CERPEN KE 8 – CINTA COVID19
BERKERUT dahi Inara. Kiri kanan dia menciluk. Sekali tengok dah macam berlakon movie Fast & Furious. Bukan main lagi ciluk sana sini. Tersilap ciluk boleh cium bontot kereta orang.
Dooom!
Haa? Tersadung Inara ke depan automatik dia menekan pedal break. Terkejut. Jantung dah berdegup kurang normal.
Ya Allah! Aku langgar orang. Eh! Orang langgar bontot kereta aku. Kelam kabut Inara tanggal seat belt.
Pintu kereta dibuka. Dia perlu cek kecederaan pada kereta Honda Jazz miliknya yang baru sahaja dibeli.
Rosak. Rosak. Padah nak cepat akhirnya ini yang dia dapat. Apa sudah jadi?
“Kau ingat ni litar lumba ke?”
Suara seseorang yang menegur membuatkan Inara terus pandang ke arah tersebut. Kelu lidah dari berkata-kata.
Lelaki bercoat hitam dan slack hitam. Hensem.
Hidungnya mancung. Orangnya tinggi lampai. Kulitnya putih bersih. Anak matanya berwarna coklat.
Bila dia tersenyum, eh! Ada lesung pipit dikedua belah pipinya. Menunjukkan yang lelaki ini memang sempurna. Sekali pandang memang beratur perempuan di belakangnya.
Senyum? Apa kau merepek ni Inara?
“Aku hensem? Tak payah kau cakap aku dah tahu. Tapi itu tak bermakna kau boleh lari dari tanggungjawab kau. Dah drive macam orang gila kau ingat aku akan makan dengan pujian kau? Perempuan!”
Dia dah muak dengan sikap perempuan di dunia ini. Pantang tengok lelaki hensem, kereta mewah mulalah nak pandang tak lepas. Entah aku ni driver aje ke?
Er?! Inara sengetkan bibir. Yew! Perasannya mamat ni. Yang aku ni pun satu. Sibuk duk telek muka dia sampaikan lesung pipit dia pun aku puja. Kenapa? Inara marah dirinya sendiri kerana tidak berjaga-jaga dengan lelaki seperti dihadapannya sekarang ini.
“Pardon?” Inara sinis terhadapnya.
Inara tengok jam dipergelangan tangan apabila dilihat lelaki itu melihat jam. Baru teringat yang dia sudah lambat. Kejap lagi ada meeting. Alamak! Matilah aku macam ni.
Yang dia tahu, lelaki itu takkan lepaskan dia sewenangnya. Aduh! Patut ke mesyuarat tu digantikan dengan orang lain? Tapi… itu tiada tanggungjawab namanya. Inara perasan lelaki didepannya itu merenung kegelisahan dia. Ah! Aku harap dia ada belas ehsan terhadap manusia.
“Memandangkan aku kejar masa, dan aku pasti kau pun kejar masa. Tapi… itu tak bermakna kau tak perlu bertanggungjawab dengan apa yang kau dah lakukan ni. Kalau tak mahu aku report polis, sila hubungi aku selepas kerja dah selesai.”
Dia menghulurkan sekeping kad kepada Inara. Nak tak nak sahaja Inara sambut. Dalam hati dah annoy gila dengan lelaki bajet hensem ni. Tapi kerana nak cepat, ikutkan juga.
Dia ingat aku ni jenis takde tanggungjawab ke?
Sebelum berlalu sempat juga Inara tengok keadaan Audi milik lelaki itu. Boleh tahan calar tu.
Gulp! Berapa banyak duit aku bakal habis?
INARA akhirnya tarik nafas lega. Bersiap sedia nak ambil segala mak nenek dokumen. Mahu bergerak ke dalam bilik meeting.
Cuma… yang hairannya kenapa masing-masing masih steady di tempat duduk mereka?
“Shima, kau tak nak masuk bilik meeting lagi ke?” Soal Inara mendekati meja Shima. Nampak macam dia tengah siapkan kertas kerja lagi tu. Takkan tak siap lagi kut?
“Kau tak tahu ke?”
Inara kedutkan dahi. Nak tahu apa kalau aku pun baru sampai.
“Apa?”
“Meeting pospon pukul 2 petang. Lepas lunch. Tan sri dari Berjaya developer ada hal pula. Encik Daniel tak beritahu kau ke?”
Pelik. Bukan ke Inara ni staf kesayangan Encik Daniel ke?
“What?”
Huh! Inara urut dada. Sabarlah wahai hati. Aku punyalah pecut sampaikan terlanggar dengan mamat tiga suku tu. Si tan sri tu suka hati je nak pospon bila-bila masa ikut jadual dia.
Hesyh! Nasib baiklah klien. Punca bonus aku tu kat situ. Tapi geramlah juga.
“Ada kut Encik Danial text kau. Cuba kau cek handphone.” Kata Shima lagi apabila melihat Inara hanya diam membisu. Mungkin geram bila meeting pospon sesuka hati. Dia sendiri pun geram. Tapi okey juga. Boleh dia perbetulkan sikit kertas kerja yang nak dibentangkan nanti.
Inara berlalu masuk ke dalam biliknya. Slide yang disiapkan hampir pukul 4 pagi baru siap dibukanya semula. Memang jenis orang atasan ni suka hati dia je eh nak buat apa? Geramnya aku!
I phone 8 plus diambil dari handbag. Inara cek mesej. Oh! Meeting ditunda last minute. Masa ni Inara tengah bergelut dengan si mamat poyo tu. Mana sempat nak tengok handphone. Lain kali make a call lah. Encik Daniel ni pun. Aku akan jawab ke?
Eh! Semua serba tak kena kan? Kalau boleh semua orang kau nak marah sekarang ni. Teringat kat mamat tu, Inara capai beg nya semula. Kad lelaki itu dicapai.
Hm! Patut ke dia hubungi? Alah! Whatsapp dah la. Perlu ke nak dengar suara dia? Nanti dia tuduh aku kemaruk nak dengar suara dia pula.
Tapi… suara lelaki itu mengingatkan aku pada seseorang lah. Seseorang yang aku amat rindu. Kat manalah kau sekarang ya?
“Bila besar nanti nak tak kau kahwin dengan aku?” Ezham. Inara sengih. Malu-malu dia angguk.
“Okey. Nanti kau jadi isteri aku. Aku jadi suami kau. Tau?”
“Okey.”
Hati sudah berbunga-bunga. Seawal umur 10 tahun dah ada orang melamar. Lagi gedik dah fikir pasal kahwin. Haha…
Bila terpandang semula kad didepan mata, terus Inara tersedar dari hayalkan lelaki yang telah lama hilang daripada hidupnya itu.
ILHAM UKASYAH BIN TAN SRI MOKHTAR
CHIEF EXECUTIVE OFFICE (CEO)
Inara baca satu persatu. Oh! Anak tan sri rupanya. Patutlah boleh pakai Audi.
Nak hairan apa, jawatan CEO tu pun sebab kompeni tu mestilah bapak dia punya. Cuba kalau kerja macam aku ni. Boleh ke nak pegang jawatan CEO?
Boleh! Tapi bukan waktu muda macam ni. Mungkin waktu tu lagi 2 tahun aku nak pencen.
Tak! Yang buat Inara hairan, dah duit kepuk-kepuk baiki ajelah Audi dia yang kemek dan calar tu. Still lagi nak suruh aku bayarkan? Kalau tak menyusahkan orang… bukan lelaki namanya. Aku bukannya ada duit. Agaknya berapalah cas baiki semua tu nanti?
Serabut pula bila fikir.
Jangan fikirlah Inara.
DIA gigit bibir.
Laju dikeluarkan kad Ilham Ukasyah dari poket. Dahi dikedutkan.
Maju Sdn. Bhd. Tak sama pun!
Apa nak dihairankan. Sah lah apa yang tertera pada kad Ilham tu merupakan anak syarikat Berjaya Developer.
Oh yes! Kenapalah aku bengap sangat?
Inara teringat semula kejadian tadi dimana dia baru sahaja melangkah ke dalam bilik mesyuarat. Inara memang dah masuk awal tapi dia keluar semua sebab ada file yang tertinggal.
Bila masuk semula “tan sri” sudah pun sampai. Masing-masing yang tengah berbual sesama sendiri sebelum mesyuarat bermula terus diam. Macam ada kapal selam menyelam atas darat. Kepelikan.
Semua memandang ke arah Inara termasuklah “tan sri.” Bukan main terkejut lagi bila melihat Ilham berada di tempat paling hadapan itu. Itu tempat khas tan sri daripada Berjaya Developer. Memang tak boleh nak brain.
Sesaat pun tak mampu. Inara dan Ilham sama-sama memandang di antara satu sama lain. Dalam hati Inara sememangnya belum bersedia untuk berjumpa dengan Ilham. Apatah lagi bila Ilham tahu tempat kerjanya dimana. Boleh bikin susah nanti.
“Ehem!”
Suara deheman Encik Danial mematikan lamunan semua. Masing-masing akhirnya bersedia untuk mulakan meeting. Inara sahaja yang gundah gulana dikerusinya. Ilham tak habis-habis memandang ke arahnya. Benci betul. Kalau tahu Ilham yang dimaksudkan “tan sri” itu memang Inara rela buat-buat sakit perut.
Tak kesahlah valuationnya jatuh merudum sekalipun. Itu lebih baik dari berjumpa dengan lelaki itu. Macam mana nak present kalau macam ni?
Aku cucuk jugakan mata dia ni.
Inara pura-pura sibuk melihat slide di tab nya. Tak kuasa nak tengok Ilham. Hish! Kenapalah tempat aku mesti bertentangan dengan Ilham?
“Ni ke tan sri?” Bisik Susane kepada Inara.
Inara hanya angkat bahu. Ingatkan dia seorang sahaja yang pelik, rupanya masing-masing pelik.
“Mudanya.” Susane berbisik lagi. Hish! Macam miang pun ada.
Teringat pula kata-kata Ilham pagi tadi.
“Aku tahu aku hensem.”
Tanpa sedar Inara cebik bibir bersama muka menyampah. Memang dia menyampah tahap kritikal.
“Yes Miss Inara? Have a problem?”
“Hah?!”
Macam nak jatuh rahangnya apabila tiba-tiba ditegur oleh Ilham di dalam bilik meeting. Di depan kawan-kawannya pula tu. Hantu betul lelaki ni. Mesti sengaja nak kenakan aku ni. Kan dah femes hari ni.
“Ada masalah ke? Saya nampak awak buat muka tadi masa saya tengah bercakap.”
Dalam hati Ilham sudah ketawa. Haa, baru kau tahu siapa yang berkuasa. Ini baru sikit. Sengaja dia nak kenakan perempuan itu. Sakit hati dengan Inara belum habis lagi. Bawa kereta macam jalan itu bapak dia punya.
“Nothing.”
“Sure?”
Eh! Eh dia ni. Ini sudah lebih. Boleh bikin hatiku meledak.
Apa masalah Ilham ni? Sengaja nak malukan aku ke?
Suka hati Ilham melihat Inara seakan bengang diri nya. Ilham for sure yang cebikan itu adalah untuknya. Dapat sakitkan hati sikit pun jadilah untuk hari ini.
“Okey. Kalau tiada apa-apa boleh sambung untuk next present.” Ilham.
Inara akhirnya kembali memandang tab miliknya. Dibawa kerusinya mendekati Susane. Tak rela kena tegur untuk yang seterusnya. Nanti habis orang ingat Ilham dan dia sama-sama kenal dan sedang bermusuhan. Hish!
“INARA?”
Panggilan Encik Daniel mengejutkan Inara yang sedang mengingati adegan di dalam bilik meeting tadi. Cepat-cepat dia masukkan semula kad di tangan ke dalam poket seluar.
“Ya Encik Daniel?”
Encik Daniel ni boleh tahan berupa. Tinggi lampai. Hitam-hitam manis. Baik pula tu dengan staf-staf. Bukan macam Ilham, dasar hantu.
“Kenapa awak terpacak dekat luar bilik meeting ni?”
“Er, takde apa-apa. Saya tunggu Shima tadi.”
“Shima dah keluar pun tadi.”
“Oh ya ke? Saya tak perasan pulak.”
Inara sengih macam kerang busuk. Apalah yang kau merepek ni Inara. Kan dah susah.
Daniel kedutkan dahi. Macam pelik je perangai Inara ni.
“Okey Daniel. Apa-apa boleh call je aku.”
Suara di belakang Encik Daniel betul-betul menyelamatkan Inara daripada kantoi. Tapi bila melihat siapakah orangnya terus Inara rasa menyampah tahap nak buang semua. Dia lagi. Huh! Aku ingatkan dah selamat pulang ke tempat asalnya tadi.
“Haa Inara. Nampaknya macam Encik Ilham ni berminat dengan lukisan awak.” Daniel sangat suka hati boleh bekerjasama dengan kompeni yang gah baginya. Ini semua hasil kerja Inara.
Inara memang merupakan seorang pekerja yang bagus. Hasil kerjanya selalu memikat hati klien-kliennya. Dia tak boleh bayang kalaulah hilang permata yang indah ini.
Inara kecilkan anak mata melihat ke arah Ilham. Inara tak rasa gembira dengan berita Encik Daniel. Dia dapat bau sesuatu. Sesuatu yang akan buat dia dengan Ilham akan terikat nanti.
“Okey Daniel. Aku rasa aku pilih hasil kerja Inara. Muktamad. Bila tengok orangnya yang kecil molek. Comel. Sama macam hasil kerjanya. Terus aku buat keputusan.”
Oh My God! Bala apa yang datang ni? Sekejap sahaja dia boleh buat keputusan? Dasar CEO cabuk.
Marah betul aku dengan Ilham ni. Inara tahu Ilham punya agenda tersembunyi. Hanya dia dan Ilham sahaja yang tahu.
“Betul ke ni Ilham? MasyaAllah! Tak nak balik fikir dulu ke?”
“Benda yang elok buat apa aku nak fikir banyak kali. Nanti PA aku akan hantarkan kontrak.”
Ilham menepuk bahu Daniel. Daniel pandang Inara dengan perasaan gembira.
“You always bring me luck Inara.”
Bukan luck untuk hari ini wahai Encik Daniel. Kata Inara di dalam hati.
Ilham, aku perlu buat perhitungan dengan kau.
“Saya akan naikkan gaji awak.” Daniel berbisik kepada Inara ketika Ilham kusyuk melihat handphone.
“TUNGGU!!”
Berlari Inara mengejar Ilham yang tengah turun tangga. Apa class CEO turun bawah pakai tangga. Pakai lif kan mudah. Penat aku lari semata nak mengejar dia ni.
Ilham hentikan langkah. Dia berpaling ke belakang. Dilihatnya Inara yang kelam kabut mengejar dia. Dalam hati rasa nak gelak tapi disembunyikan dulu.
Kelam kelibut betullah minah ni sorang.
“Kau nak apa?”
Kecil besar je Inara tengok Ilham. Nasib baiklah dia kecil dari Ilham. Kalau lebih besar memang diulinya jadi kuih. Lepas tu goreng. Boleh juga dibuat makan. Puas hatinya. Lenyap terus dari hidup. Menyusahkan aje.
“Apa maksud awak buat semua tu?”
“Buat apa?” Ilham tak faham. Hai lah perempuan. Malas betul dia nak melayan perempuan. Banyak sangat masalah.
“Buat apa? Yang awak pilih lukisan saya tanpa fikir dulu tu kenapa?” Inara kawal emosinya. Kalau ikutkan hati nak aje dia suruh Ilham tarik. Tapi takut jadi kes lain pula nanti. Nampak sangat aku yang tak profesional karang!
“Mana kau tahu aku tak fikir? Kau duduk dalam otak aku ke?”
“Takkan fikir sekejap itu aje. Tak tengok lukisan lain dah ke? Atau dalam masa 10 minit awak mampu tengok semua lukisan.” Perli Inara.
Memang menipu besar sungguh.
“Kalau aku nak kena tilik satu-satu nampaknya projek aku tu tahun depan pun belum tentu mula. Bonus raya kau pun tunggulah tahun depan baru Daniel agihkan. Eh apa masalah kau ni?” Ilham bengang. Kan dah cakap. Bila berurusan dengan perempuan banyak emosi daripada profesional. Bila ada masalah peribadi sikit mulalah nak campur adukkan.
Inara ketap bibir. Betul juga.
“Tapi kenapa saya?”
“Bukan kau. Lukisan kau aje. Yang kau nak perasan sangat apasal? Kau tak bersyukur ke bila lukisan kau tu yang aku pilih? Kau buat elok aku pilihlah. I don’t care who are you. Sekalipun kau musuh aku tapi bila hasil kau cantik aku terima aje. Inara, listen. Kerja is kerja. Kau langgar aku pagi tadi itu cerita lain. By the way aku dah hantar workshop. Total semuanya RM150 ribu.”
Ilham pandang ke arah Inara.
Inara terkejut beruk. Terkelu tak terkata. Tapi dia cuba beriak biasa. 150 ribu? Duit simpanan aku campur ASB, tabung haji baru 20 ribu. Ya Allah. Mana aku nak cekau?!
“Kenapa? Takde duit?” Ilham angkat-angkat kening pada Inara.
Inara julingkan mata.
“Awak ingat saya miskin sangat ke? Saya ada lah duit!”
“Okey. Kalau macam tu nanti aku text nombor akaun bengkel tu. Kau boleh transfer aje duit tu.” Inara telan liur.
Lahai! Mana aku nak cari? Relaks. Relaks.
“Dah siap ke?”
“Esok petang dah boleh ambil.”
Telan liur lagi. Rasa macam tertelan batu. Perit. Aku ada lagi beberapa jam aje nak cukupkan duit nak bayar pada bengkel tersebut.
“Amacam?”
“Okey!”
Tak ada mood nak berbalas kata dengan Ilham lagi. Terus Inara berlalu naik ke atas. Dalam fikirannya hanyalah terfikir mana nak cari duit sebanyak itu dalam masa sekejap.
Kalau kumpul gaji yang dia dapat pun dalam masa setahun belum cecah angka itu lagi.
Kau yang guna kereta besar menyusahkan aku pula. Kalau aku ada duit sebanyak tu, honda jazz tu aku beli cash ajelah. Dah lama aku ni orang carian LHDN. Tahu? Bebel Inara dalam hati.
“ALHAMDULILLAH. Duit umi untuk pergi mekah hujung tahun ni dah cukup Inara. Cukup 50 ribu.”
Gembira sekali suara umi ditalian.
Inara terdiam terkelu. Takkanlah nak guna duit haji umi nya pula. Tak ke rasa berdosa sepanjang hidupnya nanti. Terus niat mahu meminjam duit pada umi dipangkah terus.
Esok adalah hari dimana dia perlu membayar kos baiki kereta Ilham. Sekarang ini dia masih belum ada wang sebanyak tu.
Ah! Mana aku nak cari duit? Nak meminjam pada siapa lagi? Dah putus harapan untuk pinjam dari umi.
Adik beradik keduanya masih belajar. Inara yang sulung. Kawan-kawan? Takkan ada kawan baik yang sanggup beri pinjam sebanyak itu.
Jalan singkat adalah… along. Ya along! Inara geleng kepala. Hish! Bunga dah la berganda-ganda. Sampai bertahun pun belum tentu habis bayar. Silap hari aku yang kena tanam hidup-hidup kerana hutang along.
Gila ke apa?!
Kalau nak buat pinjaman bank pun kurang-kurang perlukan masa seminggu. Inara perlu siapkan dokumen terlebih dahulu. Nak kena pergi bank untuk submit. Mesti Ilham tu tak boleh tunggu punya. Ilham tukan badigo.
Telefon ditangan dimain-mainkan. Tengah berkira nak hubungi lelaki itu. Mesti dia gelakkan aku nanti.
Inara berfikir.
Inara lepas nafas. Hadap ajelah. Dah memang aku ni orang susah. Silap aku adalah aku cuma terlewat bangun. Kebetulan aku berkejar untuk meeting. Itu yang aku cuba skill Vin Diesel pandu kereta. Sekali eksperimen aku gagal. Dan perlu susah payah cari duit kerana silap sendiri.
“Assalamualaikum, Ilham. Boleh kita jumpa?” Entah bila punat call ditekan, tahu tahu aje panggilan sudah berjawab.
Bergetar habis urat saraf mahu menunggu jawapan balas daripada Ilham.
Pelik Ilham menerima panggilan daripada Inara. Apa pun dia tetap tersenyum. Mesti ada sesuatu penting yang memanggil Inara untuk hubunginya.
“Untuk apa? Bila?”
“Untuk apa nanti saya akan beritahu masa kita jumpa.”
“Okey. Jumpa kau nanti.”
Fuh! Lega apabila Ilham tidak banyak cakap. Haraplah Ilham akan bertimbang rasa juga dengannya nanti. Dapat bayar secara ansur-ansur juga satu nikmat. Dia berjanji akan habiskan bayaran secepat mungkin.
Inara bangun dari duduk. Mahu bersiap segera. Tidak mahu buat Ilham menunggu. Nanti bila lelaki itu bengkak hati kerana menunggu silap hari lain pula hukumannya.
KAMI berjumpa di Starbuck Avenue-K. Ilham minum Espresso Iced Caramel Macchiato. Dan Inara hanya minum Iced Vanilla Latte. Mereka tidak berhajat untuk makan. Apatah lagi diwaktu malam begini.
“Ada apa kau nak jumpa aku?” Ilham angkat kening memandang ke arah Inara. Cantik pula perempuan ni malam ni. Walaupun pakaiannya simple sahaja. Bawal diselempang kiri kanan. Jeans beserta t shirt lengan panjang. Hanya secalit lips ice dibibir dan sedikit bedak. Menawan! Nampak ayu.
Inara segan sendiri apabila merasakan Ilham memandangnya dari tadi. Aku cucuk mata tu kang baru tahu. Bukannya aku bersolek sakan pun.
Ke… muka aku nampak comot? Memang dia malas nak make up. Nak jumpa Ilham aje pun. Langsung tak dikenakan foundation atau sebarang krim diwajahnya.
“Kau kenapa? Sapu-sapu muka kau?”
“Yalah! Awak pandang saya macam muka saya comot sangat. Comot ke?” Inara sapu lagi mukanya. Sangat tidak selesa dengan keadaan begini.
Ilham ketawa lalu menggeleng kepala. Inilah perempuan. Bila pandang terus confident hilang. Tak boleh ke pandang?
“Aku pandang sebab kau lawa.”
“Hah?!” Terkejut Inara dibuatnya. Membuatkan Ilham makin ketawa melihatnya.
“Sudahlah kau. Puji sikit pun tak boleh. Ada apa ni kau nak jumpa aku?” Kan! Better straight to the point je. Macam makin merapu aje aku dan dia ni.
“Er… boleh tak kalau saya nak minta ehsan awak?”
Ilham kedutkan dahi. Ehsan?
“Ehsan apa?”
“Em…”
“Boleh tak kalau kau terus terang je? Susahlah cakap sekerat-sekerat ni.”
Belum sempat Inara sambung Ilham cakap dulu. Inara tarik nafas. Dipandangnya wajah Ilham.
“Seperti sedia maklum, saya sebenarnya tak ada duit sebanyak tu. Maksud saya 150 ribu. Tapi, awak jangan ingat saya nak lepaskan tanggungjawab saya pula. Saya tahu saya salah. Boleh tak kalau saya bayar ansur-ansur kat awak Ilham?”
“Haha! Kau ingat aku Bank Islam nak bayar ansur-ansur?”
Gulp. Inara telan liur. Kalau kau Bank Islam tak perlulah aku merayu begini. Aku sign je letter offer. Mudah!
“No! aku tak boleh beri kau masa. Aku nak esok kau sediakan duit sebanyak tu dan transfer ke akaun bengkel tu. Kalau kau tak boleh sediakan, kau kahwin je dengan aku. Muktamad.”
Bulat mata Inara. Betul ke mamat didepannya ini? Sihat ke? Banyak tengok drama melayu kut. Ingat kahwin benda main-main ke?
“Ada apa-apa lagi? Keputusan aku muktamad Inara Aisyah. Kau tak boleh sediakan duit esok hari, lusa pagi akan ada rombongan meminang ke rumah kau. Kau jangan cabar aku. Aku tak suka bila orang main-mainkan aku macam ni. Kalau betul kau tak ada duit sebanyak tu kenapa siang tadi kau masih berlagak dengan aku? Kenapa kau tak terus terang saja dengan aku? Kau ego. Sekarang aku dah beri kata dua pada kau. Assalamualaikum.”
Terus Ilham angkat kaki. Inara tak sempat nak cakap apa-apa.
Er… nampaknya Ilham macam serius dengan kata-katanya. Alamak. Matilah aku. Lama serabut akhirnya Inara senyum sendiri.
Ilham ada ke alamat rumahnya di kampung? Poyo mengalahkan apalah mamat ni. Saja nak ugut aku. Akhirnya Inara angkat punggung dan pulang ke rumah. Dia tak dapat nak fikir. Yang dia tahu esok dia akan ke Maybank dan berjumpa dengan sahabatnya disitu.
Dia akan buat personal loan untuk bayar segala hutang kepada Ilham. Dia tak nak ada kena mengena dengan Ilham.
Harapnya Ilham boleh tunggu dalam masa seminggu sahaja.
Bukan lama pun.
SYUKUR. Inara tersenyum gembira. Kata Alma, insyaAllah permohonan dia akan lulus. Paling cepat pun dalam masa tiga hari. Tak lamalah macam tu.
Pukul 12 tengahari. Perutnya pun sudah berkeroncong. Tadi selepas buat visit site terus bergegas dia ke Maybank berjumpa dengan Alma. Tidak mahu tangguh-tangguh lagi.
Siap makan nasi berlauk, Inara segera berlalu mahu masuk ofis. Masih banyak kerja yang perlu dia siapkan.
Dalam perjalanan menuju ke lif dia menerima satu text daripada Ilham. Berdebar hatinya mahu baca. Nak tekan open pun dah naik darah ke kepala. Apatah lagi bila baca isi dalam terus rasa nak tempah kubur sebelah abah.
KAU MAIN-MAINKAN AKU YA?
TAK ADA DUIT.
KELUARGA AKU DAH ON THE WAY MASUK MEMINANG KAU.
HUJUNG BULAN NANTI KITA KAHWIN.
KALAU KAU TOLAK, SIAP KAU!!
AKU BOLEH BUAT LEBIH DARIPADA TU. DAN AKU…
I’M A MAN OF MY WORD.
Berdebar saat membacanya. Huru-hara kembali jantung Inara. Terus dia menghubungi umi. Belum sempat panggilan keluar dah ada panggilan masuk. Daripada umi.
Dup dap dup dap jantung Inara. Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini.
“Ya umi?”
Setelah menjawab salam umi, Inara terus bertanya apa yang uminya mahukan. Memang jarang umi call jika tiada hal penting. Apatah lagi waktu pejabat begini. Sememangnya umi tidak akan menganggu Inara diwaktu pejabat. Hari ni lain hal nya.
“Inara, kenapa tak beritahu umi ada orang nak masuk meminang? Terkejut umi dapat rombongan ramai macam ni. Dah lah satu apa pun tak ada nak jamu mereka. Kamu ni suka surprise kan umi. Anak umi nak kahwin dah ya? Tak beritahu umi pun kamu ada teman lelaki.”
Ya umi. Bukan umi je dapat kejutan. Inara pun terkejut tiba-tiba ada orang masuk meminang. Tiba-tiba di cop ada teman lelaki walhal kawan lelaki pun jarang sekali jumpa.
Ada pun boleh kira dengan jari. Sebelah jari pun tak penuh umi. Ilham ni memang melampau!
“Er, umi terima ke?” Soal Inara. Berdebar hatinya. Nak juga tahu apa jawapan umi.
Janganlah umi terima. Doa Inara dalam hati.
“Eh! Inara tak mahu ke? Takkanlah orang yang kamu cintai masuk meminang kamu nak tolak pula. Ya kan?”
Inara tepuk dahi. Apa aku nak jawab ni?
Ilham! Kau ni memang punca segalanya betullah.
“Inara?”
“Ya. Ya umi.”
“Umi terima ya?”
“Okeylah umi. Inara banyak kerja ni. Nanti Inara call umi semula okey.”
Tak tahu nak jawab apa akhirnya Inara serahkan segalanya pada Allah. Tak jadi dia nak masuk ofis. Terus bergerak ke kereta semula. Mahu buat perhitungan dengan Ilham.
Kecil besar je Inara rasa Ilham sekarang ini. Kalaulah kuasa bunuh tu ada pada dia memang Ilham sudah lenyap dari muka bumi Allah ini.
Ditendangnya ke planet lain. Planet pluto ke apa-apa planetlah janji bukan planet bumi.
“CIK. CIK.”
“Cik perlu buat appoinment dulu dengan Encik Ilham. Cik tak boleh…”
Inara pandang Ilham yang tengah buat kerja di laptop. Ilham pun terkejut dengan kedatangan tetamu tidak diundang ke pejabatnya.
Ilham pandang Melissa yang serba salah. Muka Melissa penuh dengan rasa takut.
“It’s okay Lisa. Awak boleh keluar.”
“Baik Encik Ilham.” Lega. Nasib baik dia tak kena marah dengan perempuan cantik tu. Marah betul pada Encik Ilham nampaknya.
“Yes Inara? Jemput duduk.”
Merah wajah Inara menahan marah. Kalau ikutkan rasa nak cincang lumat Ilham di depannya. Buat rasa tak bersalah pula.
“Apa kau buat ni Ilham? Kau ingat harga diri aku nilainya setara dengan Audi kau ke? Sebab aku ni bawah kau, kau pijak-pijak je aku. Dasar CEO bodoh. Aku nak sekarang ni kau tarik balik pinangan kau tu. Umi aku kat kampung tak tahu apa-apa lah Ilham!” Marah sungguh Inara. Tengok Ilham pun penuh dengan rasa benci.
Ilham bangun dari kerusinya. Dia juga rasa nak marah dengan kata-kata Inara. Biasalah lelaki. Kalau tiada ego bukan lelaki namanya.
Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Matanya memandang tepat ke wajah Inara.
“Hey Inara. Aku pun tak hingin la dengan kau. Kau dengar sini. Kau yang tak mampu nak bertangungjawab dengan apa yang kau dah buat. Aku dah cakap terang-terang dah kata-kata aku bukanlah main-main. Apa yang aku cakap aku akan buat. Aku dah beri amaran pada kau awal-awal. Sekarang ni salah siapa? Salah aku lagi atau kau yang tak ambil perhatian?”
“Sebab kereta Audi tu kau sanggup kahwin dengan aku? Kau ingat ni drama pukul 7 ke? Buat perjanjian selepas setahun kita bercerai? Kau pegang gelaran duda dan aku janda? Macam tu ke Ilham? Aku dah janji dengan kau yang aku akan bertanggungjawab. Aku cuma minta masa saja. Silap aku ialah aku tak dilahirkan dalam dulang emas. Aku tak boleh nak keluarkan duit sebanyak tu macam magik. Kau minta terus aku boleh bagi sedebuk macam tu. Tak. Aku cuma minta masa tak lama pun. Aku akan selesaikan semuanya.”
Kali ni Inara sungguh sebak. Terasa panas matanya mahu menangis. Tapi dia tahankan airmata. Tak nak nampak lemah dimata Ilham.
Orang kaya memang takkan faham kehidupan orang kebanyakan seperti dia.
Ilham terkedu. Dia dapat rasakan kesedihan dalam kata-kata Inara. Tapi dia terpaksa buat semua ni. Bukannya dia jenis main redah saja nak kahwin dengan sesiapa pun. Ni semua salah mama papanya.
“Keputusan dah dibuat. Aku dan kau akan berkahwin hujung bulan ni. Umi kau dah pun setuju. Kau boleh keluar dari bilik aku sekarang.”
Ilham duduk ditempatnya semula. Dia pura-pura hadap komputer. Hakikatnya hati dia juga sakit. Sama sakit seperti Inara. Malah mungkin lebih lagi.
Dada Inara turun naik. Tak guna punya Ilham. Dengan hati yang marah Inara keluar dari bilik Ilham.
Tak guna berdebat bila semuanya sudah pun terlambat.
Sampai sahaja di muka pintu Inara tanggalkan kasut tumit tingginya. Kebetulan tadi dia sarungkan kasut tumit tinggi sebelum keluar dari perut kereta menuju ke ofis Ilham.
Sakit kakinya tak sesakit hatinya sekarang ini.
“Aduh!”
Suara Ilham menjerit. Puas hatinya.
Turun ke bawah tak pakai kasut dan dianggap gila pun dia rela.
Memang dia sudah gila sekarang ini.
Ilham pegang kepalanya yang dibaling dengan kasut oleh Inara. Sakit oii!
Cermin di tepi komputer diambil dan ditilik kepalanya. Nasib baik kena kepala. Kalau tepat kena muka habis cacat salah satu anggotanya.
Nasib baik kau nak jadi isteri aku Inara. Kalau tak aku masukkan kau ke dalam penjara.
Tapi ini pun penjara juga.
Penjara cinta.
Ilham ketawa sendiri.
INARA pegang gambar Ezham bersama dengannya. Gambar semasa mereka kecil. Kemanalah mereka semua ni menghilang. Tiada khabar berita.
“Aku dah nak kahwin Ez. Kalau kau cari aku mesti kita berjodoh berdua. Takdelah aku kena kahwin dengan Ilham tu. Ilham Ukasyah dasar lelaki poyo bajet bagus saja.”
Kata Inara seolah bercakap dengan Ezham di dalam gambar tersebut.
“Inara… buat apa dalam bilik ni?”
Bila umi menegur, automatik tangan Inara simpan gambar Ezham dibawah bantal. Saja tak nak umi tahu yang dia menunggu seseorang sejak dulu. Nanti timbul kekeliruan pula di benak uminya.
Lagi risau bila umi akan risaukan dirinya. Seolah hatinya tak tetap pada yang satu. Padahal sejak dulu Inara memang simpan hatinya hanya untuk Ezham sahaja.
“Takde apa lah umi.” Inara berikan senyuman manis.
“Jom keluar. Tok kadi dah sampai tu. Sebelum tu Inara nak tahu sesuatu tak?” Soal umi ceria.
Inara layankan sahaja apa cerita umi sekali pun. Memang umi tengah bahagia sekarang ini. Sejak dia tahu Inara nak kahwin sejak itu asyik ceria bahagia saja.
Okeylah tu. Sekurangnya ada juga perkara yang buat uminya rasa bahagia.
“Inara ingat tak uncle mokhtar?” Soal umi.
Inara kedutkan dahi. Siapa pula? Macam familiar nama tu.
“Siapa umi?”
“Alah! Anak dia yang kamu suka main tu. Apa ya nama dia umi lupa.”
Umi kedutkan dahi mahu mengingati nama anak kawannya itu. Biasalah dah tua. Lagipun yang diingat mestilah nama kawannya sahaja.
Jantung Inara dah dup dap dup dap. Yang suka main, siapa lagi kalau bukan…
“Haa! Ezham. Ezham.”
Makin kencang jantung Inara.
“Kenapa umi?” Soal Inara. Ingin tahu. Dah lama dia mahu tahu kedudukan Ezham.
Ya, baru dia ingat dengan Uncle Mokhtar.
Tulah. Berkawan baik dengan anak tapi nama mak ayah Ezham pun aku tak tahu. Jangankan mak ayah, adik beradik Ezham pun Inara tak pernah peduli. Tak pernah pula main sama-sama.
Kalau tak silap adik Ezham perempuan. Adik dia tak dibenarkan main jauh-jauh. Ikut Ezham si lelaki.
“Inara, Ilham tu abang sulung kepada Ezham lah! Sekarang ni keluarga Ilham menetap di United Kingdom. Sebab itu wakil rombongan meminang hari tu hanya mak saudara mereka yang datang. Nak kahwin ni baru satu keluarga sampai. Itu pun baru kelmarin sampai Malaysia. Esok selepas hari besar terus balik ke UK semula.” Cerita umi seronok.
Apa yang umi tak tahu hati Inara hiba tiba-tiba. Maksudnya Ezham pun datang kan? Apa perasaan dia bila tengok jodohnya sudah jadi kakak iparnya. Boleh tak kalau nak batalkan majlis ni?
Atau, boleh ke kalau nak tukar pengantin?
Inara tarik nafas. Relaks Inara. Kau belum tahu lagi sama ada Ezham tengah tunggu kau ataupun tak.
“Ezham ada ke umi?” Soal Inara.
Berdebarnya nak jumpa Ezham.
Muka umi muram tiba-tiba. Diusap kepala Inara.
“Ezham dah tiada Inara. Selepas balik ke UK, setahun selepas itu Ezham mengidap penyakit barah otak. Dia tak dapat bertahan. Tahun kedua dia pergi tinggalkan semua.”
Lagi parah hati Inara bila dapat tahu hal ini.
Ya Allah! Patutlah kau tak pernah cari aku Ez. Aku ingatkan kau dah lupakan aku.
Airmata yang mahu mengalir diseka cepat-cepat. Inara sedekahkan Al-Fatihah kepada Ezham.
“Mak ngah, tok kadi dah panggil pengantin perempuan keluar.” Baru nak sentimental tiba-tiba anak saudara belah arwah abah datang memanggil Inara dan umi.
“Jom sayang. Kita keluar. Nak jadi isteri orang dah anak dara umi ni.”
Umi tersenyum bahagia pada Inara. Inara hanya senyum yang dalam hati hanya Allah saja yang tahu.
Sungguh dia rela dalam terpaksa.
Kadang-kadang ada benda yang jadi dalam hidup adalah bukan kehendak kita tapi kita terpaksa mengikut. Seolah sudah terperangkap.
Orang yang tak duduk tempat kita mana mungkin akan faham. Hanya Allah yang mengetahui segala yang berlaku.
Inara memandang sekilas ke arah Ilham yang segak berbaju melayu krim berhadapan dengan tok kadi. Sudah bersedia agaknya lelaki ini mahu memikul segala dosa aku. Fikir Inara dalam hati.
Suka hati dialah. Inikan pilihan dia.
Lensa kamera dah macam kilat yang menyambar ke arah Inara. Tak dia peduli. Hari ini je pun nak jadi artis.
Sebelum menandatangani borang yang dihulurkan sempat Inara pandang ke arah bapa Ezham merangkap kepada Uncle Mokhtar.
Macam manalah aku boleh lupa nama bapak Ezham. Sumpah tak terfikir langsung Ilham ada kaitan dengan Ezham meskipun Inara perasan yang muka mereka agak sama. Cuma tak keterlaluan sama tu.
TANGAN Ilham dikucup. Lama. Ni semua atas permintaan jurukamera.
Kalau ikutkan hati lepas akad nikah nak terus masuk bilik salin baju saja. Malas sungguh nak melayan itu ini. Banyak cekadak betul jurukamera yang diupah oleh Ilham ini.
“Terima kasih Inara kerana sudi jadi menantu mama dan papa. Akhirnya permintaan Ezham dapat kami tunaikan. Apa pun ini semua atas kehendak Inara. Tiada paksaan. Papa ucapkan ribuan terima kasih. Cintailah anak papa seikhlas hati Inara.”
Tan Sri Mokhtar bahagia dapat berjumpa dengan sahabat lamanya semasa dikampung. Sayangnya ayah Inara sudah tiada. Kalau tak mesti lagi meriah. Allah lebih sayang. Sama seperti anaknya.
Inara terkedu. Permintaan Ezham? Kehendak Inara? Apa tu. Semua tu persoalan yang tidak dapat dijawab.
Cintai Ilham seikhlas hati? Seolah Ilham tu mangsa dan akulah pembuli tegar itu.
“Sama-sama papa. Terima kasih juga sudi terima Inara sebagai menantu.” Inara tersenyum.
“Papa dah lama mengidam nak jadikan Inara menantu kami. Ada juga borak-borak dengan arwah abah dulu. Akhirnya jadi kenyataan. Mesti mereka bahagia sangat. Oh by the way Inara, papa nak minta maaf awal-awal sebab tak dapat nak buat majlis belah lelaki dalam masa terdekat. But I promise you, next month insyaAllah kita akan adakan majlis. Kami akan balik Malaysia semula. Deal?”
Alamak! Rasa malu pula dengan bapak mentua sendiri. Tak kesah pun kalau tiada majlis belah lelaki. Yang ini pun tak sabar nak habis. Tapi melihat Tan Sri Mokhtar yang beriya Inara layankan ajelah. Tak salahkan bahagiakan orang tersayang. Mereka tak bersalah pun.
“Okey papa. Inara ikut aje.”
Inara hanya berikan senyuman manis.
“Good girl.”
“Hai sayang… papa.” Ilham entah muncul dari ceruk sawah mana tiba-tiba aje peluk pinggang Inara. Buat Inara rasa tak selesa.
Sajalah tu nak tunjuk bahagia depan papa dia. Ambil kesempatan pula tu! Eee… aku hilangkan juga Ilham ni dari bumi.
Kalau boleh dah lama dia buat. Sebab tak boleh lah sekarang ni dah jadi majlis.
Tan Sri Mokhtar tersenyum melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Ilham. Syukur.
“Ingat pesan papa. Jaga Inara elok-elok. She the best for you.”
“Okey papa. Along akan ingat. Along akan cintakan Inara sepenuh hati.” Janji Ilham lagi.
Baginya akad yang baru dibuat tadi bukan perkara main-main. Itu satu perjanjian antara dia dengan Allah. Untuk menjaga amanat yang diberikan sebaik mungkin.
Mana mungkin dia jerumuskan dirinya ke dalam api neraka yang dasyatnya hanya Allah saja yang tahu.
Inara disebelah Ilham hanya dengar sahaja perbualan dua beranak itu. Malas nak mencelah apatah lagi pelukan Ilham dipinggangnya patahkan mood dia saja.
Cintakan sepenuh hati ya?
Kahwin pun bukan kehendak masing-masing.
Inara dapat rasakan sesuatu. Memang dia perlukan jawapan daripada Ilham.
Lambatnya habis majlis.
DUA hari majlis diadakan di rumah umi sudah pun selesai. Kini tiba waktu untuk dia dan Ilham pulang ke Kuala Lumpur.
Nasib baiklah Temerloh dengan Kuala Lumpur tak jauh mana. Dan ini bukan musim cuti sekolah. Jadi tidak perlu bersesak di atas jalanraya bersama orang lain.
Inara dah pindahkan semua barang ke rumah Ilham sebelum majlis. Itu semua atas arahan Ilham. Kalau ikutkan Inara nak menetap di rumah sewanya dahulu. Atas desakan yang memang dia takkan menang, lebih baik ikut saja. Cakap habis air liur pun lelaki tetap akan menang.
“Hati-hati ya Ilham pandu kereta tu. Umi doakan kamu berdua bahagia. Jangan berhenti banyak tempat sangat. Sekarang ni kena jaga kesihatan. Umi dengar berita, virus covid19 ni macam semakin merebak saja. Kalau nak keluar jangan lupa pakai mask. Ada mask tak?”
Nampaknya umi lebih tahu perkembangan semasa dari kau Inara.
Er! Sememangnya dia tak sempat nak tengok berita. Bila dah kerja, keluar waktu pagi sampai rumah waktu malam. Mana sempat nak tahu perkembangan semasa.
Nak skrol socmed pun tak sempat juga. Nasib baik umi share pasal virus ni. Dia ada dengar tapi tahu tahu macam tu je. Tak ambil kesah sangat. Rupanya dah teruk ya?
Semoga Allah pulihkan Malaysia seperti sediakala.
“Ada. Ilham ada sediakan dalam kereta. Okeylah umi. Kami gerak dulu ya.”
Ilham dan Inara menyalami umi sebelum gerak pulang. Inara kena naik sekali dengan Ilham. Keretanya sudah dikebas oleh Ila adiknya yang belajar di Universiti Malaya.
Tengoklah esok dia naik Grab ke UM. Nak ambil kereta. Nanti lusa dia dah mula bekerja.
Kalau ikut hati esok dah nak kerja tapi Encik Daniel pula beriya beri cuti. Huh! Dah nak kena duduk berdua lama-lama dengan Ilham esok. Apalah yang hendak dibuat ya?
Hampir dua jam perjalanan akhirnya Inara dan Ilham sampai di rumah mereka. Cantik juga rumah yang Ilham beli ni. Rumah Semi-D tiga tingkat. Jenuhlah aku nak mengemas nanti. Inara dah fikir jauh kedepan.
Di dalam porch ada sebuah kereta Honda Civic S i-VTEC 1.8 berwarna maroon. Sangat aku teliti sebab aku memang paling minat dengan honda civic ni. Cuma rezeki belum ada. Boleh tahan banyak kereta mamat ni. Tapi apa yang banyaknya? Dua aje pun.
Kalau yang bergesel hari tu bukan Audi dan hanya Honda Civic tak ada lah sampai beratus ribu kena habis. Kan? Tak ada la aku kena kahwin dengan dia ni.
“Kau nampak kereta tu? Itu milik kau. Aku beli sebelum majlis kita. Memang aku niat nak hadiahkan pada sesiapa pun yang jadi isteri aku.”
Tiba-tiba Ilham berkata setelah kereta Audinya di park bersebelahan dengan Honda Civic. Nak terlompat Inara mendengarnya.
Hadiah untuk aku? Seriuslah? Macam tahu tahu je itu kereta kegemaran aku. Kata Inara dalam hati.
Eh! Tapi mana boleh bahagia sangat. Nanti dia ingat aku ni gila harta dia pula. Macam tak mampu beli sendiri. Bukan tak mampu. Kira bajet maintenance. Duduk KL ni kena pandai kira. Kalau tak, nak makan megi pun tak lepas.
“Tak nak lah. Saya dah ada kereta.”
Ces! Berdegil pula kononnya. Padahal hati dah melompat suka.
Ilham pandang Inara. Tajam sekali pandangannya. Inara pula tetap pandang ke depan.
“Aku dah bagi tu ambil ajelah. Banyak cekadak pula. Kau anggap je sebagai hadiah perkahwinan kita. Dah, jom masuk.”
Ilham malas nak layan Inara terus keluarkan barang dari dalam bonet. Dia penat. Lagipun dia ada meeting di ofis kejap lagi. Dia hanya hantar Inara dan selepas itu dia akan keluar semula.
Inara mencebik sebelum keluar dari perut kereta. Dia tengok pemandangan di kawasan elit ini. Langsung tak tolong Ilham angkat barang. Majoriti punya kereta besar-besar. Kalau setakat nak nampak kereta Malaysia dalam kawasan ini jauh sekali. Kalau ada pun mungkin satu atau dua saja. Bukan majoriti. Hanya minoriti.
Orang kaya. Apa nak hairan. Beli kereta macam beli baju. Dia nak beli baju pun fikir berkali-kali. Inikan kereta.
“Kau buatlah rumah ni macam rumah kau sendiri. Memang aku beli sempena perkahwinan kita pun. Aku nak kau selesa. So, kau nak cantikkan atau burukkan macam mana sekali pun aku tak kesah. By the way aku suka kemas. I don’t know what the type of you. Sekarang ni aku nak keluar. Kejap lagi aku balik kita pergi makan sama-sama. Kau tak payah masaklah.”
Entah bila Ilham berada dibelakangnya. Inara hanya diam mendengar pesanan Ilham. Ada juga dia ejek guna mimik muka. Tapi Ilham tak perasan pun.
Keluarlah! Macam aku heran.
Eee! Ingat aku ni pengotor ke? Kalau aku bukan seorang yang pengemas, bilik kat kampung tu dah lama tak selesa. Mesti semua benda akan berselarak.
Bila sebut kampung automatik teringat malam pertama mereka. Habis sahaja majlis mereka masuk ke bilik untuk bersihkan diri. Maklumlah semua pun sudah penat.
Inara memang segan sungguh berduaan di dalam bilik dengan Ilham. Yalah, mereka bukan kenal sangat pun. Bercinta jauh sekali. Kalau ikutkan banyak benda yang Inara nak tanya tapi didiamkan dulu. Bilik umi kat sebelah saja. Tunggu balik KL baru nak slow talk dengan Ilham.
“Aku nak mandi.” Kata Ilham.
Agaknya dia tercari-cari bilik air dimana. Sebab itulah Ilham beritahu Inara. Fikir Inara.
“Pergilah mandi.”
“Nak mandi kat mana?” Soal Ilham macam orang bodoh.
Inara rasa nak ketawa. Itulah sibuk sangat nak kahwin dengan orang kampung. Kan dah susah. Bilik air mana ada dalam bilik.
“Tu…”
Inara yang sibuk buka kain tudung tidak memberi sepenuh perhatian pada Ilham. Sebenarnya sengaja nak kenakan Ilham.
“Mana?”
Tercari-cari Ilham.
Cari sampai bongkok tiga pun kau takkan jumpa wahai Ilham.
Inara ketawa dalam hati. Sangat geli hati.
“Hey! Kau main-mainkan aku ya?” Ilham datang disebelahnya. Wajah Inara Ilham pandang.
“Apa?!” Tak kuat pun suara Inara. Sempat juga bertentangan dengan Ilham yang sudah bengang bila tahu diri dipermainkan.
“Wahai suamiku tersayang, bilik air dekat luarlah. Dah nama pun rumah kampung. Jarang nak ada bilik air dalam rumah macam rumah orang-orang kaya sana tu. Dah nama pun kami ni orang kebanyakan. Mana boleh banyak cekadak semua benda nak sedia depan mata. Jadi encik suami silalah keluar dari bilik ini dan belok ke kanan di dapur ada bilik air. Terima kasih.”
Inara siap tundukkan badan lagi tanda terima kasih. Seolah beri penghargaan kepada penonton sesudah berpidato.
“Siap kau malam nanti!”
Eh! Main ugut pula.
Kau sakit perut malam nanti cari aku juga kan? Bebel Inara.
“INARA, kau tak nak tidur lagi ke?”
Waktu itu sudah pun pukul 11 malam. Umi sudah pun tidur. Ilham berada di atas katil. Main handphone. Inara duduk kat satu sudut sambil membaca novel. Dia memang suka baca novel pun.
“Kenapa? Awak tidurlah dulu.” Bosan betul bila Ilham suka menganggunya. Nak tidur nak kena orang dodoikan juga ke? Nak suruh nyanyi lagu apa?
Mengantuk mengantuk nak tidur mana?
Bebel Inara dalam hati. Geram.
“Kau tak tahu ke ni malam pertama kita?”
“So?”
Memang bergetar jantung Inara tapi dia malas nak fikir sangat. Kesah pulak malam keberapa sekali pun.
“So? Isk kau ni. Sini aku ajar kau soal tanggungjawab seorang isteri kepada suami.”
Ilham duduk menegak di atas katil. Seperti seorang guru yang sudah bersedia nak ajar anak muridnya. Tidak lama kemudian.
“Inara! Aku nak pergi tandas. Aku sakit perutlah!” Ditekan-tekan perutnya. Sakit memang tak tahan sangat.
Inara yang tengok pun rasa nak ketawa lagi. Aduh! Banyak betul dosa sejak jadi isteri ni.
“Pergilah toilet.”
“Kat luar ke?”
Ilham dah terbayang betapa gelap dan takutnya. Tandas dekat luar. Bukan dalam rumah.
“Ye lah suamiku sayang. Dekat luarlah. Kat mana lagi. Tu, lampu suluh kat atas meja. Tapi malam-malam macam ni tak tahu lah keadaan toilet tu macam mana. Awak cek dulu ya sebelum masuk.”
Gulp! Ilham telan liur. Takut.
“Wei! Kau temanlah aku.”
“Awak… saya tengah baca novel ni.”
“Hish kau ni!”
Ilham yang dah tak tahan berlari keluar rumah bawa lampu suluh ditangan. Inara di dalam bilik ketawa puas hati. Puas dapat kenakan Ilham. Sampai pukul 3 pagi dia asyik ulang alik ke tandas. Kesian betul.
Itulah malam pertama yang sepatutnya. Gatal lagi.
Puas hati Inara dapat masukkan julat ke dalam kopi Ilham. Memang sengaja dia mahu kenakan Ilham. Seronok-seronok saja.
Bukan sikit. Tapi banyak julat dia masukkan ke dalam kopi Ilham. Padahnya sakit perut sampai pukul 3 pagi.
Kalau ikutkan Inara nak usik Ilham dengan memakai kain sembahyang putih dan duduk di depan pintu tandas tapi macam kejam pulak rasa. Buatnya anak orang tu innalillah macam mana?
Cukuplah julat tu.
DAH dua hari dia masuk bekerja macam biasa. Bila dah lama cuti mulalah makin sibuk. Balik rumah pun tak kira masa. Adakala bila balik rumah Ilham dah pun berada di rumah. Adakala balik rumah tapi Ilham belum balik.
Kehidupan kami macam orang asing. Susah nak jumpa. Kalau jumpa pun hanya waktu pagi.
Sebelum keluar bekerja kami sarapan bersama dulu. Sampailah hari ini Encik Daniel beritahu yang kami semua perlu work from home. Ini semua sebab kes covid 19 yang umi beritahu baru ni.
Nampaknya kes virus ni makin teruk merebak. Naifnya sebab Inara memang selalu terlambat hal macam ni. Sepanjang tempoh 14 hari duduk di rumah dan tak boleh keluar. Keluar untuk keperluan sahaja.
Nampaknya dia tak boleh visit site lah nanti. Akan banyak kerjanya yang tergendala nanti.
Inara terus kemaskan semua kerjanya. Dia perlu bawa balik. Pastikan tiada yang tertinggal. Sesiapa pun dah tak dibenarkan masuk ofis nanti sehingga hari ke-15.
Itu pun jika virus tersebut sudah tiada. Kalau masih ada mungkin akan disambung lagi.
“Nak balik dah ke?” Shima yang muncul dari mana tiba-tiba dah tercongok dalam bilik Inara.
“Haah. Aku nak balik dah. Cuma sebelum balik aku nak kena visit site dulu dekat Puchong. Nanti dua minggu tak visit.”
Inara memang risau. Bila projek dibawah tanggungjawabnya. Dia takut kalau ada klien komplain nanti.
“Tulah. Semua kerja kita tergendala kan. Tapi bestlah kau dah kahwin. Boleh manja manja dengan suami. Aumm bestnya!”
Shima dah menunjukkan sisi gatalnya. Inara yang dengar rasa nak muntah. Manja manjalah sangat. Duduk bertempel pun masa majlis hari tu je. Sekarang ni dekat-dekat pun bila Inara nak salam Ilham sebelum pergi kerja saja.
First time dia nak salam dengan Ilham nampak Ilham macam terkejut juga. Dah dua hari ni Ilham dah biasa agaknya. Jadi isteri yang solehah tanggungjawab Inara tak kira macam mana pun jenis perkahwinan mereka. Apa pun niatnya tetap halal dan dikira dosa pahala disisi Allah.
“Okey Shima. Aku kena gerak dulu ni. Nanti takut lewat sampai site Puchong.” Inara angkut barangnya selepas bersalam dan peluk cium teman satu ofisnya itu.
Shima pun dah beransur mahu pulang juga.
Hari ini Encik Daniel beri pelepasan awal. Mana yang nak stay sampai habis office hour boleh. Nak keluar awal pun boleh.
BILA tengok Ilham sibuk buat kerja didalam biliknya Inara mengambil keputusan untuk ke dapur. Mesti terperuk di rumah akan bosan yang amat.
Jap. Kenapa Inara boleh sebilik dengan Ilham? Takkanlah rumah tiga tingkat tak ada bilik kosong kut.
Bukan tak ada kosong tapi Inara memang mahu sebilik dengan Ilham. Atas sebab Ilham itu adalah suaminya. Dah lah hubungan mereka memang tak baik kalau tak duduk satu bilik alamaknya lagi susah nak bersua suami isteri.
Sampai bila?
“Aku tak kesah kau nak buat apa tapi aku nak pesan satu saja selama mana kita jadi suami isteri tolong hormat aku sebagai suami kau. Tolong ada tanggungjawab dan tahu apa tanggungjawab kau sebagai suami. Soal bilik tidur. Kau boleh tidur sebilik dengan aku je. Aku bukan pelakon drama suami isteri kena tidur bilik asing.”
Ini adalah pesanan Ilham dan Inara setuju part ini.
“Cekodok manis is done.” Cekodok manis Inara letakkan disisi Ilham bersama air Nestlo ais.
Sebenarnya ada benda yang Inara mahu tanya Ilham. Nak clear kan semua kecelaruan yang ada. Dadanya sudah sesak dengan pelbagai soalan.
“Thank you.”
Hanya itu yang Ilham mampu cakap. Selebihnya dia lebih fokus pada kerjanya itu.
Inara tarik nafas dalam-dalam. Baru hari pertama duduk di rumah berdua.
Inara pun ada banyak kerja nak buat cuma dia ada perkara nak diborakkan dengan Ilham terlebih dahulu.
“Ilham…”
“Hmm.”
“Awak sibuk sangat ke? Boleh kita borak kejap?”
Ilham berhenti buat kerja. Dia pun sejak kahwin rasa tidak tenang selagi tidak berterus terang semuanya dengan Inara.
Ilham pandang Inara yang duduk di satu sudut dalam biliknya. Ilham bergerak ke situ. Mahu duduk di depan Inara.
“Apa yang awak nak cakapkan tu?” Soal Ilham dulu.
Entah bila Ilham ni bertukar bahasa pula dengan dia. Kalau sebelum ni aku kau aje.
Suka hati dia lah. Tak penting semua tu.
Inara tarik nafas lagi. Macam mana ya nak mula?
“Awak kenal saya?” Apa punya soalan entah. Punyalah tak tahu nak mula dari mana sampai berkedut dahi Ilham nak faham soalan Inara.
“Mestilah kenal. Awak isteri saya. Ada ke orang tak kenal isteri sendiri?” Pelik pulak soalan bini aku ni walaupun Ilham mungkin faham maksud soalan Inara tu.
Inara julingkan mata ke atas.
“Maksud saya, awak kenal saya sebelum kita eksiden?”
“Nope.”
“Habis tu apa maksud papa tercapai impian arwah Ezham untuk semua ini?” Ilham tarik nafas panjang.
“Look Inara. Sebelum eksiden papa memang ada suruh saya cari awak tapi dalam KL yang besar dengan kesibukan saya lagi saya memang tak ada masa untuk cari awak. Tapi saya ada gambar awak. Papa yang beri pada saya. Gambar masa awak kecil tapi tak berubah sangat pun.”
Ilham berhenti sekejap. Air yang dibawa bersama tadi dia hirup.
“Actually, satu famili cari awak. I mean papa dan mama. Adik dan saya tak berniat nak cari awak sebab kami tak kenal awak pun. Yang kenal awak Cuma Ez. Papa terjumpa gambar 10 tahun awak bersama Ez. Ez tulis kat situ yang dia cintakan awak. Nak awak jadi isteri dia satu hari nanti. Papa dan mama seolah diulit rasa bersalah dengan arwah.
Sebab kata papa Ezham memang susah nak ikut mereka pindah ke UK dulu. Dia takut sangat hilang awak. Itu bermakna betapa sayangnya dia pada awak. I am very sure kalau dia masih hidup dia mesti akan cari awak.”
“Bila kita eksiden, saya seolah ingat lupa gambar awak. Langsung tak terfikir yang awak Inara Aisyah yang papa suruh cari sampailah kita jumpa di ofis awak. Saya tahu nama awak. Terus saya minta details awak dengan Daniel. Bila cek dan saya beritahu papa. papa cakap memang awak. Bila saya tengok balik gambar masa kecil. Takde perbezaan sangat. Itu menguatkan lagi rasa yang Inara yang kami cari memang orang yang sama. Tambahan dah tengok details awak.”
“Sejak dari itu papa dan mama tak habis-habis pujuk saya. Suruh saya kahwin dengan awak. Lagipun saya tak ada sesiapa. Papa cakap awak baik. At least saya dah bahagiakan Ezham. Dapat bawa awak masuk dalam keluarga kami. Papa dan mama beriya suruh saya jadikan awak isteri saya. Inara, saya seorang anak yang jarang tolak kehendak parents. Tak pernah tolak.
Saya tak sampai hati. Dalam masa yang sama awak bukan jenis perempuan pisau cukur. Saya mungkin tak cintakan awak tapi saya boleh terima awak sebagai isteri saya. Pada saya, cinta dan sayang boleh dipupuk. Selagi kita nak. Kenapa mesti ada benci kalau antara suami isteri itu perlu ada kasih dan sayang. Semua perasaan boleh disemai. Semuanya atas kehendak masing-masing.”
Inara tekun mendengar. Begitu kasih Ezham padanya. Dia pun sayangkan Ezham. Dia tunggu Ezham tunaikan janjinya untuk jadikan dia seorang isteri. Tak sangka Ezham pergi terlalu awal.
Dan Ilham sanggup korbankan perasaan, hati semata kerana papa dan mamanya. Sedangkan Ilham tak kenal Inara. Inara pun sama. Kena ikut Ilham semata-mata.
Memang perasaan boleh dipupuk tapi boleh ke Inara cintakan Ilham? Apatah lagi bila tahu semua ini. Ilham pun dipaksa. Walaupun Ilham tak nyatakan yang dia bencikan Inara tapi nak ke Ilham cinta dan sayangkan dirinya?
“Soal hati dan perasaan pun kena ikut kehendak parents ke?” Baik sangat ke Ilham ni?
Ilham angkat bahu.
“Macam yang saya cakap. Saya sayangkan keluarga saya sangat-sangat. Ingat Inara, mak dan ayah kita takkan berikan yang terburuk dalam hidup kita. Mereka harapkan yang terbaik dan mereka lebih makan garam dari kita. Ada ke mak ayah yang nak tengok anak hidup merana? Dah sah mama dan papa saya kenal awak sejak kecil. Mereka tahu pilihan Ezham adalah terbaik. Mereka sudah berikan didikan yang baik. Terpulang pada awak Inara. Saya minta maaf sebab libatkan awak dalam hal ni.”
Ilham terus bangun dari duduk. Nak teruskan kerja yang tergendala tadi. Dia faham yang isterinya sekarang terasa macam kena kahwin paksa. Dia pun sama. Dia pun mangsa keadaan. Kena kahwin dengan Inara. Tapi dia terima as a jodoh.
Terkedu Inara bila ditinggalkan begitu. Maksudnya mereka adalah dua orang yang terpaksa? Macam tu?
Semuanya sebab janji dia juga dengan arwah Ezham. Papa dan mama cuma nak Inara jadi menantu mereka juga. Bagi papa dan mama bila Ezham suka maksudnya perempuan itu baik-baik.
Aku ler tu! Sempat perasan kau.
“ILHAM, tolonglah saya.” Inara merayu.
Salah dia juga. Tak beli awal-awal. Kan sekarang ni terpaksa susahkan Ilham. Dalam malu-malu terpaksalah Inara buat muka tak tahu malu. Sekarang ini yang tinggal hanya mereka berdua. Kalau ada orang lain memang dia takkan minta tolong Ilham.
“Saya mana pandai.” Ilham garu kepala. Susah betul layan perempuan ni. Macam-macam karenah. Nasib baiklah karenah Inara kurang. Kalau tidak pening juga kepalanya.
Sebab perintah kena duduk rumah tak memasal dia yang jadi mangsa.
“Saya akan ajar awak. Nanti awak buatlah video call.” Ajar Inara.
Sesungguhnya dia terpaksa dan memang dia tengah merayu Ilham. Berharap sangat.
Pasaraya bukannya jauh pun dari rumah mereka ni. Ilham buat muka nak dengan tak nak. Sama banyak.
Dalam masa yang sama dia kesiankan isterinya.
“Okeylah. Pegang telefon. Kalau saya call sekali awak tak jawab saya balik.” Inara sengih.
Hish! Kerja dia nak mengugut aku aje. Nasib baik dia nak tolong juga. Alhamdulillah.
Lima minit kemudian Ilham buat video call. Cepat-cepat Inara jawab. Buatnya lelaki itu balik mati dia. Cukuplah sekali.
Dia memang kenal Ilham yang terkenal dengan kata-kata dan tingkah lakunya. Sekali dia cakap memang dia akan buat.
“Bukan yang tu. Cuba awak jalan depan lagi.” Bila Ilham tunjuk gambar terus Inara jawab.
“Hish! Susahlah. Malu tahu tak?” Ilham tayang muka geram.
Timbul rasa nak kenakan Ilham tapi malaslah. Kesian kat lelaki itu yang dah tolong dia.
“Ala.. untuk isteri awak jugakan.” Inara sengih.
“Saya nak wing. Jenis Intimate. Cuba awak cari.”
Inara faham musim-musim virus ni memang ramai keluar beli barang buat stok. Dah macam stok darurat. Padahal kerajaan istiharkan suruh duduk rumah. Bukannya sampai tak boleh keluar beli barang. Kalau boleh habis semua barang dalam pasaraya mereka nak borong.
Tak faham. Dah susahkan orang yang nak beli barang selepas itu. Tak faham dengan arahan.
Dulu mak bapak hantar pergi sekolah sibuk main-main agaknya itu pasal susah semacam nak dengar arahan Perdana Menteri kita.
“Nak terbang ke mana? Tak cukup rumah besar tu ke?”
Ilham buat mata.
Inara rasa nak ketawa kuat-kuat. Hadui! Susah bila suruh lelaki ni. Suruh beli yang wing dikatanya nak terbang.
“Yang ni ke?” Belum sempat Inara jawab Ilham menyoal kembali. Inara kecilkan mata. Tilik betul-betul. Dia memang cerewet sikit bab ini.
“Cepatlah woi.”
“Kejaplah.”
Punca Ilham dah malu tahap gaban. Hampir semua perempuan tengok-tengok dia. Ni semua sebab Inara.
“Okey awak. Beli yang itu.”
Bila Inara setuju terus mereka berdua matikan video call. Inara baring dulu sementara menunggu Ilham pulang.
15 minit selepas itu Ilham tolak pintu bilik.
“Nah.”
Nak terbeliak mata Inara. Bila orang kaya keluar membeli. Ni salah seorang panic buying. Panic part ini je masalahnya.
“Seriuslah awak?” Tak percaya.
“Cukupkan untuk setahun?”
Tak tahu nak ketawa ke nak menangis. Setahun?
Paling kuat pun dia beli untuk stok dua bulan saja. Ini setahun.
Apa-apa lah.
Yang penting Inara bahagia.
“Thank you awak.”
HARI ke 7 PKP tahap bosan Inara dah cecah maksimum. Kalau dibiarkan boleh terbakar.
Dia akhirnya buka chrome nak cari resepi-resepi kuih atau kek yang boleh dicuba.
Ilham hanya terperuk di dalam bilik. Sibuk dengan kerja. Inara pun sibuk dengan kerja tapi otak sudah tepu. Melukis hanya di dalam bilik. Kalau tidak dalam bilik di dalam bilik bacaan. Sama juga tu. Tetap bilik kan kunci utamanya.
Entah syaitan apa yang merasuk dia. Inara masuk ke dalam bilik dan memanggil Ilham.
Okeylah panggil Ilham. Kalau cakap sorang-sorang tak ke namanya gila meroyan.
“Awak…” Tak peduli dengan Ilham yang sibuk dengan laptop.
“Hm.”
Ilham seolah malas melayan Inara. Mesti nak suruh aku keluar lagi ni. Kata Ilham dalam hati.
Hai! Tak layan pun isteri. Nanti nak masuk syurga sama-sama. Erk?!
“Awak… awak suka tak makan kek karamel pelangi?”
Bahagia je Inara menanya. Dah macam orang mabuk pun ya. Gatal semacam je. Tertelan pil apa aku ni?
“Suka je. Kalau ada saya makan. Takde macam mana nak makan.”
Ilham masih memaku matanya pada laptop.
“Kalau macam tu jom tolong saya buat. Saya pun baru nak cuba ni. Kalau tak jadi kita sama-sama.”
Oh! Pandainya otak Inara ni. Kalau tak jadi sama-sama ya? Kalau jadi nama kau sorang dalam carta?
Itu biasa.
Ilham pandang Inara. Dah gila ke isterinya ini? Baru hari ke 7 terperuk dalam rumah sudah begini jadi nya? Tak pernah pernah ajak dia masuk dapur.
“Jom la.”
Rengek Inara lagi sambil tarik tangan Ilham pula kali ini. Layankan jela Ilham. Bukan selalu pun. Kau pun mesti stres asyik hadap laptop je. Hatinya merasuk.
“Okey.”
Ilham tekan laptop dalam mod sleep dan berlalu mengikut Inara.
Bukan main bahagia lagi Inara bila dapat baking sama-sama dengan Ilham.
Sekurangnya adalah orang yang boleh diajak gaduh masa nak letak adunan nanti.
“ILHAM, tolong ambilkan esen vanila dalam bekas tu.” Suruh Inara.
Dia sibuk pecahkan telur ke dalam mangkuk. Rasa teruja nak buat kek. Sejujurnya ini kali pertama dia ada masa nak buat kek. Sebelum ini kek hanya atas kertas pelan sahaja.
Ilham hanya menurut sahaja. Kali ini dia tidak beri pada Inara. Teringin nak masukkan sendiri.
“Esen vanila ni letak banyak mana?” Inara rujuk kembali pada kertas resepi yang telah dia print tadi.
“Lambatlah awak ni. Sini saya tengok.” Ilham merampas daripada Inara.
Inara mencebik. Dia pun lambat. Tengok tu. Masih tak tahu berapa banyak kena letak.
“Sini saya tengok. Lambatla awak ni.” Inara rampas dari Ilham pula.
“Eee. Tengoklah. Tengok.”
“Haa dah jumpa. Satu sudu teh.” Seronok Inara. Akhirnya dia menang juga.
Ilham mencebik.
“Macam budak-budak.”
“Memang saya budak dari awak pun.”
“Perasan.”
“Nah! Ambil ni.”
Bulat mata Inara apabila adunan kuih dicuitkan ke pipinya. Terus Inara kejar Ilham yang sudah melarikan diri. Nak balas dendam. Ditariknya baju Ilham supaya berhenti. Automatik Ilham terhenti dan badannya terkena Inara.
Sempat Inara calit sedikit adunan ke pipi Ilham sebanyak duit jari. Puas hatinya.
Tidak lama kemudian tiba-tiba Ilham memandang Inara. Pinggang Inara didakapnya. Ketat. Terpaku Inara disitu. Tak berani bersuara. Seakan membenarkan semua yang Ilham lakukan padanya. Tapi nak kesah apa. Suami yang halal buatnya kut.
Ilham dongakkan Inara supaya bertentang mata dengannya.
Alamak! Lagilah terpaku Inara dibuatnya. Niat nak bergurau dengan Ilham dah lain pula jadinya. Ilham dekatkan bibirnya ke telinga Inara. Inara pejamkan mata.
“I love you Inara Aisyah.”
Dup dap dup dap jantung Inara sebaik sahaja ayat keramat itu diucapkan. Penuh syahdu ditelinganya.
Ilham cintakan aku? Seakan bodoh.
“I love you so much Inara.” Again.
Betul ke? Sempat Inara tampar pipinya.
Er. Apa nak jawab ni?
Padan muka. Ilham dah lari kau sibuk kejar. Ilham depankan badan Inara supaya menghadap dirinya. Kedua tangannya memegang bahu Inara.
Inara pula dah jadi macam patung. Semua gerakan Ilham yang buat untuknya.
“Jom kumpul pahala sama-sama.” Ilham mengajak lagi.
Apa kena dengan dia ni? Demam malaria ke?
Inara buat bodo disentuhnya dahi Ilham.
“Abang tak demam sayang. Memang abang cintakan Inara. Sejak dari hari pertama kita jumpa lagi. Abang setuju nak kahwin dengan Inara sebab abang dah ada hati pada Inara.”
“I love you.”
Lagi terkelu Inara nak terima berita yang baru. Dah jatuh cinta sejak hari pertama jumpa? Boleh ke macam tu?
Boleh je. Ini semua kan soal hati.
“Er… saya… saya…”
Malulah. Lagipun tak tahu nak jawab apa. Rasanya dia pun rasa benda yang sama kut.
“Tak payah er.. er.. mulai hari ini jom kita bercinta sampai syurga. Dah jom sambung buat kek awak bersama cinta yang tengah disulam ni. Baru best!”
Hidung Inara dicuit Ilham. Comel.
Sebelum berlalu bersama-sama sempat Ilham berikan sebuah kucupan di pipi Ilham.
Ilham sayang sangat pada isterinya ini. Terkejut Inara dibuatnya. Apapun dia bahagia punya suami yang sayangkan dia.
Benarlah cinta kasih dan sayang boleh disemai. Semakin kuat usaha untuk menyemai semakin kuat rasa kasih sayang pada seseorang.
Kuburkan kebencian semaikan kasih sayang sebanyak yang mungkin. Semoga hubungan Ilham dan Inara berkekalan hingga ke syurga Allah.
“Kek karamel pelangi penuh kasih sayang siap untuk dimakan.” Inara.
TAMAT-
Semoga cerpen yang tak seberapa ni dapat hiburkan semua yang sudi baca.
By the way terima kasih dan semoga happy happy je duduk rumah cegah COVID19.
No comments:
Post a Comment