Friday, September 13, 2019

Kawan Sampai Kawen


CERPEN: KAWAN SAMPAI KAWEN 

“ZARA SAFIYA! Ada boyfriend cari ni.” 

Bila nama aku dilaung kuat oleh Kak Dhiya, terus aku berhenti melakukan kerja. Siapa pula yang cari aku? Boyfriend mana yang dimaksudkan oleh Dhiya tu? Aku ada boyfriend? Aku tak tahu pun! Ada-ada jelah Kak Dhiya ni. Aku mencebik sebelum berlalu pergi meninggalkan gubahan bunga aku yang belum siap. Malam nanti dah nak pergi pasang pelamin. 

“Siapa?” 

Bila sampai ke bahagian depan terus aku menyoal Kak Dhiya yang tinggi lampai tu. Dah lama sangat Kak Dhiya kerja kat Butik ZS ni. Memang dah jadi orang kepercayaan Datin Adiba. 

Bila nampak susuk tubuh lelaki itu dari belakang aku mencebik. Boyfriend lah sangat. Ni mesti ada apa-apa ni. Kalau tak jauh panggang dari laut lelaki itu nak sampai ke sini. 

Lelaki tinggi lampai. Berkulit hitam manis. Ada lesung pipit dikedua belah pipi. Kalau tak ganggu aku memang tak boleh. Dasar! Nanti kalau aku halau kang merajuk pula. Masalah tau.

“Sampai ke butik kau cari aku Zaff.” Aku tegur Zaff. 

Terus dia berpaling dan berikan senyuman manis pada aku. Kalau perempuan lain ni dah lama cair. Tapi bukan aku. Aku dah selalu sangat dapat senyuman manis Zafran Rayyan ni. Naik muak lah orang kata. 

“Zara! Wujud lagi kau. Whatsapp tak balas. Call tak jawab. Why? Risau aku.” Kata Zaff. 

Aku cebik. Risau? Memang sukar untuk aku percaya kalau bukan ada udang disebalik mee. 

“Straight to the point jelah. Beria risaukan aku. Apahal?” 

Zaff makin manis senyumannya. 

“That’s my girl. Jom minum.” 

Hish! Lelaki ni kalau tak susahkan aku memang tak boleh tau. Aku dah la banyak kerja. 

“Ten minute please?” 

Aku julingkan mata. 

“Fine!” 

“Kak Dhiya, saya keluar kejap ya. Minum.” Laungku sedikit kuat. 

“Okey!” Jawab Kak Dhiya dengan sedikit kuat juga. Ni kalau bakal mak-mak mentua dengar memang reject terus aku jadi calon menantu mereka. 

*****
AKU pandang Zaff yang tidak lagi menunjukkan wajah manisnya itu. Kan aku dah cakap.

“Kau dah kenapa macam ayam berak kapur? Kali ni sebab apa pula?” Aku ni dah macam diberi gaji untuk dengar semua masalah Zaff. Setiap kali ada masalah akulah orang pertama yang lelaki ini cari. Tak kena dengan lelaki tapi semua masalah pun tak reti nak selesai sendiri. Aku sampai dah tak boleh beza mana masalah dia mana masalah aku. 

Atau… aku pun dah takde masalah agaknya. 

Nasib baiklah aku tengah cuti semester sekarang ini. Kalau tak sampai ke kolej aku di UKM pun Zaff sanggup datang. 

Oh! Jangan nanti Zaff ganggu aku di tempat kerja pula. Setakat butik ni okeylah lagi sebab aku cuma part time aje kat sini. 

“That’s my girl Zara. Sayang kau ketat-ketat. Suzi tu masalah la. Kerja dia nak habiskan duit aku je.” 

Sayanglah sangat! 

“Then kau masih sayang ke? Dah tahu dia kaki kikis?” 

Zaff merupakan seorang arkitek. Normallah tu bila semua perempuan nak dekat dengan dia. Selain daripada kerja yang bagus, kereta yang merecik hawau, muka pun helok, dan poket pun tebal. Yang penting title anak “Tan Sri” nya itu yang perempuan paling pandang sekali. 

Kecuali akulah. 

“Of course aku sayang dia. Dah sampai masanya aku cari calon isteri. Aku bukannya muda lagi.” 

Haa sedar pun diri dah tua tapi cerita masalah macam budak-budak tadika. Tak boleh settle sendiri ke? Benda kecil aje kut. Pun nak involve aku. Tak faham aku si Zaff ni. Nasib baiklah sahabat dunia akhirat. Kalau tak harey la aku nak layan. None of my business! 

Tapi bila sedar yang kawan baik sendiri dah pun tua. Dah sampai masanya untuk Zaff berumah tangga tiba-tiba hati aku terasa menyentap. Mungkin sebab sedar yang keadaan kami takkan sama seperti sebelum ini lagi. Pedih juga ya bila kita dewasa semua yang manis terpaksa kita lepaskan. Rela dalam terpaksa. 

“Kalau macam tu terima ajelah. Setakat belanja dia takkan duit gaji kau boleh habis kut.” 

Arkitek professional seperti Zaff bukan calang-calang gajinya. Tambahan pengalaman Zaff sudah lama. Sikit masa sahaja lagi Zaff akan meneraju syarikat bapanya pula. Memang jenis Tan Sri Hamid akan suruh anak-anaknya bersusah dahulu kaut sebanyak ilmu dan pengalaman sebelum kerja dengannya. 

Zaff bulatkan mata. Agaknya bengang dengan aku yang beri dia jawapan macam tu kut. 

Tapi, apa masalahnya? Bagi aku no problem. Kalau sayang kena buktikan sanggup buat apa sahaja. Berhabis harta apalah sangat demi orang yang dicintai. Harta boleh dicari, orang yang dicinta tiada ganti. 

“Setiap minggu bertukar beg, baju, kasut. Huh! Itu belum termasuk nak matching segala warna bagai. Beli pula bukan cikai punya brand.” Rungut Zaff. 

Aku senyum senget. Pening agaknya melayan gadis seperti Suzi. Dalam masa yang sama sayang. Macam mana aku nak tolong tu? 

“Merungut macam budak-budak. Just make it simple okay. Kalau sayang kau kena terimalah keburukan dia. Kalau rasa jengkel sangat cari yang baru. Kau kan gadis keliling pinggang. Tapi tulah, majoriti nakkan kau pun sebab duit juga.” 

Zaff memang kena terima kenyataan ini. Ramai gadis yang nak dekat dengan dia kerana rupa dan harta. Tanpa harta, rupa pun orang tak berapa pandang. 

“Amboi! Kau punya ayat. Nasib baik kawan aku tau. Kalau tak sentap sampai ulu hati.” Kata Zaff. 

“Well.” Balasku. 

Aku menyedut air fresh orange yang tinggal sedikit itu. Bila dah habis air segelas ni memang aku angkat kaki. Melayan si Zaff, nanti aku kena marah dengan Datin Adiba. 

“Kau pulak bila nak kahwin?” Soalan cepumas Zaff buat aku tercekik pati buah oren.

Ya Allah apa punya soalan la mamat ni. Bukan dia tak tahu aku ni susah nak berkawan dengan lelaki. Kawan dengan Zaff pun sebab kami berjiran sejak kecil. Bila dah umur 14 tahun Zaff berpindah ke Abu Dhabi. Namun ikatan persahabatan keluarga kami tak pernah putus. Sebab itulah aku dan Zaff teramat rapat. Macam adik dengan abang. 

“Sorry?! Nak kena pancung dengan umi aku ke?” 

Belajar pun belum habis ada hati nak kahwin. Hello! Aku baru 23 tahun kut. Zaff memang patutlah kahwin. Dah 30 tahun pun. 

Zaff tergelak kecil. Air di dalam gelas disedutnya sampai habis. 

“Dah! Aku nak balik butik. Malam nanti ada pasang pelamin. Kang tak siap bunga aku, aku seligi kau.” 

Aku bangun dari duduk. 

“Amboi! Garangnya.” Kata Zaff sambil tersenyum. 

“Dengan kau je aku garang.” 

“Yalah! Bye Zara. Nanti jumpa lagi.” 

*****
“NASIB baik bungkuskan akak tea o ais. Kalau tak memang Kak Dhiya dah menyinga.” 

Kata Kak Dhiya sebaik sahaja aku hulurkan bungkusan air kepadanya. Aku tersengih dengan kata-kata Kak Dhiya. Sedia maklum yang Kak Dhiya memang melawak je dengan aku.

“Datin Adiba datang ke nanti?” Soalku pada Kak Dhiya sebelum mahu berlalu ke tempat aku semula. Jauh dibelakang kedai. 

Aku suka gubah bunga dalam keadaan sunyi sepi sambil ditemani lagu-lagu daripada Ali Gatie. Barulah idea gubahan tu datang. Barulah rasa nak kerja bersemangat sikit. Kalau sikit-sikit ada orang ganggu berani cakaplah kejap lagi aku kena campak sampai ke laut dalam. Dah musnahkan butik yang di kelola oleh Datin Adiba ni. 

“Tak pastilah Zara. Yang Kak Dhiya tahu malam nanti dia ada sekali.” 

Aku angguk-angguk. Aku memang maklum dengan usaha Datin Adiba. Walaupun dah berpangkat datin tapi dia sendiri yang buat gubahan pada pelamin tersebut sambil ditolong oleh beberapa pekerja. Itu cara Datin Adiba nak ikat pelanggan supaya tidak lari. 

Bukan apa, dari awal pun memang Datin Adiba yang buat semua tu sampailah sekarang dah buka beberapa butik. Kalau dia ada kerja dan tak boleh tolong, Kak Dhiya yang bertanggungjawab buat semua tu. 

“Zara… kamu dengan Zaff tu ada apa-apa ke?” Soal Kak Dhiya tiba-tiba. 

Terus aku pandang Kak Dhiya. Kerut dahi aku. 

“Kenapa Kak Dhiya fikir macam tu?” 

Nak juga tahu apa yang Kak Dhiya tengah fikir. 

“Kak Dhiya nampak kamu dengan Zaff tu sepadan. Macam pinang dibelah dua.” Jawab Kak Dhiya sambil senyum-senyum. 

Ngee! Nak muntah aku dengar komen Kak Dhiya. Aku dan Zaff? Macam pinang dibelah dua? Macam Jin dengan semut. Tak sepadan langsung. 

Aku yang comel dipadankan dengan Zaff yang hensem? Aku nak yang lagi hensem. Barulah sepadan dengan aku yang comel kecil molek ni. 

“Jauh panggang dari api lah Kak Dhiya. Saya dengan Zaff? Yew!” 

Tak boleh bayang! Dah. Lebih baik aku buat kerja. Masa kian suntuk. Gubah bunga memerlukan fokus yang betul. 

Kak Dhiya ketawa melihat aksi aku yang geli geleman itu. Memang menggelikan pun. Tiada apa yang lebih menggelikan bila dipadankan aku dengan Zaff. 

Nonsense! 

*****
“ZARA! ZARA!” 

Suara umi dari bawah mengejutkan aku yang tengah tengok checklist barang. Minggu depan aku dah nak masuk semester baru. Cepat-cepat aku keluar dari bilik dapatkan umi. Bila nampak umi di bawah dari atas terus aku angkat kening pada umi. 

Pakai tudung, turun bawah. Zaff datang ni.” 

Bila nama Zaff disebut terus aku kerutkan dahi. Sejak dia cari aku di butik sebulan yang lepas, ini kalilah dia cari aku semula di rumah. Tak lain tak bukan mesti pasal perempuan lagi. Detik hati aku. 

“Okey umi. Kejap Zara turun.” Terus umi berlalu dari situ. Aku pun masuk ke bilik mahu bersiap ala kadar. 

“Zara.” Panggil Zaff dengan ceria sekali. 

“Kau ni sukakan tak jawab panggilan aku.” 

Konon Zaff macam merajuk. Zaff memang dah terbiasa datang ke rumah aku. Umi dan abi anggap Zaff macam anak mereka sendiri. Samalah dengan aku. Mummy daddy Zaff anggap aku macam anak mereka. Aku bebas di rumah mereka. Cuma, bila dah dewasa agak segan jugalah. 

“Macamlah aku main telefon sangat. Kau kenal aku kan. Aku kat bilik, telefon aku kat dapur. Lagi pun sekarang ni aku sibuk prepare barang nak balik ke uni. Semester akhir dah nak mula tak lama lagi. Ada apa kau cari aku ni?” 

Aku berjalan keluar mengikut langkah Zaff. Aku tahu Zaff mahukan privasi bila aku tanya dia ‘kenapa’. 

“Bila kau balik kolej?” Soal Zaff bila kami berdua dah bertemu mata. Duduk dengan selesa di taman milik umi aku. 

“Minggu depan. Kenapa?” 

Zaff senyum. 

“Dah tak lama lagi.” 

Aku hanya mengangguk. Bukan itu yang utama. Tujuan Zaff adalah tujuan lain. Cepat Zaff beritahu cepat jugalah lelaki itu angkat kaki pulang. 

“Zara… aku…” 

Aku pandang Zaff. Amboi! Sejak bila jadi gagap? 

“Aku nak kawen!” Ceria sekali wajah Zaff beritahu aku berita gembira ini. 

Aku pulak rasa lain macam. Hati aku tak tenang. Kenapa ni? Lepas ni aku akan hilang sahabat baik. Dah tak ada sahabat aku sejak kecil. Yang susah senang dengan aku. Dah tak ada lelaki ini yang akan cari aku di mana-mana untuk cerita masalah entah apa-apa dia tu. 

“Alhamdulillah. Syukur. Takdelah kau nak cari-cari aku kat mana-mana tempat lagi lepas ni kan?”

Aku berikan senyuman manis. Bersyukur ke Zara? Tapi kenapa hati aku macam sedikit goyah? Nothing. Ni semua sebab aku bakal kehilangan seorang kawan baik lelaki. 

“Amboi! Lepas kawen aku tak boleh cari kau ke? Nope! Kita kawan sampai bila-bila. Anak-anak aku nanti kena tahu yang kau adalah makcik mereka.” Tegas suara Zaff. Bersungguh dia tak mahu kami putus hubungan. 

“Kalau isteri kau cemburu macam mana?” Zaff ketawa sikit. Kemudian dia geleng kepala. 

“Suzi tu nak cemburu? Memang tak la. Dia tu bukan sedar sangat kewujudan aku. Lebih pada nak habiskan duit aku je. But… never mind. Kerana sayang aku sanggup aje. Bak kata kau, takkan habis duit gaji aku setakat belanja Suzi. Aku buat ni semua pun sebagai bukti yang aku sayang dan cinta dia sangat-sangat.” 

Err! Terkelu lidah aku dibuatnya. Tak dapat nak berkata-kata. Maknanya keputusan Zaff ni sembilan puluh peratus dipengaruhi oleh aku? Macam mana kalau dia tak bahagia? 

“Suzi tak cintakan kau ke?” Zaff mengeluh. 

“Entahlah! More to my pocket kut. Ah! Aku tak kesahlah. Yang penting aku sayang dia lebih. Aku memang cintakan dia sangat Zara. I don’t know how to live if I lose her. Dia pun dah setuju nak kawen dengan aku. Kami akan langsungkan secepat yang mungkin.” 

Nampaklah betapa sayangnya Zaff pada Zara. Aku tahu Zaff selalu kecundang dalam cinta. Kebanyakan perempuan lebih terpikat dengan hartanya berbanding dengan diri Zaff. Sebab itu jugalah aku takut nak bercinta. Aku sendiri yang halang diri dari dicintai dan mencintai. 

Walau tak pernah rasa kecewa, aku tahu kecewa itu amat sakit. Lebih baik aku jangan rasa. Kenapa memilih untuk kecewa kalau boleh bahagia?


*****
AKU melepaskan lelah bermain bola tampar. Dah lama tak turun padang. Hari ni saja aku nak keluarkan peluh. Hari ini juga hari pertunangan Zaff dan Suzi. Tadi Zaff ada hantar gambar pada aku. Saja aku tak balas ucap tahniah padanya. 

Semuanya seakan kosong. Zaff dah jadi milik orang. Walaupun Zaff yakinkan aku yang kami akan tetap berkawan baik. 

Aku tetap percaya, lelaki dan perempuan tak selamanya boleh berkawan baik. Bila sampai masanya kami tetap akan tak kenal each other. Kenapa? 

Kalau Suzi tak cemburu pun sampai satu waktu aku akan kahwin. Suami aku mesti cemburu. 

Suami? Er! Macam jauh je kau fikir ni Zara Safiya. 

“Jauh kau termenung Zara.” Tegur Aina yang sudah pun mengambil tempat disebelah aku. 

Aku pandang sekilas Aina sebelum mataku terpacak ke arah padang bola kembali. Melihat orang lain yang lincah bermain. 

“Kalau tak menung takkan aku nak bercakap sorang-sorang?” Balasku dalam nada mengusik.

Aina merupakan roomate aku merangkap kawan baik aku sejak semester satu. Aku memang tak ramai kawan rapat tapi mudah je diajak berbual. Tak sombong mana pun. 

Bagi aku biar kuantiti kawan tu sikit janji ada kualiti. Bila susah ada dengan aku. Bila senang pun ada dengan aku. 

“Kau ni…” 

“Zara… dah lama aku tak nampak Zaff ke sini cari kau.” Lama kami diam akhirnya Aina bertanyakan pasal Zaff. 

Ya! Tak hairan pun di mana-mana ada nama Zaff. Zaff ada di mana sahaja aku berada. Tapi itu dululah. Sekarang dia dah ada Suzi. 

Erk?! Sounds jealous? 

“Dia dah ada orang lain. Mana mungkin dia cari aku dah.” 

Memang bunyi berjauh hati la Zara. 

“Zara? Kau ada hati pada Zaff ke?” Soal Aina. 

Oh! Kali ni soalan Aina penuh dramatik. Terus aku pandang Aina dengan rasa jelek. 

“Kau gila? Aku dengan dia memang rapat sejak kecillah.” Kataku. 

Tak suka bila ada yang menebak rasa hatiku dengan perkara yang bukan-bukan. 

“Ala… yang rapat dari kecillah selalunya salah seorang mesti ada rasa sayang. Tak kau, dia. Tak dia, kau la. Betul ke kau takde rasa sayang? Kau jangan menyesal Zara. Aku bukan apa, aku tak nak lah kau sedar perasaan tu masa mereka dah selamat diijabkabulkan. Bila kau tak boleh move on, kau kacau suami orang pula.” 

Hish! Makin lebat pula bahasa si Aina ni. Sampai kesitu dia fikir. Aku kacau rumah tangga orang? Runtuhkan masjid yang terbina? Memang tak la. 

Aku masih ada iman meskipun hanya senipis kulit bawang. InsyaAllah aku takkan jadi penyebab perpisahan sesiapa pun melainkan dengan kehendak Allah. 

Er! Astagfirullahalazim. 

Semoga aku dijauhkan dengan sifat yang keji. Sifat yang dimurkai Allah. Berat hukuman tu. Sekali pun nak bercerai, semoga bukan aku penyebabnya. Seperti terpengaruhnya aku dengan keputusan Zaff menikahi Suzi. 

Kadang-kadang rasa menyesal bagi pendapat. Bukan apa, aku tak nak disalahkan dikemudian hari nanti. 

“Dah la. Kau ni banyak merepek dari betulnya. Jom balik. Malam ni kita ada discussion group kan?” 

Aku sudah angkat kaki mahu berlalu pergi pulang ke kolej. Aina dibelakang hanya mengikut. 

“Tapi kan… Zaff tu hensem. Rugilah kau lepaskan dia pada orang lain.” Aina menyaingi aku dan masih lagi dengan topik Zaff.

“Ya Allah kau ni Aina. Sekali lagi kau cakap pasal Zaff, aku potong lidah kau.” Terus Aina tekup mulut dengan kedua belah tangannya. 

Haa! Tahu pun takut. 

Aku senyum seorang diri. 

Aina. Aina. Nak juga tebak hati aku. Jangan risau. Aku tak pernah simpan apa perasaan pun pada Zaff.  


*****
“MINGGU ni cuti lama kan?” Soal umi dihujung talian. Aku tengok kalendar yang tertampal di dinding bilik. 

Haah la! Sekurangnya aku ada tiga hari cuti minggu ini. Silap hari lecturer pula batalkan kelas. Boleh sambung cuti lagi. Esaimen pun dah tak banyak. Tinggal nak buat sikit lagi dan hantar pada lecturer. 

“Ya umi. Kenapa umi?” Soalku. Mesti ada apa-apa ni. Jarang umi nak ganggu cuti aku. Biasanya umi akan tanya je balik ke tidak kalau ada cuti lama. 

Jawapan aku, kadang-kadang aku balik dan kadang-kadang tak bila banyak esaimen yang nak kena selesaikan. Daripada terperap di bilik dekat rumah lebih baik aku berada di kawasan universiti. Boleh lepak di library. Boleh cari lebih bahan yang aku perlukan. Rumah tempat aku berehat. Spend time dengan umi dan abi. 

“Umi nak Zara balik boleh tak? Umi ada perkara nak bincang dan nak minta tolong di butik juga. Banyak tempahan gubahan hantaran.” 

Aku sengih sendiri sambil bergerak ke katil. Dah tahu dah umi ni. Kalau nak suruh aku tolong kat butik tu aku fahamlah. 

Bukan nak puji tapi gubahan hantaran aku memang cantik. Sejak kecil aku minat dengan semua tu. tapi sampingan ajelah. Nanti dah bergelar dentis tak pasti ada masa nak buat gubahan bunga dan hantaran tu lagi ke tak. 

Tapi kan… bincang apa ya? Macam serius aje bunyinya. 

“Okey umi. Nanti Zara siapkan semua kerja yang lecturer bagi then Zara balik rumah ya.” Aku beri persetujuan. Haraplah kelas hari selasa dibatalkan. Bolehlah balik lama sikit lagi. Bukan apa, dah balik rumah memang malas nak balik kolej semula. 

“Okey. Assalamualaikum.” 

Aku jawab salam umi dan setelah itu talian diputuskan. Aku duduk di atas katil. Aina tiada. Keluar dengan buah hati pengerang jantungnya. Aku jelah berkulat dalam bilik ni. Paling tidak pun nanti aku keluar lepak library. Kalau orang tengok hidup aku jauh dari bosan. Tapi nak buat macam mana? Single life kut. 

Kalau dulu ada si Zaff yang nak menganggu aku. Sekarang? Jangankan batang tubuh terpacak depan kolej, mesej atau whatsapp atau call pun takde. 

Ya la. orang dah bahagia dengan tersayang. Baru nak capai novel di atas rak, telefon bimbit aku berbunyi. 

Siapa call? Takkan umi lagi kut. 

Berkerut seribu dahi aku bila naik nombor yang tak dikenali. Siapa ya? Angkat jela. Mana tahu kawan-kawan yang tukar nombor baru. 

Aku diam. Menanti pihak sana beri salam. 

Dup! Bila salam diberikan, lelaki? Siapa pula? Nak kata Zaff, bukan. Aku kenal sangat suara dia. 

Abi? Lagilah bukan. Seromantik ini ke suara abi? Hamboi! 

“Zara Safiya?” Soal lelaki itu lagi. Bukan menyoal. Tapi lebih pada memanggil kut. 

“Ya saya. Siapa ni ya? Kita kenal ke?” 

“Tak. By the way suara awak sedap.” 

Hah?! Suara aku sedap? 

“Suara kau unik.” 

Teringat kata-kata Zaff suatu waktu dulu. Dia suka mengusik aku semata nak dengar suara comel aku. Itu kata Zaff. 

“Jap! Kalau tak kenal macam mana awak boleh dapat nombor saya? Tahu nama saya? Siapa awak?” 

Makin misteri dibuatnya. Ada ke orang tak kenal tapi boleh tahu nama dan nombor? Silap hari dia tahu aku tinggal kat mana. 

Lelaki di talian ketawa. Cuma, aku yang rasa jengkel. Aku cepat jengkel dengan lelaki yang aku tak kenal. 

“Curious nya awak ni. Relaks la. Kalau kita tak kenal marilah kita berkenalan. Kejap lagi kenallah tu. Saya Amar. Bukan Amar Baharin.” 

Ya of course. Amar Baharin tak mengayat macam kau. Aku julingkan mata ke atas. Menyampahnya aku dengan lelaki yang perkenalkan diri sebagai Amar ni. 

“Maaf Encik Amar. Saya tak ada masa nak main-main. Saya ada banyak kerja lagi ni.” Kataku. Cuba bersopan santun amalan mulia lagi. 

“Amboi! Sombongnya awak.” 

“Wajib sombong dengan lelaki yang saya tak kenal.”

“Tapi saya suka awak.” 

Hah?! Aku pandang telefon sebelum ditekap ke telinga semula. Gila ke? 

“Sorry! I don’t know you.” 

“Tak kenal takpe. Sekarang tak kenal. Kejap lagi kenallah tu. Tadi awak dah tahu nama saya Amar. Saya tahu nama awak, Zara Safiya. Cukuplah tu perkenalan untuk hari ini.” 

Si Amar ni main-main lagi. Makin menyirap darah aku. Teka-teki berselirat di kepala. 

Siapa kau?! 

“Okey. Esok saya call awak lagi ya? Bye sayang.” 

Tuk. Tuk. Tuk. Talian dimatikan. 

Gila punya lelaki. 

Sayang? Hey! Gelilah gigi aku. 

Kalau ada depan aku, memang aku pijak sampai lumat. Berani mainkan aku. Aku save nombor Amar dengan nama “Lelaki Gila Meroyan”. 

Save! Puas hati aku. 


*****
“MUMMY DADDY Zaff lebih harapkan Zara jadi menantu dia. Zaff dah tersalah pilih calon isteri.” 

Kata-kata daripada umi dan abi siang tadi buat aku terjerut tali dileher sendiri. Memang kami berkawan sejak kecil tapi itu bukan bermakna aku ada hati pada Zaff. Zaff pun pasti tak setuju. Zaff sangat sayangkan Suzi. Itu yang aku tahu. Aku nampak dari mata Zaff sendiri. 

“Umi rasa Zara pun sayangkan Zaff kan?” Tebakan daripada umi buat aku terdiam. 

Aku sayangkan Zaff? Maybe juga. Sayang sebagai abang. Adik kepada abang. Lebih? 

“Zara rasa kehilangan tak?” Soal umi lagi. 

Mestilah aku rasa kehilangan. Tapi hanya hilang yang tak maksudkan apa-apa. Zaff hanyalah kawan baik aku sejak dari kecil. Mana mungkin aku ada hati pada Zaff. 

“Zara. Kau kawan dengan aku sampai syurga ya? Hanya kau yang faham aku. Tapi, jangan cintakan aku. Aku nak kawen dengan orang lain.” 

Walaupun pesanan ini bernada main-main tapi aku tetap ambil serius. Dari awal aku memang jaga hati aku dari jatuh cinta pada Zaff. Mana mungkin mummy daddy Zaff, umi dan abi boleh paksa aku. 

Perkahwinan tanpa cinta bukan ke suatu penyiksaan? Apatah lagi sayang Zaff pada perempuan lain. 

Semak fikiran aku dikala ini. Hujan yang turun seakan menangisi nasib aku. Mengapa begini? 

Hish! Dah la aku nak exam tak lama lagi. 

Telefon bimbit aku berbunyi tapi aku tak jawab. Dah tahu siapa si pemanggil. Siapa lagi kalau bukan si Amar lelaki misteri tu. Nanti ada la tu dia whatsapp aku kata-kata romantik. 

Mamat mereng ni datang dari gua mana entah. Pelik-pelik kejadiannya. Mana dia dapat nombor aku? Kut ya pun main tekan-tekan, takkanlah siap boleh tahu nama penuh aku? Tak logiknya penipuan dia tu. Menipu pun kena cerdik kut! 

Pintu diketuk dari luar. Bila tengok jam dah pukul 10 malam. Mesti umi. 

“Masukla umi.” 

Pintu dibuka dari luar. Aku pandang umi yang bertudung. Pelik. Nak ke mana? 

“Zara, Zaff datang.” 

Selepas itu umi tutup pintu. Aku termenung. 

Zaff? Nak apa lagi lelaki itu. Tahu pula dia aku ada kat rumah. Padahal aku tak reply whatsapp dia pun. Dah lama tak cari aku. 

Sejak bertunang ini kali pertama dia cari aku. Mesti ada masalah. Zaff cari aku bila dirudum masalah je. Aku tak kesah pun. Memang aku tempat dia meluahkan segala kekusutan dia. 

Ada tunang simpan buat pekasam. Biar aku yang lekas tua fikir masalah dia. Untunglah! Orang sayang fiance.

Ngee! 

“Kau datang ni mesti nak cerita masalah kan?” Terus aku menyapa Zaff begitu. Niat hanya nak bergurau. 

Bila Zaff pandang aku terus mati senyuman aku. 

Kenapa dengan lelaki ini? Terlalu kusut aku nampak. Teruk sangat ke masalah dia? Halangan dari mummy dan daddy ke? Tunggu jelah dia cerita. Malas aku nak semak kepala fikir masalah Zaff. 

“Zara… tolong aku? Kau je boleh pujuk mummy dan daddy.” 

Aku dah agak dah. Rayuan dari Zaff lebih mengusutkan aku. Lebih memeningkan bila tengok wajahnya yang sugul. Teruknya orang bercinta. Yew! Seram. Dan aku pulak dah terbiasa tolong Zaff sampai dah tak boleh kata “tidak.” 

Huh! Ikatan persahabatan sama teruk dengan orang bercinta. Kena heret sekali.

“Kenapa?” Soalku. Mahu tahu punca. Sebab, setahu aku hubungan mereka direstui mummy daddy. Sejak bila jadi macam ni? 

Zaff garu kepada yang tidak gatal. Rambutnya makin serabut. Aku tengok macam lelaki tiga suku pun ya juga. Nasib baik rupa masih hensem. 

“Mummy daddy ternampak Suzi keluar dengan lelaki lain. Yes! Masa tu aku tahu dia keluar dengan kawan sekerja dia. Masalahnya sekarang, Suzi bertepuk tampar dengan lelaki tu. Lagi parah bila daddy sengaja mengupah seorang pak cik tua yang kebetulan ada kat kawasan situ pergi minta duit dengan Suzi. Suzi halau. Bukan setakat halau siap tolak lagi pak cik tu sampai jatuh. Tak cukup dengan itu dia hina pula pak cik tu. Mummy dengan daddy rakam. Terus rasa tak berkenan dengan perangai Suzi yang takde adab.” 

Erk?! Kalau aku pun aku berang dengan orang yang perangai macam tu. Darjat tak membezakan kita disisi Allah. Kenapa manusia suka bezakan diri dengan darjat? Sedangkan yang berbeza disisi Allah ialah tahap keimanan mereka. Pangkat darjat boleh diwarisi. Iman tak boleh. Tak faham aku. 

Kali ni aku pun setuju dengan mummy daddy. Masalahnya aku pula jadi galang gantinya? 

Huh! Betullah cinta itu buta. Dapat perempuan kurang adab macam tu pun masih sayang. Silap hari dengan suami pun dikakikannya. 

“Tak boleh ke kalau kau dengar nasihat mummy daddy kau? Parents kau nak yang terbaik untuk kau Zaff.” 

“Dan kau sanggup kena kawen dengan aku?” Soalan Zaff terus buat aku terdiam. 

Aku kawen dengan Zaff? Mana mungkin! 

“Kenapa diam?” Soal Zaff lagi. 

Terus aku berdehem. 

“Kau ni macam terdesak sangat kan? Ramai lagi perempuan lain Zaff. Kau kena ingat kawen ni kalau boleh sekali je. Cari yang betul-betul boleh jadikan dia pasangan hidup kau. Kalau dengan pak cik pun dia berani buat macam tu, tak mustahil dia seorang yang tak hormat kedua ibu bapanya. And… maybe dia tak boleh nak hormat kau juga.” 

Zaff bangun. Wajahnya kurang sugul dari tadi. 

“Kalau kau setuju nak kahwin dengan aku, aku akan putuskan pertunangan aku dengan Suzi. If not, aku akan teruskan juga tanpa restu mummy daddy.” Terkedu aku dibuatnya. 

Sejak bila Zaff cintakan aku sampai sanggup kawen dengan aku? Ini semua gila. Semoga aku bermimpi je. Bangun pagi rupanya ada dekat kolej. 


*****
“BETUL ke Zara takde perasaan dengan Zaff? Kesian mummy dan daddy nak sangat Zara jadi menantu mereka.” 

Kata umi tengahari itu. Sebelum aku memandu pulang ke kolej. Abi tidak ada. Outstation di Sarawak selama seminggu. 

Aku hanya diamkan diri. Bila aku cakap takde apa-apa perasaan umi tak percaya. Habis tu aku nak cakap apa lagi? 

“Zara nak tahu sesuatu tak?” 

Bila lama kami berdiam diri, umi menyoal aku kembali. Aku angkat kening. 

“Sesuatu apa tu umi?” 

Umi tarik nafas panjang sebelum mahu berkata-kata. Macam berat je apa yang umi nak cakap ni. 

“Sebenarnya Zaff cintakan Zara.” 

Hah?! Cukup untuk buat mulut aku tertelan anak gajah. Seriously? 

Aku tak percaya langsung. Sekejap kemudian aku ketawa. Kelakar! 

“Zara tak percaya umi. Zara nampak sendiri macam mana sayangnya Zaff pada Suzi, tunang dia.” Jawabku. 

Entahlah… aku rasa ini semua hanya spekulasi sebab nak pisahkan Zaff dengan Suzi. Kerana mummy daddy tak berkenan akhirnya aku jadi mangsa. Bila cakap macam ni mudahlah nanti hati aku perasan. 

Tak! Sekat perasaan kau dari rasa yang bukan-bukan Zara. Nanti bila patah hati kau akan kecewa teruk.

“Terpulang pada Zara. Nanti fikirlah kata-kata umi ni. Zaff tak sayangkan Suzi. Dia lebih sayangkan Zara. Maybe dia pun keliru dengan perasaan dia.” Kata umi lagi. 

Huh! Cinta. Sayang. Bukan benda yang main-main. Sekejap kata cinta pada Suzi. Sekejap pada aku. Itu “playboy jalanan” aje yang buat. Lelaki sejati takkan main kata sesuka hati. 

“Zara!” 

“Oh mak!!” Terkejut aku dibuatnya bila disergah sebegitu oleh Aina. Masa aku tengah mengelamun nilah Aina nak ganggu. 

“Dah habis dating ke?” Soalku padanya. 

“Dah! Mana boleh lama-lama nanti rindu tu hilang.” 

Aku cebik. Gelilah! Boleh pula rindu hilang bila jumpa lama-lama. Habis tu yang kawen bertahun asyik menghadap pasangan mereka aje macam mana pula? Boleh aje kekalkan rasa rindu tu. Ada-ada je Aina ni. Jawapan orang tak nak kalah memang macam tu.

“Kau ni asyik termenung je. Ada masalah ke Zara? Kalau ada masalah cerita kat aku. Kalau boleh tolong aku tolong. Tak boleh, I’m just hear and keep silent. Kita ni dah la tak lama lagi nak exam. Kalau boleh nak dekan. Tak nak la kau sedih-sedih. Nanti nak fokus studi pun susah.” 

Betul kata Aina tu. Lagi tiga bulan kami akan duduki peperiksaan semester akhir. Kalau lulus semua bolehlah jadi dentis. Kalau tak mereputlah lagi dekat kolej ni. Hish! Mengenangkan begitu tak rela aku. Aku lagi rela pulun studi hingga ke titisan terakhir. Siapa aje sanggup tak habiskan studi? Semua pun tak rela. 

“Kau ada masalah ke?” Soal Aina lagi bila aku tak jawab soalannya itu. 

Hm! Aku mengeluh perlahan. Nak cerita pada Aina pasal Zaff? Tapi macam mana? Dari mana nak mula? 

“Em… aku nak tanya kau, macam mana rasanya bila kita jatuh cinta pada seseorang?” 

Soalan aku ni macam minta kena kecam. Automatik Aina ketawa. 

Cis! Aku dah agak dah. Mesti kena gelak sakan punya. 

“Kau jatuh cinta kat siapa ni? Bertuahnya lelaki tu dapat miliki kau Zara.” 

Aku cebikkan bibir. Bertuahlah sangat. Aku pun dalam dilema sekarang ni. 

Siapa Amar? Tiba-tiba teringatkan lelaki yang tak jemu ganggu aku. 

“Saja tanya. Tak boleh ke?” Jawabku acuh tak acuh. Ini yang malas nak tanya ni. Itu belum cerita dengan lebih lanjut lagi. Mahu ketawa terguling-guling nanti.  
“Boleh! Kalau kau betul-betul jatuh cinta I am happy for you baby.” Aina teruja sungguh. Kang kalau aku naik pelamin dulu dari dia baru dia tahu. 

Ha ha! Poyonya kau ni Zara. Berangannya mengalahkan Mat Jenin. 

“Okey! Pertama kau rasa selesa dengan lelaki tu. Kedua kau rasa rindu. Ada tak?” Usik Aina. 

Hish perempuan ni! Aku gigit jugalah nanti kang. Rasa selesa? Memang aku rasa selesa dengan Zaff tapi sebagai kawan je kut. Itu belum cukup untuk rasa yang aku cintakan dia. 

Rindu? Mestilah ada. Tapi aku malas nak layan sangat perasaan tu. Pertama aku tahu dia milik orang. Kedua, rindu tu perkara normal yang dirasai setiap orang. Sometimes aku pun rasa rindu pada Aina. Bila cuti semester bermula contohnya. Kan? 

Okey! Tak validlah yang dua ni. 

“Lagi?” Soalku. 

Dua belum cukup untuk ukur yang aku tengah cintakan Zaff. Aku pelik bila orang lain lebih tahu tentang perasaan aku berbanding aku. 

Ke… aku tak perasan? 

“Lagi… suka mengelamun. Bila mengelamun yang hadir dalam fikiran kau adalah dia. Lagi, kau sanggup berkorban apa saja untuk dia. On call sampai tengah malam. Bercakap pasal perasaan. Banyak lagilah. Bila rasa cinta kau akan rasa selesa dengan dia. Dia akan selesa dengan kau. Kadang-kadang, rasa cinta ni tak boleh nak dirasai sampailah kita rasa kehilangan. Bila ada buat tak acuh, bila hilang kita mencari. Itulah cinta. Unik.” 

Aku diam fikir kata-kata Aina. Bila mengelamun aku banyak fikir pasal Zaff? Bolehlah. Sebab Zaff yang selalu ganggu aku. Bila dia tak ganggu aku, automatik aku rasa sunyi. Rindu nak dengar masalah dia yang apa-apa tu. 

Selesa? Selesa sebab dia kawan baik yang aku ada. 

Er! Banyak benda tak logik aku rasa. Semua yang Aina katakan tu positif. 

Ini bermakna aku cintakan Zaff? 

Haha! Kelakar. 


*****
TINGGAL satu paper sahaja lagi pada sebelah petang. Dan selepas itu aku bebas. Bebas dari menghadap buku. Hakikatnya ilmu perlu digali hari-hari. Tak kira umur. 

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. 

Aku baru ada ilmu sebesar tahi cicak dah nak mengada. 

Baru aku mahu berjalan menuju ke kafe nama aku diseru seseorang. Aku tak pasti siapa. 

“Zara, ada orang tunggu kau kat luar pagar.” Berkerut dahi aku dengan pesanan dari Mastura, kawan sekelas aku. 

Siapa yang nak jumpa aku? Mana mungkin umi dan abi. Mereka tahu aku sedang berjuang disini. Hanya doa yang mengiringi langkahku. 

“Lelaki ke perempuan?” 

“Perempuan.” Jawab Mastura. 

Aku gigit bibir seraya mengangguk. Ligat otak aku fikir siapa gerangan perempuan yang nak jumpa aku tu. 

Mummy ke? Dua bulan lepas memang mummy Zaff ada hubungi aku. Merayu pada aku supaya terima Zaff. 

Masalahnya, aku terpaksa diamkan dulu. Takkan sampai ke sini mummy datang nak pujuk rayu aku kut? Sesuatu yang mustahil nak dibuat oleh mummy Zaff. Kalau ya dia nak buat dua bulan dulu lagi dah tercongok depan kolej aku ni. 

Aku tercari-cari perempuan di depan pos guard. Kat sini ada beberapa orang perempuan. Kesemuanya nampak macam tengah buat hal sendiri. Tak rupa tengah tunggu aku pun. 

Tapi… jauh sikit dari pos guard, dekat dengan pagar kolej ada seorang perempuan yang sedikit seksi. Tinggi lampai. Bercermin mata hitam. Badannya kurus. Warna kulitnya putih. Memakai blouse merah dan skirt pendek hitam. Gaya dia berdiri seolah-oleh sedang menunggu seseorang. 

Kalau ya dia tengah tunggu aku, siapa dia? Aku tak kenal pun. Hish! Seramlah pula. 

“Zara Safiya?” Soal guard yang tidak jauh dari aku. Masa tu aku memang tengah pandang dia pun. Lambat-lambat aku mengangguk. 

“Tu… cik adik seksi tu cari awak.” Guard lelaki yang berumur dalam lingkungan itu menunjuk ke arah gadis tersebut sambil tersengih-sengih. 

Eee! Dahi licin betul. Pantang nampak perempuan lawa. Kau rasa gadis seksi tu pandang ke? 

Hm! Jangan pandang orang sebelah mata Zara. 

Ala… kalau perempuan gaya macam tu mestilah cari lelaki macam… Zaff. 

Zaff?! Dalam keadaan macam ni pun aku masih ingat lelaki itu lagi ke? 

Aku mendekati gadis tersebut. 

“Cik…” 

Pangggg!!! 

“Ouch!” 

Tak sempat nak elak terus pipiku ditampar sebaik sahaja gadis itu memandang aku. Siapa dia ni main aci redah je tampar aku? 

Ya Allah nasib baiklah dalam keadaan sekarang ni masing-masing buat hal sendiri. Kalau tak malu besar aku. 

Aku pandang gadis didepanku yang berwajah bengis sebaik sahaja melihat aku. Why?! 

“Sebab kau lah mummy daddy Zaff bencikan aku. Sebab kau hubungan kami terhalang. Who are you?! Siapa kau dalam keluarga Zaff?!” Marah gadis itu lantang. 

Sekarang tahulah aku siapa dia. Suzi. Tunang Zaff. Yakinnya dia yang aku ni Zara Safiya. 

Bodoh punya perempuan. Tak memasal pipi aku dapat sakit. 

Aku usap pipi aku. Dalam keadaan pipi terasa perit sempat aku senyum mengejek.  

“Kau buat aku macam ni kau rasa hubungan kau akan direstui ke?” 

“Huh! Sekurangnya hati aku puas dapat belasah perempuan murahan macam kau.” 

Pang! 

Giliran aku menampar pipi Suzi. Maaf! Belum pernah ada yang hina maruahku. Maruah aku dijaga rapi. Jangan sesekali menghina. 

Suzi tercengang sebaik sahaja makan penampar aku. 

Apa? Kau ingat kau je boleh bagi penampar? Aku tak boleh? Sorry! 

“Dare you!” Jerit Suzi. Tak kuat sangat pun namun cukup untuk menyatakan yang dia tengah geram. 

Peduli apa aku. 

“Sebelum nak mulakan peperangan sila bersiap sedia dulu. Kau rasa diri kau hebat sangat? Kalau macam ni attitude kau jangankan keluarga tan sri puan sri, keluarga miskin pun belum terima kau. Cuma Zaff yang buta cintakan kau. Never mind. Cinta tukan buta. Kita ni biar hodoh janji adab cantik. Barulah orang berkenan. Kau punya adab zero tau. Upgradelah adab tu dari zero ke hero barulah ramai nak buat kau jadi menantu. Assalamualaikum!” 

Setelah itu aku terus berlari berlalu pergi. Aku nampak Suzi yang tak puas hati dengan aku namun dia orang luar. Tak boleh masuk kawasan kolej aku. Mudahan kau insaf Suzi. Itu baru sikit aku sekolahkan kau. 

Hubungan tak direstui salah aku? 

Memang elok pun tak direstui. Zaff layak dapat perempuan yang lebih baik. Suzi bukan sekadar kaki kikis. Hormat orang pun tidak. 


*****
MALAM itu aku terima tetamu lagi. Siapa lagi kalau bukan Zaff. Nasib baik aku dah habis exam dengan jayanya. 

Sehabis mungkin aku lupakan hal Suzi tadi. Tak mahu terlalu emosional hingga jejaskan peperiksaan yang sedang berlangsung. Siapa dia untuk aku hancurkan hidup aku. 

“Dah lama Zaff tak cari kau. And today, dia tercongok lagi kat sini.” Komen Aina. 

Aku yang tengah bersiap diam aje. Malas nak jawab apa-apa. 

Hanya aku yang dapat meneka kenapa kaki Zaff melencong hingga ke sini. 

Aku pandang wajah Zaff yang berdiri bersandar pada kereta Honda Civic model terkini miliknya. 

Kacak. Bergaya. Berkarisma. Nampak berserabut tapi tetap tak menutup sikap maskulinnya itu. 

Pertama, aku angkat kening sebaik sahaja bertemu mata dengannya. Dah lama juga kami tak jumpa. 

“Kau sihat?” Soal Zaff berbasi-basi. 

Aku angkat bahu. 

“Macam yang kau tengok.” 

“Kau dah habis exam?” 

Aku hanya mengangguk. 

“Bila balik rumah umi?” 

“Esok kut!” 

“Sambung master?” 

Automatik mata aku pandang Zaff semula. Kau kenapa tiba-tiba tanya soalan pelik. 

Zaff bukan tak tahu nak habiskan belajar degree pun dah berkali merungut. 

Inikan… huh! Master? Kirimsalam ajelah. 

Zaff mengulum senyum.

“Tahu pun. Bukan nak tanya aku sihat ke tidak.” Omel Zaff. 

Aku cebik bibir. 

“Tak perlu tanya semua tu. Bila kau mampu drive sejauh ni of course kau sihat. Bila kau sakit kau pergi klinik. Bukan kat sini tempat kau.” 

“Kau ni memang kuat menjawab kan?” 

“Well! Kau nak apa?” 

Bila dengan Zaff aku lebih suka tanya apa tujuannya jumpa aku. Kalau takde tujuan, memang tak la dia nak cari aku. 

“Kalau tak nak apa-apa.” 

“Then kau tak mungkin jumpa aku.” 

“Maybe sebab aku rindu kau?”

Sekali lagi aku pandang Zaff. 

Gila! Tiba-tiba nak cakap rindu apahal? 

“Demam ke?” 

“Betullah.” Zaff ketawa gembira. 

“Jangan nak merepek. Nanti bukan setakat penampar, penyepak sekali aku kena.” Kataku tanpa sempat fikir apa-apa. 

Opss! Tersilap cakap. 

“Maksud kau apa?” 

“Takde apa. Saja je.” Jawabku. Mahu menutup rahsia siang tadi. 

Mulut aku ni pun suka tau derhaka dengan tuan sendiri. 

“Suzi datang cari kau?” Soal Zaff tak puas hati.

“Abaikan. Benda dah lepas. Biasalah tu nak pertahankan cinta sejati. Kau je rasa tunang kau tu tak cemburu. Hakikatnya…” 

Zaff ketawa. 

“Dia cuma gilakan harta aku. aku dah putuskan hubungan dengan dia. Maaf Zara, aku tak dapat teruskan hubungan aku dengan dia sepertimana permintaan kau.” 

Okey! Ini aku pening. Aku tak kesah mereka putus. Perangai Suzi pun macam malaun. 

Tapi… kaitan dengan aku ke? Permintaan aku?

“Permintaan aku?” Soalku. Mohon pencerahan. Mohon kepastian. 

“Yalah. Kan kau nak aku dengan dia.” 

“Sebab kau sayang dialah bongok. Of course aku nak tengok kau dengan yang tersayang.” 

Zaff geleng kepala. 

“Nope. I love you Zara.” Penuh romantik. Sopan santun. Perlahan sahaja suara Zaff buatkan dada aku ber tung tang kat dalam sana. 

“Mengarutlah! Apa kau cakap ni Zaff? Mudah betul sayang kau berpaling tadah.” 

Marah betul aku bila Zaff sendiri pun tak tahu apa yang dia cakapkan. Mudahnya bermain dengan perasaan sayang. Seolah boleh jual beli kat pasar je semua rasa tu. Huh! 

“Tak Zara! Kau tak rasa ke sejak dulu lagi aku cintakan kau?” 

Mencerlung mataku memandang ke arah Zaff. Lelaki. Mudahnya bermain cinta. Sekarang ni aku tak tahu apa yang sebenarnya ada dalam fikiran dan hati Zaff. 

“Habis tu Suzi kau nak letak mana?!” 

“Suzi tu bukan diciptakan untuk aku. Aku tak sayangkan dia. Aku sayangkan kau. Kau je yang tak perasan.” 

Perempuan mana nak perasan kalau cari aku pun semata nak luahkan perasaan terhadap perempuan lain. Kalau aku perasan memang aku yang akan kecewa akhirnya. Sekarang aku jadi keliru. 

“Aku rasa kau terdesak. Berperang dengan perasaan sendiri. Antara cinta dan kehendak mummy daddy kau sendiri. Better kau balik Zaff. Daripada kau bercelaru macam ni. Cinta bukan perkara main-main. Aku tak nak perjudikan nasib aku dengan orang yang keliru sayangi aku.” 

“Tak Zara. Aku cintakan kau dah lama. Kau yang tak beri aku peluang.” 

Aku geleng kepala. Kedua tangan aku tekup telinga. Rasa tak sanggup lagi nak dengar pengakuan daripada Zaff. Aku kenal dia dah lama. Aku tahu sayang dan cintanya ada pada Suzi. Bukan aku. 

“Balik! Jangan cari aku lagi. Aku tak terima kau lebih dari seorang kawan.” 

Sekarang ni aku pulangkan paku buah keras padanya. Dalam masa yang sama aku mengingatkan kembali pesanannya padaku dulu. 

Hubungan kami tak lebih dari sahabat. Kalau betul Zaff cinta, bermakna Zaff yang khianati diri sendiri. 

Setelah itu aku berlalu tinggalkan Zaff sendirian. Kebetulan pula guruh berdentum menandakan hari nak hujan. Sikit-sikit rintik hujan mengena wajahku. Tak aku peduli. 

Otak aku dah cukup serabut dengan pengakuan Zaff pada malam ini. Sumpah aku tak boleh terima. 

Boleh ke seorang sahabat bertukar menjadi seorang kekasih lantas menjadikan dia seorang suami? 


*****
4 tahun kemudian, 

Waiting is the hardest part. 

AKU tutup diari. Dah 4 tahun aku menunggu Zaff yang menghilangkan diri ke Melbourne. 

Berjauh hati dengan aku yang tidak menerima keikhlasan hatinya menerima aku. 

Dan sekarang, aku menunggu dia pulang untuk menjadikan dia pasangan hidupku. Samada diterima atau ditolak keduanya aku redha. 

Betul kata Aina, bila kita dah ditinggalkan baru kita sedar yang ada perasaan cinta kita padanya jauh disudut hati yang paling dalam. 

Masa orang tengah memberi, aku ego untuk menerima. Aku yakin yang aku bukan untuk dia. Kami cuma bersahabat. Aku ego ingatkan pesan Zaff yang masih belum matang. 

“Baliklah Zara. Aku tak perlukan cinta kau lagi. Sahabat tak boleh dijadikan kekasih. Kau yang letakkan sempadan antara dua benua. Dan aku terima. Sekarang, kau baliklah berbakti pada masyarakat. Masyarakat perlukan kau. Bukan aku.” 

Dapat tahu Zaff sambung belajar di Melbourne peringkat PHD, terus aku rasa kehilangan yang amat sangat. 

Lagi rasa bersalah dan menyesal bila mummy kaitkan aku dalam semua perkara yang jadi. 

Zaff tinggalkan Malaysia kerana tak sanggup lagi menagih kasih Zara. Sejak kecil lagi Zaff sukakan Zara. Mummy. 

Telefon bimbit aku berbunyi. Terus aku jawab call. Umi. 

“Zara, penantian Zara dah berakhir.” Terkejut aku dibuatnya. 

“Apa maksud umi?” 

“Zaff dah balik Malaysia. Minggu depan dia akan mula bertugas di syarikat daddynya.” 

Tiba-tiba dada aku terasa lapang lagi tenang. 

Zaff sudah balik Malaysia? Penantian aku selama ni dah berakhir. Macam mana ya rupa Zaff? 4 tahun tanpa khabar berita. Aku senyum sendiri. 

“Hai doktor. Senyum aje tu. Ni ada file pesakit. Nak cabut gigi.” 

Terus aku betulkan duduk. Sampai tak sedar nurse ketuk pintu. Lagi haru bila masa umi putuskan talian? Berangan betul aku ni. Gila kau ni Zara! Kalau Aina ada mesti dah kena tegur. 

“Okey. Terima kasih Shida.” Aku berikan senyuman manis. 

File pesakit diambil dari tangan Shida. Selepas Shida berlalu pergi aku buka file pesakit sebelum bangun dari duduk. Settle kan kerja nanti boleh balik. 


*****
MINGGU seperti yang diberitahu oleh umi, aku bergegas ke ofis milik daddy Zaff yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. 

Kompeni gah yang dikenali ramai. Berdebarnya hati aku hanya Allah yang tahu. Zaff masih menunggu aku lagi atau tak? Ataupun dah lupa pada sebaris nama ZARA SAFIYA. 

Kalau dulu akulah yang selalu dicari waktu susah. Waktu senang hilang entah ke mana. Aku pula setia jadi sahabatnya tanpa sedar cinta bercambah sedikit demi sedikit. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Aku tarik nafas dan hembus. 

Risaunya! 

Nasib baik daddy Zaff dah tahu tentang kedatangan aku ni. 

Tudung bawal SofeaRose aku betulkan dikepala. Tudung terletak elok. Aku je rasa nak baiki. Nak hilangkan rasa berdebar yang hebat. 

Seperti Siti Khadijah melamar Nabi Muhammad, begitulah aku hari ini jadikan kekuatan Siti Khadijah untuk mengambil kembali hak aku jika belum dimiliki orang. 

Dan aku harap hatinya masih menunggu aku walau beribu tahun lagi. 

“Ya cik? Boleh saya tolong?” Sapa receptionist sebaik sahaja aku melepasi pintu kaca. 

“Saya nak jumpa dengan Zafran Rayyan.” Kataku dengan tenang. Hati aku hanya Allah yang tahu. Berdebar gila! 

Sungguh hati aku rindu pada seorang Zafran Rayyan. Bila dia pergi dari hidup aku, baru aku sedar takdir Zaff adalah untuk aku. 

“Boleh. Sebelum tu, cik ada buat appoinment ke?” 

“Takde.” 

“Okey baiklah. Sebentar saya beritahu PA dia.” 

Gadis itu berikan senyuman manis pada aku. Aku mengangguk tanda setuju. Sementara menanti aku pandang sekitar bangunan ini. Semuanya mempunyai lapan tingkat. Semua orang sibuk ke sana ke mari menjalankan tanggungjawab masing-masing. 

“Cik boleh naik tingkat lapan. Lif di sebelah kanan. Nanti jumpa dengan Aira, PA Encik Zaff.” 

Aku hanya mengangguk sebagai tanda faham. 

Sebelum berlalu sempat aku mengucapkan terima kasih tanda penghargaan padanya. Barulah dia rasa seronok beri maklumat pada aku. 

Ucap terima kasih, berikan senyuman manis tak susah pun. Cuma tak ramai yang nak buat. 

PROJECT DEPARTMENT 

Tingkat lapan hanya ada projek department. Maknanya, Zaff ada di dalam sana. 

Ya Allah. Kau permudahkanlah urusanku Ya Allah. Sempat aku berdoa dalam hati. Sumpah aku rasa gementar. Aku rasa jurang antara kami sejak aku tolak cinta Zaff. 

“Boleh saya jumpa dengan Aira? PA Encik Zaff.” Setelah memberi salam di kaunter pertanyaan, terus aku bertanya begitu. 

“Boleh. Sebentar.” Gadis itu berlalu pergi meninggalkan aku. 

Department itu mempunyai beberapa buah meja. Lebih dari sepuluh meja. Kompeni besar mestilah mempunyai pekerja yang ramai. 

Kalau dulu aku ambil bidang seperti Zaff, pasti aku ditawarkan kerja disini. 

“Cik, boleh duduk dulu.” Bila gadis itu tiba dia menyuruh aku duduk terlebih dahulu sementara menunggu Aira. 

“Okey.” 

Entah berapa orang yang perlu aku jumpa sebelum bertemu dengan Zaff. Ini semua buat aku rasa semakin gementar. Habis semua zikir aku baca. Sekurangnya hilanglah nervous aku. Harap-harap. 

“Cik, saya Aira. Nak jumpa dengan Encik Zaff kan?” 

Aira yang muncul tiba-tiba mengejutkan aku. 

“Ya. Betul. Dia ada ke?” Aira berikan senyuman manis. 

“Ada. Jom ikut saya.” 

Aku mengikuti bontot Aira. Sampailah di sebuah bilik yang agak tersembunyi dari semua pekerja yang tertera nama “ZAFRAN RAYYAN” dengan jawatan yang dipegang CEO. 

Tahap jantung aku berdegup makin abnormal. Semoga aku tak sakit jantung. 

“Silakan cik.” Aira pandang aku. 

Oh! Pintu dah dibuka rupanya. 

“Terima kasih.” 

Aira terus berlalu pergi sebaik sahaja aku mengucapkan terima kasih padanya.


*****
“YES?!” 

Terkelu lidah aku sebaik sahaja aku masuk ke bilik Zaff. 

Dia tak kenal aku ke? Lagi terkelu sebab wajah Zaff lebih hensem daripada dulu. Mungkin lebih matang. 

“Awak masuk bilik saya ni untuk jadi bisu ke?” Soal Zaff. 

Erk?! Kena lagi aku. Sah memang dia tak kenal aku. 

Okey Zara. Sesi untuk perkenalkan diri kepada kawan lama. 

Huh! Aku pun masih cam sahabat sendiri. Dia boleh tak kenal aku. Kata cinta. 

Sempat aku cebik. 

Sampai hati kau Zaff. 

“Kau dah tak kenal aku ke Zaff?” Soalku. 

Mana tahu Zaff akan ingat memori kami bersama. Kecuali kepala lelaki ni dah terlanggar tiang dan terus disahkan hilang ingatan. 

“Should we know each other?” 

Jengkelnya nada Zaff buat aku rasa termalu sendiri. 

Sekarang ni aku rasa nak berlari dapatkan umi. Nak lupakan semua ini. Zaff yang dulu bukan yang sekarang. 

Sebelum terluka dengan selepas terluka dah tak sama. Maybe parut kecewa tu belum hilang. 

“Aku ni kawan sejak kecil kau Zaff. Sampai hati kau lupakan persahabatan kita.”  
“Sorry! I think you salah orang. saya tak ada kawan sejak kecil. Sahabat. No. Ada apa lagi ke? Kalau takde sila keluar. Sini pejabat. Bukan tempat suai kenal.”  
Semua ni mungkin akan jadi biasa andai Zaff tu bukan siapa-siapa. Tapi sebab Zaff terlalu bermakna dalam hidup aku, kesannya aku rasa terlalu kecewa dengan kata-kata Zaff. Seolah luka ini tiada penawarnya. 

Kerana tidak mahu makin goreskan luka dihati, aku berlalu pergi tanpa ucapkan selamat tinggal mahupun salam. 

Di luar bilik Zaff, air mata yang cuba ditahan sejak tadi keluar juga. 

Keluarlah airmata. Semoga kejap lagi hati aku tenang semula. 

Lain yang diharap lain yang aku dapat. Semoga aku punya kesabaran yang tinggi. Mungkin ini balasan sebab menolak cinta Zaff dulu. 

Tapi… semua orang yang ada kat tempat aku pun akan buat perkara yang sama. Mana mungkin menerima lelaki yang mencintai dua wanita dalam satu masa. 

Silap Zaff adalah berahsia. 

Berterus terang kunci hati. Tapi Zaff memilih untuk berselindung. 

“Zaff sayangkan Zara. Sayang sangat-sangat. Tapi sebab Zara tak pernah notice Zaff, Zaff cari seseorang untuk singkirkan Zara dari hatinya. Zara beri cadangan untuk terima Suzi, Zaff terima atas dasar sayangkan Zara. Kerana sayang, Zaff sanggup buat apa saja. Macam yang Zara beritahu Zaff, kalau sayang dan cinta buktikan.” Mummy. 

Aku tak faham kenapa Zaff terlalu bodoh dalam hal ni. Kalau berterus terang kan bagus. 

“Zaff takut andai dia bertepuk sebelah tangan. Zaff tahu Zara cuma anggap dia sebagai sahabat. Zaff lebih sayangkan hubungan sahabat. Zaff tak mahu bila dia luahkan pada Zara, Zara akan tinggalkan dia. Umur Zaff dah semakin meningkat. Dia perlukan seorang isteri untuk jadikan Zaff seorang lelaki yang sempurna.” 

“Zaff sanggup korbankan masa depannya kerana Zara. Kahwin dengan Suzi bukan pilihan Zaff. Zaff berpura-pura aje Zara. Zaff hanya gunakan Suzi untuk Zara sedar yang Zaff cintakan Zara. Tapi, Zara support hubungan mereka.” 

Memang aku sokong sebab Zaff buktikan pada aku yang dia sangat cintakan Suzi. 

“Pada awalnya hubungan Suzi dan Zaff tak lebih dari seorang kawan. Zaff tak kesah berkawan dengan Suzi sebab mereka satu kompeni. Suzi pembantu arkitek Zaff waktu tu. Zaff hanya anggap Suzi sebagai kawan. Tak lebih. Lama kelamaan, Suzi ajak Zaff bertunang. Zaff 70-30. Zaff sengaja cari Zara, nak ceritakan semua ni. Nak tengok apa reaksi Zara. Zaff kata reaksi Zara biasa aje. Macam takde perasaan pada dia. Zaff putus asa. Akhirnya dia setuju untuk terima Suzi. Mereka bertunang.” 

Setelah mereka bertunang Suzi tunjukkan lebih lagi perangai dia yang sebenar. Lagi mengejutkan bila mummy dan daddy Zaff sengaja menguji. 

Waktu itulah mereka minta Zaff dan Suzi putus tunang. 

Nampak kecil, tapi Allah tunjuk siap-siap siapa Suzi. 

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. 

Kecuali Suzi dah berubah dari awal, mungkin dia dan Zaff ada kemungkinan untuk bersatu. 

Manusia tak tahu tapi Allah tahu. Takde satu perkara pun yang boleh disembunyikan dari Allah macam mana kita manusia sembunyikan antara satu sama lain. 

Tok! Tok! Tok! 

Pintu cermin kereta aku diketuk. Terus melayang semua cerita daripada mummy Zaff 4 tahun dulu. 

Aku lap air mata dengan tisu sebelum tingkap kereta diturunkan. 

“Daddy?” Terkejut aku dibuatnya. 

“Zara? Are you okay? Zaff pukul Zara ke? Aira kata dia nampak Zara menangis.”  
Erk! Terkantoi pulak aku menangis. Hampeh betul. 

Aku berikan senyuman manis. 

“Tak la daddy. Zara okey je. Zara nak balik dah ni. Daddy dari mana?” 

Pandai pula daddy cari aku kat sini. 

Daddy senyum. 

“Zara kecewa dengan Zaff? Daddy minta beri Zaff masa ya? Daddy tahu Zaff masih sayangkan Zara. 100 percent.” 

Huh! Yela tu daddy. Kenal aku pun tak. Dah mereng agaknya lelaki tu. 

“Takpe daddy. Zara okey je. Hm! Zara nak masuk kerja ni daddy. Zara pergi dulu ya? Assalamualaikum.” 


*****
“UMI dah terima pinangan Puan Sri Akma.” 

Seronok aku membaca majalah INTREND tiba-tiba suara umi mengejutkan aku. Lagi mengejutkan dapat berita yang aku tak jangka. 

Majalah ditutup, aku lompat duduk disebelah umi. Masa tu aku kat ruang tamu. 

“Untuk siapa umi?” Soalku bodoh. 

“Untuk siapa? Anak umi ada seorang je. Untuk Zara la. Takkan untuk Kak Dhiya pulak.” 

“Hah?!” 

Terkejut beruk aku dibuatnya. Terus melompat dari sofa dan berdiri. 

Mukaku pandang umi tak puas hati. 

“Seriuslah umi? Puan sri Akma?” 

Terfikir aku siapa Puan Sri Akma. 

“Ya Allah Zara! Kamu tak mahu kahwin dengan lelaki yang kamu sayang sangat-sangat tu ke?” 

“Siapa umi?” 

Rasa geram dengan umi. Siapa-siapalah yang dia terima pinangan tu. Aku bukan tua terlajak pun. 

Baru 27 tahun. 

“ZAFRAN RAYYAN.” 

“HAH?!” 

Ya Allah nasib baik aku tak pengsan. Lelaki itu masuk meminang aku atau dipaksa oleh mummy? 

Selepas dihalau aku dah tak fikir pasal dia lagi. Move on itu indah. Buat apa nak fikir orang yang dah tak sudi. 

Lagi seronok dia pun lupa aku. 

“Zara tak setujulah umi.” 

Wajahku seakan mahu menangis. Aku tak nak kahwin dengan lelaki yang tak kenal aku. 

“Kenapa pulak? Ish! Kamu ni. Ada-ada je. Zaff kata kamu yang pinang dia dua minggu lepas.” 

“WHATTT?!” The hell! Sambung dalam hati je kalau tak nanti kena ketuk dengan umi.

Huh! Zaff ni dah gila agaknya. Siapa yang pergi pinang dia? Mengadanya. 

Entah perempuan lain yang melamar dia aku yang jadi mangsa? 

“Apa ni? Asyik terkejut je. isk! Tak fahamlah umi kamu berdua ni. Selesailah sendiri. Yang pasti umi dah terima pinangan mummy. Dua minggu lagi majlis.” 

“HAH?!” 

Aduh! Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak akulah orang yang mati awal gara-gara kena surprise kahwin. 

Zaffff!!! 

Kecik besar je lelaki ni tau. 

Sengaja nak kenakan aku atau baru pulih dari hilang ingatan? 

Tapi hatiku ada sye-nyum… 

Hai! 

Senangnya dalam hati 

Dapat kahwin dengan pilihan hati 

Kepada ZAFRAN RAYYAN 

I say I LOVE YOU!

Oppss!


*****
“AKU terima nikahnya ZARA SAFIYA BINTI AHMAD dengan mas kahwin 10 ribu tunai.” 

“Sah.” 

“Sah.” 

“Sah.” 

Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri Zafran Rayyan. 

Si lelaki gila yang sengaja kenakan aku di ofis tempoh hari. Memang dah dirancang semuanya. 

Kedatangan aku memang diketahui olehnya melalui daddy. Hampeh betul kenakan aku. Umi dengan abi pun dua kali lima aje. 

Tahulah aku silap 4 tahun lepas. Tapi kalau bukan kerana aku takdenya Zaff rajin sangat nak buat PHD.

“Senyum sorang-sorang nampak.” Tegur Zaff. 

Zaff sudah duduk disebelah aku di atas katil. 

“Rasa macam kelakar. Dulu kau sahabat aku, sekarang kau dah pun jadi suami aku. Betullah orang dulu-dulu cakapkan. Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik. Salah seorang mesti simpan rasa cinta. Kaulah yang simpan rasa cinta dekat aku lepas tu nak berahsia pula.” 

Zaff senyum mendengar celoteh aku. 

“Ya la. Dah kau tak nak bercinta. Takut kecewa. Aku diam jela. Berkawan lagi baiklah macam tu. Semua salah kau.” 

Aku cebik. 

“Salah aku? Fine!” 

Aku pura-pura merajuk. 

“Kau janganla cebik macam tu. Kau tahu tak punca aku jatuh cinta dengan kau? Cebikan kau la. Minta kena cium tahu tak.” 

“Hey! Gila kau ni.” Aku baling bantalku padanya. 

“HA HA. Kau buat lagi aku cium kau betul-betul.” 

Zaff ketawa kuat sekali. Seronoknya dia kenakan aku. Cis! 

“Zaff!” Panggilku. 

“Hmm.” 

“Mana kau kenal Amar Baharin?” 

Terkedu aku bila ada seorang lelaki yang mendekat dengan Zaff dan selepas itu dia tegur aku dan kenalkan diri dengan nama Amar. 

Amar Baharin. 

Terus terkedu.

Mestilah aku ingat dengan lelaki ni walau dah berkurun lalu. 

Zaff ketawa. 

Huh! Mesti ada apa-apa ni. Apa-apa yang aku tak tahu. 

“Kau upah dia ke?” Tebakku. 

“Upah apa?” 

“Eleh!” 

“Fine! Amar tu sepupu aku. Kau tak pernah jumpa sebab famili dia menetap di Melbourne. Sengaja aku minta dia kacau kau dulu. Nak tengok jenis kau macam mana. Gatal  ke tak.” 

Aku cebik! 

Oppsss. 

Terus aku tekup mulut. 

Risau dengan kenakalan Zaff. 

“Menyesal aku tak layan. Hensem dari Amar Baharin rupanya.” Kataku. 

Sengaja nak mengusik suami sendiri. 

“Amboi! Dah! Tutup lampu. Jom tidur.” Ajak Zaff. 

Kemudian, perlahan-lahan Zaff peluk aku. 

Alamak! Rasa macam janggallah. 

“Kena peluk ke Zaff?” 

“Mestilah! Kau kan isteri aku dunia akhirat. Nak syurga tak?” 

“Gila tak nak? Macam kau tanya aku nak candy tak? Waktu kecil dulu.” 

Teringat waktu kecil kami seronok. Aku dijaga dan disayangi oleh Zaff. Paling istimewa berbanding adik-adiknya. 

“Zara, candy. Nak tak?” 

“Nak! Nak!” 

“Nah! Zara satu. Zaff satu.” 

Lepas tu Zaff duduk sebelah aku dan makan. Kadang-kadang bila comot mulut Zaff akan lapkan. 

“Comotnya! Sini Zaff lapkan.” 

Ya Allah! Terima kasih atas aturan-Mu untuk hidupku Ya Allah. Sungguh aku bahagia dikurniakan cinta yang menenangkan. 

Dikelilingi dengan orang yang menyayangi aku. 

Terima kasih Allah. 

Sempat air mata bahagia aku menitik sebelum lena dalam pelukan suami tersayang. 

Aku akan sayang kau sampai syurga Zaff. Tiada apa yang boleh memisahkan kita kecuali Allah. 

Daripada sahabat hinggalah kahwin. 

Tak sedar perasaan yang menjalar dalam diri sendiri hinggalah aku ditinggal pergi. Segala perasaan terpendam duka di hati. 

Sekarang ini, bahagiaku milik abadi selamanya. InsyaAllah. 

Selagi Allah izinkan nama ZAFRAN RAYYAN bertakta di hati nan suci. 

My husband 

Has made me laugh 

Wiped my tears 

Hugged me tight 

Watched me succeed 

Seen me fail 

Keep me strong 

My husband is a promise that I will have a friend forever. 

(Quotes) 

Choose to be happy :)

Alhamdulillah, selesai juga tulis Cerpen yang ke-tujuh. Rasa macam dah lama tak menulis. Macam biasa, maaf kalau penulisan tak kena dengan citarasa. Menulis sekadar memenuhi keperluan hobi dan minat 💝

Selamat membaca semua. 

Thank you! 

Idea kawan sampai kawen sempena perkahwinan Ardell dengan pasangan. Semoga mereka berbahagia hingga ke syurga-Nya. 
Ameen. 

And you too (Kamu yang baca tuu hehe)

-LOVE-


Credit sikit kat owner :)
Happy married. 

No comments: