Tuesday, August 07, 2018

Gadis Canon




CERPEN: GADIS CANON  

AKU berdiri dihadapan cermin. Perkara biasa yang dibuat oleh gadis-gadis, siap aje berpakaian mesti berdiri dihadapan cermin dulu. Nak cek samada dah cantik ke belum. Baju tersebut sesuai ke tidak. Paling kurang pun nak rasa selesa dengan apa yang dipakai. Tak adalah bila keluar je orang pandang pelik. Pastu mulalah fikir, aku ni comot ke? Ha ha! Betulkan?

Puas hati. 

Aku ambil bag laptop dan bag kamera canonku. Dengan langkah yang penuh yakin, aku keluar dari bilik menuju ke bahagian dapur. Disitu, mama dengan papa dah bersedia nak sarapan pagi. Terus aku hulurkan senyuman manis bila bertemu pandang dengan mereka. Mereka adalah keberkatan rezeki yang harus aku jaga setiap masa. Hilang keberkatan, hilang segalanya. 

Oleh itu, ibu bapa adalah nilai terhebat kurniaan Ilahi. Mana yang dah kehilangan salah satu atau keduanya, usah bersedih. Setiap hamba diuji berlainan cara. Yang pasti masih boleh menabur bakti pada kedua ibu bapa yang sudah meninggal. Teruskan aje jadi anak yang soleh dan solehah sentiasa. InsyaAllah damai bahagia mereka disana. 

“Morning Lidiya.” Sapa mama dan papa serentak. 

“Morning mama. Papa.” 

Aku pandang kerusi sebelah. Aku pandang pula mama. Menagih jawapan. 

“Morning semua!” Suara ceria itu menyapa gegendang telinga mereka. Tak jadi mama nak jawab pertanyaan bisu aku tadi. 

“Selambat-lambat Lidiya, lambat lagi Liyana.” Kataku. Bukan marah, hanya sekadar berkata-kata. Liyana merupakan kembar seirasku. 

“Well!” Balas Liyana. 

“Macam-macam kamu berdua ni. So, hari ni kamu berdua balik pukul berapa?” 

“Diya mungkin akan balik awal. Lepas asar dah boleh sampai rumah.” Ya. Hari ini job aku sampai pukul empat sahaja. Kalau nak banding macam biasa, job aku boleh jadi sampai lewat petang nak masuk ke malam. Biasalah… melayan karenah customer tak semudah yang disangka. Macam-macam ragam mereka. 

“Okey. Yana?” Mama menyoal pula pada adik kembarku itu. 

“Nanti Yana update mama balik kat dalam grup Whatsapp. Sebab Uncle Tony cakap mungkin kami akan photoshoot jauh sikit dari biasa. Kalau perlu Qif akan teman Yana sampai rumah.” Balas Liyana kembali. 

Aku hanya selesa mendengar. Oh! By the way, kami berdua memang dah bertunang. Liyana bersama tunang yang bernama Zulkifli. Tapi panggil Qif. Itu biasa bila orang biasa jadi pelakon. Nama pun bunyi lain macam. Ha ha! Dan… aku? 

Bertunang dengan manusia yang paling sibuk sekali. My relationship now just depends on trust and loyalty. 

Faiz. Mudahnya aku panggil Izz aje. Seorang lelaki. Ya! Memang bila aku perempuan akan bertunang dengan seorang lelaki. Tapi… tak jugak. Ambil je contoh Sajat. Opps! Terbawang pulak kat sini. 

Izz seorang juruterbang atau dalam bahasa mudahnya adalah Pilot. Macam mana aku dapat Izz tu? Mesti korang macam wah! Auuu! Bergetar tulang rahim dan sebagainya. Ha ha! 

Actually. Untuk dapatkan apa yang diimpikan haruslah berusaha lebih. Kan? Ha ha. Berlagak sungguh. No la. Aku jumpa Izz masa kami sama-sama belajar di United Kingdom dulu. Dia memang jenis obsessed nak jadi Pilot. Aku guna ED sebab sekarang dia dah pun jadi Pilot. Ha ha! So, sesiapa berusaha dia berjaya. Itu janji Allah. Cuma, kena hati-hati juga dengan sesetengah orang yang lupa bila dah berjaya. Lupa pada siapa yang memberi keizinan untuk dia berjaya. Yang diketahui hanyalah “aku usaha. Aku berjaya.” Susah kan ada yang jenis bongkak macam ni. 

Okey, abaikan! 


*****
NASIB baik ada Qaniah yang sudi temankan aku. Macam kebetulan pagi hari lagi Qaniah call tanya free ke tidak. Bila cakap tidak, nak ikut pergi kerja pula minah ni seorang. Nasib baik jugak aku ni kerja sendiri-sendiri. Kalau tak, macam mana si Qaniah ni nak ikut? Nak kena sula dengan bos aku? Agaklah! 

“Sepanjang aku kenal kau, kau memang fanatik benar dengan kamera kan? Lagi haru bila kau jenis setia dengan canon aje.” Tegur Qaniah. Nak dibuat berborak la tu. Lagipun, majlis mula lagi setengah jam. 

Aku usap kamera canonku yang tergantung di leher. Aku sengih. Betullah tu apa yang Qaniah cakap. Qaniah sahabat baik aku. Senang cerita, ketika susah atau senang, Qaniah memang akan bersama aku. Dan bukan mudah nak cari sahabat macam ni sekarang. Yang ada hanyalah ketika senang. Bila susah, bertebaran entah ke mana. Tak semua macam tu. Cari yang baik, baiklah kau dapat. 

Tapi ni bukan versi tikar terbang. Bila wish terus sampai. Ini versi kena hard work nak pilih yang baik. Tambah-tambah dalam dunia penuh penipuan sekarang ni. Nampak ikhlas, hakikatnya tidak. 

“Kau kenal aku kan… kau, kenapa tak kerja hari ni?” Soal aku. Nak juga tahu kenapa. Aku kenal Qaniah. Bukan semudah ABC gadis ni nak cuti tanpa sebab. Ponteng lagilah tidak. Selagi tak kena strok, kalau setakat demam 30 darjah celcius tu selamba aje Qaniah masuk pejabat. Siap turun site lagi. Adeh! Kadang fikir. Ini manusia ke apa… semangatnya lain macam. 

Kalau orang lain, tak bagi cuti pun boleh pandai-pandai cuti sendiri. Tak payah orang lain, aku rasa aku pun macam tu kalau kerja makan gaji ni. 

“Bos paksa aku replacement leave. Dah banyak sangat tertunggak. Kalau ikutkan aku memang tak nak. Kerja aku belambak. Ni pun dia sekat laptop aku. Tak bagi bawak balik. Katanya, kali ni awak kena betul-betul rest. Siap sorok laptop aku dalam bilik dia lagi. So, what should I do? Selain mengikut. Aku tak ada pilihan dah Diya.” 

Aku hamburkan tawa lalu menggeleng. Lucu sekali dengar cerita Qaniah. Macam ni sekali bos nya sayang pada Qaniah? Mana mungkin! Bau sesuatu. 

“Bos kau umur berapa? Dah kahwin ke belum lagi?” Soalku. Wajah tenang-tenang je aku tunjuk kat Qaniah. Cool. 

“30 tahun. Belum kut.” Beliak biji mata aku. Semuda tu dah jadi bos? And… wow! 

“Ya! Why not? Dia memang usaha seawal dia belajar lagi. Kalau tengok cara dia aku pun bangga. Kiranya, dia dah berpuas hati. Semuda tu segala usahanya berhasil. Kita ni? Umur lebih kurang sebaya pun masih juga macam ni. Boleh la. Just berjaya dapatkan kerja yang baik. Ada education. Ada gaji. Ada kereta. Kalau nak pakai Audi, nak rumah besar macam dia dengan gaji yang dapat tiap bulan memang kirim salam aje la.” 

Nampak reaksi aku aje Qaniah dah boleh agak aku terkejut. Terus dijawab macam baca kitab. Nah! Al-Kuliyyah di pagi hari. Salam subuh semua! Ha ha! 

Tapi betul kata Qaniah. Sesiapa yang berusaha mereka akan berjaya. Kalau asyik tunggu. Hah! Tunggu la kau sampai Malaikat Maut jemput pun belum dapat apa kau nak. 

Allah dah janji untuk mereka yang berusaha, mereka akan dapat apa yang diusahakan. Jika belum dapat, cuba checklist mana yang kurang relationship between you and Allah. Kalau masih dapat sedangkan hubungan dengan Allah kurang elok, bak kata Amira Othman. Jaga-jaga. Istidraj namanya. 


*****
AKU dan Qaniah berdiri tidak jauh dari pengantin. Aku, sebab aku ni photographer. Qaniah dah kira macam pembantu tak dilantik aku aje la. Nak tinggal dia sorang-sorang nanti entah ke mana-mana perginya. Ha ha kay! Aku dah macam jaga budak kecik umur lima tahun. Sedangkan kalau hilang pun boleh call kut. Aku dan Qaniah bukan hidup zaman batu! 

“Dah sampai wei! Tengok tu. Tak sabar nak tengok pengantin lelaki. Sibuk pulak pengapit dia tu. Pergi halang, kenapa?” Bebel Qaniah. 

Aku tetap pandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Qaniah. Kompang sudah berbunyi. Muzik sudah dialunkan. Deejay juga mainkan peranan. Dan… aku? 

Ya! Sekejap je pandang, setelah itu aku follow pengantin perempuan yang mula berjalan ke arah pengantin lelaki tersebut. Meriahnya! Nanti aku juga begini. Dengan lelaki idaman malaya ku. Ah! Tak sabarnya. 

Bila hadir majlis orang lain aku suka berangan letakkan diriku dalam situasi yang sama. Dan sah jadi isteri. Pastu mula tersenyum sendiri. Ah! Indahnya. 

Berangan! 

Biarlah. Berangan tak kena bayar pun. Yang salah tu bila jadi penyibuk. 

Klik. Klik. Klik. Klik. 

Berkali-kali kameraku ditekan. Fokus pada pengantin perempuan yang berjalan bersama bridesmaid dengan penuh hati-hati. Bila dah sampai pada pengantin lelaki, kamera aku terus berubah arah. Dan pada masa itu aku tekan button. Klik. Sekali. 

Dadaku berdebar tiba-tiba. Hatiku rasa tak sedap. Aku lihat pengantin bersalaman. Perempuan itu mencium tangannya lama. Lelaki itu pula tersenyum. Penuh gaya dengan kaca mata hitam. Aku masih dengan kerjaku. Cekap sekali. Penuh gaya. Sekali sekala mengintai lelaki itu. Mahu membuat pengecaman identiti. 

Pengantin perempuan mula berdiri disebelah pengantin lelaki. Aku dihadapan nak ambil gambar. Dan, pada masa itulah mata aku dan mata pengantin lelaki bertemu. Lama. 

Lelaki itu nampak terkejut. 

Zapppp! 

Dari mata turun ke hati. Sah! Mengesahkan yang debaran aku tadi adalah valid. Kalau masuk mahkamah pun mahkamah pasti akan terima. 

Gulp! Telan liur. 

Pap! Terus jatuh kamera dari tangan. Nasib baik tergantung pada leher. Jika tidak, selamat tinggal kamera canon kesayanganku. Yang banyak beri jasa padaku selama ini. 

“Sama cantik sama padan. Seperti pinang dibelah dua.” Bila deejay sudah bergema dengan suara merdunya, terus aku tersedar. Aku pandang sekeliling. Macam semua pun tengah pandang aku. 

Ya Allah. Nak malu ke macam mana ni? Tapi sekarang ni aku rasa nak menangis. Air mata tak turun pula. 

Qaniah mana? Tiba-tiba aku sakit perut. Nak berak. Kompang dipalu pengantin malu. Sekarang ni, kompang dipalu, aku rasa nak lempang lelaki itu. Dasar bego-an. 

Ya Allah! Kuatkanlah hatiku. Janganlah nampak sangat muka tak siap aku ni. 

Mana Qaniah ni? Melihat mereka bermesra, makin berkecai hatiku yang kian berkecai. Bila mereka bersanding berdua, aku pula banyak berkhayal. Ah! Kalaulah gambar ni tak menjadi mahunya aku kena saman nanti. 

Lidiya. Lidiya. Masuk kali ini entah berapa kali mata aku dan pengantin lelaki itu berpandangan. Atau aku yang suka memandang. Atau… dia yang macam biawak kepanasan duduk atas pelamin tu? Isk! 

“Beb!” Seseorang menampar aku dari belakang. Aku terus pandang sebab aku dah tak tahan. 

“Ha! Mana kau pergi? Bagus. Kau ganti kejap.” Aku hulurkan kamera pada Qaniah. Tak peduli Qaniah yang tercengang-cengang dengan aku. Dia panggil pun aku buat dunno je. Aku dah tak tahan. Hati aku retak berjuta. 

Ya Allah. Manusia apa tu? Astaghfirullah. Aku istighfar. Tabahkan hati. Kat luar ni ramai orang. Jadi, aku pergi tempat yang agak tersorok. 


*****
 AKU menangis semahu-mahunya. Tak tahu nak curah ke mana. Sekarang aku dah rasa agak tenang. Tapi, aku belum boleh pergi. Kalau pergi dalam keadaan macam ni sumpah majlis hari ini akan rosak. 

Gila tak, orang tengok aku pun kalah Hantu Kak Limah wei. Mesti celak aku dah turun ke pipi. Baik punya! Make up aku dah bertukar jadi momok. Bodoh aku menangis untuk lelaki itu. Lelaki itu bodoh. Kurang ajar perbodohkan aku yang naif ni! Aku memang tak akan maafkan dia sekalipun memaafkan salah satu punca ketenangan. 

Kes aku ni terbalik. Kalau maafkan dia aku jadi tak tenang. Aku doa je dia kena sorok dek hantu waktu Maghrib. Padan muka! 

Serius itu doa kau kat dia, Diya? Itu macam doa budak-budak beb! Ha ha! Mungkin aku dah mereng kuasa lima. 

 Arggghhhh! Aku tekup wajahku dengan kedua belah tangan. Menangis lagi. Ya! Menangis ajelah. Mudahan nanti hati aku dah tenang. Kalaulah menangis tu boleh melupakan. Lagi bagus! 

“Diya…” Ada suara garau memanggil aku. Amat dekat. Aku rasa aku tahu itu suara siapa. Aku dah lari cukup jauh dari majlis. Macam mana dia boleh jumpa aku? 

“Diya…” 

“Diam!” Balasku. 

Kalau ikut hati aku sangat benci. Rasa nak bunuh lelaki ini. Lelaki yang menyusahkan hidup aku. Tegar permainkan aku. 

“Diya! Let me explain.” Lelaki itu nampaknya tak reti bahasa. Siap nak merayu lagi. Explain hotak kau! Terus aku panggung kepala. Aku pandang lelaki yang segak berbaju pengantin dan bersampin. Siap pedang di pinggang. Nampak begitu segak. Sayang bila hati tak sekacak wajah.

“Don’t you understand what I said?” Soalku keras. 

Mata yang tadi berlinangan telah aku lap sebelum panggung kepala. Aku kena tunjuk yang aku kuat. Itu konon! Hakikatnya aku juga manusia biasa yang tak mampu berhadapan dengan dugaan hebat ini. 

Tapi… Bila diberi ujian, maksudnya seorang hamba itu mampu lalui. 

“Diya… Izz err.” 

“Shut up!” 

Terus aku bangun dan berjalan laju menuju ke tandas. Nasib baik aku dah biasa dengan kawasan hotel tersebut. Tak kekok. Dah tahu kedudukan tandas, kawasan lapang yang tiada orang. 

Setelah hampir satu jam di dalam tandas, aku pergi mendapatkan Qaniah. Kasihan gadis itu terpaksa galas tugasku. Lama Qaniah pandang aku. Ketika itu pengantin sibuk melayan tetamu. 

“Are you okay Diya?”

“Look like I am okay, Qaniah?” 

Qaniah geleng kepala. Wajah sayu Qaniah dipandang. Ya! Qaniah pun pasti dah tahu apa yang berlaku sejak dipandang pengantin lelaki tadi. 

“Aku tak tahu nak cakap apa.” 

“Tak perlu cakap apa-apa. All is done. Nothing can change.” 

Ya! Tak ada apa yang akan berubah. Hanya aku yang kena move on. Sakitnya. Tak ada siapa yang akan tahu. Hanya yang melalui akan tahu. 

Banyak orang boleh nasihat, itu sebagai satu nasihat. Namun belum tentu mereka mampu bila duduk ditempat aku. 


*****
“APA semua ni!? Mama memang nak marah sangat-sangat. Berani Izz buat macam tu pada Diya? Kalau Diya tak pergi majlis tu, sampai kesudah Diya takkan tahu Izz dah ada isteri. Selepas itu dia nak kahwin dengan Diya pula? Isk! Dia tu siapa? Dia fikir dia hensem sangat ke? Oh My God! Siapa perempuan tu? Dan keluarga dia? Tergamak sekongkol dengan Izz.” 

Marah betul mama dan papa bila aku ceritakan semua yang jadi. Aku balik terus aku putuskan mahu putus tunang dengan Izz. Bila mama dan papa tanya kenapa, yeah aku hanya mampu menangis. Menangislah semahunya. Sampai hilang semua derita. 

“Papa pun tak faham. Kalau papa ada kat majlis tadi, memang papa dah karate Izz. Harap aje belajar tinggi-tinggi. Selalu terbang tinggi. Ingat otak sentiasa fresh. Rupanya tidak. Otak dekat lutut juga. Lebih baik yang tak ada education.” Sambung papa pula. 

Okey! Kaitan ke fly dengan otak jadi fresh? 

“Hmmmh! Sekarang ni macam mana bang?” 

“Macam mana apa sayang? Putuskan aje pertunangan ni. Takkan nak biarkan Diya kahwin dengan budak crocodile tu.” 

“Diya, kamu tak jumpa dengan mummy dan daddy Izz ke tadi?” Soal mama. Macam sikit pelik. 

“Mummy dan daddy Izz hanya diam. Macam menyorok dari Diya.” 

Ya! Bila nampak aku mungkin mereka dah sembunyi awal-awal agaknya. Sampai rupa pun tak nampak. Bertuah juga aku, famili dia yang lain tak pula aku kenal. Apatah lagi bila masuk atuk nenek, sepupu sepapat, saudara mara. Jauh sekali untuk aku kenal. Bukan tak nak kenal, masa bertunang dulu pun buat kecil-kecil sahaja. Mereka tak dijemput pun. Katanya nak tunggu kahwin. Eh eh. Akhirnya Izz kahwin dengan orang lain tanpa pengetahuan aku. Gila dasar! 

Mama dan papa diam. Macam tengah fikir je. Tak lama kemudian, mama bersuara. 

“Abang rasa tak macam ada sesuatu?” 

Papa angkat kening. 

“Entah… mungkin…” 

“Sayang… don’t jump to conclusion. Kita kena fikir positif. Kalau cakap bukan-bukan nanti jatuh fitnah. Tak tahu lebih baik diam sekalipun kita diniaya. Allah ada. Tak apa. Kita dengar aje dari pihak keluarga Izz nanti. Kita tunggu sampai esok. Mesti mereka tak senang duduk sekarang ni. Diya dah tahu semuanya.” 

Huishh! Papa ni! Bagus sangat. Orang dah niaya anak sendiri pun masih lagi nak husnudzon ke? Mungkin ini satu sikap papa yang buat rumah ini bahagia. Selalu suruh fikir positif. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Susah juga bila hidup terlalu baik, selalu kena tindas aje. 


*****
HAMPIR sepuluh minit menunggu di luar ofis Qaniah. Sekejap aku pandang jam, sekejap pula aku pandang pintu utama bangunan yang gah berdiri itu. 

Qaniah ni memang tau. Ajak aku makan beria sangat. Bila aku dah terpacak, banyak pula kerja dia. Dah la tu suruh aku tunggu macam tiang lampu kat luar ni. Banyak sungguh cantik muka dia. 

Kalaulah aku reti jampi, dah lama pasu tepi aku ni jadi ular pergi cari Qaniah kat tingkat atas. 

Ha ha! Kauuuuu… fantasi benar. 

Seronok skrol Twitter, ada seorang berdiri di depan aku. Yang pasti bukan Qaniah. Siapa? Dari bawah aku nampak kasut hitam yang berkilat, pergi pula pada seluar berwarna coklat yang langsung tiada kedut. Hanya garis yang kelihatan. Lepas tu pada bahagian kemeja biru muda yang dipakai olehnya bersama tie biru tua bercorak. Sesuai! 

Tempat terakhirnya adalah paras rupa. Terus kelu lidahku. MasyaAllah! Hanya itu. Cukuplah untuk komen seorang lelaki tinggi lampai, berbadan tegap yang kini tengah tersenyum biasa padaku. 

Hensem. Hensem. Hensem. 

Benarlah keindahan Tuhan itu sentiasa ada. Keluarlah mencarinya. Dan sekarang aku jumpa. 

“Hello. Hello.” Lelaki itu melambaikan tangan di depanku. 

“Erk!” 

Terus telan liur aku. Alamak ai. Kantoi aku terpesona dengannya. 

“Ehem!” 

Aku betulkan tudung sambil berdehem. Sebenarnya macam nak cover malu. Alah biasalah. Bila jumpa lelaki hensem mestilah nak nampak comel kan. Ha ha! Untung-untung boleh jadi jodoh. 

Erk? Jauh berangan! 

“Ada apa ya?” Tanyaku. Memang kena tanya sebab lelaki itu tiba-tiba berdiri dekat denganku. Takkan jadi satu kesalahan kut aku berdiri dekat sini sambil skrol Twitter. Oh my! 

Kalau ini satu kesalahan sumpah aku takkan jejak lagi ofis Qaniah ni. Dah la lambat benar perempuan tu turun. 

Lelaki itu masukkan kedua tangannya ke dalam poket. Satu nak cakap, makin nampak hensem. Tambah bila kedua lengan baju kemeja dilipat hingga paras siku. MasyaAllah nampak macam lelaki sejati sangat. Over! 

Ah! Mungkin sebab taste aku jenis macam tu kut. I mean, masukkan kedua tangan dalam poket sambil merenung anak mata seorang gadis? Yakni gadis itu adalah aku. Omomomm.

“Gadis canon…” Hanya itu yang dikata oleh lelaki itu sambil wajahnya tersenyum. Maksud senyuman itu, biasa-biasa sahaja. Aku kedutkan dahi. 

“Apa?” Aku garu kepala yang tidak gatal. 

“Er. Ehem! Tak, I mean, awak photographer adik saya baru ni. Kan?” Ha! Ini lagi buat aku pening. Baru ni lelaki ini tu bila? Dan macam mana dia boleh sampai cam aku. 

Gadis canon? Ha ha! Nama baru untuk aku. Baru sekali nampak dah cop aku gadis canon? Why? Pelik, kan?

“Aisyah. Nuraisyah Makhtar.” Katanya. 

Oh! Terus aku muram. Perempuan itu adik lelaki ini? Kecilnya dunia. Bermakna Izz tu adik ipar dia. Hu hu. Lelaki ini pula siapa? 

“Kenapa awak macam sedih? Dekat sini tunggu Qaniah ke?” Soalnya lagi. Lelaki ini kenal Qaniah juga? Ah! Ini pelik triple ni. Banyak pula teka-teki lelaki ini. 

“Encik Faris? Diya? Kenapa ni?” Cemas sekali suara Qaniah melontarkan soalan. Terus aku dan lelaki yang digelar Encik Faris tadi pandang Qaniah. 

“Relaks. Relaks. Nothing happen. Just suai kenal aje. Kenapa awak lambat? Kesian kawan awak ni tunggu lama.” Ujar Faris pada Qaniah. 

Aku hanya jadi patung bernyawa yang pasang telinga. Banyak yang nak aku tanyakan pada Qaniah. 

“Okay! Happy to see you gadis canon.” 

Aku hanya pandang Faris yang berlalu pergi bersama gaya yang tersendiri. Mak ai! Ini bikin jatuh cinta. Kalau bukan aku yang tengah heartless ni memang aku tangkap cintan dengan lelaki itu. 

Jangan tipu akulah. Sesiapa aje yang nampak lelaki hensem memang akan terpaku. Pandang macam tak nak lepas. Nampak cermin pun boleh bayang wajah lelaki hensem. Kan? Kurang pun ambil masa tiga ke empat hari untuk move on dengan virus tersebut. Ha ha! 

“Beb!” Tepuk Qaniah pada bahuku. Terus aku cekak pinggang. Mati wajah lelaki nama Faris tadi. Senyuman aku pun automatik mati. Yang tinggal hanyalah wajah Qaniah. Kecik besar je aku tengok minah ni seorang. 

Qaniah sengih. Kedua tangan ditemukan bersama. Diangkat hingga paras dada. 

“First of all, sorry beb. Aku ada kerja yang nak disettlekan before we go lunch. Itu lebih baik kan daripada aku terkejar waktu makan. Mesti kau lagi tak seronok. So, now, I am yours!. Jom. Since kau dah tunggu lama, kau naik kereta aku ajelah and aku belanja kau. Cakap aje nak makan apa.” Dengar aje Qaniah cakap macam tu, apa lagi. Jalanlah. Terus rasa nak lompat katak. Bukan senang keluar makan tak perlu keluarkan duit sendiri ni. Siap kau! Memang aku paw kau cukup-cukup. 

Nasib baik jumpa Faris. Sejuk sikit hati aku yang tadi panas. Kiranya Faris dah jadi penyelamat kepada Qaniah daripada kena menyinga dengan aku. Right? 

Haissshh! Maafkan aku, tiba-tiba aku jadi miang keladi. Terkena kut tadi masa jalan ke mari menuju ofis Qaniah. 


*****
QANIAH angkat kening pada aku. Dah gaya Ziana Zain angkat kening. Tinggi beb. Siap beralun lagi. Kreatif. Jujurnya aku pun tak pandai nak angkat kening macam tu. Tak menjadi. 

Cuba korang pula yang buat? Mana tahu jadi. 

Okey! Aku tahu macam ramai yang bayangkan dan mengikut sama. Ha ha! 

Sorry! Aku tak buat contest pun. (Terkena) 

“Why you looking me like that? Something wrong around my face?” Qaniah sentuh wajahnya. Macam tengah cari kalau-kalau ada beluncas merayap ke? 

“Kau jangan buat lawak.” Balasku. 

Gelak juga aku dengan sikap Qaniah. Orangnya comel. Kalau jenis ganas tu memang tak sesuai dengan nama. Korang mesti bajet Qaniah ni acah-acah ayu dan sopan. Right? 

Beb! Kalau dah kerjanya pun site manager, turun site. Gila nak ayu? Serious talk. Jenis ayu tak berapa cocok jawatan macam Qaniah ni. 

“What?” 

“Kau tahu isteri Izz adik pada bos kau?” 

Aku dah maklum yang Faris tu majikan Qaniah. Qaniah beritahu masa dalam kereta tadi. Aku pun dah cerita macam mana boleh jadi pertemuan pelik tadi. Lagi pelik bila Faris panggil aku gadis canon. Why? 

“Tahu. Tapi sumpah aku tak tahu majlis tu majlis adik dia.” 

Aku bulatkan mata. Macam tak percaya. 

“Impossible. Takkan majikan tak jemput staf dia kut.” 

Aku geleng. Habis-habis pun kalau tak jemput semua mesti akan jemput staf yang A Level. Dan Qaniah ni golongan atasan. 

“Jemput. Cuma aku yang tak beria baca kat mana majlis tu dalam kad jemputan. Sebab aku memang tak berniat nak pergi. Kawan-kawan ofis aku pun kerja masa tu. So, aku kirim hadiah aje. 

Dan aku tak kenal pun adik dia. Bila ke majlis tu aku memang betul-betul ikut kau sampailah aku nampak Izz kat atas pelamin. And aku nampak Encik Faris. That time baru aku tahu yang isteri Izz tu adik dia. Aku pergi majlis adik dia. Dan Izz tunang kawan aku tu adalah suami adik Encik Faris. 

Oh My God! But I just pretend like a normal. Like nothing happen. Like he’s know I actually attend their sister event. Not accompany my friend.” 

Aku julingkan mata. See? Bila bagi peluang Qaniah cakap, memang dibuka forum perdana kat tengah-tengah kedai makan ni. Oh actually, aku ajak Qaniah makan steamboot.  

“Pe-ro-pa kau ni bila explain. Sikit-sikit dah la. Lagipun aku dengan Izz dah tak ada apa-apa. Dah hampir sebulan pun semua tu berlalu. Tapi… kenapa kau diamkan aje? Tak bagitahu pun.” 

Aku pura-pura merajuk. Qaniah sengih. 

“Sorry beb! Aku tak nak kau lagi sedih. Lagipun as you told, kau dengan Izz dah tak ada apa-apa. Kau pun tahu yang bini Izz tak salah. Dia tak tahu korang dah bertunang. Yang dia tahu Izz masih single and available. Kalau tahu sure dia tak rampas Izz dari kau. Yang totally salah tu Izz.” 

Aku diam. Qaniah betul. Nak jaga hati aku. Kalau aku tahu pun tak boleh merubah apa-apa. Faris langsung tak ada kaitan dalam hal ni. Yang salah dalam hal ini juga Izz. Keluarga Izz hanya diam dan tak berani nak putuskan hubungan aku dan Izz. 

Cuba dihalang, tapi Izz tetap berkeras. Dalam masa yang sama Izz akan berlakon macam tiada apa yang berlaku. Bila sampai waktunya, Izz akan tetap salam dengan kadi dan jadikan aku isterinya. 

Pi mai Izz seorang juruterbang. Kalau dia tipu kata dua bulan terbang pun mana aku tahu. Izz bijak. 

Tapi pleasee. Jangan jadi macam Izz yang terangan bodohkan diri sendiri juga. Tanpa sedar. Tanpa sedar lagi, aku bagi tips poligami kat Pilot. Ha ha! Oppsss! 

Ah! Bila teringat pasal ni. Hilang selera makan aku. 

Sakitnya tuh disini di dalam hatiku. 

“Diya… what your plan? Next.” Soalan Qaniah matikan ingatan aku pada Izz. Aku pandang Qaniah. 

Qaniah sahabat aku yang paling baik. Habis sikit pun mesti rasa apa yang aku rasa. Kalau ikutkan Qaniah, dia nak karate sampai strok si Izz tu. Nasib baik tak nak jadi popular dengan cepat dengan cara musnahkan majlis orang aje. 

Kalau tak, aku tak tahu nasib Izz. Mungkin sekarang dah herot mulutnya. Kejung sebelah badannya. Kiri atau kanan tengok belah mana yang antibody nya lemah. 

“Hmmmhhh! Kalau tanya aku sekarang, honestly I don’t know. Maybe focus on my career dulu kut. Atau, kalau ada sesiapa yang propose aku, aku terima aje. Aku dah penat bercinta lama-lama. Bertunang. Tapi tak jadi juga. Aku penat nak start from the beginning.” 

Qaniah ketawa. Buatkan aku jadi pelik. 

“Sounds look you too old. Disgusting! Yew! Come on, dude. You still young. Baru dua puluh lapan kut. Oh My God, Diya!” Aku turut senyum. Aku cebik bibir. Ha ha! 

Ya tak iya kan? Yang aku hiperbola sangat ni kenapa? Cakap macam dah jadi andartu yang berumur lapan puluh dua tahun. Isk! Please la. Dunia sekarang ni. Anak muda sibuk dengan jodoh. Termasuklah aku. 

Qaniah kat depan aku ni relaks aje. Calon pun masih sesat di Balkan. Itu kata Qaniah. Why Balkan? Sebab Qaniah minat geng kulit hitam terbayang wajah hensem.

“Dah! Makanlah. Ni semua salah kau. Sibuk nak tanya my next plan. Kau dah kenapa?” 

“Ha ha!” Kami sama-sama ketawa. 

Ketawa dapat hilangkan resah bermasalah. Kadang-kadang. Dan, kawan yang baik juga menyenangkan. Itu benar. 


*****
“KAU kahwin dengan Encik Faris ajelah Diya. Bos aku tu baik dan hensem.” Promote Qaniah. Masa ni aku dan Qaniah tengah menjamu cekodok goreng yang disediakan oleh mama. Qaniah yang surprise datang melepak rumah aku. Nasib baik aku kat rumah. Tapi memang semalam Qaniah dah tanya aku pun. Aku je tak hidu niat sengal Qaniah ni. Kalau dapat hidu, memang aku menyorok belakang jambang. 

Terhenti suapan aku. Dengan Faris? Dah lama juga aku tak jumpa lelaki itu. Ceh! Cakap dah lama macam hari-hari je jumpa. 

Hakikatnya itu adalah pertemuan awal dan akhir aku dengan Faris. 

“Kenapa tiba-tiba?” Aku angkat kening. 

“Sebab aku rasa korang secocok.” 

Aku cebik bibir. Klise sangat jawapannya. Takkanlah sebab nampak secocok aje. Kalau macam tu, aku pun nampak Qaniah dan Faris tu secocok jugak. 

“Kenapa tak kau aje dengan dia?” Soalku balik. 

Terus terburai ketawa Qaniah. 

“Aku dan Encik Faris? Kami macam anjing dan kucing. Oh. No. No. Aku tak nak hari-hari pun gaduh. Boleh migrain. Cukuplah kat ofis aje.” 

“Ha! Eloklah tu. Dr Fadzillah Kamsah kata jodoh tak semestinya serasi. Ada juga yang kontra. Macam kau. Anjing dan kucing. Tapi, tetap aje relevant kalau nak kahwin.” 

Bulat mata Qaniah. 

“No! Sekalipun kontra, bukan dengan Encik Faris. Biar dengan lelaki lain tak apa. Eh! Yang kau ni sibukkan jodoh aku kenapa?” 

“Sebab kau sibuk dengan jodoh aku.” Balas aku semula, selamba. Terus aku kunyah cekodok tanpa rasa bersalah. 

Bulat mata Qaniah pandang aku. Macam biasa. Aku tak layan pun. 

“Hai Diya. Qaniah, lama tak nampak kau?” Teguran daripada Liyana buatkan aku dan Qaniah sama-sama memandang. Tapi aku lebih suka dengan seseorang dibelakang Liyana.  
“Hai Yana. Ya, memang lama tak nampak. Almaklum, kau kan orang femes. Busy aje memanjang.” Jawab Qaniah sambil ketawa. Mereka sama-sama berpelukan. 

Liyana dan fesyen jauh beza dengan aku. Aku pun suka fesyen. Liyana doubt fesyen. Nasib aje paras kami iras. Cuma, kalau yang jenis tak perasan, tak juga. Sebab Liyana dan make up kalah make up badut. Tak ada rupa.

“It’s okay Qaniah. Kalau kau rindu aku just hug my lil sister. Sure terubat rindu kau pada aku.” Qaniah sudah tidak menjawab. Aku nampak Qaniah macam segan. Tengah cover gitu. Aku pun sama kut? 

“Oh! By the way, sorry. Lupa aku nak kenalkan pada korang. He is my partner untuk cover majalah akan datang. Amzar. Am, she is my twin, Diya. And the one is my twins friend since they kids. Qaniah.” Liyana perkenalkan. 

Aku hanya tayang riak tak puas hati. Aku dan Qaniah sama-sama memandang. Nampak Qaniah juga naik sama tak puas hati. Kenapa? 

“Diya, Qaniah. Korang layankan Am ni kejap. Aku nak masuk ke dalam nak tukar baju. Aku kena pergi semula lepas tu.” 

“Wait! Mana kereta kau?” Soal aku. Tiba-tiba nak bawak balik lelaki lain selain tunang dia, dah kenapa? 

“Oh! Tadi Am nak temankan aku. Lagipun aku kira ada geng. Tak adalah sorang-sorang drive. Any problem ke twin?” Liyana angkat kening. Bersedia nak masuk ke dalam rumah. Aku hanya diam. Berpuas hati dengan jawapan Liyana. 

Bukan apa, aku tak mahu Liyana terlalu bebas. Sebab kembarku itu sudah bertunang. Kan tak elok selalu keluar dengan lelaki lain. Nanti timbul pula macam-macam kontroversi. Walau atas urusan kerja. 

Lama kami berdiam diri. Tak bercakap walau sepatah. Macam masing-masing tengah berperang dengan otak memasing. 

“Why both of you looking me like that?” Soal Amzar perlahan. Curious betul lelaki ini dengan aku dan Qaniah. Ya la. Nak kata menggoda jauh sekali. Ini pandangan yang menyeramkan. Sampai menegak sembilan puluh darjah bulu roma Amzar agaknya. 

Yew! Tak sesuai langsung lelaki dengan biceps nak merajuk? Pahal?? 

“Hmmmhhh!” Qaniah mengeluh. 

“Dah lama ke Encik Faris buat kerja macam ni?” Qaniah. 

“Dah lama ke you kenal dengan Yana? I mean Liyana.” Aku. 

Keduanya merenung lelaki itu. Serba salah dibuatnya. Bila dua lawan satu. Jarang sekali satu akan menang.

“Okey. Okey. One by one okay. Actually Qaniah, before I jadi majikan you, I seorang model. Dah lama I buat kerja ni. And to answer your question, Diya. I dah lama kenal Yana. Since study dekat UK. Kami ambil course yang sama. Economy. Dan masa belajar kami memang sama-sama buat part time jadi model. Kira kawan baik. I tahu dia dah bertunang. So, you no need to worry. I kenal dengan Qif. ” Amzar berikan senyuman. Senyuman versi pencair hati sudah diberikan. Sekejap aje sebelum aku start curious balik. 

“Kenapa I macam tak pernah nampak you sebelum ni? I pun studi UK. Dan Qaniah pun studi UK.” Qaniah turut angguk. Mengiyakan kataku. 

Amzar ketawa. Ah! Macho sekali ketawa itu. 

“United Kingdom tu besar. Of course kita semua tak sama course. You all course architecture, right? Fakulti kejuruteraan dengan fakulti bisnes sangat jauh. Kalau I atau you pernah sampai kat fakulti tu pun bukannya pada masa yang sama. Kan? Jarang ada pertemuan secara tak sengaja ni. Lagipun Diya, you sibuk dengan canon you aje. Kan?” 

“Huh!” 

Aku mendengus. 

Amzar betul. Kenapa mesti aku kenal dia sekalipun Liyana kenal lelaki ini. Meskipun kembar, kami tetap dua manusia yang berbeza. Tetap berasingan nyawa dan jasad yang diberi pinjam oleh Allah. Mana mungkin nak mengenali orang yang sama. Dah terangan minat kami berdua berbeza. 

“Ni mesti Yana yang cerita, kan?” Soalku tak puas hati. Tak habis panggil aku dengan nama gadis canon. 

Amzar hanya senang ketawa. Ah! Tak membantu langsung. Itu bukan jawapan yang aku mahukan. 

Oh My God! 


*****
DAN sekarang, Amzar atau nama yang mudahnya Faris Amzar sibuk ganggu aku. Tak ada kerja agaknya mamat ni. Sekali-sekala aku rasa nak Whatsapp Qaniah. Saja nak tanya kalau-kalau bos Qaniah tu dah jadi manusia paling free yang amat. 

Oh lupa! Dah kaya kut. Mesti pergi ofis goyang kaki je. Lupa lagi. Memang skop of work bos-bos hanya tahu mengarah dan menunggu sahaja kut. Masa yang ada ganggu aku. 

“Yana! Kau bagi number aku pada Amzar, kan?” 

Aku tolak daun pintu bilik Liyana yang sedia terbuka. 

Liyana pandang aku pelik. 

“Kau kenapa? Main tuduh-tuduh.” Balas Yana tak puas hati. 

Tika itu Liyana tengah belek majalah Maskulin. Perempuan tapi baca majalah lelaki. Apahal? Takkan gambar dia dah tersesat dalam Maskulin kut. 

Isk! Tak perlu peduli. Ini lagi penting. 

“Aku tak tuduh. Kalau bukan kau yang beri, siapa lagi? Kau paling rapat dengan Amzar.” Balas aku. Tak puas hati sama. 

“Ya! Tapi aku tak bagi pada Am. Please lah Diya. Jangan main tuduh aku tanpa bukti. Kau kenal aku macam mana, kan? Aku tak niaya kembar aku sendiri. Apatah lagi nak mix match kau dengan Am.” Liyana nampak macam dah bosan. 

Aku mula rasa ragu dengan tuduhan sendiri. 

“Kalau bukan kau, siapa?” 

Liyana angkat bahu. 

“Qaniah mungkin.” Jawab Liyana malas. 

Apalagi, terus membulat mataku. 

Qaniah? 

Laju aku masuk ke dalam bilikku semula. Aku capai telefon. Terus aku hubungi nombor Qaniah. Tak jawab. Kali kedua dial, tak jawab juga. Ini buatkan aku makin yakin dengan tuduhan tanpa usul periksa kembarku, Yana. 

Aku kenal Qaniah. Bila buat silap mulalah nak jauh dengan aku. 

Takut. 

 Siap kau! 


*****
“BERAPA kau dapat?” Aku pandang Qaniah gaya seekor harimau bertemu mangsa. 

“Berapa apa kau ni? #tibatiba.” 

Terkejut Qaniah dengan kehadiran aku di ofisnya. Aku tak peduli, bila aku nak tahu jawapan sangat-sangat. Memang aku sanggup lakukan apa sahaja. Peduli dengan waktu kerja Qaniah. Peduli dengan Qaniah yang gila kerja. Peduli kalau kena marah. 

Sekarang masa untuk aku marahkan Qaniah. Nasib baik Qaniah ada bilik yang tersendiri. 

“Kau tak payah nak #TIBATIBA sangat. Aku tahu kau dah pedajal aku. Kan? Baik kau mengaku sebelum aku campak kau ke tingkat bawah.”

Iya-iya je aku ni nak campak Qaniah ke bawah. Inilah manusia yang cakap tak serupa bikin. Melebih je bila cakap, buatnya harommm. 

Qaniah berhenti buat kerja. Mesti rasa kecik besar je dengan aku sekarang ni. Aku peduli apa. Qaniah cari pasal dulu. Kalau dijawabnya call aku yang bertalu, tak ingin aku ganggu waktu kerjanya. Ini bukan kerja aku. Suka pulak aku buang masa sampai macam ni sekali. 

“Ya. Ya!. Tapi Encik Faris tu yang mintak. Kalau aku tak bagi dia boleh tamatkan kerja aku dengan serta merta. Apa pilihan yang aku ada selain korbankan nombor telefon kau. Ala… sorry la beb. Kalau dia ganggu kau lebih-lebih kau buat report aje lah. Takkan la pasal ni kau pula nak ugut aku. Ataupun kau layan ajelah Encik Faris tu. Hensem apa. Single lagi. Mana tahu jadi jodoh kau. Boleh gantikan Izz sengal tu.” 

Aku julingkan mata ke atas. Rasa nak hempuk je kepala Qaniah bila dah mula bercakap. Tak jumpa noktah. Itu yang masalah. Kalau boleh nak aje aku noktahkan percakapan dia tu. Tapi itu tak penting. Yang lagi penting apa yang kemaruk sangat Amzar tu nak nombor aku. Sampaikan sanggup ugut Qaniah. Buang kerja pula tu. 

Besar ya maksud nombor aku pada lelaki itu. Tiba-tiba rasa nak perasan kejap. 

Faris Amzar minat aku? 

Nak jadikan aku isteri ke? 

Atau aku ni crush dia sejak sekian lama? Ha ha! 

Semua ni perasan semata. Biarkan! Berangan tak kena bayar pun. Yang jadi masalah bila ada yang suka menyibuk. 

“Dah! Kalau nak berangan pergi baliklah wei. Duduk kat balkoni sambil pandang bulan bintang. Kalau kau terus kat sini, nanti pelan aku ni tak memasal ada lukis gambar kau. Tak ke haru!” 

Jahat sungguh mulut Qaniah ni. Kan? Tak sesuai langsung dengan nama. Patutlah tak ada lelaki nak sampai sekarang. Kerana mulut badan binasa. Ha ha! 

Tapi hati Qaniah baik tau! Kalau tak gila aku nak kawan dengan dia sampai sekarang. 

“Qaniah… pelan…” 

“Oppss! Awak ada tetamu. Sorry!” Faris Amzar terjengul di balik pintu bilik Qaniah sebelum mengorak langkah masuk ke dalam. 

Aku dan Qaniah serentak memandang. Sempat aku dan Amzar bertemu mata. 

Sesaat. Dua saat. Tiba-tiba aku jadi malu. Lagi malu mengenangkan angan-angan aku tadi. Terus jantung aku bergetar hebat. 

Dup dap. Dup dap. 

“Er! Aku balik dulu lah beb.” Aku bangun dari duduk, mahu keluar dari bilik Qaniah. Silap aku ganggu minah tu. 

“Nanti!” 

Baru nak pulas tombol pintu, suara lelaki itu bergema di dalam bilik Qaniah. Sempat aku pandang Qaniah bila aku pusingkan badan. Qaniah siap senyum kambing lagi dengan aku. Macam aku tak tahu maksud senyuman tu. Dasar! 

Aku angkat kening. 

“Qaniah, saya nak keluar kejap. Nanti awak letak pelan tu dalam bilik saya. Nanti saya masuk balik saya nak tengok.” Pesan Amzar pada Qaniah. 

Faris Amzar ni, sekejap I YOU, sekejap nanti SAYA-AWAK pula. Dengan aku pun macam tu. Sah lelaki ini tak tetap pendirian. Tak teguh Iman. Hi hi. Macam tu aje kau ukur Iman nya Lidiya? Mudahnya menghukum! 

“Baik Encik Faris.” 

“Diya… good luck!” Bisik Qaniah dari jauh. Macamlah bos dia tu tak perasan. Gila punya Qaniah. 

“Jom.” 

Ajak Amzar tanpa rasa bersalah. Dengan riak bersahaja. Aku pulak yang gerun. Padahal tadi bukan main lagi rimas dengan lelaki itu. Sekali dengar suara garau tu beri arahan, ketaq lutut ceq. Maka, nak tak nak ikutkan ajelah Lidiya. 


*****
“KENAPA you tak jawab semua call I? SMS. Whatsapp. Twitter. Messenger.” 

“Wait. Wait. Siapa you, I nak kena jawab semuanya?” Soalku pelik. 

Aku sedut air mangga di depanku itu. Tak jauh pun. Ajak aku minum dekat kafe bangunan ini aje. 

“Your crush?” Selamba aje Amzar jawab. Bahananya terus tersembur jus mangga tepat kena wajah Amzar. 

Dia terpaku. 

Dan aku pula rasa nak terpaku atau nak menangis atau nak ketawa tak pasti mana satu. Sampaikan hampas mangga pun terlekat kat wajah Amzar. Lucu! 

Tapi tetap tak mencacatkan wajah yang sedia hensem tu. Benarlah, kalau dah muka sempurna, pakai macam mana pun tetap nampak perfect. 

Orang kata kalau nak cari suami, cuba test dengan buat lelaki itu marah. Jika masih bersabar maka sesuai dijadikan suami. 

Sempatkan kau ingat ni semua wahai Nur Lidiya Husna? 

“Oh My God. Diya! Takkan cakap macam tu dah terkejut?” Tadi kejung, sekarang Amzar dah mula bercakap. Tisu dimeja diambil dah dilap mukanya. Mesti bau mangga. 

Main-main lagi. Orang kat kafe ni pun boleh tahan juga. Dah tengok-tengok ke arah kami. Harap ajelah tak ada yang kenal Amzar. Tapi macam mustahil pula. Ini bangunan Amzar. Mesti semua pun staf Amzar. Ah! Lantak. None of your business Diya! 

“Siapa suruh main-main. Better you pergi cuci muka dulu. Nanti bau mangga pula.” Suruhku. 

“You aje yang akan bau mangga ni.” 

“What? Stop nonsense please. Nanti you TER-mandi air mangga ni. Nak?” 

Amzar ni gila agaknya. Baru jumpa aku, kenal pun tidak dah nak merepek. Inilah sebab malas nak melayan lelaki. Sama aje. Baik yang pangkat sekerat-sekerat, yang pangkat atasan. Kalau dah dengan perempuan mesti gila-gila. 

Dia tak tahu ke aku tengah D-Hearty sekarang ni. Maksudnya diduakan hati. Macam mana tu? 

“Ha ha! You ni garang kan? Tak sama macam kembar you.” Aku cebik. 

Kembar aje tak semestinya sama perangai. Liyana memang jenis lembut dan lebih mesra dengan orang. Mungkin sebab kerjaya yang buat Liyana terdorong jadi macam tu.

“You nak apa sebenarnya dari I? Beria pula minta nombor pada Qaniah. Dah kenapa kau ni?” 

Amzar senyum. 

“Nak berkenalan. You single, kan? Dan I pun single.” 

Aku cebik. 

“Single lelaki ni mana boleh percaya. Single tiba-tiba dah beristeri. Single tiba ada tunang. Single tiba duakan tunang. Tambah macam dia ni. Lagi hensem dari Izz kut. Takkanlah tak ada makwe? Penipu besar betul!” 

“Apa? You panggil I penipu?” 

Terhenjut terus bahu aku. Waduh! Tak sangka aku cakap betul-betul. Ingatnya dalam hati je. Alamak! Mati lah aku. 

Erk! 

“I serius. Kalau you nak I buktikan pun boleh. I boleh jumpa mama dan papa kita.” 

Kita? Karate nak? Aku jeling Amzar. Gedik pulak lelaki ni. Nasib baik hensem. 

“Ini boleh?” 

Aku acah nak tumbuk Amzar. Dan lelaki itu hanya cebikkan bibir. Macam mengejek aku pun iya jugak. 

Mungkin nak cakap, setakat penumbuk aku. Belum penumbuk dia lagi. Hari-hari angkat berat kut. Kalau takat nak letak penumbuk kat pipi aku, boleh lebam juga. Kalau ambik jarak sebelum diacukan macam mana? Strok kut? 

Ngeri seh! 


*****
AKU termenung di jendela. Melihat keindahan bumi Tuhan. Sebelum ini aku kurang bersyukur. Aku hanya berpijak, aku hanya berjalan. Aku hanya guna semua nikmat yang Dia beri tanpa mahu bersyukur biarpun sedikit. Tak sempat nak bersyukur pun. Sedangkan masa pun milik Allah. Sempitnya masa bermakna Allah tak redha. 

Sombong nya aku pada Dia yang memberi. Begini ke cara aku menghargai pemberian orang? Allah. 

Kalau difikir, hidup didunia ini hanya sekejap. Tapi kenapa aku seolah terlalu mengejar dunia. Seolah aku akan hidup selama-lamanya disini. Aku lupa yang aku dihidupkan untuk dimatikan. 

Ya. Aku manusia. Aku kadangkala leka. 

Nasib baik, tika leka Allah masih sudi menegur aku. 

Dan sekarang, Allah hadirkan jodoh yang baru untuk aku. Aku pula yang sombong. Enggan menerima. Egokah aku? 

Tidak berterima kasihkah aku pada Sang Pencipta? 

Sedangkan masih ada yang menunggu jodoh yang tak kunjung tiba. Yang sedang berusaha masih belum dapat. 

Aku ni, semudah ABC je Allah bagi. Tak perlu tunggu lama. Aku tak mengharapkan pengganti secepat ini tapi diberi tanpa meminta. Kerana Allah tahu bila hambaNya perlu. 

Sedar tak sedar dah hampir dua bulan aku berteman dengan Faris Amzar. Amzar seorang lelaki yang seronok didamping. Sejujurnya aku bangga bila berjalan disebelah dia. Biar nampak tak secocok, yang penting habis semua gadis pun nak pandang. 

Mungkin jelek kenapa Amzar boleh keluar dengan aku. Secara jelasnya nampak macam aku ni pasangan Amzar dan mereka kecewa kenapa wajah aku yang macam ni jadi pilihan Amzar. Agaknyalah. 

Dan Amzar sudah hilang selama dua minggu, tiba-tiba aje dapat khabar yang mengejutkan dari mama. Sangat terkejut sampai rasa mahu pengsan. 

Aku ni ego, meskipun rasa macam rindu. Aku malas mencari. Selalu pun memang Amzar yang akan hubungi aku. Takkan sesekali aku cari dia. Nanti dia lagi perasan yang aku sukakan dialah apalah bla bla. 

Amzar tu bila dengan aku perasannya lain macam sekali. 

“Tak bagitahu mama pun tengah bercinta dengan model terkenal a.k.a Director of Amzar Property.” Ucap mama sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu utama rumah kami. 

Aku pegun. Rasa terkejut bila nama Amzar boleh meniti bibir mama. 

Untuk aku. Kalau untuk Liyana tu aku fahamlah. Kembarku memang kawan baik dengan Amzar. 

“Bercinta? Mama salah orang kut. Apa yang mama merepek ni?” 

Takkanlah baru kena tipu dengan Izz, aku dah mudah menerima cinta yang lain kut. Mana mungkin. Nak melupakan kejahatan seseorang tu teramatlah susah. Sampai sekarang aku rasa macam aku tak ada hati. Bila borak soal cinta, kosong. Aku hanya mampu senyum. 

Seolah, cinta. Apa tu? 

“Mama salah orang?” 

Mama cebik bibir sambil senyum senget. 

Apa masalah ni? Apa yang jadi. Aku kedutkan dahi. 

“Ya la. Mama salah orang. Mana mungkin Diya bercinta dengan orang yang mama cakap tu. Nama aje dah megah. Nak banding dengan Diya ni. Photographer jalanan aje mama.” Sebelum jadi full time photographer aku gemar sekali ambik gambar kawasan pemandangan. Nak-nak masa aku belajar di United Kingdom. 

Pantang berjalan, kamera sentiasa dileher. Kalau orang lain akan mati tanpa gadget, aku akan mati tanpa canon. Mula musim cuti semester, aku dan Qaniah akan pilih Negara mana yang kami nak lawat sesuai dengan bajet. Ala-ala backpaker. 

Ada beberapa teman menyoal aku. Kalau dah suka sangat ambik gambar kenapa tak pilih bidang ini aje? Mudah jawapanku. Ilmu Allah ni banyak. Bumi Allah ni luas. Perlahan-lahan. Kalau boleh aku nak belajar semua benda. Termasuklah bidang perubatan. 

Arkitek adalah profession aku. Photographer adalah minatku sedari dulu. Minat bila dipupuk makin berhasil jadinya. Jangan sesekali lupakan minat. 

“Nah!” 

Huluran mama bersama senyuman buatkan aku bulatkan mata. Rasa nak pengsan. Biar betul apa yang aku nampak ni? Rasa nak ketawa pun iya juga. Entah-entah mama dan Amzar komplot nak kenakan aku. 

Bukan boleh juga mereka ni semua. Liyana jadi orang tengah. Ha ha! 

Kesian Liyana kena masuk sekali sedangkan Liyana pun tiada di rumah. Ada photoshoot di Melbourne selama sebulan. Mana mungkin gadis itu ada masa nak kenakan aku. 

“Jauhnya termenung! Jangan menung lama-lama. Nanti bercelaru keputusan.” Usapan dan teguran lembut mama dari belakang matikan lamunan aku. Perbualan bersama mama petang semalam hilang lenyap sebaik sahaja mama menyapaku. 

“Mama…”

“Fikir apa lagi? Terima ajelah.” 

Terus aku pandang mama. Mama ni macam tak ambik pengajaran apa yang jadi pada aku dua tiga bulan yang lepas. Cepat benar percayakan orang. 

“Kalau dia tu sama macam Izz? Tak ke Diya akan kecewakan tunang dia, malah mungkin isteri dia.” Jauh benar aku fikir. Semua yang jadi buat aku lebih berhati-hati. Tambah dengan lelaki yang aku kurang arif. Yang dah kenal bertahun pun tak dapat hidu kebusukannya. Apatah yang baru kenal? Kalau nak bergantung pada trust, memang tak la untuk masa sekarang. Aku kena lebih percayakan diri aku sahaja. Bukan orang lain. 

Senang cerita, do not trust anyone. Rambut sama hitam, warna hati lain-lain. Berwarna warni agaknya. 

“Mama yakin Amzar tak sama macam Izz.” 

Senyum dan lapang je cara mama cakap. 

Aku pandang mama lagi. Aku bergerak dari jendela keluar ke balkoni. Letihlah cakap tak pandang muka ni. Kalau dapat tengok reaksi lagi baik. Ni asyik kena teleng kepala aje. Kang, boleh bengkok tulang leher aku. Dah jatuh market value aku. Mama mengikut sama.

“Yakin semacam aje mama ni. Mama kenal pun tidak dengan Amzar tu. Ni yang Diya pelik ni. Mama macam tak serik dengan apa yang jadi pada Diya. Siap boleh terima lagi pinangan Amzar.” Aku tarik muncung. Benar-benar tak puas hati. 

Keluarga Amzar datang meminang masa aku sibuk di Gombak. Bermalam di sana. Mereka seronok komplot dekat sini. 

“Sebab muka dia lagi baik dari Izz.” Selamba mama jawab. 

Huh! What? 

Alasan tak boleh diterima langsung. 

“Sejak bila baik atau jahat seseorang terletak pada wajah?” Aku tak puas hati. 

“Kerana air muka seseorang melambangkan hatinya.” 

Aku cebik. Kalau borak dengan mama memanglah aku tak menang. Kalau Qaniah buka forum perdana, mama buka Debat Parlimen. Jawapannya tak perlu panjang, cukup pendek tapi menyengat. 

“Terima aje lah. Sekurangnya ada yang ikhlas mahukan Diya. Allah dah bantu permudahkan urusan jodoh Diya. Mama suka Amzar tu. Baik budi bahasa. Nampak lebih matang. Mama tak rasa, umur Amzar tu masih nak main-main lagi dalam soal hati.” 

Aku termenung sejenak. Apa yang mama cakap tu memang betul, tapi hati manusia ni mudah ke kita nak baca? Nak tahu? Kalau mudah, tak ada lah pula yang kena tipu rasanya. Termasuklah aku.

“Macam ni, mama cadangkan Diya jumpa Amzar. Bincang. Kalau setuju boleh beritahu dia terus yang Diya terima. Apa pun mama harap Diya terima Amzar tu. Mama sukalah dia. Dia nampak benar-benar sukakan Diya.” 

Bila aku hanya diam, mama sambung lagi cakap. 

“Mama… jangan cepat percayakan orang. Kita kenal pun tidak dengan dia ma.” 

Rungsing aku dengan perangai mama ni. Tiba-tiba berubah cepat percayakan orang luar. Kenapa? 

“Kenal tidak atau terlebih kenal tu tak penting pun Diya. Kamu kenal dengan Izz pun dah lama. Tengok apa dia buat pada kamu? Sebenarnya tempoh kenal tak penting. Pada mama hati. Kalau hatinya baik, seluruh anggota akan baik. Bila hati kotor, semua pun terbau lumpur.” 

Pergghh! Sekali mama tembak baik aku diam. Asyik menjawab nanti mahu kena pancung kepala. 

“Yalah. Nanti Diya keluar jumpa Amzar.” 


*****
“KENAPA you masuk meminang I Amzar?” Tak payah nak simpang siur, aku straight to the point aje. 

“Sebab I suka you la.” 

Aku jeling. Tiba-tiba rasa nak marah dengan jawapan Amzar. Nampak sangat main-mainnya.

“Dua bulan cukup untuk you sukakan I?” Balasku dengan rasa geram. 

“Why not?” Selamba je tanya. Boleh hirup air kopi latte lagi. 

“If like that, sorry I can’t accept this.” Terangan aku tolak. Kotak cincin yang berwarna biru aku tolak ke depan. 

Aku nampak wajah Amzar yang terkejut. Bagi aku terlalu cepat. Aku belum boleh lupa apa yang dah Izz buat pada aku. Dua bulan. Bukan dua tahun. 

“Penting ke tempoh masa tu? I suka you, you suka I. Kita kahwin. Jalani hidup sebagai suami isteri. Easy right?” 

Ha ha. Aku ketawa lepas. 

Sounds like easy, but not really easy like your plan. 

“Tak terlalu mudah macam yang you cakap.” 

“Belum cuba belum tahu. Bagi I peluang nak buktikan. Kalau tak beri peluang, memang cakap hanya akan sekadar cakap.” 

“Kalau tak berjaya? Kita bercerai. Macam tu?” Geramnya aku dengan Amzar ni. Sejenis tak fikir panjang dan ambil mudah rupanya. 

Bulat mata Amzar pandang aku. 

“Childish thinking. Kalau tak okey, kita perbetulkan. Kenapa kahwin untuk bercerai? Orang lain kahwin mahu ke syurga. You ni pelik lah, Diya.” Sedikit marah suara Amzar. 

Aku ketap bibir. 

“Kenapa I?” Aku menyoal. 

“Perasaan suka boleh pilih orang ke?” Soal Amzar kembali. 

“Hmmmh…” Aku mengeluh. Aku dah tak tahu nak fikir apa. Patut ke aku beri peluang pada Amzar? 

Amzar boleh dikategorikan sebagai pilihan mama juga. Sebab mama sukakan lelaki itu biarpun aku dah berkawan dengan Amzar. 

“Ambik ni. Fikir dulu. Jangan buat keputusan terburu-buru. Istikarah mungkin. Jika perlu. Kalau I memang bukan pilihan you, I redha.” Usai sahaja berkata, Amzar bangun dari duduk dan berlalu pergi tinggalkan aku dalam cafe ini seorang diri. 

Aku diam. Aku pandang kotak cincin yang disua padaku kembali. 

Aku merenung. 

Should I? 

Buntu. 


*****
JAWAPAN istikarah akhirnya membawa aku ke gerbang perkahwinan. Aku pun bukannya muda lagi. Yang pasti selepas bertanya dengan Allah, aku rasa lapang. Rasa nak sarung cincin yang diberi oleh Amzar. 

Selepas tersarung cantik, aku ambik gambar dan kirim melalui Whatsapp kepada dia dan seluruh ahli keluargaku. Apa lagi semua pun happy dengan keputusan aku. Bukan mudah nak buat keputusan saat hati masih lagi terluka. 

Keputusan yang perlu jaga hati ramai pihak. Terutama mama dan papa. Aku harap, dengan keputusan itu aku mampu untuk jalani hidup dengan lebih baik. 

Aku mampu bergerak bebas tanpa Izz difikiranku. 

Cara hidup yang sederhana, akhirnya majlis kami pun serba sederhana juga. Selesai kedua belah pihak, alhamdulillah. 

Hari ini aku dan Amzar akan pulang ke rumah ibu bapa Amzar yang terletak di Putrajaya setelah seminggu kami diijabkabulkan. Memandangkan esok hari cuti. Aku juga tak ada kerja. 

“Malam ni Diya boleh jumpa adik Am. Baru balik dari Jepun.” Kata Amzar padaku. Kami dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga Amzar. 

“Oh iya ke? Belajar?” Soalku berbasi-basi. 

“Tak. Honeymoon. Dah kahwin lama. Tapi baru nak honeymoon. Sebab tu masa majlis tu mereka tak ada. Tiket dah book lama. Am yang suruh mereka pergi juga. Sayang kalau nak batalkan macam tu aje. Mummy pun dah janji nanti boleh buat majlis kecik-kecik untuk famili kita. Alah… adik Am ni yang Diya jadi jurukamera dia dulu. Ingat tak?” 

Oh! Tiba-tiba hati aku jadi berdebar teruk. Gila aku tak ingat. Ini bermakna aku akan jumpa dengan Izz. Allah! 

Macam mana aku boleh lupa Izz tu adik ipar Amzar? Kalau aku ingat mesti aku akan tolak Amzar jauh-jauh. Inilah padah bila aku asyik layan perasaan sampai lupa sebesar perkara.

“Diya? Kenapa ni?” Panggil Amzar. Sekilas dia pandang aku. Terus aku hulurkan senyuman manis. sebelum kegusaran aku dapat dihidu olehnya. 

“Oh! Tak ada apa-apa. Tiba-tiba Diya rasa mengantuk.” 

Jangan tak tahu, lepas aje diijabkabulkan bahasa kami dah berubah. Amzar bahasakan dirinya sebagai Am. Nampak lebih mesra katanya. Orang lain mesra panggillah panggilan sweet romantik sikit. Amzar ni pelik betul. Tapi okey juga, tak adalah bergulung lidah aku nak panggil macam tu. 

“Kalau macam tu tidurlah sekejap. Dah sampai rumah mummy nanti Am kejutkan Diya.”

Aku akur. Tidur ubat paling mujarab setelah tak ada topik yang nak dibualkan. Lagipun aku masih rasa canggung dengan keadaan yang baru ni. Maklumlah, macam tergesa. Bukan seratus peratus aku bersedia. 

“Diya. Diya. Sayang…” 

Beberapa kali dipanggil, akhirnya aku bangun. Tadi macam olok-olok je nak tidur, akhirnya aku terlelap tak ingat dunia. 

Sayang? Aku tak salah dengarkan? Dalam mamai pun aku masih fokus pada panggilan Amzar. 

“Sayang, bangun. Dah sampai ni.”

Aku kelipkan mata berkali-kali. Masih diamkan diri. Didepanku kini tersergam indah rumah banglo milik ibu bapa Amzar. Aku pandang Amzar sekilas yang begitu sabar menunggu aku. Kejutkan pun, lembut sahaja bicaranya. Aku macam terpaku bila dipanggil sayang. begitu mengulit. Seperti ada sesuatu yang lalu melalui hatiku dan singgah sebentar bila panggilan keramat itu berbunyi menyapa telinga. 

“Rasa sekejap pula.” Lama berdiam diri, akhirnya hanya itu yang aku cakap. Terus Amzar ketawa. 

“Kalau ngantuk lagi sambung tidur kat dalam. Mari.” 

Dah berapa lama kami kat dalam kereta ni. Nanti apa pula fikir mummy dan daddy. Aku keluar dari kereta sebaik sahaja pintu kereta dibuka dari luar. 

Hish! Amzar ni. Malulah aku. Layan macam aku ni tuan puteri pula, kenapa? Takkan lepas ada suami aku jadi lupa cara nak buka pintu kereta kut.

“Silakan permaisuriku.” Ucap Amzar sambil dimaniskan senyumannya. 

“Haa… pengantin baru ni sampai pun.” Di pintu utama, mummy dan daddy menyambut kami dengan riang sekali. Biasalah, ibu bapa mana yang tak suka bila anak-anak balik ke rumah mereka. 

“Mummy…” Aku salam tangan mummy. Dan tubuh kecilku dipeluk erat oleh mummy. Tiba-tiba aku rindu dengan mama. Syukur mummy terima aku dan anggap aku macam anak sendiri. Sekurangnya, bila rindu mama aku ada mummy. Bila rindu mummy, aku ada mama. Saling melengkapi. Aku harap Amzar pun rasa benda yang sama dengan papa dan mama aku.

“Mari masuk. Diya naik rehat dulu. Mummy nak sediakan makan malam. Kejap lagi adik Amzar sampai dengan suaminya.” 

Bila dengar yang ini, automatik hatiku jadi gundah gulana semula. 

“Baik.” 

Aku angkat beg. Amzar dah hilang bersama daddy nya. Mungkin di ruang tamu. Pedulikan mereka. Dah lama tak jumpa mesti nak borak. Lebih baik aku masuk dalam bilik. boleh baring sebentar. Nak tidur memang tak elok. Bila-bila masa sahaja azan maghrib akan berkumandang. 


*****
SELEPAS solat maghrib berjemaah, aku menyertai mummy di dapur. Dalam rumah besar ni tak ada orang gaji. Rumah banglo ini pun hasil usaha keras daripada Amzar. Sebelum ini mereka hanya tinggal di rumah teres. Itu tak bermakna mereka bukan orang berada. Cuma, tidak sekaya sekarang. 

Bagus Amzar. Bercita mahu bahagiakan kedua ibu bapanya. Mummy dan daddy pencen penjawat awam. Amzar yang bercita-cita tinggi mahu ada perniagaan sendiri telah berusaha keras sejak dibangku sekolah lagi. Usahanya itu sentiasa disokong oleh mummy dan daddy biarpun orang sekeliling lebih gemar mengejek. 

Biasalah. Lumrah kehidupan. Bila kita bercita, mereka perlekehkan. Bila kita berjaya mereka juga yang menyendeng. Siap cakap ejekan tu sekadar menyuntik semangat. 

Ya! Memang betul. Ejekan memang penyuntik semangat seseorang untuk buktikan mereka boleh berjaya. Tapi ejekan juga memberi tekanan yang hebat pada emosi. Kalau tak dapat kawal amat bahaya pada kesihatan mental. 

Jenis Amzar, pedulikan kata orang. Dia buat apa yang dia mahu. Pedulikan orang yang hanya tahu mengata tanpa buat apa-apa. Kritikan itu yang akhirnya makan diri mereka sendiri. 

Nah! Buktinya sekarang, Amzar berjaya bahagiakan familinya. Yang untung mestilah aku. Dapat suami yang pandai berusaha sendiri. Bukan mengharapkan ibu bapa semata-mata. 

“Mama kata Diya dulu arkitek?” Mummy menyoal. Tika itu mummy tengah goreng sayur kangkung. Aku pula tengah bancuh air milo. 

“Haah mummy. Tapi Diya dah lama resign. Ada juga buat part time dengan kompeni lama dulu.” 

“Kenapa?” 

“Sebab Diya sukakan kebebasan. Diya buat full time photographer sekarang. Sekarang Diya ada banyak masa. Masa jadi arkitek dulu, kadang tu pukul 10 11 malam baru Diya balik ke rumah.” 

Belajar tak semestinya kena kerja dalam bidang yang sama. Pada aku mencari ilmu itu perlu. Jangan hanya belajar kerana nak kerja yang bagus. Nak gaji mahal. Lebih baik belajar kerana mahukan ilmu. Pasti melekat di dada sampai bila-bila. Bila niat betul, semua perkara pun Allah akan mudahkan. 

Kalau diberi peluang, aku nak sambung master bidang psikologi pula. 

“Oh! Macam tu. Elok juga. Betul kata Diya. Amzar pun selalu juga balik lambat. Maklumlah, perniagaan Amzar kan baru nak meningkat naik. Banyak yang perlu dia buat. Mummy harap Diya sentiasa jadi isteri yang memahami suami. Kalau rasa bosan, datanglah rumah mummy. Mummy pun boring juga sorang-sorang.” 

Aku mendekat dengan mummy. Bahu tua itu aku peluk. 

“Mummy jangan risau. InsyaAllah Diya faham kerja Am.” 

Mummy senyum. 

“Macam tu la. Kena sama-sama memahami. Baru bahagia rumah tangga. Mummy tak nak hubungan Diya dan Amzar jadi macam Aisya.” 

Bila mummy sebut pasal Aisya terus aku jadi tak sedap hati. Kenapa? 

“Kenapa mummy?” Aku kuatkan hati bertanya. Kalau diam nanti mummy kata aku biadap pula. 

“Hmmmh!” Mummy mengeluh panjang. 

“Nah! Bawa pinggan sayur ni ke depan ya.” 

Aku hanya sambut dan tersenyum sumbing. Hati rasa membuak ingin tahu apa dah jadi pada pasangan tersebut. Kenapa jangan jadi macam mereka? 


*****
“MANA Izz dengan Aisya?” Soal daddy pada mummy. Ya la. Dah hampir lima belas minit mereka menunggu ni. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. 

“Kenapa mummy?” Soal Amzar pula. 

Aku hanya mendiamkan diri. Diam lagi baik. Aku tak boleh ikut campur. Aku tak tahu punca masalah mereka. Tadi pun mummy tak cerita. Hanya sekadar berpesan dikaitkan dengan nama pasangan itu. 

“Am tolonglah panggilkan mereka berdua tu.” Arah mummy. 

Tanpa membalas, Amzar bingkas bangun dari kerusi. Aku krik krik kat meja makan. 

“Maaf ya Diya. Mummy dengan daddy rasa bersalah pulak buat kamu menunggu di meja makan.” 

Aku ukirkan senyuman manis. Tak nak buat mummy dan daddy rasa bersalah dengan aku. Menjaga hati mentua adalah tanggungjawab berat oleh seorang menantu. Jangan diringankan sesuka hati. Asbab terluka, boleh dicampak kedalam neraka. Mentua sama taraf dengan ibu bapa sendiri. 

“Tak apa mummy, daddy. Diya okey.” 

“Mana mereka?” Soal daddy setelah Amzar mengambil tempat disebelah aku. 

“Kejap lagi mereka turun. Kita tunggulah sekejap. Biasalah, baru balik berjalan jauh. Penat tu.” 

Sementara menunggu kami berbual kosong di meja makan. Sekejap gelak ketawa. Kemudian sambung bercakap kembali. Bukan topik hangat pun. Topik santai sahaja sekadar membuat hati bahagia. Melepaskan beban yang berat bekerja. 

“Diya!?” Suara menyapa seolah terkejut itu buat aku pegun. Masing-masing pun pandang ke arah suara tersebut diselang-seli dengan memandang aku. 

Aku kedutkan dahi. Jantung tak usah cakap, berdebar tahap kronik. 

“Ya? Kita kenal ke?” 

Ya Allah. Apa yang aku tanyakan ni? Sebab soalan ni, semua pun pandang aku sekarang ni.

“Come on Diya. Awak dah lupakan saya? Wow!” Jelas tak puas hati pada nada Izz. 

“Abang kenal ke? Ni isteri Abang Am. Abang jangan nak mengarut.” 

Perempuan disebelah Izz menegur. Aku agak isterinya, Aisya. Adik Amzar. Kini jadi adik ipar aku. Yang aku pelik, Amzar hanya diam. Tak pula tanya aku. Ah, tak kesah la. Yang Izz ni sibuk menegur aku, kenapa? 

Aku lihat Izz tayang wajah tak puas hati pada Aisya.

“Ah! Tak ada apa-apa.” Izz duduk. Aku pula hampir tak percaya Izz macam tu. Nampak berserabut sangat. Ngeri aku tengok. 

Ketika makan, aku perasan Izz asyik-asyik pandang aku. Sampai aku rasa tak selesa. Yang lain pula lebih selesa diam. Aku menyuakan nasi ke dalam mulut lambat-lambat. 

“Betul ke Izz kenal dengan Diya? Atau pelanduk dua serupa aje?” Mummy menyoal. 

“Uhuk. Uhuk.” Terus aku batuk-batuk. Tak menyangka bentuk soalan yang mummy tanya. 

“Sayang… makan elok-elokla. Kan dah batuk. Nah, air.” 

Amzar mengusap belakang aku sambil tangan kiri menyuakan air padaku. Sempat aku pandang Amzar yang nampak risau. Aku berikan senyuman manis padanya. 

“Thanks sayang.” Saja aku nak panggil sayang. Nak tunjuk pada Izz yang aku sayangkan suami aku. Tak perlulah nak ushar aku sampai nak terkeluar biji mata. Aku bukan macam Izz. Playboy. Penipu. 

“Maafkan mummy.” Mummy mohon maaf. 

“Eh! Tak apa mummy. Pasal tu, Diya pun tak pasti samada Diya kenal dengan Izz ni ataupun tidak.” 

Aku jawab selamba. Nak aje jawab, mungkin kami kenal antara satu sama lain tapi sebagai musuh. 

“Ya la. Makanlah. Nanti boleh teman mummy tengok drama.” Sambung mummy lagi. 

Alhamdulillah. Mummy tergerak hati nak tamatkan perbualan berkenaan Izz. Aku tak nak ada kaitan dengan lelaki itu lagi. Banyak menyusahkan hidup aku.



*****
“AWAK ni memang sial Izz! Sampai hati awak dua tiga kan saya! Apa salah saya??” 

Terkejut aku dengar suara Aisya terjerit-jerit. Boleh dengar sebijik setiap perkataannya itu. Kebetulan aku lalu depan bilik mereka. Terus aku pecut masuk dalam bilik. Tak berhasrat nak dengar ayat seterusnya. 

Aku masuk ke dalam bilik. Aku duduk di birai katil. Amzar dalam bilik air. Tengah mandi. Aku termenung. Masih memikirkan secara rasional kata-kata Aisya tadi. 

Dua tiga kan dia? Maknanya Izz kahwin lain lagi? Atau Izz ada perempuan lain? Atau Izz bertunang dengan perempuan lain pula? 

Sakit otak aku fikir semua ni. Izz. Perangai nya macam tu ke? Macam tak percaya. Hmm. Boleh. Boleh percaya. Kalau tak perangai macam tu masakan dia buat aku macam tu dulu? Nasib baiklah Allah selamatkan aku dari lelaki macam tu. Terima kasih Allah. 

Bila dah ditunjuk, baru boleh fikir secara logik. Orang yang ada pelajaran belum tentu attitude nya bagus. Bila ilmu yang dikutip tak dimanfaatkan sebaiknya. Inilah yang jadi. 

Maknanya ini la maksud mummy? Jangan jadi macam Aisya dan Izz? Mungkin! Takkanlah aku nak tanya mummy kut. Kalau tanya Amzar? 

Tak payahlah! 

“Jauhnya termenung!” Teguran dari Amzar benar-benar mengejutkan aku. Terus aku panggung kepala. Aku lihat Amzar yang hanya bertuala. 

Situasi yang sedikit janggal namun hampir jadi biasa pada aku. Sejak dari hati pertama lagi macam tu. Akhirnya aku hanya biarkan. Buat dunno. 

“Fikir apa?” Amzar tarik kerusi dan parking betul-betul depan aku. 

Aku pandang Amzar. Untung aku dapat Amzar. Bukan saja hensem, malah baik. Setakat ni belum pernah aku nampak Amzar culas nak solat. Amzar tak pernah letakkan Allah dibelakangnya. Mungkin itu salah satu kunci kejayaannya selama ini. Allah dihadapan. Bukan dibelakang. Mengingati Allah saat senang bukan hanya dalam kesusahan. 

“Tak ada apa. Cuma…” Aku gigit bibir. 

Apa yang aku cuba nak cakap ni? 

Amzar angkat kening. Menunggu ayat seterusnya. 

“Cuma apa?” 

“Tak ada apa-apa lah.” Balasku.

“Betul ni?” Aku angguk. 

“Okey, kalau macam tu Am ada soalan untuk Diya.” 

Gulp! Dup dap dup dap terus jantung aku. 

“Apa?” 

“Ada apa-apa yang Diya sembunyikan daripada Am?” 

Aku diam. Soalan itu bernada biasa tapi kenapa aku rasa nak lari tak cukup tanah. Perlu ke perkara sebelum aku kenal Amzar aku cerita pada Amzar? 

Itu sebelum aku kenal lelaki ini yang kini suami aku. 

“Sembunyikan apa? Tak ada apa.” 

“Betul ni?” 

Aku angguk lambat-lambat. 

Menipukah aku? 



*****
“DIYA! Kenapa Diya pilih Amzar tu?” 

Aku kerling lelaki dihadapanku ini. Geramnya! Kecik besar je aku pandang lelaki ini. Sibuk kenapa? Soal jodoh pun nak dipertikaikan ke?

“Suka hatilah!” Jawabku. 

Menyesal pula aku lepak tepi kolam di rumah besar ini. Aku ingatkan semua penghuni dalam rumah ini dah masuk tidur. Paling tidak pun lepak dalam bilik tanpa keluar seperti aku. Tadi Amzar sibuk buat tugasannya, jadi aku keluar la dengan niat nak hirup udara malam sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan. 

“Diya, kenapa tak tunggu Izz?” 

Automatik kepala aku pusing pandang Izz. Dengan perasaan penuh kebencian. Apa maksud lelaki ini tunggu? Kira nampak macam aku ke yang salah dalam hal ni? 

“Apa maksud kau?” 

Nah! Malas aku nak ber Izz-Diya lagi. Aku-kau baik untuk lelaki jenis kurang pedoman macam ni.

“Kenapa kahwin dengan lelaki lain? You know how much I love you!” Marah Izz. 

Aku agak lelaki ini ada masalah mental. Tiba-tiba nak marah aku. Kau dah kenapa? 

Aku ketawa. Sinis. 

“How much you love me. How much?” Ejekku. Jelik sekali. Kata sayang tapi menduakan. Mudahnya perkataan sayang diucap. Kalau perkataan sayang perlu dibeli, mampukah diucap macam tu? Sekadar ucapan tanpa kesan dihati sesiapa pun mampu. 

Sayang. Sayang. Ya, sayang. 

Apakah maknanya? 

“Sebanyak air di lautan.” 

“Oh! Patutlah kahwin dengan perempuan lain senyap-senyap. Kira dah lenyap rasa sayang seiring dengan musim kemarau ya?” Perli aku. 

Izz diam.

“Diya… please. Bagi peluang kedua pada Izz.” 

Aku bangun dari duduk. Rimas aku dengan sikap Izz ni. Memang mereng lelaki ini. 

“Gila ke? peluang apa kalau diri sendiri pun tak pernah nak beri peluang pada diri. Macam ni la Izz, pergi naik atas. Cermin diri. Kalau setakat wajah hensem, tak ke mana pun. Apa yang penting dalam hidup ni, attitude. Biar wajah hodoh janji attitude hundred percent good. Itu yang dipandang. Wajah hodoh belum sakit mata memandang. Kalau perangai buruk, macam nilah jadinya. Sana sini duk merayu. Bawak-bawaklah sedar diri. Jaga yang ada tu. Jangan sampai nanti Aisya pun angkat kaki. Cukuplah jadi buaya. Mainkan perasaan orang sana sini. Hati dan perasaan memang seronok dimainkan. Mana kena bayar. Cuma ingat, kifarah Allah itu ada!” Aku berlalu pergi. Aku tinggalkan Izz sendirian. Kalau ikutkan nak aje aku tolak jatuh kolam. 

Sampai sahaja di pintu utama rumah itu, aku terlanggar sesuatu. Terus aku panggung kepala. 

“Am!” 

Terkejut aku dibuatnya. Inilah padah jalan tak tengok depan. Tambah suasana yang suram. Banyak lampu yang telah dipadamkan. Hanya dibantu oleh spotlight dari luar sahaja. 

“Ada apa-apa nak beritahu?” Soal Amzar. Kedua tangan disilang ke dada. Mata memandang aku. 

Aku pandang ke belakang. Izz masih dengan wajah yang selamba memandang aku dan Am. 

“Jom, masuk.” Aku tarik tangan Amzar. Bergetar jantungku saat kulit aku dan kulit Amzar bersentuhan. Macam magnet. Amzar pula hanya mengikut. 

“Am dah dengar semuanya.” Masuk sahaja ke dalam bilik, Amzar terus berkata-kata. Aku diam. 

“Itu kisah lama.” Balasku. 

“Kenapa tak terus terang dengan mummy dan daddy?” 

Aku pandang Amzar. 

“Diya tak rasa nak rumitkan keadaan. Lagipun Diya kena jaga hati Aisya. Kan lebih baik diam daripada pecahkan semuanya. Ada perkara, diam lebih baik untuk kebahagiaan orang lain. Diya tak nak Aisya rasa Diya ni ancaman pada hubungan mereka akan datang.” 

Amzar mendekat denganku. Berdiri dekat sekali. Disentuh pipiku. Dia pegang daguku. Dibawa supaya mendongak memandangnya. Berlari hebat jantung aku.

Dup dap. Dup dap.

“Apa perasaan Diya pada Izz?” 

Dup dap. Dup dap. 

Kenapa soalan macam ni yang ditanya? Aku panah anak matanya. Sekejap kemudian aku larikan ke arah lain. 

“Again, apa perasaan Diya pada Izz?” 

“Kosong.” 

“Pada Am?” 

Amzar masih tak puas hati nampaknya. Aku diam. 

Pada Amzar? Apa perasaan aku pada suami aku sendiri ya? 

Amzar lepaskan aku bila aku tak jawab. Lelaki itu menjauh. 

Aku jadi serba salah. 

“Am, Diya…” 

“Stop it Diya. Am tahu Diya terpaksa terima Am. Selama ni Am yang bodoh terlalu menunggu Diya. Hampir lima tahun Am berharap pada Diya.” 

Aku bingung. Apa maksud Amzar? Langsung aku tak faham. Aku mendekat. 

“Apa maksud Am?” 

“Am… explain, please!” Geram aku bila pertanyaan aku tak dijawab. 

Sebaliknya Amzar boleh baring atas katil. Macam aku ni halimunan. Aku nampak dadanya berombak. Menahan marah campur sedih dengan aku agaknya. 

Masalahnya, apa? 

“Am!” Aku hilang sabar. 

Amzar pandang aku. Aku nampak matanya sikit merah. 

“Am cintakan Diya sejak dari kali pertama Am nampak Diya dengan kamera canon tengah tangkap gambar bangunan kolej di United Kingdom. Am cintakan Diya dengan sekali pandang. Terus jatuh cinta. Am selalu perhatikan Diya kat sana hinggalah Am nampak Diya masa majlis kahwin Aisya. Masa tu Am nekad nak lamar Diya. Tapi…”

Aku tergamam dengan pengakuan Amzar. Terus aku terjelopok di atas katil menghadap Amzar yang sedang berbaring. Matanya tepat memandang aku yang kelu. 

“Tapi… waktu tu Am nampak Diya menangis. Dipujuk oleh Izz. Am rasa sesuatu cuma Am diamkan. Sejak itu, Am tahu Izz bukan lelaki terbaik untuk Aisya. Bila dia boleh mainkan hati perempuan lain, tak mustahil dia boleh mainkan hati Aisya. Tengok, apa yang jadi sekarang. Baru beberapa bulan, Izz dah nikah lagi satu. Am banyak diam sebab Am tak suka campur urusan orang lain.” 

Kali ini bertambah kelu lidah aku. Mati kata mahu berbicara. Izz. Izz. Kenapa kau berperangai macam tu? Atau kau memang macam tu sedari dulu? Kasihan Aisya. 

“Am tahu Diya masih harapkan Izz. Am sedih Diya, bila tak ada sedikit pun rasa sayang Diya pada Am.” 


*****
“AM!” 

Terus aku dakap lelaki itu. Air mata yang sedari tadi mahu mengalir, jatuh jua. Aku tak tahu ada yang simpan perasaan padaku selama lima tahun. Tegarnya lelaki ini tak mahu berkongsi rasa dengan aku. Apatah lagi nak muncul depan aku. 

“Diya sayangkan Am. Terima kasih Am sebab sedarkan Diya betapa ikhlasnya cinta Am pada Diya selama ini. Sebab itu Allah temukan Diya dengan Am semula.” 

Dalam esakan, aku meneruskan ayat. Aku mahu Amzar rasa selesa dan tenang dengan kataku. Bukan sedih lagi.

“Setiap hari Am doa kita berjodoh. Andai Diya yang terbaik, disaat yang tepat Am mohon Allah pertemukan Am dengan Diya. Doa Am termakbul, Diya. Allah sangat baik dengan Am.” 

Amzar kemaskan pelukan padaku. Aku selesa begitu. Aku terharu dengan kesungguhan Amzar mahu memiliki aku. Lima tahun hanya pandang dari jauh. Hanya pendam perasaan. Hanya tawakal kepada Allah selama hampir lima tahun. Tak semua orang mampu macam tu. Tak semua mampu buat apa yang Amzar buat. 

Benarlah, Allah tarik Izz dari aku, tapi Allah berikan aku seorang lelaki yang begitu tulus menyayangi aku. Terima kasih Allah. 

“Terima kasih Am. Sanggup tunggu Diya.” 

“Sabar untuk sesuatu yang baik, akan dapat pulangan yang lumayan. Seperti sekarang. Am dapat miliki Diya dengan bantuan Allah. Dengan berkat kesabaran Am.” 

Aku angkat kepala dari dada bidang Amzar. Aku pandang wajahnya yang kini bertukar ceria. 

“Thanks Am! You’re enough for me.” 

Benarlah. Kalau benar cinta, bukan mendekatkan diri pada jodoh. Sebaliknya dekatkan diri pada Allah. Minta denganNya. Bukan sesama manusia. Kita tak tahu bila jodoh kita sampai. Sebaliknya minta Allah jagakan jodoh kita. 

Bila Allah restu, Allah akan permudahkan segala urusan. Bab hati, hanya Allah yang tahu seseorang itu ikhlas dengan kita ataupun tidak. Mintalah dengan Allah tanpa rasa jemu. Bila diuji dengan kehilangan yang tersayang, rasa dikhianati. Usahlah bersedih. Sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Allah tahu mana yang terbaik buat hambaNya. 

Terharunya bila ditemukan dengan seseorang yang sentiasa mengingati kita dalam doaNya. Spesialnya bila kita masuk dalam doa seseorang untuk dijadikan permaisuri hati pada masa akan datang. 

Oleh itu, percayalah takdir boleh diubah dengan doa. Doa adalah senjata bagi seorang mukmin. Berdoa dan sentiasa berdoa. Minta dengan Allah. Yang mustahil boleh jadi tidak mustahil dengan pertolongan Allah. 

Yakin.


PESANAN PENAJA:

Alhamdulillah! Siap jugak CERPEN ni untuk korang baca. Terima kasih yang sudi baca dan sentiasa menyokong. Macam biasa, maaf bila penulisan ni tak sedap. Kurang masuk dengan hati korang. 

Untuk kali ni ambik masa hampir seminggu nak siapkan. Lama kan? He he!

Maaf kalau ternampak ada typo. Maaf grammar yang berterabur. Maaf untuk tatabahasa yang berselerak. 

Happy readings 💝💪