CERPEN-BOYFRIEND ONE HOUR
ARMAN AYSAR BIN AHMAD NAWAWI
Bersama pasangannya,
AFSHIN AYNA BINTI RAMLI
DUA nama ni cukup untuk getarkan hati seorang perempuan yang bernama Eshal Humaira.
Argghh. Waaa. Rasa nak menjerit sekarang ni jugak. Laa ni! Laa ni!
Aku koyak kad yang bersaiz A5 tersebut. Terus aku campakkan ke lantai.
Namun, kad kawen milik mereka berdua tu betul-betul parking di tempat seorang manusia sedang berdiri sekarang ni. Mungkin tengah mengadap aku.
“Marah?” Soal Aima.
Erkk. Lagi mahu tanya ke Aima ni seorang? Kang…. Kang… ada jugak yang telan tapak kasut aku hari ni.
Jimat! Tak payah nak makan nasi tengahari lagi.
Aku pandang Aima. Berasap rasa telinga aku.
“Tak! Aku suka.” Aku mendengus usai menjawab.
Ada ke patut… dah tahu lagi nak tanya. Sumpah tak patut tahu tak…
“Bersyukurlah wei! Sekurangnya kau tak dapat suami macam Arman tu. Harap nama je lawa. Tuan langsung tak memaknakan kecantikan maksud nama tu.” Marah Aima sama.
Kali ni Aima dah ambil tempat di sebelah aku. Yang lain masuk meeting cash flow.
Jadinya, ruang ni jadi tempat aku dan Aima untuk melepak.
Sudah sering kau kirim surat
Namun tak pernah aku jawab
Lalu kau kirimkan undangan
Agar kau tak berharap
Kali ni aku jeling Aima tiga ratus enam puluh darjah. Sesuka hati dia je memekak lagu Iklim-Bukan aku tak cinta ditelinga aku. Apa hal….
“Beb! Rileks. Rileks. Cool dah ar.” Nasihat Aima bila tengok jelingan harimau aku.
Haa. Tahu pun takut.
“Kau nak pergi ke?” Soal Aima lagi.
“Mestilah! Sure aku pergi.” Jawab aku pula.
Yakin.
Aima pandang aku. Tak berkelip.
“Seorang?” Soal Aima.
Aku kerutkan dahi. Apa yang pelik. Bukan seorang okey!
“Kau ada!”
Aima geleng.
Lagi bertambah pening aku. Apa masalahnya minah senget ni.
“Kau kena buktikan yang kau dah move on. Kau dah lupakan dia. Paling penting kau kena buktikan yang kau pun laku jugak! Bukannya bila kau tinggal dia, kau tak boleh cari pengganti. Faham?” Terang Aima.
Okey lah. Kali ni aku faham apa yang Aima cakapkan tu.
Masalahnya, problem nya. Aku ni mana ada stok kawan lelaki pun. Kalau ada pun semua dah sold out. Giler ke apa nak caras orang punya. Sebusuk aku belum caras orang punya lagi setakat ni. Allahualam untuk akan datang. Ha ha!
“Aku mana ada pakwe masalahnya sekarang ni!”
Dengan tangan-tangan aku sekali beraksi. Marah betul ni dengan idea tak berapa bagus Aima ni.
Sebaliknya, Aima hanya sengih-sengih je. Diangkat keningnya yang dah cantik molek tu. Lagi lah buat aku pening kuasa dua.
“Sewa boyfren lah! Untuk satu jam aje.”
Idea Aima kali ni sumpah buat mulut aku terlopong berganda.
Sewa? Boyfren? Gila ke apa? Dah habis akalan ke budak ni? Nak sewa dekat mana? Tak pernah aku ada idea segila Aima ni.
Dan Aima boleh tayang muka sengih tak lawa dia tu ke…
*****
“AIMA! AIMA!”
“Isk! Lepaslah. Kau nak bawa aku pergi mana ni?”
Terpaksa dalam rela bila tangan aku diheret kasar oleh Aima. Nak lawan memang tak boleh. Tengok je badan
Aima tu triple X. Aku pula badan saiz M.
Selain mengikut, aku memang tak punya pilihan lain.
Aduh! Aku rasa memang tangan aku dah berbirat merah. Entah ceruk mana dia nak bawa aku entah. Dan aku pun hanya mengikut je.
Eh! Terpaksa ikut. Itu yang sebetulnya.
“Aima! Stop!” Aku menjerit.
Dua-dua akhirnya berhenti.
Aima pandang aku. Dia tayang muka pelik.
Aku pula macam baru lepas berlari dua ratus meter. Terus aku pegang dada. Tercungap!
Ya. Tu je jawapan yang sesuai dengan keadaan aku sekarang ni.
Aku pandang Aima bila keadaan macam reda sikit.
“Cuba kau bagitahu aku kau nak bawa aku ke mana. Bawak berbincang sikit boleh?” Marahku.
Garang. Aku jeling Aima. Geram betullah.
Suka hati dia je nak heret aku ke mana-mana. Ingatnya hari cuti macam ni boleh lah aku bermalasan dekat rumah. Jadi buaya tembaga.
Aima tayang sengih.
“Rileks la beb. Cuba bawak bertendang… dan ikut aku.” Balas Aima kembali.
“Bertendang kau. Kejap lagi aku tendang kau sampai rumah kita. Kau nak ke?” Masih lagi dalam melodi marah. Masih lagi dengan jelingan maut aku.
Masalahnya, bila dah nama nya Aima. Takde makna lah dia nak takut dengan aku. Huh!
“Cakap! Kau nak ke mana ni? Kalau tak aku mogok.” Aku mengugut.
“Hish kau ni! Ada lah. Sikit je lagi. Kalau bagitahu kau tak surprise la.”
Aima. Aima. Ada ada je jawapan dia. Bermacam jawapan dia akan balas bila dengan aku. Rasa nak je aku cili mulut Aima ni. Nasib baiklah kawan baik aku. Huh. Huh.
“Kalau nanti tak berapa nak surprise siap kau!”
Aku arahkan jariku kepada nya.
Aima masih lagi sengih.
“Kau ni Eshal! Aku rasa tadi kau makan nasi lemak. Bukannya singa. Haa… mungkin nasi lemak lauk daging singa kut.” Aima merapu.
Aku rasa nak ketawa. Tapi aku tahankan je. Gila betul.
“Dah. Dah. Jom lah. Kang lambat pulak. Buang masa betullah kau ni.”
“Aik! Aku pulak yang salah. Yang menjerit sampai mesyuarat kat tengah alam ni kau. Bukan nya aku.”
Bebel ar pulak si Aima ni.
Aku patah balik kang. Aima pulak yang di surprised. Baru tahu…
*****
BINA MASJID SDN. BHD.
AKU pandang nama kompeni di atas.
Hah? Syarikat apa ni?
Kenapa nak masuk ke sini.
Aima nak buat apa?
Oh! Mungkin Aima nak ajak aku buat amal jariah kut.
Bagus Aima ni.
Aku mengangguk.
Memang kali ni betul-betul surprise ni. Bina masjid ya?
Sejak bila seorang Aima dah insaf sampai sampai nak bina masjid. Kalau setakat nak sumbang seringgit takkan kut menapak sampai ke sini. Ye dak?
Aku pandang Aima.
Senang cerita, kami sama-sama berpandangan di antara satu sama lain.
Dah tercegat dekat tepi tangga ni buat apa. Masuk jelah ke dalam.
“Tak sangka aku dapat kawan yang baik macam kau ni. Kau nak buat sumbangan ya?” Soal aku pada Aima.
Aima pula kerutkan dahi.
Aku tengok kejap lelaki yang keluar, sekejap pula perempuan keluar. Tak kira umur kut. Ada yang terlalu muda, ada yang tak terlalu tua. Sedan-sedan je.
Eh! Memang lah sedekah tak kira umur Eshal oi! Erkk. Tapi bolehlah… ramai ya golongan muda datang buat sumbangan.
Dan aku? Hampeh! Rasa insaf sekejap.
“Jom la masuk.” Ajak aku lagi.
Aima masih dengan dahi berkerut dia tu.
“Kau tak marah ke?” Soalan Aima ni buat aku ketawa tak ingat dunia.
“Kau gila ke? Sejak bila pula orang nak buat amal aku marah? Kau ingat aku ni makhluk bertanduk ke?”
Aima makin pelik.
“Eh Eshal. Buat amal apa ni? Memang la aku nak buat amal ni. Tapi amal ni untuk kau.”
Jawapan Aima ni aku pula yang tak faham.
“Kau nak buat amal atas nama aku ke?” Soal aku.
Kalau betul lagilah aku terharu. Terus aku peluk Aima.
Aima tercengang.
“Terima kasih Aima. Kau memang sahabat aku dunia dan akhirat.”
Aku usap belakang Aima. Sungguh aku terharu. Pelukan dileraikan.
“Kau tak marah la ek?” Soal Aima lagi sekali.
Aku hanya menggeleng.
Aima ketawa. Lega. Alhamdulillah.
“Kalau macam tu jom lah kita masuk.”
Mereka berdua pun memanjat anak tangga naik ke tingkat atas.
*****
KALAU tadi aku berterima kasih dengan Aima, sekarang aku rasa nak lenyek je Aima ni biar hilang dari dunia milik Allah ni.
Ada ke patut… isk! Memang tak patut. Tak patut.
Aku geleng kepala dengan kejadian tadi.
Lepas je kena interviue dengan akak kaunter tu terus aku rasa pelik bila soalan dia, nak cari calon yang macam mana.
Tercengang bengong aku dibuatnya.
Blur.
Aku terus pandang Aima saat tu jugak.
Gila!
Aima macam biasalah. Tayang muka tak bersalah dia tu.
Huh!
Sebal tahap maksimum aku dibuatnya.
Bina Masjid S/B.
Aku senyum. Aku pun salah juga. Suka buat rumusan sendiri. Pedehal… padan muka lah.
Aku pandang Aima disebelah.
Kali ni, aku dan Aima dah pun menapak ke dalam Mall. Saja masuk ke sini. Nak dinginkan badan terutamanya hati yang tengah membengkak.
“Weh! Aku pergi tandas jap tau. Sakit pulak perut aku ni. Agaknya aku kut yang tertelan daging singa.”
Lepas je cakap terus Aima berlalu.
Aku ketawa seorang diri. Nilah Aima. Tak sempat nak marah. Baru nak buka mukadimah dah buat lawak hambar. Terus tak jadi nak marah.
“Eshal.”
Panggilan yang cukup perlahan tapi aku dengar.
Terus aku mendongak ke atas sebanyak sembilan puluh lima darjah.
Berkerut dahi aku.
Macam kenal. Macam tak kenal. Kenal. Tak. Kenal. Tak. Kenal kut.
“Mesti tak ingat kan?” Soal lelaki dihadapan aku ni lagi.
Erk… klien aku kut. Aku buat telahan sendiri.
Kalau kenal pun sekali tengok macam tu je lepas setahun baru jumpa semula nak suruh aku cam. Memang tak la. Aku jumpa ramai orang kut. Aku ni peguam. Aku ada ramai klien. Mana nak ingat muka sorang sorang. Fuh. Gila.
“Siapa ek?” Soal aku.
Malas lah nak perah otak nak fikir semua yang tak berapa nak penting ni.
“Saya lah. Izzat. Izzat Jauhar. Kawan Arman.” Jawab lelaki itu.
Aku terus ingat. Klu yang dia berikan buatkan aku automatik ingat siapa dia. Cukup cakap kawan Arman. Aku dah boleh ingat. Patutlah macam kenal. Cuma aku lupa.
Kawan Arman. Lagilah.
Jumpa pun masa Arman konvo dua tahun yang dulu je. Sekali tu je jumpa. Hmmh. Dan... dia boleh cam aku? Hebatlah! Tabik spring.
“Oh! Ingat ingat. Eh! Jemput lah duduk.” Pelawa aku.
Izzat terus duduk. Tak tunggu lama pun.
“Sorang ke?” Soal Izzat memulakan perbualan.
Aku pulak macam biasalah. Agak canggung.
Mana pernah aku berduaan macam ni dengan lelaki lain pun kecuali Arman je. Arman tu pun sebab dia yang bersungguh nakkan aku. Kononnya lah.
Akhirnya… hubungan tak ke mana juga.
Takde jodoh.
Itu jela alasan klishe.
Semua pun nak salahkan takdir. Biarpun sikap manusia yang suka sangat buatkan takdir tu tak berpihak pada dia.
Malas ah fikir.
“Eh! Tak lah. Dengan kawan saya. Dia ke tandas sekejap. Sorang je?” Soal aku pula.
Berbasi-basi.
Dalam hati, rasa macam lambat pulak lah Aima ni. Alahai. Berak batu ke. Ke sengaja bertapa kat dalam toilet tu semata tak nak dengar usrah aku.
Tapi, bila aku je, bukan usrah. Mesti aku buka kitab terus bagi ceramah percuma kat Aima.
Berani dia suruh aku guna ejen cari jodoh semata nak dapatkan boyfren sementara.
Gila! Ini nama dia dah salah gunakan khidmat cari jodoh.
Tak mahu aku!
Nak menjawab apa nanti.
Dah lah bagi kat aku idea gila. Bawa pula aku ke ejen cari jodoh semata nak sewa boyfren selama sejam je.
Itu jadi gila kuasa berganda. Kuasa boboiboy.
“Haah. Sorang je. Saya ada seminar dekat area Putrajaya ni. Saja lah singgah Mall ni. Jalan-jalan.” Cerita Izzat.
Dan aku terus mengangguk sambil cakap ooo.
Waa.. mati kutu betullah duduk dengan orang asing ni.
Yang Izzat Jauhar ni tak segan silu dah menegur, aku jemput duduk, duduk pula tu kenapa.
Kenapa. Kenapa. Isk! Geram ar pulak. Ha ha!
“Kerja apa sekarang?” Soal aku.
Dalam hati. Cepatlah Aima. Lambat pulak. Isk!
“Doktor. Saya bertugas dekat HKL. Sama dengan Arman.”
Jawapan Izzat rasa macam nak je aku luku kepala dia.
Sibuk sangat duk mention nama Arman dari tadi tu awatnya?
Isk! Tak sukalah.
“Sorry…”
Izzat macam tahu tahu je aku tak selesa dengan nama Arman terus memohon maaf.
“Kenapa?”
Berkerut jugak dahi aku walaupun aku boleh agak. Nampak sangat agaknya aku dalam zon tak selesa. Nak nak bila sebut nama Arman.
“Arman. By the way. Korang kenapa? Saya terkejut. Ingatkan korang berdua masa dia bagi kad pada saya.” Luah Izzat.
Aku mengeluh. Izzat terkejut.
Aku yang jadi mangsa ni? Lagi bertambah terkejut tau.
Takde kenapa dan takde sebab pun.
Dua minggu yang lepas Arman jumpa aku dan bagitahu yang dia nak kawen. Akan bagi kad pada aku.
Mulanya aku macam hepi ingatkan nak kawen dengan aku. Hancur berbirat hati aku bila dia cakap perempuan yang dia akan nikahi tu bukan dengan aku, tapi… dengan perempuan lain.
Perempuan yang dia jumpa masa perempuan tu jalan-jalan ke Rusia dulu. Jumpa je tau bukan belajar sama-sama dengan dia pun.
Apa pekerjaan perempuan tu, umur berapa… semua pun aku tak tahu. Sedih kan?
Macam tu je episod pilu aku.
Waa… aku yang bertahun dengan dia takde pulak dia sayang sangat.
Jumpa yang tak sampai berapa jam dah boleh sayang. Mandrom apa entah perempuan tu pakai. Nak jugak aku menuntut. Ha ha!
Dan aku… sedih? Haruslah.
Tapi aku tak tunjuk depan Arman pun.
Aku hanya mengangguk. Aku ucap terima kasih dan bla.
Masa dekat rumah tu aku nangis puas-puas. Nasib baik tak banjir je bilik aku. He he!
Semua ni macam terlalu cepat sampaikan aku rasa, aku tak sempat nak telan semua pun.
Apakan daya, aku terpaksa walaupun ujian memang datang bertimpa-timpa.
“Eshal. Eshal!”
Aku tersedar dari mengelamun bila nama aku diseru.
Malu!
Boleh pulak la aku termenung depan Izzat. Tak patut betul.
“Sorry kalau saya menyibuk. Nevermind. Awak tak perlu jawab pun.” Izzat rasa bersalah.
Aku senyum. Nak hilangkan rasa malu.
Secara tak langsung nak buatkan Izzat rasa kurang bersalah dia tu.
Hai lah! Izzat ni. Pakej lengkap. Hensem. Doktor. Baik. Berbudi. Mesti setia kut. Kut lah.
Mana nak tahu. Kalau kalau macam Arman jugak.
Aku geleng.
Taklah. Dalam setandang pisang, hanya sebiji yang buruk. Bukan semua. Jangan sebab Arman, Izzat jadi mangsa. Betul tak?
Aku angguk pula.
Betul. Betul.
“Eshal! Kenapa tu?”
Izzat bertanya pelik. Berkerut dahi dia.
“Hah??”
Aku pula melopong mulut aku. Kalau masuk pingu pun muat lagi.
Izzat ketawa.
“Awak ni kuat berfikir kan.”
“Hah! Mana ada!” Sangkal aku.
“Er Izzat. Yang pasal Arman tu. Anggap je takde jodoh. Honestly, nothing happen between us.”
Izzat mengangguk.
“Awak pergi ke?” Soal Izzat.
“Eh! Mestilah pergi.” Jawabku yakin.
Aku memang akan pergi kenduri dia.
Nak jugak aku tengok perempuan hebat yang berjaya curi hati dia tu. Tak sampai berapa minit agaknya dah boleh rampas hati Arman dari aku. Hebat sangat ke?
Aku nampak Izzat macam terkejut. Mungkin tak percaya dengan respons aku yang terlalu cepat kut.
“Sure?” Soal Izzat.
“Yes! Yang berlalu biarkan berlalu. Hidup perlu diteruskan. Betul tak? Nak jugak tengok bini dia tu.” Selamba je aku jawab.
Izzat ketawa.
Lucu sangat ke jawapan aku tu?
“Awak ni kelakar lah. Macam mana lah Arman boleh buat keputusan untuk tinggal awak.”
Izzat seolah mengeluh.
Mungkin tak boleh nak fikir. Macam diluar kotak fikiran.
“Merak dengan Hantu tak mungkin bersatu.” Selamba lagi jawapan aku.
“Hah?”
Aku berjaya buat Izzat melopong mulut dia.
“Yeah!”
Izzat geleng kepala.
Hai lah doktor ni. Lambat pula pick up nya.
“Awak ni Eshal. Kelakar! Macam macam. Rosak bahasa kalau macam ni.”
“Saya bukan guru bahasa. Sebab tu main hentam je. Orang yang belajar bahasa lagi malu kalau tak gunakan bahasa dengan seeloknya.” Jawabku.
Izzat angkat kedua tangan hingga ke paras bahu.
“Okey! Saya mengalah. Lupa yang awak ni student law.”
Aku senyum.
“Sekarang dah peguam pun!”
Izzat ketawa lebar. Macam nak cakap oh patutlah.
“I see. No wonder lah menjawab aje.”
“Saya…”
“Okey okey! I already know what actually you wanna to answer me.”
Kemudian Izzat ketawa.
Aku turut sama ketawa. Lucu. Hilang dah rasa canggung dengan Izzat. Juga dah hilang ingatan aku pada Aima.
“So… awak pergi dengan siapa?” Soal Izzat kembali lepas ketawa kami reda.
Aku termangu sebentar dengan soalan Izzat tu.
“Sorang je kut.”
“Cantik! Jom pergi dengan saya. Saya pun takde kawan ni. Nak pergi kenduri macam tu berteman baru syok.”
Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Rasa nak je aku setuju terus.
Rasa macam idea Aima tengah dimakbulkan Tuhan walaupun belum official lagi.
Aku angkat kening. Tersenyum senget.
Macam seronok kan?
Apa reaksi Arman?
Tak sampai sebulan putus, aku dah boleh dapatkan Izzat. Kononnya lah.
Dalam realiti memang la takde maknanya. Impossible!
Izzat kawan baik Arman. Tiba-tiba aku pulak yang pergi kenduri Arman dengan Izzat.
Aku pula ex Arman.
Wau! Apa ni?
Complicated gila kut.
Arman. Izzat. Eshal. (AIE).
Kuang!
Terangkat!
*****
AKU pandang Aima yang tersengih memandang aku. Banyak pula sengih dia kali ni.
Takde! Takde!
Aku ada soalan yang lagi penting nak disoal pada dia ni.
“Kau ke mana? Berak emas ke? Lepas berak kutip pula pergi gadai. Huh!”
Gila lama si Aima ni bertapa dalam tandas. Sampai aku borak dengan Izzat hampir satu jam.
Sekarang ni, Aima tak payah nak rungsing lagi fikir pasal boyfren upahan tu. Aku dah ada Izzat. Ha ha!
Awat aa poyo sangat kau ni Eshal.
Aima masih lagi sengih. Macam kerang busuk.
Eee, korang ada kan kawan yang jenis takde rasa bersalah macam ni? Kadang rasa bengang woi dengan respon dia tu. Macam orang tiga suku pun ada juga aku tengok. Ha ha!
“Aku nampak. Aku nampak.” Tergedik-gedik Aima jawab.
“Nampak apa?” Soal aku pelik.
“Eleh! Kura-kura dalam perahu aaa kau ni. Aku nampak. Lelaki tu… konon cakap dekat aku takde kawan lelaki. Tu… tu…. hensem wei. Boleh luruh rahim aku.”
Lepas habis je berkata, Aima terus ketawa.
Aku nak ketawa, tapi aku tahankan je.
Kejap!
“Kau nampak? Kau berak dekat ruang legar ke?” Soal aku.
Aku macam tahu sesuatu ni. Ada permainan di situ… nanti kau.
Aima sengih lagi.
Sengih dia dah mampu bagi jawapan pada aku.
“Kau sengaja kan?” Soal aku kembali.
Aima ketawa.
“Ha ha! Rileks ah beb. Aku bagi peluang pada kau je. Hensem! Macam mana? Kau upah dia ke?”
Soalan Aima ni buat aku senyum berlagak. Angkat kening berkali-kali.
“Waaa…. Sumpah kau expect!”
Aima teruja.
“Tengok orang lah! Daripada kau tu. Entah apa-apa je bawa aku ke tempat cari jodoh. Gila! Kau ingat aku andartu ke? Umur aku jauh lagi nak separuh abad tau.”
Bila ingat pasal tu memang aku jadi panas. Kelakar pun ada dengan Aima ni. Ikut suka hati dia je nak bawa aku ke mana-mana. Ewah sangat tau!
Aima hanya tayang sengih.
*****
LA LA LA LA…
Lagi beberapa jam Izzat akan menjemput aku di rumah sewa aku dan Aima.
Berdebar nya rasa. Semua rasa pun ada lah.
Yalah!
Aku selalu berangan yang duduk di atas pelamin sebelah Arman tu aku, bukannya orang lain.
Ah! Takdir Allah. Tak siapa mampu halang.
Makanya… jangan over confident sangat.
Kita merancang, Allah juga merancang. Sedarlah yang perancangan Allah jauh lebih baik. Erkk.
Sesuatu yang perit tu jalan menuju ke syurga. Kesenangan di dunia tu jalan ke neraka.
Kena hati-hati.
Eh! Sempat pula cik hati aku bagi tazkirah.
Tak lama kemudian. Honda Civic Type R berwarna hitam metalic betul-betul berhenti di depan aku.
Mula macam pelik berkerut juga dahi aku.
Seorang doktor yang baru je mula kerja dah mampu pakai honda ni ke.
Wau! Wau! Wau!
Aku pun sempat tangkap Honda Jazz je. Tu pun kering duit juga dok habiskan kat dia je. Nak touch up situ, touch up sini. Ha ha.
Ah! Dunia belaka.
“Masuklah. Tercegat pulak kat situ buat apa.”
Teguran daripada Izzat dari dalam kereta, terus buatkan aku terkejut.
Haa. Tulah!
Ni semua kesan daripada kuat berangan.
“Er…”
Aku terus buka pintu dan boloskan diri ke dalam kereta honda milik Izzat.
Wau! Gila bersih. Gila wangi.
Wangian ni aku tahu ni.
Honey dew.
Erk! Dia pun suka perisa yang sama macam aku jugak ke.
Jodoh kah? Ha ha.
Eshal. Eshal.
Sumpah perasan.
Apa benda lah.
Baru sama favor minyak wangi kereta dah kata jodoh. Pekehel nya.
Berangan je kau ni.
Berdirilah di kaki sendiri dan bawa bawa lah sedar diri. Hati berpesan. Okey!
“Kenapa Eshal? Macam tak selesa je.” Izzat tegur.
Berhati-hati dia pandu kereta membelah jalanraya.
“Ha? Takdelah. Biasa je. Kenapa awak tak pergi dengan kawan-kawan yang lain?”
Aku tahu mereka ni ada ramai geng. Kira macam satu geng dengan Arman dan Izzat ada jugak lah dekat tujuh orang.
“Oh! Dah kerja ni susah lah nak jumpa. Nak pergi sekali apatah lagi. Ada je yang kawan saya tak boleh pergi sebab tak boleh cuti. Saya ni pun kebetulan hari ni shift petang. Boleh la pergi kejap.” Cerita Izzat.
Aku mengangguk.
Betul!
Dah kerja ni kalau dapat jumpa kawan masa raya pun dah bersyukur sangat.
Bukan senang macam waktu zaman sekolah dulu. Maklumlah, makin tua makin besar dan banyak tanggungjawab. Kan…
“Bawak hadiah apa tu?”
Soal Izzat kembali bila kami macam dah lama diam. Hanya radio yang mainkan peranan. Nasib baiklah ada radio, kalau tak sunyi terus hinggakan bunyi cengkerik pun boleh dengar.
Aku pandang hadiah yang cukup besar di tangan. Apa ni?
“Er… hadiah untuk Arman.” Jawab aku ringkas.
Jawapan aku ni buatkan Izzat ketawa.
Kenapa? Aku tengah bergurau senda ke?
Adoi! Spesis Aima ni.
Terus aku pandang dia.
Aduh! Hensem nya.
Memang aku bangga nak tunjuk pada Arman nanti. Apa ya reaksi dia? Terkejut? Marah? Er…
“Eshal. Eshal. Saya tanya awak hadiah apa? Saya tahu lah tu hadiah kalau dah berbalut cantik pakai kertas hadiah.”
Izzat sambung ketawa lagi.
Lucu sangat agaknya. Memang lucu pun. Dia tanya lain aku jawab lain. Apa ke benda aku ni?
Aku garu kepala yang tak gatal.
“Hee! Em, saya bagi… teddy bear.”
Aku pandang Izzat. Nak tengok reaksi dia. Ternyata dia terkejut.
“Hah? Dah kenapa? Awak ingat Arman main teddy bear ke dengan isteri dia?” Soal Izzat.
Sumpah pelik.
Aku ketawa. Aku pun pelik.
Yang aku pergi kenduri sekarang ni bagi pihak lelaki. Apa pasal aku hadiahkan teddy bear pulak? Kalau nak bagi pada belah perempuan sekali pun macam tak perlu. Dah ada suami tak perlukan teddy bear lagi dah.
“Kalau saya cakap awak jangan terkejut tau.” Aku berkata.
Risau juga dengan reaksi yang Izzat tunjukkan nanti.
Kut nya Izzat cop aku ni budak tak matang dari planet Marikh ke…
“Apa?”
“Emm…”
Aku memintal hujung tudung.
Ish! Risau dan malu lah nak cakap. Memang sah lah aku ni jenis tak matang.
“Apa? Makin pelik awak ni Eshal.”
Kemudian Izzat ketawa lagi.
Nampak? Aku belum cakap lagi dia dah cop aku pelik. Kalau aku cakap? Silap-silap malam ni Arman dengan isteri dia datang kenduri tahlil aku dan Izzat.
Hish! Malas lah aku bagitahu.
“Takde apa lah!” Jawabku.
“Aik! Merajuk ke? Muncung sedepa dah tu. awak jangan. Saya tergoda ni.”
Tengah bawa kereta pun sempat lagi usik aku.
Kesimpulan dari eksperimen perkenalan singkat kami:SERASI.
Ha ha!
Aku terus tekup mulut guna tangan.
Aku jeling Izzat sekilas yang dah senyum kambing.
“Mana ada lah!”
“Ha ha! Cepatlah. Apa awak nak bagitahu saya tadi? Main-main pulak dia.” Gesa Izzat.
“Hm… kejap lagi lah. Saya janji masa nak balik nanti saya bagitahu. Okey?”
Aku membuat janji.
Aku nampak Izzat mengangguk.
Hai lah!
Macam tak puas pula dok ngan Izzat.
Macam serasi je.
Macam jatuh cinta je.
Haip!
*****
AKHIRNYA.
Sampai pun di rumah keluarga Arman. Orang ramai dah banjiri rumah dia. Mungkin pegantin perempuan dah sampai kut.
Maybe… jam pun dah pukul satu setengah.
Kanopi.
Aku kira kanopi.
Wau!
Ada sepuluh biji kanopi.
Gila banyak.
Dia ni, berapa orang kawen sekaligus. Ke kawen dengan anak raja. Ha ha.
Kalau anak raja buat dekat istana. Huh! Sambut menantu je pun!
Oh! Lupa. Lupa. Arman tukan anak bongsu dalam keluarga ni dan merupakan anak yang terakhir kawen. Lepas ni dah takde kenduri lain lagi selain dari kenduri tahlil yang akan menyusur dikemudian hari.
Whoah! Jahat takde insurans mulut kau Eshal.
Well! Aku kalau nak marah memang dosa tu jadi kawan baik aku.
Huh!
Mudahan aku sempatlah minta maaf dan bertaubat sebelum malaikat maut datang menjemput. Kalau tak sia sia je…
Arman. Kau maafkanlah aku ya.
“Kenapa tercegat je dekat situ? Masuk lah.”
Entah dari mana Izzat ni, sekarang dah pun duduk di sisi aku.
Ewah!
Padahal tadi aku tunggu dia turun dari kereta.
Entah apa yang dia tilikkan, punya lah lambat.
Aku pandang Izzat.
Lawa aih! Eh! Hensem aih.
“Jom la. Tadi saya tunggu awak.” Jawab aku.
“Oh My God. So sweet.”
Huh!
Izzat tayang muka comel.
Memang comel.
Nasib baik comel.
Ho ho.
Eshal! Eshal!
Behave sikit.
Makin mendekat, makin ketar lutut aku rasa.
Sumpah aku perlukan kekuatan.
Siapa yang pernah duduk tempat aku je yang tahu perasaan ni.
Mungkin orang lain takkan jejak ke kenduri EX dia.
Aku je yang tergedik ke mari.
Orang lain mungkin tengah layan sedih dalam bilik atas katil sambil layan lagu jiwang.
Waa… dan itu bukan aku.
Cukup nangis sekejap je lepas tu aku akan bangkit dan move on.
Tapi… sekarang rasa macam tak berapa nak kuat pula.
Aku jalan sikit ke belakang dari Izzat.
“Eshal. Are you okay?”
Soalan daripada Izzat buatkan aku pandang wajah dia.
Aku tak okey sekarang.
Waa… nak pusing balik.
Aku takut aku tak kuat.
Lutut aku pun macam ketaq semacam je ni. Hati aku pun macam nak melompat keluar tak menyempat dah ni.
Aku diam.
“Kalau awak tak okey, kita boleh balik.”
Aduh! Sweet caring ah pulak Izzat ni.
Buat aku jatuh chenntaa.
Eshal! Eshal! Kau gila.
Sempat lagi ke jatuh cinta dalam pada ada rasa takut.
Aduh! Masalah ni.
Tak. Tak.
Hidup kena diteruskan. Kaki harus melangkah ke depan. Cayyok Eshal. Cayyok.
Kumbang bukan seekor. Tambah yang tak berkualiti macam Arman tu. Apa yang kau pandang sangat Eshal oi?
Kat depan kau tu ha… hensem cukup pakej lagi.
Soalnya, yang cukup pakej ni nak ke kat aku? Huh!
“Eshal? Kenapa awak pandang saya macam tu? Baju saya ni ada gambar spongebob ke?”
Izzat dah sentuh baju t shirt berkolar kosong bewarna merah pekat pada bahagian dada.
Risau wajah dia.
Ini yang buat aku ketawa. Boleh pulak bikin drama doktor ni.
“Apa lah awak ni. Jom lah. Cepat pergi. Cepat balik.” Jawab aku.
Malas nak melayan otak senget Izzat ni seorang.
“Ingat! Awak masih hutang janji dengan saya tau. Jangan ingat nak balik je.” Amaran.
Amaran daripada Izzat.
“Okey!”
Jari telunjuk dan ibu jari aku satukan. Bertemu berbentuk huruf “o”. menandakan okey!
*****
YUCK!
Nak muntah aku.
Nasib baik ada Izzat disebelah aku.
Sekarang ni aku rasa nak berterima kasih dengan Aima sebab dah suruh aku upah lelaki yang dinamakan boyfren sejam.
Kiranya aku anggap jela Izzat ni boyfren aku.
Tanpa rasa malu dari tadi lagi aku berkepit dengan Izzat. Nasib baik lah Izzat ni jenis gentle. Tak membantah langsung.
Macam kami ni memang tengah berlakon.
Ni semua pasal Afshin, isteri Arman.
Dari tadi lagi buat aksi mengada depan aku.
Konon suap Arman makanlah.
Lentokkan kepala di bahu Arman lah.
Eh! Apa benda lah.
Nasib baik aku ni tak mengandung. Kalau tak anak aku pun mesti nak muntah tengok dua orang ni. Yang lagi kelakar. Dah lah bini dia tu tak lawa langsung. Ha ha!
Whoah.
Jahat lagi kau kutuk bini Arman.
Bukan kutuk.
Cuma, nak banding dengan aku… agaknya Arman tu dah buta sebelah mata kut.
Pokoknya. Tak sesuai pun dengan Arman yang seorang doktor tu.
Tadi pun aku dengar ada beberapa tetamu yang dok kutuk isteri Arman. Kesian pulak.
Dan kini, aku pun dah jadi manusia berlagak depan bini Arman terutamanya.
Nak tunjuk yang pakwe aku ni hensem.
Ha ha!
Perasan gila kut.
“Eh! Tak sepadan lah!”
“Arman tu biar betul! Isteri tak comel gila. Aku dengar isteri dia tak kerja.”
“Yeke? Makin selekehlah bini dia nanti.” Dan banyak lagi.
Malas aku nak dengar.
Datang sini buat menambah dosa aku yang kian bertambah saban waktu ni je. Isk isk.
“Eshal!”
Jeritan daripada seseorang buatkan lapan pasang mata memandang ke arah tersebut.
Eh! Kakak Arman.
Kakak Arman yang ni. Memang aku baik ngan dia.
Aku memberikan senyuman pada Kak Has.
Sempat aku melambai.
Kemudian, aku pandang Afshin. Sengaja nak tengok dia. Mesti jeles.
Dah agak dah.
Afshin dah tarik muncung.
Dicubit-cubitnya lengan Arman.
Aduh! Kebudakan sangat tau.
Tapi… peliknya aku nampak Arman tak berapa melayan dan dahi dia berpeluh tiba-tiba.
Muka nampak sikit pucat. Kenapa? Sakit ke? Arman gelisah.
“Kak Has!”
Kami sama-sama memeluk antara satu sama lain. Rindu. Rindu.
Kak Has pandang Izzat yang tersenyum padanya.
“La! Ni lah lelaki yang Arman cakap tu. Patutlah Eshal pilih dia. Hensem berganda dari man. Pandai Eshal pilih.” Kak Has dengan senyuman menawan berkata.
Dan aku dan Izzat berpandangan di antara satu sama lain.
Sumpah. Terkejut.
Aku pandang Arman.
Rasa nak telan hidup-hidup.
Siap kau!
Patutlah macam takut-takut tadi bila Kak Has menyapa aku.
“Kak Has… akak salah faham kut ni.” Aku berkata.
Di depan semua yang ada. Berubah muka Kak Has.
“Salah faham apa Eshal? Kak Has tak faham ni.”
“Tak kak. Betullah tu. Cuma, saya dengan Eshal selepas Arman tinggalkan dia. Bukan sebelum. Dan saya bukan penyebab Eshal dengan Arman tak jadi.”
Belum sempat aku jawab, Izzat terlebih dahulu jawab.
Buat aku makin pening.
Mesti Izzat tak percaya dia jadi watak tambahan dalam drama spontan yang Arman tengah tulis.
Aku pandang Arman.
Dia cukup terkejut.
Arman.
Dia fikir dia hebat. Dia lupa ada Allah yang Maha Hebat.
“Sejak bila Zat?” Soal Arman.
Tak senang duduk.
“Isk! Habis tu Man bagitahu akak yang Eshal ni ada orang lain. Ni tanya pula sejak bila. Pening lah akak macam ni!” Kak Has dah naik angin.
Arman terdiam. Senyap.
“Maaf Kak Has. Takde apa lah. Semua dah berlalu. Memang betul pun apa yang Arman cakap tu. Tapi saya bukan penyebab kami tak jadi kawen. Dia yang tinggal saya. Sekarang, saya dah ada Izzat. Betul cakap Kak Has, lagi hensem. Yang penting lagi baik.” Aku berkata.
Sengaja perli Arman diakhir kata.
Ada hati nak burukkan aku.
Akhirnya, Allah bongkarkan segalanya.
“Hish! Kalau dah hodoh siapa je yang nak.”
Kata-kata daripada Afshin benar-benar buatkan aku ketawa. Yang lain hanya diam. Kaku.
Dia cakap aku hodoh?
Aduh! Lupa pulak aku nak bawa cermin.
“Cik kak… cik kak ni bukannya hodoh rupa je tau. Mulut pun hodoh juga. Takde insurans ke sedara? Takpe. Takpe. Nanti pergi masuk bilik Arman, lepas tu duduk depan cermin tau. Tengok siapa lagi hodoh.”
“Jangan lupa letak muka saya kat sebelah ya. Baru boleh compare.”
Aku hulurkan gambar aku yang aku simpan dalam tas tangan milik aku.
Huluran tak bersambut.
Memanglah. Kalau dia ambil memang dia sejenis manusia yang tak tahu malu.
“Sayang…” Afshin akhirnya merengek pada Arman. Dipeluknya tangan Arman.
Erk… macam ulat beluncas aku tengok. Geli!
Aku herotkan mulut aku pada Afshin. Tanda menyampah.
Afshin. Ashin betullah.
“Dah la Shin. Jangan nak menggedik sangat. Ada betulnya juga cakap Eshal tu.” Tempelak Kak Has.
“Eshal… akak minta maaf tau. Ni semua salah Arman. Nasib baik terbuka hati akak nak tegur Eshal. Boleh tahu cerita sebenar.” Kata Kak Has pada aku.
“Tapi… kan. Yang sebelah ni hensem. Boleh lah tu. Jangan lupa jemput.” Izzat berbisik di telinga aku.
Kebetulan muka aku bertentangan dengan Afshin.
Dapat aku lihat muka bengang dia tu. lagilah aku sengih.
Konon macam bahagia sangat berbisik dengan Kak Has.
Maksud Kak Has mestilah Izzat.
Akhirnya, dua-dua pun ketawa bahagia.
*****
MASING-MASING DIAM.
Tadi macam seronok sangat berbual. Mungkin kali ni semua dah jadi beku.
Malu. Kaku.
Tulah.
Berkata-kata macam tak ingat jalan pulang.
Waa…
“Awak…”
Akhirnya sama-sama bercakap pula. Aku dan Izzat ketawa selepas itu. Lucu gamaknya.
“Betul ke?” Soal Izzat.
Itu je yang dia soal.
Aku pula macam tercengang.
Apa yang betul?
“Awak cakap awak ada saya.”
Izzat terangkan bila tahu aku macam blur tahap kritikal.
Dengar macam biasa. Selamba. Melodi sekata. Kenapa hati aku tak berentak macam melodi?
Waa… kenapalah dibuka soalan yang macam ni.
Boleh tak nak pura-pura pengsan.
“Aaaa….”
“Saya betul-betul maksudkan tu.” Jujur Izzat.
Kejujuran Izzat ni rasa macam
Batu belah batu bertangkup, tolonglah telan aku.
Aku tak tahu nak menyorok kat mana lagi dah ni.
Malu! Malu! Malu!
“Sejak bila?” Soal aku.
Beranikan diri.
“Sejak tadi. Satu jam bersama awak tadi. Saya rasa macam saya tengah jadi boyfren awak.” Selamba pulak Izzat ni jawab.
Nasib baik bukan aku yang drive. Kalau tak sumpah dah masuk gaung.
Apa ni… nasib baik aku tak upah dia jadi boyfren aku.
Kalau tak?
Dia nak jawab dalam minit yang ke tiga puluh jadi boyfren olok-olok, akhirnya saya jatuh cinta pada awak pada detik tu. Macam tu ke?
Waa.. sawan aku macam ni.
“Awak setuju tak?” Soal Izzat lagi.
Hish! Hish!
Tadi tak habis lagi ketar lutut kat rumah Arman, sekarang ni Izzat pula buat aku nak tercabut semua urat saraf.
“Er…”
Gagap pulak. Sejak bila Eshal gagap ni? Pelik ni. Pelik.
“Kira jadi ya? Lagipun awak bukan ada siapa-siapa pun. Lagipun, Arman macam dah jodohkan kita. Nanti jangan lupa sediakan meja VVIP untuk dia.”
Dari cara Izzat cakap, Izzat nampak bengang dengan Arman.
Mungkin sakit hati.
Dia tak berapa kenal dengan aku.
Takde terlibat pun dalam hubungan aku dan Arman dulu tiba-tiba jadi mangsa.
Siapa tak marah. Kan?
“Tak nak lah jemput dia!”
Eh! Aku pun malas nak tengok muka Afshin.
Tapi kan… dengan cara ni boleh aku sakitkan hati bini dia tu. Ha ha!
Niat dah jahat.
Ingat Eshal.
Niat tak pernah halalkan cara. Apatah lagi niat yang dah jahat. Isk isk.
Bertaubat. Bertaubat Eshal.
Astagfirullahalazim.
“Aik! Kira awak terima saya la ni? Ya be da be du…”
Izzat bersorok buatkan aku tersenyum. Malu.
Ha ha!
“Nanti minggu depan saya suruh mummy dengan daddy masuk meminang awak.”
Aku terkejut.
Minggu depan?
Gila punya cepat Doktor Izzat ni!
Tapi… aku tak pula membangkang.
Orang kata, benda baik kena cepatkan. Tak gitu.
Aku pun dah malas nak bercinta lama-lama.
Akhirnya, tak jadi pun.
Lebih baik percepatkan benda yang baik. Supaya tak jadi perkara yang bukan-bukan.
Apapun mestilah dengan izin Allah juga.
*****
DUA MINGGU.
Aku dah pun selamat jadi tunang kepada Izzat Jauhar.
Rupanya… Izzat ni anak orang kaya. Anak datuk datin lah katakan.
Keluarga dia ada bisnes perkapalan.
No wonder lah Izzat yang baru je kerja tu boleh pakai Honda Civic Type R.
Segalanya macam terjawab.
Lagi sebulan, kami akan berkahwin. Sangat cepat.
Dan semuanya diuruskan oleh keluarga Izzat. Jadi, keluarga aku hanya goyang kaki je.
Berkali menolak tapi keluarga mereka berkeras juga.
Akhirnya, keluarga aku mengalah.
Tak ngapalah.
Yang penting majlis tu nanti berjalan dengan lancar. Yang penting akan dibuat di hotel bertaraf lima bintang. Siapa sangka rezeki dari Allah. Dikurniakan lelaki yang cukup baik dari keluarga yang baik.
Betullah cakap orang.
Tak diberi ujian melainkan Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik dari asalnya. Kan?
Percaya je.
Memang tugas orang Islam kena percaya dengan janji Allah.
Aku termenung sambil minum air di starbucks.
Sebenarnya, aku tengah tunggu Izzat.
Katanya, nak jumpa kat sini lepas habis kerja.
Entah! Tak muncul lagi.
Sibuk sikit kut. Ataupun jalan jem.
Baru berkira-kira nak keluar dari starbucks, nak jalan-jalan dalam Mall kejap, muncul pula wajah yang tak diingini di depan aku.
Huh! Menyampah!
Aku tengok je wajah dia.
Sumpah kusut gila. Nampak serabut. Dah kenapa ni?
“Apahal?” Soal aku dulu. Keras suara aku.
“Eshal! Maafkan saya. Please terima saya semula. Saya tak bahagia Shal. Afshin tu selalu nak kongkong hidup saya. Dia…”
“Kejap. Kejap.” Aku depankan tapak tangan aku.
Menyuruh dia dari berhenti membuka aib sendiri.
Lagipula, aku macam sakit jiwa dengar dia cakap macam tak jumpa noktah tu.
“Boleh tak kalau masalah awak, awak selesaikan sendiri. Apahal nak canang dekat semua ni. Eh! Arman. Baru dua minggu tau. Malulah sikit. Nak minta get back. Cerita keburukan isteri. Dah macam saya yang tinggal awak. Awak yang pilih, awak tanggung la.”
“Oh ya! Ni spesis habis madu sepah dibuang la ni ya? Dasar!”
Aku capai air, nak bangun dari duduk. Nak berlalu dari situ tapi dihalang oleh Arman.
Lagi sakit hati berani dia sentuh tangan aku.
Ada kejap lagi. Kejap je lagi…. Orang mandi air starbucks ni. Isk!
“Please Shal. Duduk dulu. Saya tak boleh nak terima dia dah.”
Aku duduk. Malas nak buat hal dekat sini. Aku jeling Arman.
“Awak boleh terima, tak boleh terima. None of my business. Please!”
Jengkel betul aku dengan sikap Arman ni.
Kejap lagi kalau Izzat datang, silap hari hubungan aku dengan Izzat pula boleh retak. Huh!
“Shal! Saya tahu awak dah tak boleh terima saya. Okey! Okey! Saya minta maaf pasal tu. Tapi… boleh tak awak dengar masalah saya Shal? Saya dah takde siapa-siapa yang sudi dengar masalah saya. Saya serabut Shal. Nak fokus kerja pun tak boleh. Masa kerja pun dia sibuk call call saya. Dia jeles saya dengan awak. Saya keluar pergi kerja dia kata saya dating dengan awak. Ah! Saya serabut betul.” Arman masih lagi bercerita.
Kali ni, aku hanya mengambil langkah untuk diam dan dengar.
Kesian pulak.
Tak guna aku berkasar.
Bukan lelaki depan aku ni tahu erti “reti bahasa” pun.
Aku buntangkan biji mata.
Nama aku dilibatkan dalam masalah mereka?
Isk isk.
Melampau betul Afshin shin shin can ni.
Dah lah memang rupa macam shin chan. Perangai pun nak macam shin can jugak ke? Huh!
Memang sengal kuasa lima lah minah tu.
Dah jadi suami isteri, Arman dah pilih dia. Pahal nak jeles dengan aku lagi.
“Hey korang ni. Saya ni takde dalam hidup berumah tangga korang tu. Tahu tak?”
“Macam ni lah Arman. Apa kata awak balik rumah. Cakap baik-baik dengan ashin tu. eh! Afshin tu. Bagitahu elok-elok. Memang tugas awak didik isteri awak. Cerita macam ni pun saya tak boleh bantu pun. Tak bantu pun nama saya dituduh macam-macam. Kalau muncul entah apa-apalah akan jadi. Hm.”
“Awak tu dah jadi ketua keluarga. Bila ada masalah jangan tahu nak lari dari masalah je. Cuba berhadapan dan bawa berbincang. Kalau tak boleh dibawa berbincang, bawa jelah isteri awak tu jumpa kaunselor. Tak matang lagi tu. Cakap kat dia bersihkan hati dulu sebelum nak main tuduh bukan-bukan.”
Sempat lagi aku selitkan ayat perli pada Arman. Rasakan!
Hati aku masih marah lagi dengan cerita rekaan hambar dia tu. Suka suki dia je. Banyak makan coki coki agaknya.
Arman pandang aku.
Sikit sebanyak apa yang aku cakap macam dia cerna dalam otak dia. Baguslah tu.
Moga cepatlah dia beredar dari sini.
Aku ni tunang Izzat. Kalau orang lain nampak sumpah tak manis. Aku tak nak kehilangan bakal suami terbaik macam Izzat tu disebabkan hal remeh ni.
“That’s why I love you.”
Kata-kata Arman tak mampu getarkan hati aku pun. Lagi buat aku menyampah ada.
Kalau dulu ayat ni yang dia beri pada aku memang hati aku akan berbunga.
Sekarang, aku rasa nak tendang keluar si Arman ni.
Kesian betul Afshin tu dapat suami macam Arman ni.
Otak bijak, sayang tak gunakan dengan baik.
Pangkat suami orang, tapi luahkan rasa cinta pada orang lain. Tunang orang pulak tu.
Yuck! Wujud spesis lelaki murahan macam ni. Bersayang sana sini. Geli. Entah apa-apa je.
“Dah. Dah. Saya rasa better awak balik dan ucap kata-kata tu pada Afshin. Bukan pada perempuan lain. Go!” Aku menghalau.
Lantak lah. Aku memang tak suka situasi sekarang ni. Semak.
“Awak halau saya Shal?”
“Yes!”
Laju aku menjawab bersama anggukan.
Arman mengangguk perlahan.
Reda.
Yalah!
Kalau tak reda, ingat aku nak jadi isteri dua minggu dia. Lepas tu, dia merayu kat perempuan lain pulak. Macam tu?
Yuck! Boleh pergi jahanam kut lelaki macam tu. Allah.
Syukurlah aku tak jadi dengan dia. HikmahMu sangat besar Ya Allah.
Erkk…
Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hatiku kembali
Ternyata hanya kau harus kucintai
Lagu jampi milik Hael Husaini dah bergema di telefon bimbit aku. Kalau lagu ni yang memekak, tak lain tak bukan kekasih tunang encik hati aku lah yang call. Lagu ni spesial untuk dia gitu. Ahaks!
Gila kau! Punyalah jiwang.
Hello sorry sikit ya.
Ni semua kerja si Izzat Jauhar.
Takde masa aku nak setting ringtone bagai ni. Alasan dia mudah je.
Awak akan tahu dengar je lagu ni maknanya saya lah call. Taklah awak tertanya-tanya siapa yang call. Yang penting, bila saya ganggu awak. Nak maki pun tak jadi. Kekasih hati kut yang call.
Kalau dah namanya Mat Romeo, ada-ada jelah.
“Hello sayang…”
Izzat menyapa terlebih dahulu selepas panggilan bersambut.
Aku sengih.
Alamak!
Malu ar pulak kena panggil sayang ni. Ha ha.
“Sayang… saya tak jadi tau jumpa awak hari ni. Tiba-tiba ada emergency call ni.” Ucap Izzat.
Dan aku rasa nak melenting. Nak berasap hati.
Tapi… terus ingat yang Izzat tu doktor. Kena lah faham kerja dia kan. Cool. Cool.
Rileks dah la Eshal oi.
Masaku terbuang di Starbucks.
Lagi kena jumpa si mamat tiga suku tu.
Lagi… sia-sia datang ke sini.
Lagi, habis duit aku beli air kat starbucks ni. Bukan murah. Mahai!
Sabar. Sabar.
Nanti aku claim dengan Izzat.
Tenaga dengan masa je tak boleh claim.
Aku urut dada.
“Okey. Kalau macam tu saya balik dulu lah.”
Aku mula bangun dari duduk. Mahu menapak ke luar. Muka aku cemberut.
Sedih sebenarnya. Baru nak jumpa. Semangat ni tau.
Memang bila aku kawen nanti pun inilah cabaran yang bakal aku hadapi, malah lebih lagi. Nak kawen dengan doktor kenalah terima kekurangan dia yang satu ni. Tak banyak masa!
“Eh! Awak. Nanti dulu.”
“Ya Izzat Jauhar. Kenapa tu?”
“Kerana dirimu amat kucintai.”
Aku tegamam. Tertegun.
Erkk.
Nasib baik tak lepas telefon bimbit dari tangan yang ditekup ke telinga.
Sejambak bunga betul-betul ada dihadapan aku sekarang ni.
Disuakan dari belakang.
Aduh!
Rasa nak putus urat saraf aku.
Bersemut woi!
Romantik nya!
Waa.. bikin gua nangis ini macam.
“Sorry Eshal. Saya lambat. Jalan jem tadi.”
Izzat dah pun muncul di depan aku sekarang ni. Tersengih sambil tangan masih pegang sejambak bunga ros.
Cantik!
“Untuk tunang saya yang kuat merajuk ni. Nah! Sebagai tanda minta maaf.” Hulur Izzat.
Aku menyambut.
Bunga dibawa ke hidung.
Wangi!
Sumpah aku terharu.
Sekejap je.
Aku pandang Izzat.
Aku jeling manja.
“Tak nak maafkan!”
“Aloloolo… comel comel comel. Meh sini meh.”
“Yuck! Geli.”
Aku herotkan mulut.
Geli aku dengan kegedikan si Izzat ni. Ha ha! Gila.
Seorang doktor dah bertukar jadi Mat Romeo. Habislah…
*****
ALHAMDULILLAH.
Aku dah selamat jadi isteri kepada Izzat Jauhar. Segalanya dah pun selesai.
Tadi petang Arman dan isterinya, Afshin datang kenduri aku dan memohon maaf kepada kami berdua.
Tak baik berdendam.
Akhirnya, kami dah pun memaafkan dan mengambil keputusan untuk melupakan segalanya.
Orang kata, buang yang keruh ambil yang jernih.
“Sayang…”
Panggil Izzat yang baru siap solat isyak berjemaah dengan aku tadi. Alhamdulillah. Berjemaah buat kali yang pertama sebagai seorang suami dan isteri.
“Hm…”
Aku dah bersila di atas katil.
Penat. Penat sangat-sangat.
Layan tetamu, layan kameraman, keluar untuk outdoor.
Waa… rasa nak lentok sekarang juga.
“Sayang ingat tak dulu masa kenduri Arman sayang janji nak cerita sesuatu pada abang.”
Kenduri Arman?
Aku kerutkan dahi.
Lama gila dah dia claim lagi janji tu dengan aku. Hari pertama kami kawen pula tu.
Isk isk.
Esok esok tak boleh ke?
“Pasal hadiah tu… cepat betul lupa.”
Izzat geleng kepala.
Aku sengih. Tayang gigi.
Oh pasal tu! Ingat ingat.
Dah hampir lupa pun janji tu. Semua sebab Arman dan Afshin la. Dah janji aku tak tertunai tepat waktunya.
“Owh. Yang tu ke… em, saya nak bagitahu…”
“Cop cop! Sayang okey? Bukan saya.”
Sempat lagi Arman sekat cakap aku.
Erkk.. teguk liur aku macam ni. Sayang? Waa… nak tarik selimut nak tidur lah.
“Haa… sa… sayang nak bagitahu yang hadiah yang sayang bawak tu…”
Banyak pulak sayang nak kena sebut.
Aduhai! Geli woi! Boleh patah tulang lidah aku kalau macam ni. Waa…duh...
“Bear tu bear yang Arman pernah bagi dulu. So, saya. Eh! Sayang pulangkan semula pada dia dengan hashtag kau amik lah balik. Aku tak main teddy bear. Dah matang.”
Habis berkata-kata, terus je Izzat ketawa.
“Apa benda lah sayang ni siap dengan hashtag bagai. Budak sangat! Matang apa macam tu.” Ejek Izzat.
Aku ketawa jugak. Sekejap je. Kemudian aku jeling.
Sempat aku cubit si Izzat yang dah kenakan aku.
“Abang tahu tak… sampul hadiah pun sayang cari sebijik macam yang Arman bagi dulu tau. Nasib baik ada.”
Aku tayang gigi. Sengih. He he!
Aku sangat nakal. Sumpah.
Izzat geleng kepala.
“Kanak-kanak ribena sangat Eshal ni.”
“Biarlah!”
“Menjawab!”
Akhirnya aku sengih je. Ha ha.
Lupa pulak terlebih jawab nanti di cop nusyuz. Hari pertama dah jadi isteri derhaka ke. Ha ha.
“Sayang…”
“Hm…”
Bila panggil manja macam tu aduh nak menegak bulu roma aku.
“Abang ada sesuatu untuk sayang.”
“Apa dia?”
“Tengok lah sini yang oi!”
Geram Izzat bila aku menunduk je.
Aku dongakkan wajah.
Pandang Izzat yang hensem berkopiah.
Suci murni gitu wajah dia.
Comel! Hensem!
Macam actor korea Jung II Woo ar pulak. Ha ha.
“Apa dia abangg kuuu sayangg…”
Sengaja aku bernada meleret macam tu.
“Aduh!”
Aku gosok dahi aku bila Izzat dah jentik dahi aku.
Sakit.
Main kasar dia ya.
Kang aku bukak takewondo, adalah keluar berita depan esok, hari pertama suami kena tendang sampai luar pintu utama rumah. Haa… femes kejap aku.
“Tadaaa…”
Tak jadi nak marah bila Izzat keluarkan model kapal terbang Mas pada aku. Ha ha.
Aduh!
Aku memang suka kumpul kapal terbang ni.
Masalahnya, nak kumpul banyak-banyak mahal.
So, sikit-sikit boleh la. Time ada duit aku beli lah.
“Abang!!” Aku menjerit.
Aku tengok Izzat.
Bersinar-sinar wajah aku.
Memang dah lama aku idam model kapal terbang besar ni. Nak beli macam tak berapa mampu. MAM---PUS je. He he! Macam mana Izzat tahu? Mesti dia dah selongkar blog aku ni. Sure!
“Suka?” Soal Izzat.
Aku angguk.
"Of course I like it! Thank you my prince charming.”
“Amboi! Dapat apa yang dia suka, terus panggil prince charming ya? Tak boleh. Nak upah.”
Aku pandang Izzat. Berdegup jantung aku. Laju.
“Hah? Upah apa?”
Aku letak model tersebut di riba.
Izzat sengih. Senyum gatal.
Dia tunjuk bibir dia.
Aku herotkan mulut.
“Amik lah semula.”
Aku bagi model kapal terbang milik dia tu.
Terus je meledak tawa Izzat.
“Aduh!”
Kali ni Izzat beraduh.
Padan muka!
Main-main lagi.
Kenakan aku sangat.
“Hish! Kasarlah isteri abang ni.”
“Padan muka!”
“Nah…”
Masih dalam sisa tawa, Izzat hulurkan sampul berwarna koko pula pada aku.
Bersaiz A5.
Apa pulak ni?
Aku tak sambut dulu. Aku pandang Izzat.
“Kalau terima ni kena upah lagi ke?” Izzat mencebik.
“Upah tadi masuk buku tiga lima tau. Dah bersedia nanti bayar.”
“Setiap pemberian mestilah disertai upah sayang. Dunia sekarang ni dunia demand. Mana ada bagi saja-saja dah. Dunia materialistik.” Usik Izzat.
Nak jawab apa ni?
Nak tolak, hati nak tengok apa ada kat dalam tu. Kalau duit... boleh buat tukar sport rim jazz aku tuu. Haha! Materialistik!
Tak tolak, dah jadi double hutang pula.
Aduh!
Eshal. Eshal.
Dah halal kut.
Biaq pi la kat dia.
Hm… okey….
Terima jelah.
Betullah sekarang dunia materialistik. Kan? Aku pun materialistik jugak apaaa...
Aku sambut huluran Izzat.
Perlahan aku buka.
Bulat mata aku.
Waa… kali ni tak cakap banyak terus aku dakap Izzat. Spontan!
“Aik?” Tegur Izzat.
Tak peduli dengan usikan Izzat. Aku terharu.
“Thanks abang. You really make me happy to be your wife.”
Dua keping tiket kapal terbang ke Maldives selama seminggu. Wau!
Berkampung ke Maldives. Memang itu yang aku tulis dalam blog aku. Angan-angan yang tak mungkin kesampaian. Siapa sangka? Rahsia Allah belaka. Yang tak diharapkan, tetiba dah pun dapat. Sekelip mata je. Waa...
“I will make everything for you as long as you happy sayang.” Romantik gitu suara Izzat.
Kali ni aku rasa aku gadis bertuah kerana memiliki Izzat sebagai suami aku.
Suami yang cukup pakej.
Hensem. Romantik. Baik.
Aku harap sikap ni adalah untuk selamanya. Bukan hanya sementara je.
Kerana cinta wajib diperbaharui setiap hari.
Barulah mampu bercinta hingga ke syurga.
Disebalik tiket flight, terselit sekeping kad yang bertulisan tangan,
Let’s run away with me. Always. Love~
Cinta sejati adalah ketika pasangan sempurna, masih cinta. Ketika pasangan tak sempurna, kita masih ada rasa cinta.
“SUNGGUH KEJUJURAN ITU KEBAIKAN, DAN KEBAIKAN AKAN MEMBAWA KE SYURGA. DUSTA PULA KEJAHATAN, DAN KEJAHATAN YANG MENGHERET KE NERAKA.” (Riwayat Muslim).
*Dipetik dari tiga puluh pesan Nabi SAW. MAJALAH SOLUSI 113