ni ada kat sini?

Lelaki itu mendekat.

“Apa?” Soalku kasar.

Aku tak sukalah nak tandatangan perjanjian saudara dengan mana-mana lelaki. Tambah lelaki hensem di depan aku ni.

Aduh! Sekali tengok macam Saharul Ridzuan. Memang fanatik ah minat aku dengan SR sampaikan aku nampak laki depan aku ni dah serupa dia.

“Hai si cantik…” Panggil dia lagi.

Sambil pandang aku dan tersenyum.

Aku melopong. Hah? Sudah! Ke dia ni cacat ek? Memang tahu sebut perkataan tu je.

Tapi… hari tu dia cakap dengan aku pasal tiket wayang tu?

Hish. Hish. Aku geleng kepala.

“Geleng apa tu?” Tegur lelaki di hadapan aku ni lagi.

“Er…”

Aku pandang dia semula.

“Awak ni mereng ke panggil saya “si cantik”? Ke awak buta.” Geram jugak aku.

Aku rasa macam kena perli teghuk ni.

Lelaki itu ketawa.

“Apa yang mereng nya? Kalau buta macam mana saya boleh cam awak si cantik?” Soal lelaki itu lagi. Masih dalam mood ketawa lagi.

“Saya tak cantik! Please jangan panggil saya macam tu. Sumpah saya tak suka.”

Aku tak senang. Aku pandang ke depan. Tak pandang lelaki di sebelah tu. Luas kawasan kolej ni. 

“Awak cantik. You’re so pretty. Cantik dari dalam. Saya pandang awak dengan mata hati saya. Bukan guna mata kasar.” Perlahan je suara lelaki tersebut menusuk masuk ke dalam hati aku.

Aku terkedu. Terus aku pandang anak mata milik dia. Cari kebenaran.

Betul ke? Wujud? Memang wujudlah lelaki ni? Betullah cerita beauty and the beast tu?

Ah! Jangan terpedaya Dina.

“By the way thanks for your praise. Segala puji bagi Allah. Kecantikan milik Dia.”

Jawapan paling baik.

Masa aku ambil master dulu aku pernah hadir satu ceramah ni.

Dia cakap bila ada orang puji kita, kembalikan pujian tu kepada Allah. Sememangnya Allah lah yang layak terima pujian tersebut. Jauhkan kita daripada riak juga.

“Bukan je baik. Juga cantik.” Puji lelaki itu lagi.

“Stop puji saya pleasee…” Aku seolah merayu.

Tak sukalah bila kena puji. Aku tahu diri aku macam mana. Keadaan aku macam mana. Kadang, tak setanding dengan pujian yang orang tu bagi pada aku.

“Nama saya Haris.” Lelaki itu perkenalkan.

Lawa nama dia.

“Syed Haris Iskandar.” Kata Haris lagi.

Hish! Nak cakap nama panjang pula dah…

“Dina.”

“Dina Eliza.”

Nada yang sama macam Haris, sebijik. Aku tiru.

Buatkan Haris ketawa. Lucu.

“Cantik nama. Secantik orangnya.”

Aduh! Lelaki ni memang kaya dengan pujian agaknya. Ke memang ni jenis lelaki bila nak mengayat.

Yuck! Takkan kut… dia nak mengayat aku.

Agaklah Dina! Kau tu… hish! Malas nak cakap.

“Awak pelajar kolej sini ke?” Soal Haris lagi.

Aku menggeleng.

“Er…”

“Awak! Awak! Jumpa lagi boleh? Saya ada discussion dengan lecturer saya. Alamak! Dah lambat.” 

Belum sempat aku nak jawab bukan, Haris dah cakap semula.

Oh! Maknanya Haris ni pelajar lah. Eh! Nampak macam dah tua.

Waa… ha ha.



*****
DI dalam bilik, aku tengah baca tesis milik supervisor aku.

Tesis yang dah siap, setebal tiga kapit kamus dewan.

Waa… aku baru je baca suku daripada tesis tu. Gila!

Memang dah jadi wajib seorang pelajar PhD mesti wajib baca tesis. Kajian. Buku. Nak menulis kena ada ilmu. Takde ilmu nak tulis apaaa…

Pintu bilik aku diketuk.

“Ya baba… masuklah. Pintu tak kunci pun!” Aku jerit dari dalam bilik.

Jam tika itu tepat pukul lapan malam.

“Dina… buat apa tu? Mari lah turun bawah. Boleh kenal dengan pelajar-pelajar baba.”

Memang aku dah sedia maklum, malam ni pelajar baba nak datang ke rumah kami. Mereka ada discussion pasal apa entah. Yang pasti mestilah tesis. Sebab baba mengajar pelajar PhD juga.

Baba lebih fokus pada pelajar tahun akhir untuk setakat ni. Sebab tu lah baba sikit punya busy.

Aku pandang baba. Baba hanya berdiri tegak je di dalam bilik aku sebelah pintu.

Aku mengeluh.

“Ba…” Panggil aku.

“Dina malu?” Soal baba semula.

Aku hanya diam.

Baba dah mendekat dengan aku. Dipegang tangan aku.

“Kalau malu jalani pembedahan plastik Dina. Baba ada kawan doktor. Dia boleh buat. Baba dah pun bincang.” Bersungguh baba terangkan.

“Bukan sekarang ba…”

“Kalau macam tu. Mari lah turun. Pelajar baba tanya baba tinggal dengan siapa. Baba cakap dengan anak. Semua pun pelik Dina tak tunjuk muka. Mari… boleh buatkan air untuk mereka.” Ajak baba lagi.

“Baba…”

Aku pegang tangan baba yang menarik tangan aku mahu berlalu pergi.

“Apa?” Soal baba. Lembut.

“Baba tak malu ke tunjuk Dina ni pada pelajar baba?”

Aku sebenarnya malu. Kalau keluar di hadapan pelajar baba, maknanya mereka tahu yang Dr Hafiz ni ada anak yang hodoh. Kategori cacat. OKU. Cacat tu tak hina, manusia yang selalu “hina” kan orang hodoh.

“Dina. Look at me.”

Baba dah pegang kedua belah pipi aku. Aku hanya mengikut.

“Selamanya Dina tetap anak baba. Cantik ke hodoh ke, tetap anak kesayangan baba. Okey? Come.” 

Aku terharu. Terharu dengan keikhlasan baba.

Saat yang lain buang aku. Baba tetap terima aku seadanya. Inilah hadiah yang tak ternilai yang Allah kurniakan buat aku. Terima kasih Allah.



*****
“DINA!”

“Haris!”

Keduanya pun nampak terkejut. Berdiri tegak di ruang tamu. Baba apatah lagi. Yang lain hanya memandang.

“Kamu berdua ni kenal ke?” Soal baba pelik.

“Er…”

Dua-dua pun macam gagap. Kelu lidah. Tak tahu nak terangkan dari mana.

“Kenal macam tu je baba.” Jawapan selamat aku kira.

“Haah Dr Hafiz.” Haris pula mengiyakan.

Baba ketawa. Dia peluk bahu aku.

“Kecilnya dunia."

"Dina… Haris ni anak kawan baba. Dr Munira. Mengajar di kolej baba bekerja juga.” Terang baba. 

Tahulah aku yang Haris ni pun anak pensyarah juga rupanya.

Aku hanya mengangguk.

“Awak pelajar baba ya?”

“Er… maksud saya Dr Hafiz.”

Baba tu panggilan spesial dari aku je untuk baba. Apa daa Dina ni.

Masa ni baba dah ke dapur.

“Haah. Pelajar PhD. Dah tahun akhir.” Ucap Haris.

Aku sengih.

Haris mengambil tempat duduk nya semula.

Aku pandang yang lain yang tengah memandang aku. Semua pun lelaki. Berjumlah lima orang. 

“Hai!” Aku menegur.

“Hai!”

Yang lain juga serentak membalas.

Itu je.

Kemudian masing-masing dah sambung mengadap laptop. Aku tengok buku mereka yang semuanya pun tebal-tebal. Semua buku tersebut tajuk yang ada kaitan dengan law.

Law? Er… aku surrender awal.

Sumpah aku tak boleh nak ngam dengan subjek law ni. Semua pun fakta. Nak kena ingat nombor lagi. Tahun lagi. Akta lagi.

Apaa daa…

Aku pandang ke pintu masuk dapur. Baba dah pun keluar dengan sedulang air milo.

“Ba…” Aku terus meluru.

Tadi baba yang suruh aku bancuh air. Alihnya, baba pula yang buat air. Aduh baba ni!

Aku terus mengambil air dari baba.

Tak perasan Haris leka memerhati hinggalah mata kami berdua bersabung. Terus ketar tangan aku.

Aduh! Janganlah dulang ni terlucut dan cium lantai.

Satu kerja pula nanti nak jadi bibik kat rumah sendiri.

Alhamdulillah! Selamat dulang mendarat di atas meja kecil di ruang tamu.

“Jemput minum.” Pelawa aku.

“Dina. Tolong baba ambil biskut tawar kat dapur. Baba dah masukkan dalam pinggan. Tak muat dulang tadi nak angkut sekali.” Arah baba.

Aku mengangguk.

Tanpa membuang masa, aku berlalu pergi dari situ.

Dua minit kemudian, aku bawa pinggan berisi biskut tawar. Aku letakkan di atas meja. Sebelah dulang air.

“Jemput makan, minum dulu semua. Air dengan biskut je. Maklumlah, saya bujang.”

Baba berbahasa. Kalau lah semua pensyarah pun macam ni memang bagus kan. He he.

“Eh! Takpe dr. Ni pun okey dah.” Jawab pelajar baba.

Semua pun dah mengadap makanan dan minuman.

“Isteri dr mana?” Soal pula pelajar yang seorang lagi.

Aku masih setia di sebelah baba. Sekali sekala mata aku dengan Haris bersatu. Berdebar urat jantung aku. Rasa sesuatu.

“Isteri saya dah lama meninggal. Saya tinggal dengan anak saya yang ni je. Dina.”

Steady je baba bercerita.

Yalah! Isteri dah lama meninggal. Bukannya masih baru.

Masing-masing tayang muka simpati. Dapat tahu berita sedih.

“Maaf dr. Tak tahu.”

Macam berjanji pula. Semua pun mohon maaf.

Aku dan baba berpandangan dan senyum.

“No lah! It’s okay.”

“Makan. Makan.” Jemput baba lagi sekali.



*****
“AWAK…”

Panggilan daripada Haris!

Aku memang tahu sebab Haris seorang je yang belum balik lagi. Yang lain dah pun balik ke rumah masing-masing.

Baba naik ke bilik untuk solat isyak. Aku je yang lepak di luar rumah. Di taman mini arwah ibu ku dulu. Ni je peninggalan arwah yang aku rasakan dekat je bila aku dan baba lepak kat sini. Hasil tangan ibu ku sendiri.

“Awak dah kerja ke masih belajar?” Soal Haris.

Kini, dia dah pun duduk di depan aku. Haris hanya pandang aku buat aku rasa tak selesa.

“Belajar lagi.”

“Tak sangka awak anak Dr Hafiz.” Luah Haris.

“Kenapa?” Soal aku pelik.

Haris hanya pandang aku dan tersenyum.

Aku rasa aku sentap.

“Awak ejek saya?” Tebak aku.

Berkerut dahi Haris.

“Dah kenapa pula saya nak ejek awak?” Soal Haris. Dengar ikhlas.

“Saya tahu saya tak lawa. Saya pun tak mintak jadi macam ni. Saya pun tak suruh awak dekat ngan saya. Kalau awak jijik, janganlah dekat dengan saya.”

Aku jadi emosioanal tiba-tiba.

Ni semua sebab Haris yang hanya pandang dan senyum. Aku rasa macam dia tengah ejek aku dalam hati.

“Isk! Apa awak cakap ni Dina? Saya tak pernah pandang rendah kat awak. Apatah lagi nak jijik dengan awak. Jangan tuduh saya macam tu please!” Tegas sikit suara Haris.

Betul ke apa yang Haris cakap tu?

Ah! Lelaki semua sama.

Azran. Azran pun jijik dengan aku. Takkan Haris yang jauh lagi hensem dari Azran ni tak jijik dengan muka aku? Orang yang ada jerawat je pun adakala rasa jijik, nikan pula muka yang terbakar separuh wajah. Cuba bayangkan macam mana.

“Betul ke awak tak jijik dengan saya?” Aku mencebik.

“Semua orang pun jijik dengan saya.” Haris senyum.

“Semua orang? Awak dah tanya satu-satu ke Dina? Jangan cakap macam tu nanti jadi fitnah.” Nasihat Haris.

Dan… nasihat dia buat aku pandang Haris serta merta.

Wujud ke lelaki yang macam depan aku sekarang ni? Ke Allah tengah kirimkan seorang malaikat untuk aku? Waa… siapa tak jatuh cinta dengan orang yang baik?

“Tak kesah awak macam mana pun. Saya takde hak nak pandang rendah dengan kuasa Allah. Semua yang jadi ni kehendak Dia. Walaupun saya tak tahu apa jadi pada awak. Never mind. Saya ikhlas kawan dengan awak. Sejak kita jumpa dulu, saya tahu awak seorang yang baik. Mungkin wajah awak buruk, tapi hati awak cantik.”

“Orang kata, wajah buruk boleh diubati. Kalau hati yang busuk, susah nak ubati. Betul kan?”

Kata-kata macam ni lah yang aku nak dengar sejak dulu selain daripada mulut baba dan Syafina.

Allah! Kau benar-benar buat aku jatuh cinta.

Si buruk dah jatuh cinta dengan si hensem.

Dina. Dina… jangan cepat percaya. Jangan terbuai dengan pujian dia. Nasihat hati Dina.

“Ehem.” Dina batuk.

Dia betulkan duduk. Ada betul kata hatinya itu.

“Sudi kan awak berkawan dengan saya, Dina?”

Soalan Haris kali ni buatkan aku tak senang duduk. Rasa macam nak tenggelam dalam rumput karpet milik ibu aku ni.

Apa ni? Kawan? Usia aku ni aku perlukan kawan lelaki lagi ke?

Waa… tak! Aku perlukan roomate. Ha ha. Sumpah gatal. Hodoh hodoh pun tetap gatal juga.

Kenapa? Yang hodoh takde perasaan ke? Huh!

“Kawan macam mana tu?”

Er… tersasul pula soalan gila dari mulut celupar aku ni.

Hati… kau memang win!

“Kawan macam mana? Em.. nak lebih dari kawan pun boleh.”

“Hah??”

Terkejut beruk aku dibuatnya.

Haris benar-benar buat aku mati sebelum ajal menjemput.

Adakah ni kisah dayang senandung? Dengar suara je terus jatuh cinta.

Aku ni? Pandangan kali pertama ke?

Kalau pandang muka terus jatuh cinta tu nama dia cinta sewel.

Kalau pandang mata hati… aku rasa bengkak je dengan dia masa hari pertama jumpa tu…

Yes! Sebab aku nak marah tapi aku sabar kut… sebab tu dia nampak mata hati aku yang terjengul keluar. Ha ha.

Merepek kuasa sepuluh kau Dina!



*****
YA ALLAH.

Sumpah. Aku tak sangka. Khabar berita daripada baba sebaik dia pulang dari kolej memang mengejutkan aku.

“Dina! Haris nak masuk meminang kamu. Dia cakap dia ikhlas dengan kamu.”

Ni lah ayat yang buat aku pura-pura pengsan dekat tangga. Nasib baik belum panjat anak tangga. Kalau tak sia-sia je aku jadi nangka busuk tergolek sampai ke bawah semula.

Telan liur aku.

Meminang? Masuk meminang?

Waa… baba cakap lepas je Haris habis PhD nanti dia akan suruh keluarga dia masuk meminang aku.

Waa… aku teruja.

Tapi… boleh kah burung hantu bersama burung merak?

Aku ni burung hantu. Hodoh. Haris tu merak. Hensem. Semua orang pun berkenan.

Kenapa aku? Ah! Bila tanya.

Jawapan Haris cukup mudah. Sebab Dina cantik dari pandangan hati. Bersih sangat agaknya hati Haris tu sampai boleh tembus pandang hati aku. Kueng!

“Dina… baba rasa…”

Entah dari mana baba datang, tiba-tiba je.

Belum sempat baba ulang tayang ayat yang sama, aku terus menyampuk.

“Dina dah sedia ba…” Aku jawab dengan riang.

Baba tersenyum.

“Betul ke ni Dina??” Baba teruja.

“Ya baba!”

“Apa yang buat Dina setuju tiba-tiba? Haris?”

Aku geleng. Eh! Angguk.

“Apa ni? Angguk angguk, geleng geleng ke?” Soal baba tak puas hati.

“He he. Baba ingat tak Dina cakap Dina ada misi Dina sendiri?”

“Ingat.” Berkerut dahi baba.

“Misi apa? Misi Dina dah berjaya ke sekarang ni?” Soal baba lagi.

Pening juga layan Dina ni.

Aku angguk.

“Yep! Misi Dina nak cari cinta sejati ba… yang boleh terima Dina seadanya. Bukannya sebab kecantikan. Kecantikan tu akan pudar ba. Bila dah tua, tak cantik mesti kena tinggal kalau nawaitu nakkan Dina sebab cantik.”

“Dan…”

Baba baru nak cakap, aku menyampuk lagi.

“Dan Haris is the one yang pilih Dina bukan sebab Dina cantik.”

Rasa sebak pula.

Haris orangnya hensem. Memang Haris pilih aku bukan sebab cantik. Wajah aku dah takde seri kecantikan. Ada rupa muka terbakar je.

Keputusan ni diambil sebab Azran. Azran yang buat aku nak buat eksperimen pada lelaki. Mana-mana lelaki yang meminang aku dalam keadaan aku macam ni, merekalah yang ikhlas. Yang layak untuk aku jadikan suami aku. Bukan yang spesis Azran tu. Muka takdelah hensem sangat pun. Tapi memilih.

Yalah! Memang masa depan Azran yang tentukan sendiri pun. Tunggulah. Hukum karma tu ada. 

Baba mengangguk faham.

“Memang baba kenal Haris seorang pelajar yang tak sombong. Mak ayah dia pandai didik dia jadi seorang yang baik sampai macam tu sekali.”

Terbayang di layar Encik Hafiz wajah pelajar dia yang kacak dan baik. Tak berlagak langsung.



*****
Enam bulan kemudian,

AKU, Dina Eliza Muhd Hafiz selamat jalani pembedahan plastik, selamat menjadi tunangan orang. Haris Iskandar dan bakal berkahwin tak lama lagi.

Haris dah pun tamat belajar, alhamdulillah dan dah pun bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti yang telah menaja belajar dia selama ni. Lengkap! Perfect!

“Cantik sangat Dina…” Puji Haris.

Tika itu aku dan Haris makan di Marry Brown.

Berita aku nak buat pembedahan plastik dulu mengejutkan Haris. Kata Haris dia terima seadanya diri aku. Tak perlu habiskan duit nak buat pembedahan plastik. Sejujurnya, habiskan duit baba. Ha ha.

Ni yang buat aku touching tak ingat dunia.

“Of course saya nak cantik untuk awak yang hensem!” Jawab aku.

Mudah!

Macam gedik kuasa lima sangat kan. Boleh muntah hijau siapa je yang dengar.

“Haruslah cantik. Bakal isteri siapa.” Jawab aku.

Menyuakan ayam ke dalam mulut.

Haris mencebik.

“Pantang dipuji. Mulalah nak selak kain sendiri.”

Automatik aku pandang muka hensem milik Haris. Terlopong. Hah?

“Peribahasa apa tu… tak pernah dengar pun.”

“Peribahasa saya lah!”

“Yuck! Awak bukan pakar bahasa pun. Dah, jangan rosakkan bahasa. Menangis cikgu bahasa melayu awak nanti kang.”

“Ha ha!” Haris ketawa.

“Dina…” Panggil Haris.

“Hm…”

Mulut masih lagi menguyah. Tak dipandang pun wajah Haris.

Aku ni… kalau makan memang lupa wajah hensem Haris. Kalau tak hensem lagi lah aku tak layan. Hensem lagi makanan aku. Waka waka. Ha ha!

“Saya nak awak tahu… saya pilih awak sebab saya ikhlas. Saya nampak kebaikan dalam diri awak.”

Eh! Ayat ni macam selalu je ulang tayang depan aku.

Kali ni aku pandang Haris.

“Ya! Ya! Saya tahu awak ikhlas. Dan saya pun ikhlas buat semua ni untuk awak. Dulu, baba selalu paksa saya buat pembedahan plastik. Saya tak nak sebab saya nak jadi puteri katak.”

Aku gelak sekejap.

“Bila cinta sejati datang… ting! Saya terus jadi cantik.”

Haris cebik lagi.

Mulalah tu buat poyo dia.

“Saya tak cium awak pun. Dongeng tu putera katak kena cium.”

“Hish awak ni! Tu putera katak. Saya puteri katak. Mana ada adegan cium. Putera katak tu sebab dia gatal.” Jawab aku.

“Alah! Usik sikit pun nak marah. Period eh?” Usik Haris lagi.

“Hello! Jadual period saya bukan urusan awak eh.”

Aku bagi amaran.

Mana boleh. Walaupun sekadar tarikh. Rahsia aaa. Nanti dah kahwin takpela. Sekarang ni puasa dulu tauuu.

Bak kata Fatimah Syarha, baru lah “surprised”. Indahnya saat berbuka. Ha gitteww!

“Ya! Ya! Garang aih anak Dr Hafiz ni.”

“Wajib lah. Bukan harus.”



*****
“DINA! DINA!”

Suara panggilan dari belakang buatkan aku dan Haris berpaling. Terhenti tangan aku mahu menyuakan aiskrim McD ke dalam mulut.

Azran!

Tak. Tak berdebar pun.

Cuma pelik kenapa nak tayang muka dia depan aku. Bukan ke dulu dia tak nak tengok aku ke. 

Terkejut lagi. Kenapa jadi macam tu? Soalan pertama dari hati.

“Dina… is that you? Very beautiful. Lebih cantik dari dulu lagi.”

Dulu yang Azran maksudkan tu mestilah sebelum muka aku terbakar dan jadi hodoh.

“Saya lah ni! Kalau bukan saya, takkan kut saya berhenti dan pandang awak.”

Angkuh pulak ar jawapan aku. Menyampah jugak tengok Azran ni.

“Dina…”

Azran hanya pandang wajah aku.

Aku pandang Haris. Kemudian aku angkat kening pada Azran balik.

“Dina… I wanna to get back.”

Perlahan suara Azran tapi jelas di telinga aku. Aku pandang Haris lagi.

Kali ni Haris macam tak senang duduk. Aku cerita pasal Azran pada Haris tapi ini kali pertama je Haris nampak Azran. Ni pun lain.

Aku ketawa.

“Terkejut sekejap!”

“Sorry lah Ran. Saya tak pandang lelaki hodoh macam awak ni. Kenapa dengan mata tu dah buta sebelah ke?”

Soalan aku kalau orang lain dengar ni memang terkejut. Tapi, bagi aku ni biasa je. Aku pernah dapat penghinaan yang lagi teruk dari Azran. So what?

Azran nampak sedih. Dipegang matanya yang dah buta sebelah. 

“Terkena mercun buatan sendiri.”

Dan aku pun macam wau!

This is KARMA. Hukum karma.

“Dan dah jadi macam ni nak get back dengan saya semula. Kenapa? Takde perempuan lain ke? Sebab dah tak laku sangat eh?”

Hampir lupa aku dengan Haris di sebelah yang jadi pendengar setia. Azran geleng.

“Tak. Saya menyesal dengan kata-kata saya.”

Aku ketawa lagi.

“Well Azran. Alhamdulillah menyesal. Baguslah tu. mungkin lepas dah kena batang hidung sendiri kut.”

“Apa pun… orang cakap sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa jadinya. Sekarang ni, telanlah kata-kata penghinaan awak dulu. Mungkin awak lupa kut masa tu yang Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

“Just I want to introduce too you, this is Haris. My kindness future husband. We are loving each other. Apa yang penting dia nakkan saya bukan sebab rupa. Okey? Just hadam dalam otak.”

Bangga aku perkenalkan Haris yang hensem, dan aku yang cantik tambah perasan double.

Azran ketawa.

Dia pandang aku dan Haris silih berganti.

“Kau rasa dia ni nak kau masa kau hodoh dulu? Hey! Kalau dah nama pun lelaki memang pilih kesempurnaan la!”

Azran dah ber aku-kau.

Haris dan aku berpandangan.

Sabar Dina. Sabar. Sabar. Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus. Istighfar.

Astaghfirullah.

Okey! Good.

“Well Azran! Cakap siang pandang-pandang tau. You’re totally wrong!”

“By the way Ran, tak semua orang macam kau. Pilih rupa. Orang yang takde agama. Yes! Kesempurnaan adalah segala-galanya. Boleh jadi juga nafsu segalanya. Tapi… orang yang berilmu ni. Contoh macam Haris. Kesempurnaan tu bukan segala-galanya pada dia. Priority sebenar mestilah dari hati. Nilai hati sebelum tengok wajah.”

“Muka yang cantik, hati yang baik. Perfect kuasa tiga. Muka hodoh, hati baik. It’s okay. Muka boleh ubah. Macam-macam ubat yang ada sekarang. Tapi… bila muka lawa tapi hati busuk. Susah nak ubat. Tu berkaitan dengan iman, hidayah. Faham? Bukan mudah nak bentuk iman seseorang. Macam kau sekarang nilah. Busuk hati!”

“Mesti faham kan?”

“Dah! Jom sayang…”

Sengaja aku panggil sayang pada Haris. Rasa geli juga anak tekak.

Ah! Demi nak buat Azran sedar. Ha ha hah!

“Kau takkan bahagia!” Jerit Azran.

Berhenti semula aku dengan Haris. Haris ambil keputusan untuk diam. Takde hak nak campur masa lalu Dina.

Aku tepuk tangan. Aku senyum pada Azran.

Cantik! Mesti cantik gila sebab aku nampak Azran teguk liur. Tergoda lerr tu! Mesti menyesal tinggal aku yang comel ni. Ha ha.

“Orang yang takkan bahagia tu kau. Satu lagi…. Bahagia atau tak seseorang tu letaknya di tangan Allah. Bukan kat tangan kau.”

“Kalau aku bersuamikan seseorang yang perlukan kesempurnaan. Aku percaya aku TAKKAN bahagia. Bila aku bersuamikan seseorang yang ikhlas, redha. Yes! This is call my happiness. Happy ever after.” Tempelak aku.

“Dina! Aku nak kau. Please terima aku semula.”

“Eh! Kau tahu tak berdosa lamar tunang orang. Kau tak belajar agama ke?”

Kali ni Haris pula menyampuk. Mungkin tahap kesabaran dah menipis kut.

“Aku cadang kau pergi bercinta dengan puteri katak. Kau sayangi dia seadanya. Baru didik hati kau jadi ikhlas. Pergi lah. Bukan cari yang dah lawa je. Tak lawa semula tinggal balik. Yuck! Lelaki apa macam tu.”

“Eh! Dah lah! Aku doakan kau bahagia okey. Bye!”

Kali ni Azran biarkan aku mengatur langkah. Dah takde nama “Dina” menjerit di bibir lelaki itu. 



*****
“APA? Sayang?” Haris menyoal.

Tika ini aku dan dia masuk ke butik pengantin.

Aku buat tak dengar.

Mata dah pun jamah koleksi baju pengantin yang cantik-cantik.

Sungguh memukau mata manusia seperti aku yang sering bernafsu dengan benda lawa. Tak termasuk sejenis manusia.

“Dina!” Panggil Haris dibelakang.

“Ya! Ya!” Aku jawab juga.

“Tengok sini please.”

Hish! Haris ni kadang macam budak-budak la jugak.

Aku pandang Haris.

“Hm..”

“Awak panggil saya sayang?”

Aduh! Nak tanya ni aje.

“Awak dengar apa?” Soal aku semula.

Haris senyum sumbing. Gatal!

“Sayang lah. Panggil la lagi.”

Aku jeling. Merah muka aku.

“No way!”

“Please!”

“No!”

“After akad!” Tekad aku.

Tadi tu sengaja.

Entah datang dari mana kekuatan.

“Promise?”

“Ya!” Jawab aku.

Apa lah Haris ni. Dalam butik pengantin ni pun nak sweet sweet ke. Isk isk.

“Thank you sayang!”

Bahagia Haris nampaknya.

Dan aku… yuck! Errkkk…

Macam orang tercekik tulang kerbau.

Cinta sejati lahir dari hati yang bersih, yang tak pernah mati. Bukan dari bibir dan lidah yang sentiasa menipu.

Terima kasih Allah atas cinta kurniaanMu pada aku yang tak sempurna.

Terima kasih kerana selamatkan aku dari cinta palsu Azran.

Hadirkan aku seorang bidadara yang begitu ikhlas dengan cintanya.

Aku bersyukur!