Saturday, March 10, 2018

Mr Egois



MR. EGOIS-CERPEN 

AKU pandang Kak Hasmira berkali-kali. Wajah aku sikit kelat. Aduh! Aku memang tak caya dengan diri aku ni. Betul ke aku boleh buat? Dah lama kut aku tinggal. Hampir lima tahun nak masuk tahun ke enam. Whoah! Macam mana tu? 

“Rania. Awak boleh. Kak Has percaya! Cepatlah. Awak dah takde masa ni Nia.” Kak Hasmira dah gesa aku. Eh! Lagi orang gesa, lagi lah aku rasa tak yakin dengan diri aku sendiri.

Aduh! Aku tayang muka minta simpati pada Kak Hasmira. Aku takutlah. Kang jadi apa-apa nanti sape nak jawab? Aku ni anak dara tau. Aku nak kahwin dulu. Nak ada anak lagi. Merenyam!

“Awak naik la dulu. Perlahan-lahan.” Aku pandang kosong ke arah motosikal yang baru je keluar dari kedai dalam seminggu.

Aduh! Dah la ni motor si ikan paus tu.

Kalau lah jadi apa-apa pada motosikal baru ni tak ke niaya aku? Mana aku nak cekau duit nak ganti yang baru?

Eh! Kereta pesona aku tu pun masa ni lah dia nak buat hal. Rosak lah esok ke lusa ke. Bebel pulak aku ni. 

“Kak Has la bawak.”

Buntang biji mata Kak Has. 

“Kau gila ke Nia? Kak Has ni mana pandai bawak motor!”

Eh. Lupa pulak. Aduh. Biasalah. Bila dah kalut semua benda pun lupa. 

“Dah! Cepat-cepat. Berani ke takut ke kena jugak pergi.”

Kak Hasmira hulurkan dokumen klien kepada aku.

Ni lagi satu.

Kak Annur tu masa ni jugak lah tak boleh nak datang ofis amik dokumen klien. Dah aku nak kena sembah hormat kat dia. Masa ada kereta aku sendiri takpela.

Sekarang ni tinggal motosikal ni je satu-satunya kenderaan yang ada. Nak naik bas aku tak reti.

Aduh! Gawat! Apa yang kau reti ni Nia? Lama memandang...

 Kerana terpaksa aku relakan. Aku panjat motosikal LC milik Daus. 

“Aduh!”

Macam mana lah langkah aku boleh cacat pula. Tak memasal terpeleot tulang punggung dengan tulang peha aku. 

“Kenapa Nia?”

Resah muka Kak Hasmira. Takkan belum sampai lagi dah dapat penyakit kut.

Nia. Nia.

Aku dah selamat pun berada di atas motor. Aku tayang sengih. Tangan aku gosok pada peha. 

“Entah. Terpeleot kut. Lama tak naik motor.”

Ya! Memang lama gila aku tak bawa atau tunggang motor. Dah nak masuk tahun ke enam. Lama kan? 

“Hish awak ni Nia. Takde apa lah. Skill masih ada kan? Slow-slow. Cepat pergi, cepat balik. Kak Has doakan awak selamat sampai ya jumpa Kak Annur.”

Amboi. Pesanan penaja ni. Dia seronok lah duduk je bawah air cond tu. Aku jugak yang kena hadap terik matahari. Ni semua salah kereta. Salah Kak Annur. Semua lah salah. Aku je betul. 



*****
ALHAMDULILLAH. Sampai juga aku depan bangunan Maybank ni.

Aku sengih.

Kiranya, ilmu bawa motor aku tak ditelan tahun la ek? Wau! Bangga aku. Dalam-dalam takut berjaya juga redah. Akhirnya, sampai juga dekat tempat Kak Annur. Aku keluarkan telefon bimbit. Nombor Kak Annur di dial. Panggilan bersambut, tidak lama kemudian. 

“Kak Annur, Nia dah sampai ni. Akak turun lah sini.”

Nak bagi dokumen je pun. Lepas tu aku nak kena balik ofis semula. Berlambak lagi kerja aku kat ofis tu. 

“Alah Nia. Mari lah naik atas. Boleh borak-borak kejap. Tak nak jumpa Kak Annur ke?” Alah. Tayang suara sedih ler pulak Kak Annur ni. Geram betul aku. Nasib baiklah aku ni adik yang paling baik. Sudah tu kena buli dengan dua orang kakak budiman ni. Geram sungguh. 

“Yalah-yalah!”

Aku tamatkan panggilan telefon. Dokumen di tangan aku selitkan di bawah ketiak. Aku menuju ke lif. Tingkat tiga kan kalau tak silap. Nampak? Betapa lama aku tak jumpa Kak Annur. 

Yalah! Selama ni, ni kerja ikan paus tu. Tak memasal hari ni aku turun padang.

Eh! Kenapa lah terjadi semuanya hari ni. Ikan paus ada kerja pula dekat site. 

Lambat pula la lif ni. Tak tahu ke masa itu emas? Ingat aku suka ke tunggu-tunggu ni. Aku duduk betul-betul depan pintu lif. Sambil tangan tekan-tekan telefon bimbit.

Alah. Tengok jelah apa yang patut. Skroll Facebook, Twitter dan Instagram. Dah bosan tutup semula. Lima minit kemudian ulang balik kejadian yang sama. 

Pap! 
Keletung… 

Apa lah nasib malang. Dah la dilanggar. Telefon kesayangan pula jatuh.

I phone weh! Aku baru je beli dua bulan lepas. Aku dapatkan telefon bimbit aku betul-betul di tengah pintu lif yang terbuka.

Cepat! Sebelum pintu tertutup.

Lagi malang nasib telefon bimbit aku tu.

Dah ambil. Syukur!

Aku bangun. Masa untuk buat perhitungan.

Geramnya. Geramnya. Bertambah geram bila tengok skrin telefon aku retak.

Allah! Ujian lagi. Duit lagi! 

“Mata awak ni letak lutut ke?” Aku menyoal dulu. Aku geram ni. Duit aku bakal melayang. Entah boleh on ke tidak telefon aku ni. 

“Mata kau tu dok kat lutut. Yang kau tercegat macam tiang api depan pintu lif tu kenapa? Padan muka lah!” 

Eh lelaki kurang siuman ni. Dia padankan muka aku? Dah la cakap aku tiang api. Kurang asam betullah. 

“Oh. Aku tiang api? Dah tahu tiang api yang kau bodoh pergi langgar tu kenapa?” 

Cerlung mata lelaki di depan aku itu.

Haa. Belum kenal kan siapa Rania Kaisara. Sekarang kenallah. Mesti tak percaya aku cakap dia bodoh. Dah tu dia cakap aku tiang api takpe pulak?

Ewah! Hensem sangat kau! Memang hensem pun. 

“Kau ni… memang biadap! Harap muka je lawa. Tapi perangai hodoh gila!”

Eh. Dia puji aku ke? Huh. Tak kesah la. Sekarang ni dia cakap aku biadap pula. Eh mamat ni. Ada juga lah telan semua dokumen yang aku bawak ni kang! 

“Hey! Aku biadap dengan orang yang biadap dengan aku je. Ni. Telefon aku ni macam mana? Sape nak baiki?” 

“Dah biadap sangat kau baiki la sendiri. Bukan telefon aku, telefon kau. Kau tak boleh guna telefon bukan masalah aku pun. Kau takde duit, bukan masalah aku pun. Dasar minah despatch!” 

Dan lelaki itu pun terus berlalu pergi usai berkata-kata. Eh bukan kata. Tapi hina aku. Bertambah bengang aku jadinya. Dia panggil aku minah despatch. Aku pandang bawah.

Wei! Tengok pakaian lah. Aku ni pakai baju kurung, shawl, siap ber make up lagi. Cuma kasut je aku pakai sneakers. Dah nama pun bawak motor. Bengong punya lelaki. Mentanglah dia tu pakai coat bagai. Ingat hensem? Memang hensem pun. Perangai mereng pun tak guna jugak! 

Huh. Sebal nya hati aku. Rasa nak je aku langgar dia guna motor ikan paus tu. Aku tekan semula butang lif. Ni lagi satu. Dah makin lambat aku jadinya. Ni semua salah lelaki tadi. Sape ya dia tu? Kenapa dia ada kat Maybank ni? Ke dia tu pekerja dekat sini. Tiba-tiba aku ketawa. Haha. Entah-entah dia pun mat despatch jugak. Lepas tu sibuk nak hina aku ni minah despatch. 

Eh! Kalau betul pun aku despatch. Hina sangat ke kerja aku? Halal kut. Sekurangnya, kerja yang aku buat tu halal di sisi Allah. Lagi satu, aku tak jadi ular tedung macam kerja di ofis. Macam dia jugak kut. Belum waktu rehat lagi dah keluar. Gila! 

Dah sampai pun tempat Kak Annur. Aku melabuhkan punggung. Aaa. Penat gila! Aku sandar pada kerusi. Betulkan segala urat saraf. Nikmatnya. 

“Amboi Nia. Macam baru lepas panjat tangga je. Kau tu naik lif. Bukan tangga.”

Kak Annur pandang aku. Memang aku dengan Kak Annur rapat. Macam mana rapat. Sama-sama kerja juga.

Mungkin sebab aku jenis yang ngam dengan semua orang, janji orang tak cari pasal dengan aku. Macam mamat tadi tuu… mamat sengal tu juga yang aku ingatnya. 

“Ni lebih lagi dari panjat tangga tau. Ni daki gunung. Huh!”

 Pelik lagi Kak Annur pandang aku. 

“Kau daki gunung mana pula Niah weh? Macam-macam kau nilah. Ada je ideanya.”

Kak Annur sudah geleng kepala. Huluran dokumen disambut oleh Kak Annur. Sambil belek, sambil pandang aku. 

“Tengok ni.” Aku tunjukkan telefon bimbit aku yang dah retak. Entah berapa ratus pula lah melayang. Sampaikan screen pun dah tak nampak. Kalau terlalu mahal terpaksalah aku simpan dulu niat nak baiki. Guna jelah walaupun tak nampak. 

“Kenapa pulak tu?” Kak Annur pandang aku. Terkejut wajah dia. 

“Patutlah berejam tunggu kau tak muncul-muncul. Ingat kau cari jodoh dulu dekat tingkat bawah tadi.”

Sempat lagi Kak Annur nak melawak dengan aku. Aku jelingkan mata pada Kak Annur. 

“Banyak lah Kak Annur punya jodoh. Ni nama dia musuh ketat. Geram betul. Dah la salah lepas tu tak nak tanggungjawab pula tu.”

Aku membebel. Kak Annur pula jadi mangsa bebelan aku ni. 

“Mana kau tahu dia salah? Sape? Kak Annur kenal ke?”

 Aku jongketkan bahu. Kena cerita balik ke? Nanti aku emosi lah pula. 

“Memang dia lah salah Kak Annur. Dia langgar saya yang tengah tunggu depan pintu lif tu. Geram betullah. Tak tahu lah Kak Annur kenal ke tak sebab saya pun tak kenal dia. Lagi sebal dia panggil saya ni minah despatch. Entah-entah dia pun despatch juga kat sini kut.” 

Kak Annur ketawa. 

“Kalau despatch Maybank ni memang Kak Annur kenal la. Mamat. Tapi dia cuti hari ni.” 

“Entah la!”

Momok ke Mamat ke. Malas nak melayan. Makin cemberut wajah aku. Siaplah! Kalau aku jumpa dia lagi memang aku koyak mulut dia tu. Dasar ego.

Mr Egois! 



*****
SEBELUM balik ke ofis, aku singgah di warung Che Nah. Nak beli keropok, pisang. Nanti boleh makan waktu petang dengan Kak Has. Sambil borak-borak dalam ofis. Alah, bukan lama pun. Sepuluh minit je. 

Dah penat buat kerja berhenti la rehat sekejap. Bos kami pun tak pernah nak marah. Dia yang ajar macam tu. Baik kan? Aku sengih-sengih. Entah apa yang lucu.

Mungkin masih tak percaya yang aku boleh bawa motor atas jalan raya. Aku masukkan segala jenis makanan goreng yang aku beli di dalam bakul. Aku memakai helmet. Mula untuk bawa motor. Dah tak jauh dah dengan ofis aku. 

Shreeekkkkkkkkkkk….. bunyi tayar bergesel pada jalan akibat brek mengejut. 

 Pang! Jatuh dari motor. Motor dah tertindih atas aku. 

“Aduh!”

Aku mengaduh. Berkerut dahi aku. Baru je nak pusing motor ke seberang jalan sana, dah kena langgar. Macam mana lah aku tak perasan kereta Audi ni tadi. Main aci redah je kau Nia! 

Pemilik kereta Audi dah keluar dari kereta. Aduh!

Mati lah. Mati lah aku. 

Berapa pula nak kena bayar ni? Tapi dia sempat brek. 

Tapi Nia. Tetap ada perlanggaran. Ngam kena motor. 

Habis tu? Aku ni macam mana pulak? Nasib baik aku tak mati.

 Aku tertunduk. Orang ramai dah kerumun aku. Ada yang tolong angkatkan motor. 

Isk! Motor ni. Motor ni. Macam mana? Ada calar tak?

Eh! Dah terbayang duit gaji aku yang bakal terbang bulan ni.

Entahkan cukup, entahkan tidak. 

“Kamu okey tak nak?” Seorang mak cik bertanya.

“Saya okey mak cik. Terima kasih.” Yang lain hanya pandang aku. Masing-masing sudah berlalu pergi. Memberi laluan pada pemilik kereta Audi yang mungkin dari tadi tengah tenung aku.

Aduh. Aduh. Macam nak tercabut nyawa aku saat ini juga. Aku mengangkat wajah. Berani kerana benar. Memang aku yang salah sebab tak nampak kereta dia tadi.

“Kau??”

Dup dap dup dap jantung aku.

Aku pun terkejut dengan apa yang aku nampak.

Sekarang ni, aku dah tak rasa gerun. Tapi, rasa nak marah dengan apa yang jadi pagi tadi. Lelaki itu tersenyum sinis.

“Minah despatch!”

Satu penghinaan lagi. Isk! Geramnya aku!

“Hina sangat ke jadi despatch?” Soalku padanya. Nak juga tahu jawapan dari dia. Pekerjaan apa yang tak hina di mata dia. Mentanglah kau pakai Audi. So what? Ingat aku heran sangat ke?

“Tak hina pun! Cuma orang macam kau ni aku dah tahu dah, taktik nak mengorat la macam ni. Sampai sanggup gadai nyawa. Eloknya tadi aku gilis je kau. Bazir minyak brek aku je.”

Aku pandang lelaki di depan aku ni.

Ewah! Suka hati mak nenek kau je buat kesimpulan dekat aku. Kalau terdesak sangat pun takde maknanya aku nak kena guna taktik bahayakan diri aku macam tu.

Tak perlu pikat lelaki yang pakai kereta mewah pun untuk hidup senang, driver lori pun kaya juga. Poyo ah!

“Hish perasan nya kau ni. Ingat aku hadap sangat ke lelaki macam kau ni? Isk! Tak bersuami pun aku tak kesah la kalau dapat suami gila macam kau ni.”

Lelaki itu senyum.

“Oh! Nampaknya kau belum kenal lagi aku siapa cik jelitawan. Kalau kau tak hadap, aku seribu kali tak hadaplah perempuan macam kau. Dah la kolot. Bawa motor. Eh! Apa benda lah. Sekarang ni, kereta aku dah rosak. Dah calar. Aku nak kau bayar ganti rugi. Kali ni, kesalahan kau!”

Aku senyum. Sinis.

“Aku suka ayat. Kali ni kesalahan kau. Kiranya, kau sedar lah yang pagi tadi adalah kesalahan kau. Atau kau sengaja buat macam tu as a tactic nak mengorat aku je?”

Kalau tadi dia cakap pada aku. Sekarang aku pulangkan paku buah keras pula padanya. Padan muka! 

“Hey! Setakat nak langgar kau untuk mengorat. Aku tak perlukan semua tulah. Nak-nak perempuan macam kau ni, aku petik jari je. Seratus yang datang sampai aku tak larat nak hadap. Sediakan duit je. Jalan terus. Sampai ke ranjangg pun bolehh. Kalau aku nak lah.”

Dihujungnya, lelaki itu sudah meleretkan suaranya sambil mata dikenyitkan pada aku. Huh. Gila! Ingat aku semurah perempuan yang dia maksudkan tu ke? Ai! Makan penampar juga la lelaki ni kangg.

“Well. Baguslah macam tu. By the way encik. Tak semua perempuan terdesak macam tu. Ada je perempuan yang “mahall”. Semestinya tak layak untuk encik. Dah encik pun terlalu murah. Datang lah berjuta pun, mestilah sama-sama murah!”

Sengaja aku panggil dia encik. Puas! Puas aku dapat kenakan dia.

Aku nampak muka dia dah merah padam bila aku panggil dia murahan. Tahu pulak marah. Dia cakap aku, ingat aku takde perasaan.

Dasar badigo kuasa lima betullah.

“Kau!! How dare you!”

Lelaki itu arahkan jari telunjuknya tepat ke muka aku. Geram!

 Aku hanya senyum sinis. Aku tak takut lah broke.

“Aku nak kau bayar sekarang!”

Tegas lelaki itu bersuara. Dah bengang sangat tu dengan aku.

“Encik Qays! Kita dah lewat. Meeting lagi sepuluh minit.”

 Suara seorang lelaki yang terjengul kepalanya keluar memanggil bosnya itu.

Oh! Encik Qays rupanya. Encik Qays pandang aku semula.

Tak dijawab laungan PA dia kut. Aku senyum mengejek.

“Aku takkan bayar!”

Aku juga berkeras.

“Anggap jela dah langsai hutang kau pada aku pagi tadi sebab kau dah rosakkan telefon aku. Okey? Baii.”

“No! aku akan cari kau untuk tuntut ganti rugi. Setakat muka kau, semudah tu je aku cari.”

Encik Qays petik jari. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Malas aku nak layan orang gila macam Qays ni. Entah apa-apa. Dasar Mr Egois betul!



*****
KAK HASMIRA senyum menyambut kepulangan aku.

Aku pula tayang wajah dua puluh sen. Banyak benda aku nak fikir. Mana nak fikir motor ikan paus ni lagi. Calar la pulak sebab jatuh atas jalan tadi. Nasib baik lah tak teruk. Agak-agak ikan paus tu marah aku tak ek?

“Lol! Kenapa ni? Muka macam limau purut je.”

Kak Hasmira tegur aku. Mahunya tak limau purut. Hari ni je dua kali kemalangan. Dah tu dengan orang yang sama je. Kau rasa? Aku rasa nak mengamuk sekarang jugak.

“Nia, lagi lima minit awak kena join meeting kat atas. Datuk suruh. Tadi dia cari awak.”

Ucap Kak Hasmira.

 Aku mengeluh. Baru je balik. Dah kena join meeting la apa la. Datuk ni pun. Tak tahu ke aku ni penat kuasa dua? Huh!

“Okey!” Iyakan jela. Nak cakap apa lagi?

“Meeting pasal apa pulak?” Soal aku pada Kak Hasmira. Kak Hasmira kan PA Datuk, mestilah dia tahu.

“Kita nak beli tanah baru. So nanti, perbincangan pasal tanah la dengan klien. Klien kita tu belum sampai lagi.” Terang Kak Hasmira.

Aku mengangguk lagi. Faham.

Tak lama kemudian, aku berjalan naik ke atas menuju ke bilik mesyuarat. Biar sampai awal sikit takpe. Jangan lambat dari orang lain. Nanti, habis semua pandang macam aku ni ada buat salah besar. Aku mengambil tempat di sebelah Hani, PA kedua Datuk. Entah berapa banyak PA yang Datuk ada. Aku pun tak pasti. Malas nak amik tahu jugak. Bukan skop kerja aku pun.

“Berapa orang klien nanti?” Soalku pada Hani sekadar berbasi-basi.

“Dalam lima orang je Cik Nia.” Aku mengangguk faham.

Ni lagi sorang. Tak pernah nak ikut arahan aku. Aku cakap jangan panggil aku cik. Sibuk juga nak panggil aku Cik Nia, Cik Nia. Dah nampak aku macam terlalu tua. Tak larat nak tegur, akhirnya aku diamkan je. Malas nak besarkan benda kecik.

“Cik Nia ke mana tadi? Datuk cari.”

“Oh! Saya pergi jumpa Kak Annur. Nak submit dokumen klien. Kenapa datuk cari saya?”

“Datuk kata tadi Cik Nia datang kerja naik teksi? Mana kereta Cik Nia?”

Soal Hani lagi. Aku pandang Hani pelik. Hani ni PA Datuk ke PA aku? Dan kenapa mesti Datuk cerita pasal aku pada Hani pula? Isk. Isk. Tak patut tau. Nasib baik bukan aib. Ha ha.

“Aduh! Tula masalahnya Hani. Kereta saya rosak. Melayang duit. Petang ni nak amik kat bengkel. Haraplah Abang Samad dapat siapkan. Kalau tak susahlah saya nak ke hulu ke hilir.”

Bila takde kereta, rasa macam patah kaki. Tengoklah apa yang jadi hari ni. Tak sampai pun satu hari aku bawa motor. Dah jadi macam-macam kat aku. Hani ketawa.

“Apa susah Cik Nia? Naik lah dengan Datuk.” Huh! Baik punya idea.

“Awak pun nampak kut pukul berapa Datuk sampai ofis tadi? Ni lepas meeting mesti dia balik terus.”

Idea Hani ni tak boleh pakai langsung. Macam mana lah dia jadi PA Datuk.

Isk. Isk! Aku geleng kepala.



*****
“HELLO! TUNGGU!”

Orang lain semuanya dah tinggalkan bilik mesyuarat. Si Qays ni sibuk dok hello hello kan aku. Huh! Terkejut beruk aku tadi.

Kalaulah…

kalaulah aku tahu klien yang dimaksudkan Kak Hasmira tu adalah si Mr Egois ni sumpah lah aku berlakon cirit birit. Aku rela duduk kat bilik termenung tu sampai esok daripada menghadap Mr Egois ni yang tak sampai pun dua jam.

“Kau ni kenapa?”

Aku menjeling pada Qays.

Dah tak memasal dia tahu sini tempat kerja aku. Lagi mudahlah dia ganggu hidup aku lepas ni. Selagi aku tak bayar hutang yang kononnya dia ada kan tu. Telefon aku yang rosak ni, tak payah ganti pula.

Dasarr betullah!

“Kita belum selesai lagi!”

Keras suara Qays.

“So?”

Soalku. Biasa-biasa je. Sumpah ler aku malas nak melayan si Qays ni. Muka hensem, sayang pula. Otak mereng. Sekali cakap pun rupanya tak faham bahasa lagi.

“Qays. Nia. Kenapa ni?”

Soalan daripada Datuk Mukhriz membantutkan Qays yang mahu jawab. Qays memberikan senyuman pada Datuk Mukhriz.

“Er… takde apa lah Datuk. Saya ada urusan dengan Nia ni.”

Aku menjeling. Baru je tahu nama aku dari Datuk la tu. Dah berani sebut. Buatnya tu bukan nama aku? Habis tu Datuk panggil nama sape lagi kalau bukan kau Nia?

“O… kamu berdua ni kenal ke? Dah lama?”

Hah? Sudah! Apa nak jawab ni? Janganlah Qays pecah rahsia. Hilang kepala mamat ni nanti.

“Er… haah. Dah lama dah kenal. Kami kawan. Kan Qays?”

Aku jawab dulu. Aku tak nak Datuk tahu yang aku ni berhutang dengan mamat ego melangit ni. Konon la.

Qays pandang aku pelik. Ah! Lantaklah.

Aku lagi lah pelik. Bila masa aku tandangan surat perjanjian perdamaian entah dengan dia ni.

Datuk Mukhriz ketawa. Dia menepuk bahu Qays.

“Okeylah kalau macam tu. Daddy turun dulu lah Nia."

"Ajak lah Qays ni pergi minum.”

Datuk Mukhriz berjabat tangan dengan Qays sebelum berlalu pergi.

“Oh! Kau anak pada pengarah syarikat MM Holdings & Engineering Sdn Bhd rupanya.”

Wajah Qays nampak terkejut.

Mahu tak terkejut. Pagi tadi pelbagai bentuk hinaan dia bagi pada aku. Bila dah terbongkar semua, mula lah nak sorok muka bawah meja.

Eee. Dah biasa dah dengan lelaki macam ni.

Tapi… Mr Egois ni ada rasa malu ke? Dah nama pun ego.

“Kenapa? Kau nak mintak duit kat bapak aku ke?” Bila dengan Qays ni aura negatif betullah. Rasa nak marah je.

Jangan marah sangat Nia. Takut jatuh cinta. Hatiku berkata. Huh! Minta jauh. Tak kahwin pun takpe kut.

“Wah! Great idea.. terima kasih Cik Nia. Aku pergi sekarang ya.”

Qays sudah tersenyum mengejek.

Aku mengetap gigi. Kurang ajar betullah Qays ni. Isk! Menyusahkan hidup aku betul.

“Kau jangan nak buat hal Qays. Karang aku sepak kau berterabur gigi kau tu.”

“Eee, takut nya… takut nya…”

Qays memang tengah mengejek aku sekarang ni. Geramnya. Geramnya!

“Berapa kau nak? Kau jangan lupa. Kau kena bayar ganti rugi duit telefon aku.”

Dasar mata duitan betullah Qays ni. Dah anak Tan Sri kut. Apa yang kolot sangat nak bolot duit aku. Setakat calar tu pergi jelah baiki. Duit beribu celah gigi dia je kut dia bawak keluar.

“No! Kau yang salah.”

Tengok tu? Dia nak tuntut dengan aku, bila aku nak tuntut dengan dia. Dia no kan aku. Berlagak betullah mamat ni. Isk! Geramnya aku! Gerammm!

Aku kepal penumbuk. Aku menjeling.

“Dasar kerek!”

Aku dah mula turun anak tangga.

“Apa kau cakap?”

“Mana ada apa!”

“Kau mengata aku kan?”

“Tahu takpe!”

“Apa kau cakap? Kau memang suka cakap bisik-bisik ke?”

“Apa benda kau ni? Takkanlah aku nak kena guna speakers kut dalam ofis ni. Pekak!”

Pekak tu aku perlahankan suaraku.

“Apa kau cakap?”

Aduh! Pekak sangat ke dia ni? Habis tu yang dok tanya aku apa, apa tu apa? Boleh kena “sindrom apa” aku kalau macam ni gaya nya.



*****
ADUH! Ni semua salah Datuk Mukhriz. Tak. Ni semua salah aku. Gatal sangat cakap yang aku ni kawan baik kononnya dengan Qays. Tak memasal lah daddy suruh aku pergi keluar minum dengan Qays ni. Belanja makan.

Lepas tu boleh pulak la si daddy ni cerita pada Qays yang kereta aku rosak! Semuanya rosak. Huwargghh. Geram tahap nak mampus aku jadinya. Daddy tu tak tahu ke yang Qays ni sebenarnya musuh utama aku?

“Elok juga tu uncle. Boleh saya hantar Nia ni sekali. Sebab saya pun memang tak pergi baiki kereta dekat bengkel.”

Kalau bukan sebab daddy cerita aku nak ambil kereta hari ni takde nya si Qays ni nak hantar kereta. Ingat tak tahu ke dia tengah, sedang perli aku.

Huh! Sebal hati aku.

Kronik. Kronik.

“Aku nak baiki kereta ni. Kau jangan lupa bayar. Aku takkan bayar. Aku tak kira.”

Automatik aku pandang Qays. Cerlung mata aku.

Gila! Dia nak baiki Audi dia ni ke? Mana lah aku nak cekau duit sekarang ni.

Aku hembuskan nafas.

“Berapa?”

Tak guna lawan si Mr Egois ni. Aku tak menang pun.

“Tujuh ribu.”

Selamba je Qays ni cakap. Aku ni rasa macam nak bunuh diri. Tujuh ribu? Mak aii. Gaji aku sebulan belum cecah lagi tahu tak? Gila! Ingat aku ni buat black money agaknya.

“Kau gila ke?”

“Pakai kereta mahal-mahal, susahkan aku pulak. Banyak hensem.”

Aku bebel. Perlahan. Antara dengar dengan tidak je.

“Apa? Kau cakap aku hensem?”

Huh! Yang tu jugak dia tangkapnya. Dasar poyo!

“Sebab kau puji aku, aku turunkan sikit. Lima ribu.”

“Kau ni memang gila kan? Tak! Aku takde duit.”

Aku pun pakai kereta pesona je. Dia yang pakai Audi. Tapi, duit aku yang nak dikebasnya.

Jongkong betullah.

“Aku tak kira. Kau kena bayar jugak. Bila kereta tu siap, kau bayar!”

“Gila!”



*****
DAH sampai bengkel. Qays dah nak keluar dari kereta. Tapi aku masih di dalam. Beku. Kaku.

Aku pandang depan. Protes. Kalau aku keluar, sah aku bakal dimalukan. Dah lah Abang Samad tu kenal aku. Kiranya bengkel ni dah jadi bengkel tetap untuk kompeni daddy. Sebab tu lah aku pun baiki dekat sini je kereta aku.

Masalahnya, aku bayar guna duit aku. Bukan claim dengan kompeni pun. Si Audi ni nak masuk dalam akaun kompeni yang mana? Bukannya nombor kereta berdaftar dalam kompeni aku pun. Huh!

“Kau tak nak turun ke? Ke nak suruh aku bukakan pintu. Yalah! Anak CEO kan. Lupa pulak. Kejap ya.”

Aku jeling Qays. Sibuk perli aku pula. Bukan dia tak tahu pun. Suka hati je nak kenakan aku. Aduh! Sebalnya nak baik-baik dengan dia. Masalahnya, makin aku berkasar. Makin ego mamat Qays ni. 

“Qays…”

Lembut saja panggilan aku. Qays pandang aku. Aku pula tayang wajah simpati pada dia.

“Tak boleh!”

“Masalah nya aku takde duit! Bagilah aku masa kut ya pun nak suruh aku bayar.”

Bengang betul la.

Qays dah pun berada di depan aku. Dia tunduk. Mahu setaraf dengan aku yang tengah duduk di dalam kereta.

“No!”

“Please…”

“No!”

“Please. I beg you. Kau letak apa je syarat aku terima. Janji tak libatkan daddy aku dan juga bayar hari ni. Sumpah aku takde duit. Nak bayar pesona aku ni pun aku ikat perut. Mana telefon aku lagi rosak. Semuanya perlukan duit. Tahu tak?”

Ni aku rasa sebak ni.

Memang lah aku ni anak CEO, tapi aku ni tak suka bergantung pada daddy. Nak-nak aku dah ada pendapatan sendiri. Aku suka berdikari. Yang kaya tu bapak aku. Apahal pula aku nak habiskan duit dia.

Qays tersenyum. Rasa macam kemenangan berpihak pada dia.

“Kalau kau tak boleh bayar hari ni, kau kena kahwin dengan aku. Amacam? Hujung minggu ni aku suruh keluarga aku masuk meminang.”

Dan aku pun mencerlung bebola mata aku.

“What? Kau gila ke? Kenal tak sampai pun dua puluh empat jam. Baru tadi kau hina aku dan sekarang kau lamar aku? Haha. Ni mesti sebab aku anak Datuk Muadz. Am I right Mr Egois?”

“What?? Kau panggil aku Mr Egois? Aku tak kesah apa kau cakap. Choose the other one.”

“Kalau kau orang jahat?”

“Aku baik.”

Aduh! Masuk bakul angkat sendiri lah pulak.

“Kenapa tiba-tiba?”

“Sebab mama aku baru je mesej suruh aku cari calon isteri. Hujung minggu ni dia nak masuk minang. Kebetulan kau muncul. Aku anggap kau adalah jodoh aku.”

Senangnya laki ni bila cakap. Aku pula yang terlopong mulut. Boleh ikat muncung aku ni.

“Apa kena mengena dengan aku?”

“Sebab kau ada hutang dengan aku.”

“Aku mampu bayar.”

“Then. Jom.” Berkerut dahi aku.

“Pergi mana?”

“Lepak dalam bengkel tu. Bengap kau ni. Aku nak baiki kereta aku lah. Kau bayar.”

Aku jeling. Dia ingat aku ni barangan ke? Berkenan terus beli. Sah la dia tak berkenan dengan aku. Badigo betullah.

“Aku takde duit.”

“Okey. Kahwin dengan aku.”

Aduh! Semaklah dia ni. Terima ajelah dulu. Bukan dia tahu rumah aku pun. Dia pun tak gila nak kahwin dengan aku. Nak menguji aje tu. Kalau tak, sampai bila aku nak menetap dalam kereta dia ni. Baik aku ambil kereta aku dan balik.

“Okey!”

Qays tersenyum dengan jawapan aku. Aku keluar dari kereta. Berjumpa dengan Abang Samad. Dari jauh lagi Abang Samad dah senyum pada aku.

“Nia, nak ambil kereta ke?”

“Haah abang. Dah siap ke?”

“Dah siap dah. Sekejap ya Abang Mad buat bil.”

“Okey.”

 Qays di sebelah hanya memandang aku dan Abang Samad silih berganti.

“Kau ni memang berkawan dengan semua orang ke?” Soal Qays. Aku duduk di bangku yang disediakan di bengkel ni. Aku pandang Qays. Soalan pelik ni.

“Kenapa? Tak boleh berkawan ke? Kena jadi kera sumbang?”

Soal aku kembali tanpa memandang Qays yang berdiri. Tengok telefon lagi bagus. Masalahnya, telefon aku menyakitkan mata aku yang tersedia sakit ni.

“Bukan macam tu. Takkan lah dengan orang bengkel ni pun kau nak berkawan.”

 Aku pandang Qays. Aku marah ni.

“Takkan lah nak kena kawan dengan anak-anak CEO je kut. Pangkat tu tak bawa kita ke syurga pun. Tak usah la berlagak sangat Encik Qays ya.”

Aku tahu Qays bukan berkawan dengan sembarangan orang.

Dasar berlagak.

“Eh! Hello Miss Nia. Aku tak cakap macam tu pun. Aku cuma tanya kau je kan.”

“Okey!”

Malas aku nak layan Qays ni. Lagipun Abang Samad dah pun datang dekat aku.

“Semua sekali tujuh ratus Cik Nia.” Abang Samad hulurkan bil pada aku.

Huh! Tujuh ratus pun ketar kepala lutut aku. Rasa nak tercabut skru.

“Okey. Sekejap ya.”

Baru je aku nak keluarkan duit, Qays dah mendahului aku.

Eh? Ni dah kenapa ni? Tiba-tiba nak tabur budi dekat aku pulak.

“No la Qays. Aku ada duit lah.”

“Takpe-takpe. Aku ikhlas.”

“Biarlah Cik Nia. Ada orang tolong bayarkan. Sape ni? Encik abang ke?”

Sempat lagi Abang Samad ni nak korek rahsia.

“Haah Abang Mad. Abang sayanggg sangattt.”

Aku menjeling pada Qays. Sengaja aku dengungkan dibelakang ayat. Qays buat tak tahu. Abang Samad geleng kepala dan senyum.

“Secocok!”

Huh. Benci aku dengan pujian macam ni.

Gila! Gila! 

“Abang Mad, nanti saya nak hantar kereta tu kesini ya. Ada calar sikit. Nak touch up balik.”

“Boleh!”

Abang Samad angkat tangan buat tanda bagus pada Qays.

Tak aku layan mereka berdua, aku terus dapatkan kereta kesayangan aku. Dah lima tahun pesona ni berkhidmat untuk aku. Sayang aku dengan dia ni. Takpelah sekali sekala aku laburkan untuk kau ya Encik Pesonia. Pesona X Rania.

“Nak balik dah ke?”

Soalan jenis apa ni? Aku ingatkan Qays dah blah tadi. Baru je aku nak rasa aman sikit. Tak sampai sehari lagi mamat ni dah pun serabutkan otak aku. Hish!

“Habis tu? Kau nak suruh aku tidur sini ke?”

“Tak. Tapi kau belum lagi minum dengan aku. Jom minum!”

Tegas arahan dia. Berdesing telinga aku.

“Tak nak!”

“Ni satu arahan. Berdosa kau bantah cakap bakal suami kau.”

Aku jeling Qays. Erk. Tiba-tiba nak mengaku bakal suami pulak. Wak luu.

“Okey!”

Aku ni memang spesis mudah dibuli betullah. Tengok ni? Masalah nya kalau aku tak ikut mamat Egois tu, dia akan paksa aku jugak. Aku ada pilihan ke? Takde!



*****
HUJUNG MINGGU sudah tiba. Keluargaku dikejutkan dengan satu rombongan yang besar ke rumah aku. Rombongan apa? Entah. Semua orang yang tengah santai pun terkejut dengan tetamu yang tak diundang tu.

“Nia. Kawan kamu ke?” Soal Datin Shida.

Aku fikir kemudian geleng. Kut ya pun kawan aku, takkan la nak dekat sepuluh buah kereta kut.

Kejap. Kejap. Siap bawa dulang lagi tuu. Sape nak kahwin?

Hah?

Aku terkejut.

Mummy dengan daddy aku dah pun menyambut tetamu di luar sana.

Qays?

Jap! Jap!

Mana dia tahu rumah aku pula. Habis tu sape lagi? Aku mana ada teman lelaki.

Apa ni. Apa ni. Matilah aku! Aku sudah cemas.

Takkan kut meminang abang sulung aku. Sah la abang aku tu lelaki. Aduh. Aduh.

Aku bergegas masuk ke bilik. Aku lihat telefon. Masalah lagi. Nak tengok apa? Tengok skrin pun macam orang buta nak melihat je.

Tak lama kemudian, daddy dengan mummy ketuk bilik aku. Aku hanya duduk di birai katil. Bingung.

“Apa ni Nia?” Soal daddy.

Aku buat muka blur.

“Apa, apa daddy?”

“Kenapa tak bagitahu mummy daddy Qays nak datang meminang?” Soal daddy lagi.

 Aku genggam kedua tanganku. Qays.

Aduh! Siap kau nanti. Berani kau buat aku macam ni.

“Nia.”

“Er.. mummy. Daddy. Sebenarnya, Nia pun tak tahu. Ingatkan Qays main-main je.”

Hmm. Nak jawab apa lagi? Mummy dan daddy aku ketawa.

“Kira setuju la ni? Daddy dah rasa kamu berdua ni ada apa-apa masa kat ofis hari tu. Malas daddy nak tanya.”

Daddy nampak sangat bahagia. Huh. Mestilah. Bapak Qays tu kawan baik daddy. Rakan bisnes. 

“Hm.”

Aduh! Sekarang ni semua orang pun ingat aku ni pasangan bahagia dengan Qays. Geli la ketiak aku nak fikir semua ni. Takkan lah jodoh datang tak sampai pun satu hari kut. Gila!

“Kalau Qays, mummy tak risau lah. Mummy dengan daddy keluar dulu. Nanti mummy panggil Nia okey. Sarung cincin. Kesian Nia bertunang macam ni je. Kalau bagitahu awal-awal boleh tempah pelamin. Baju cantik.”

Aduh mummy! Aku ni masih kena renjatan elektrik lagi. Terkejut tahap nak mampus. Betul ke tidak. Qays! Nanti kau!



*****
JUMPA tak sampai dua belas jam, dan selepas seminggu aku selamat jadi tunang Qays Zarif. Permainan apakah ini? Kegilaan apa ni?

Ni boleh bikin aku gila kuasa sepuluh. Aku rasa nak telan je Qays yang bersikap bersahaja. Tenang. Poyo. Memang ciri-ciri egois kuasa lima betullah mamat ni. Aku pulak yang rasa nak cepuk dia sampai hilang gigi.

“Qays! Kenapa kau buat aku macam ni?” Soal aku. Kalau perlu menangis. Aku sanggup. Kalau perlu merayu pun aku sanggup.

Lawan Mr Egois adalah kelembutan. Tak guna aku berkasar. Dan aku menyesal sebab kasar dengan dia. Tengok apa jadi? Aku tak pasal jadi tunang dia.

“Buat apa? Kau lupa kau jawab okey? Aku masuk minang lah.”

“Sebab aku tak boleh bayar duit kau masa tu jugak?” Qays ketawa. Sakit pulak hati aku dengar Qays ketawa.

“Maybe!”

“Dah la. Kau dah jadi tunang aku pun. Lagi sebulan kita kahwin. Apa yang susah sangat nya? Kau sangsi dengan aku ke? Tak cukup lagi tengok mama dengan papa aku.”

Mama papa Qays memang lah baik. Namun, tak semestinya anak pun warisi sikap mereka. Tengok lah si Qays ni dah. Kerek nak mampus. Mampus pun tak kerek macam dia.

“Kahwin dengan aku Nia.”

Bulat mata aku. Kali ni Qays dah pun duduk di depan aku. Aku dengan Qays bersetuju untuk berjumpa di Taman KLCC.

“Kenapa?”

Aku pelik ni. Si egois dah jadi kucing parsi ke?

“Mama dengan papa aku suka sangat kau.” Ternganga mulut aku. Baru sekali jumpa dah suka ke? 

“Bila aku cakap yang aku nak meminang kau, anak kawan baik papa. Uncle Mukhriz. Papa suka sangat sebab papa tahu yang Uncle Mukhriz tu baik. Mesti anak dia pun baik.”

Macam tahu-tahu je aku fikir apa, terus Qays cakap. Masalahnya boleh pulak lah main ukur kebaikan macam tu. Buatnya aku ni jahat macam mana?

Aku jahat ke? Tak. Tak. Aku geleng kepala.

“Kau kenapa? Geleng kepala pulak.”

Qays dah jeling kemari.

“Isk! Macam karton lah. Kau ni banyak tengok akasia kut. Sebab tu tak sampai pun sehari kau dah berani nak masuk minang aku.”

Ni kalau cerita kat seluruh Malaysia pun, takde yang percaya.

“Aku? Tengok akasia. Kau gila ke? Masa tu aku dok masjid kut.”

 Aku cebikkan bibir.

“Yalah tu!”

Hish! Serabut aku. Tiba-tiba hidup aku diaturkan oleh Mr Egois ni. Mummy dengan daddy pula percaya bulat-bulat. Aku nak cakap apa lagi? Yang nak putus tunang sekarang ni pun aku. Qays ni elok aje. Mamat ni takde perasaan dekat aku pun boleh nak kahwin ke? Gila betullah.

Suami isteri tangkap muat ke apa ni? Ngeri betul perjalanan hidup aku ni.



*****
MAJLIS kahwin dah pun selesai dirumah aku. Huh! Penat gila. Malam ni memang aku tidur tak cukup katil. Kalau taufan pun sumpah aku tak sedar. Penat gila gila gila. Layan tetamu sana sini. Belum masuk layan kawan-kawan lama aku lagi. Kawan Qays. Layan kameramen yang sibuk nak ambil gambar. Huh!

Sekarang ni mata aku rasa macam nak terkatup rapat. Tak nak bukak lagi. Tunggulah esok baru bukak. Baru je nak baring, pintu bilik aku dibuka.

Sape lagi kalau bukan suami kesayangannn aku. Huh! Sengal.

Kalau buat novel ni mesti orang ingat cerita direka-reka. Mana taknya. Kenal tak sampai pun sebulan. Sehari pun tak. Tiba-tiba je masuk rombongan meminang. Sumpah gila!

“Hai sayang. Nak tidur dah ke?”

Hah? Sayang? Erkk. Nak tercekik tulang leher aku. Senyuman dia? Menawan pulak malam ni. Pakaian dia? Menarik lah pulak. Sempoi je. Kain pelikat, t shirt hijau lumut dengan kopiah atas kepala. Stok lelaki idaman seantero dunia sangat!

“Agaklah. A.. Erk. Saya penat lah.”

Aku dah baring. Aku tarik selimut.

Gila aku ni. Nak cakap dengan suami “aku.” Mahunya aku kena pelangkung dengan mummy daddy. Berdosa kut. Nabi suruh panggil panggilan yang baik-baik pada pasangan.

Tak kisah lah atas alasan apa kami kahwin. Yang pasti hubungan ni sah di sisi Allah.

“Sebelum tidur, abang ada benda nak bincang dengan Nia. Bangun lah dulu.”

Qays dah bergerak ke mari. Aku lekas-lekas bangun. Mana selesa. Tak pernah ada lelaki tidur sekatil, sebantal, satu selimut dengan aku. Aku pandang Qays yang asyik senyum.

Aku hanya bersila di atas katil. Qays turut sama. Dekat kedudukan kami. Bertentangan. Pertama, Qays pegang tangan aku.

Euuww. Seram sejuk. Aku biarkan je. Nak menolak, dia berhak. Nak tendang sampai depan tandas bilik aku, berdosa.

“Thanks sudi jadi isteri abang. Abang nak Nia tahu yang abang ikhlas jadikan Nia isteri abang. Waima kita masih baru. Yes! Tapi abang pun dah penat bercinta lama-lama. Akhirnya, hubungan tu tak jadi apa pun. Sebab tu abang nak cuba cara baru pula. Bercinta lepas kahwin. Mungkin lebih berjaya malah lagi diredhai.”

Oh! I see. Ni stok lelaki kena cerai dengan makwe lah ni. Patutlah. Agaknya makwe dia tu orang Maybank kut. Kebetulan yang kurang baik. Terlanggar pula aku. Hot lah dia. Ha ha. Suka hati je kau reka cerita Qays.

“Abang harap Nia ikhlas terima abang.” Aku pandang Qays. Aku nampak keikhlasan dari hati Qays.

Mata yang tak menipu bila dia cakap dia pandang kita.

Dah tu, Qays tu cakap pasal perasaan sambil tenung aku. Lagi lah aku percaya dengan keikhlasan dia.

Ikhlas? Tak ikhlas pun, aku kena ikhlaskan jugak. Dah jadi suami isteri pun.

“Er. Nia pun ikhlas terima a… abang.”

Gagap pula aku ni nak panggil abang. Sejujurnya aku malu.

“Terima kasih Nia. Kita akan mulakan hubungan kita ni dengan berkawan, kenal satu sama lain dan bercinta. Boleh kan?”

Aku angguk. Mestilah boleh. Takdelah tergesa sangat. Lagi penting takdelah hati aku ni terkejut beruk terima kehadiran Qays yang sumpah tiba-tiba.

“Thanks again, sayang… sekarang. Jom kita tidur.”

“Thanks too, abang… jom.”

 Lega hati aku.

Sekurangnya aku tahu Qays ikhlas dengan aku. Dan tak paksa aku untuk terus terima dia. Perlahan-lahan.

Hubungan yang diredhai Allah, pasti akan sentiasa dilindungi. Mudahan hubungan ni akan bahagia hingga ke syurga Mu Ya Allah.

“Sayang… sekejap. Jangan tidur lagi. Lupa pulak.” 

Qays bangun semula dari pembaringan. Gimik betul laki aku ni. Baru je nak lelap. Aku kerutkan dahi. Pandang je Qays yang bergerak menuju ke arah bagasinya itu. Dia keluarkan sesuatu. 

“Ni untuk sayang.” 

Qays hulurkan kotak yang berbalut I am sorry pada aku. 

Lawa. Siap ada gambar bear tengah menangis lagi. Apa ni? Kotak segi empat sama. Tak terlalu besar. Tak terlalu kecik. 

“Apa ni bang?” 

“Buka lah.” 

Ceria wajah Qays. Wah. Malam pertama aku dah dapat hadiah dari Qays. Apa ek? Aku buka perlahan-lahan. Penuh sabar Qays menunggu aku. 

Buntang biji mata aku. 

“I phone X?” Soal aku pada Qays. 

Separuh teruja sebab takut kotak je. Dalam dia benda lain. Ha ha. 

“Buka lah.” 

Huh! Ayat klishe Qays sejak jadi suami aku. 

Aku buka kotak. Terbentang luas I phone X. Allah. Aku rasa nak melompat. 

Nasib baik tak baiki lagi skrin telefon aku. 

Macam mana nak baiki. Si ikan paus tu minta ganti rugi dengan aku. Materialistik betul orang sekeliling aku ni. Termasuk Qays. Dulu jela. Hi hi. 

Tanpa sedar aku peluk Qays. Qays teragak nak membalasnya. Takut dikata ambil kesempatan la tu. 

Opss! 

Sedar keterlanjuran diri. Aku terus meleraikan pelukan. 

Malu! 

Tulah. Poyo sangat. 

Er. Nak buat macam mana? Spontan! 

Aku teruja sangat dapat I phone X daripada Qays. 

“Thank you suami.” 

“Most welcome isteri.” 

“Bahagia seorang isteri tanggungjawab seorang suami. Jom tidur.” 

Aku tayang sengih. 

Tak sangka Mr Egois dah jadi kucing parsi lepas kahwin.

Auu!