CERPEN-KUTEMUKAN CINTA SEJATI
SEDIH? YA.
Menangis? Dah!
Meraung? Dah!
Semua pun dah.
Jadi, apa lagi yang belum?
Bunuh orang!
Ya! Ya!
Sekarang ni Adresia rasa nak bunuh manusia depan dia ni. Isk! Rasa kecik-kecik je. Nak bunuh je Kairo Nashif ni. Sakit nya hati. Sakitnya! Sakitnya! Rasa macam baru je lepas kena tusuk dengan sembilu tajam. Pedih yang amat.
Adresia pandang Nashif yang turut menangis. Dia pun dah lencun habis.
Sape yang salah? Sape yang buat hal? Dah sah sah la Nashif yang buat hal.
Tapi… kenapa dia nangis?
Sebab Nashif ni pelakon paling hebat kalah Abang Pattah bila berlakon.
Drama! Kenapa lah Nashif ni tak jadi pelakon je? Pergi lah intervieu DFKL tu. Kenapa lah pilih kerjaya sebagai engineer.
Kenapa? Kenapa?
Stres lah Adresia!
Huh.
Sumpah rasa nak menjerit.
Adresia. Adresia. Kau nak menjerit buat apa? Nak nangis bazir air mata, buat apa? Kau juga yang bodoh. Dah berapa kali Nashif tu kelentong kau?
Tak terhitung dengan jari tangan dan kaki.
Haa. Tahu pun.
Habis yang kau selalu je percaya cakap dia, kenapa pulak? Kau selalu bagi dia peluang demi peluang sampaikan sekarang dia pijak kepala kau sampai hancur lumat Adresia.
Kau nak bagi peluang lagi ke? Kau tak tahu ke?
Orang kalau dah jahat mustahil lah dalam masa dua puluh empat jam je dia boleh berubah. Paling malang memang tak berubah. Makin bagi peluang, makin susah nak berubah. Sebab apa? Sebab dia fikir banyak lagi peluang yang terbentang depan mata.
Tak! Tak! Aku takkan bagi dia peluang lagi. Nekad hati Adresia.
Sekarang ni hati dia dah banyak ejek dia. Dia tak sanggup lagi nak dengar.
“Kita putus!”
Luah Adresia lepas siap nangis. Cuma sendu je yang masih bersisa.
Nashif pandang Adresia. Tak percaya dengan apa yang dia baru dengar. Nangis lagi. Sedih yang amat. Dia menyesal.
Dah takde guna. Hati berkata.
“Please Resia. Sekali lagi. Please. Please.”
Bersama air mata, Nashif minta peluang kali kedua.
Adresia ketawa. Tak mungkin!
Hati dia dah tawar. Cukup tawar. Cukup cukup lah tu dibodohkan selama hampir lima tahun. Patutlah semua orang pandang dia selama ni. Rupanya sedang diperbodohkan oleh seorang engineer. Konon otak cerdik. Puii!
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tak gitu?
Sekarang kau telan lah. Konon sedih! Eh! Lakonan semata-mata lah lelaki ni.
Jangan terpedaya lagi Resia.
Please. No more.
“Kalau aku bagi kau peluang, kau akan tinggalkan dia ke?”
Dah tak mampu nak cakap baik-baik. Aku-kau lagi elok kut.
Buntang biji mata Nashif. Tak percaya lagi. Aku-kau.
Senyap!
Adresia ketawa.
“Takkan tinggal kan? Then, aku yang akan berundur.”
“Jangan! Bagi saya masa Resia.”
“Kalau betul. Sekarang mintak putus dengan dia!”
Nashif naik angin.
“Kau nak suruh anak orang tu mati ke? Takkan aku tiba-tiba nak mintak putus ngan dia macam tu je. Kut ya pun sabar lah!”
Marah Nashif.
Adresia terkejut.
Dia tahan air mata. Sedih dimarahi. Dia kan memang cepat tersentap hati. Anak bongsu lah katakan.
“Oh! Sebab perempuan tu kau sanggup marah aku! Fine. Aku muktamad, nak putus dengan kau!”
Adresia bangun dan berlalu pergi. Ditinggalkan Nashif terkontang-kanting di tepi Mall tu. Pandai-pandai dia lah nak balik semula.
Dah lah selama ni naik kereta aku, tapi tak reti lagi nak bersyukur. Jadi, lantak kau. Ingat aku heran sangat dengan lelaki yang baru nak up macam dia tu.
Heh! Tak heran lah.
“Dah la muka macam bontot kuali, ada hati pulak nak jadi playboy.”
“Bodoh punya laki. Selama ni aku ikut je dia, aku tunggu je dia. Akhirnya dia pilih orang lain!”
“Aku dah agak, dia tak pernah setia dari dulu!”
“Bodohnya aku sebab tunggu dia!”
“Bodoh. Bodoh. Bodohh!”
“Aku benci kau! Semua keturunan kau pun aku benci!”
Macam-macam sumpah seranah si Adresia bersama air mata yang setia menemani dia.
Sampai lah dia masuk ke dalam kereta.
Di situ, dia nangis sepuas hati. Supaya, balik rumah nanti hati dia tenang. Semuanya harus dikuburkan. Jangan ingat lagi.
“Allah! Terima kasih atas petunjukMu. Bantulah aku lupakan dia Ya Allah.”
Rintih Adresia.
Dia janji pada diri, yang dia takkan cari Nashif lagi. Takkan sama sekali.
*****
TERPERAP dalam bilik.
Itu yang Adresia buat sejak balik tadi.
Nasib baik lah mama dengan abah takde dekat rumah. Keluar. Kalau tak, susah juga nak main soal jawab ni.
Adresia mulakan dengan mengambil kotak.
Ya! Kotak pemberian Nashif di hari jadinya.
Adresia cebik bibir. Dua tahun berturut pun bagi hadiah yang sama. Tu pun mungkin sebab terpaksa.
Eh! Saiz je berbeza. Satu besar. Satu kecik. Tapi bear jugak nama dia.
Nangis lagi! Ya. Menangis. Mana ada orang putus cinta bahagia. Tu gila nama dia.
Adresia masukkan dalam kotak bear-bear tersebut. Disumbat. Dipenyetnya. Macam tengah penyet Nashif. Andaikan je. Puas juga hati dia.
Adresia bangun dari duduk.
Pada satu sudut, semuanya gambar dia dengan Nashif. Dalam frame ada. Terus ditampal pada dinding pun ada.
Dicabut satu-satu. Dikoyak. Sambil koyak, sambil lebat air mata dia jatuh. Satu-satunya ditenung. Semua kenangan seakan bersatu dalam satu kotak memori. Tak sanggup nak tahan sedih. Dia berhenti pada satu gambar. Dipegang. Lama…
“Kenapa kau buat aku macam ni Nashif?”
“Kenapa selepas empat tahun baru nak kantoi?”
“Kenapa lepas kau jumpa keluarga aku?”
“Kenapa lepas aku sayang kau sangat-sangat?”
“Kau tahu kan? Sekali aku sayang, selamanya aku sayang! Tapi kau tetap khianati aku.”
“Kau kejam! Laki macam kau, tak layak dimaafkan.”
“Kau takkan tenang Nashif. Buat aku macam ni. Ya! Takdir. Aku percaya pada jodoh. Pada takdir. Tapi. Sekarang ni kau yang khianat semuanya. Kau perosak. Kau yang acah-acah tak nak setia. Acah nak jadi playboy. Sebab apa? Sebab kau berduit? Ke sebab kau rasa kau hensem? Kirimsalam! Kau dengan kuali. Lagi lawa kuali. Kau tahu tak?”
Adresia dah macam orang tak betul. Sambil tenung gambar. Sambil cakap seorang diri. Memang cinta buatkan orang jadi gila. Kan?
“Dah lah tak hensem! Ada hati nak main kayu tiga. Blah!”
“Ni mesti sebab kau rasa kau berduit kan Nashif? Sebab tulah kau berani buat macam ni.”
“Tapi… dari dulu pun kau selalu kantoi ada pompuan lain pun!”
“Arghhhhhh.”
“Stop Resia! Stop! Kau kena, wajib untuk lupakan dia! Bukan sunat. Tapi wajib!”
*****
AKHIRNYA.
Adresia berjaya juga hapuskan kesemuanya sekali barang Nashif. Semua yang Nashif bagi, semua pun dia buang. Tempat terbaik adalah dalam tong sampah besar depan ofis dia.
Huh! Nombor telefon pun Adresia padam. Sosial media milik Nashif pun semua dia dah block. Dah takde ruang untuk lelaki tu cari dia.
Tapi…
dia memang takkan cari Adresia pun.
Nashif dah ada yang baru.
Ini yang buat Adresia sebak kuasa lima ni. Huwaa.
Nak nangis!
Jangan.
Nak!
Jangan.
Nak!
Ni ofis!
Okey!
“Resia!”
Amal memanggil Adresia.
Terkejut dia yang tengah termenung di meja kerja.
“Apa?” Berkerut dahi Adresia.
“Kau ni mengelamun apa Resia? Ada masalah ke? Ke tengah rindukan Nashif?”
Usikan macam ni lah yang buat hati Adresia tak kuat. Semua dah tahu hubungan mereka. Bila retak macam ni, malas nak buka cerita. Nanti sampai esok pun takkan habis lagi.
“Mana ada! Kau nak apa ni?” Lekas Adresia menafikan.
Di tangan Amal ada satu dokumen.
“Ni. Nak suruh kau taip. Nanti nak hantar pada lawyer.”
Amal malas nak banyak tanya lagi. Dia terus hulurkan dokumen klien pada Adresia.
“Oh!”
Tak banyak cakap, Adresia terus menyambut. Dia terus fokuskan mata pada komputer. Sebenarnya lebih berharap pada Amal pergi dari situ. Dia takde mood lah nak layan Amal ke sape-sape ke. Takde mood. Zero mood.
*****
ADRESIA jalan-jalan di kawasan pantai. Memang sejenis Adresia suka jalan di kawasan pantai. Terutama bila ada masalah. Masalah-pantai. Kenapa? Mungkin sebab pantai tu adalah ciptaan Allah semulajadi. Sebab tu kut. Bila tengok pantai je akan rasa tenang. Bila dengar ombak je. Rasa macam ombak tengah bagi nasihat pada dia. Tengah hiburkan dia yang sedang bersedih. Seronok kan?
Jalan punya jalan… tak sedar terlanggar seseorang.
Eh! Nasib baik takde apa-apa yang cedera mahupun jatuh.
“Sorry!” Adresia mohon maaf terlebih dahulu.
“Its okay!”
Adresia pandang lelaki itu. Macam ku kenal je suara dia ni.
Kebetulan dia pun pandang aku juga.
Akhirnya, masing-masing pun senyum.
“Awak?” Adresia.
“Dan awak?”
Sama-sama ketawa.
“Dari mana ni? Tak sangka jumpa kat sini.”
“Er. Baru je balik dari ofis ni. Tak balik rumah terus. Tu yang datang sini. Tak sangka kan? Awak pulak dari mana?”
“Jom dok kat sana. Dah macam wayang pula kita ni depan-depan orang ramai.” Qayyum mengajak. Tak selesa berbual di depan umum. Tu yang dia ajak Adresia duduk di bawah pokok sana. Kebetulan, tempat duduk kat situ kosong.
“Jom.” Adresia mengangguk sambil berjalan beriringan dengan Qayyum.
“Oh. Sorry! Lupa nak jawab soalan awak. Saya dari tempat kursus sebenarnya. Kat kawasan sini jugak. Saya menginap dekat hotel depan tu je. Itu yang jalan-jalan kawasan sini kejap.”
Qayyum ni merupakan kawan pada Nashif semasa mereka belajar dulu. Adresia memang kawan baik dengan Qayyum memandangkan Qayyum dengan Nashif memang kawan baik. Bila keluar bersama je mesti ada Qayyum sekali.
Lagipun, Qayyum ni memang baik dan sangat disenangi ramai.
Mereka dah pun duduk bertentangan.
Adresia sukalah pandang muka Qayyum. Hensem. Hensem ke? Tak lah sangat. Cuma, Qayyum ni manis. Ha ha. Macam sape ek? Ada tak iras Idris Khan? Ada! Tapi Qayyum lagi hensem dari Idris Khan.
Whoah. Melampau kau puji ni Adresia oi! Baru je kut Nashif dengan kau putus.
“Dah habis scan saya dah ke?”
Keh keh. Kantoi! Tersentap Adresia.
“Er… sorry! Mana ada saya scan awak. Saya fikir masa depan je.”
Nashif ketawa.
“Your future around my face?”
“No!”
Adresia turut ketawa.
“So… how your relationship with Nashif? Bila nak kawen? Dia dah kerja kan.”
Tak Adresia nafikan, kawan-kawan sekeliling dia ni memang jenis prihatin. Soalan sama je. Bila nak kawen? Bila nak kawen? Bila nak kawen?
Bila jumpa tak sah kalau tak tanya soalan jenis copy paste ni.
Adresia mengeluh dan geleng kepala.
“Impossible!”
Qayyum nganga mulut. Terkejut. Pelik.
“Apa yang impossible Resia?”
“Impossible kawen dengan Nashif.”
“Kenapa??”
Adresia mengeluh. Dia pandang Qayyum. Tak ceritakan, dah terlanjur cakap. Adat lah bila jadi sesuatu mestilah bersama asbab. Mana boleh takde sebab.
“Dia curang.”
“Hah? Really?? Main-main je kut.”
Qayyum tayang muka sumpah tak percaya. Mana mungkin dia percaya. Kawan dia Nashif tu baik. Stok lelaki budiman, beriman. Takkan lah sanggup duakan Adresia ni pula.
Lagipun hubungan mereka dah lama. Sayang nya.
Adresia angguk lagi.
“Saya nampak Qayyum. Bukan tuduh buta-buta.”
“How?” Soal Qayyum ingin tahu yang membuak-buak.
*****
ADRESIA tarik nafas. Perlahan.
“Masa tu saya nak beli barang. Tapi, saya tengok dia ralit sangat main telefon. Niat kat hati ni nak usik dia. Sekali tengok dia balas wasap siap dengan abang sayang bagai. Saya ni macam nak meletup dah kat dalam ni.”
Adresia pegang dada. Kuat.
Jangan nangis masa cerita ni, Resia.
Sambung lagi.
“Saya suruh dia terus terang. Memula dia tak nak ngaku lah jugak. Tapi… nak sorok apa lagi? Semua dah terbukti walau tak baca semua. Akhirnya, dia mengaku dia ada perempuan lain. Jumpa dekat we chat. Baru tiga bulan dekat Kuala Lumpur dah tak setia.”
Adresia mengeluh.
Kesal. Kesal dengan sikap Nashif. Baru berjauhan dah tak boleh nak setia. Tak boleh nak jauh. Kalau kawen macam mana? Kesian bini dia nanti.
Alhamdulillah. Aku tak jadi bini dia. Syukur! Terima kasih Allah.
Sempat lagi Adresia panjatkan rasa syukur dalam diri.
Qayyum geleng kepala. Tak sangka.
"Macam tu sekali ke? Teruknya. Sabarlah Resia.”
Adresia hanya mampu senyum. Kalau tak sabar, apa lagi. Kan?
“Tengah sabar ni. Kalau tak dah keluar metro muka surat depan. Seorang lelaki kena bunuh sebab curang.”
Kedua pun ketawa lepas dengar Adresia buat lawak tak berapa nak jadi.
“So, apa pelan awak lepas ni?” Soal Qayyum. Sekadar nak tahu.
Adresia termenung. Sebentar. Tengah proses maklumat.
“Tak tahu lagi. Rasanya nak sambung master kut.”
Adresia rasa nak benti kerja dan sambung master. Full time! Nak capai cita-cita dia nak jadi seorang pensyarah. Tinggi cita-cita.
Ya! Nasib baik tak jadi isteri engineer tak guna tu. Belajar tinggi-tinggi, tapi otak dok kat lutut. Buat pa? Baik kawen dengan orang yang IQ rendah tapi mampu untuk setia lagi. Kan?
Qayyum mengangguk. Besar cita-cita.
“Baguslah! Saya doakan awak berjaya.” Qayyum panjatkan doa.
“Thanks Qayyum. You too.”
Adresia senyum. Senang dengan Qayyum.
*****
RASA, rasa… macam jatuh cinta lah pulak!
Adresia sengih seorang diri.
Masa yang ada digunakan sebaiknya untuk lupakan Nashif.
Tujuh bulan masa yang dia amik untuk lupakan Nashif. Tak sepenuhnya. Tapi dia dah boleh berjalan tanpa fikir pasal Nashif. Dia dah boleh terima bila ada orang tanya pasal Nashif. Dia akan jawab dengan selamba aje.
Lagi best makwe baru Nashif tak sehebat Adresia pun.
No lah! Bukan nak hina budak tu tak hebat. Hebat je.
Tapi, dari segi wajah, lawa Adresia lagi kut.
Dari segi harta pulak. Banyak harta sendiri milik Adresia lagi kut…
Dari segi pendidikan? Cerdik Adresia lagi!
Apa lagi? Kerjaya? Kerjaya Adresia lagi bagus.
Habis tu? Budak tu ada apa je?
Nothing.
Maksud?
Betul-betul jadi buaya tembaga ditanggung oleh Nashif.
Maksud?
Alah! Budak tu tak reti berdikari pun.
Mana kau tahu ni Adresia?
Sosial media!
Okey!
Adresia senyum.
Pada dia, Nashif tu memang seorang yang bodoh bila buat pemilihan. Eh! Biar lantak ke dia. Kut ya pun nak cari, cari lah Ms Engineer ke. Barulah setaraf kan. Ni, cari yang lagi low dari Adresia. tak kelass langsung!
Takdela Adresia rugi dapat lelaki seburuk Nashif tu.
Sekarang ni, misi Adresia adalah nak buru cinta sejati.
No need cinta bontot kuali ni. Dah la hitam, tak sedar diri pula tu.
Qayyum! Ya. Qayyum. Adresia tengah kejar cinta Qayyum. Haraplah Qayyum pun sukakan dia jugak. Sebab, dia memang suka Qayyum yang baik.
Bagi sokongan moral pada dia untuk lupakan Nashif. Ada saat Adresia sedih.
Baik kan Qayyum?
Boleh kan perigi cari timba?
Rasanya… dah takde isu perigi cari timba sekarang ni.
Qayyum cakap.
“Kalau suka, cakap lah suka. Kalau tak suka, terus terang je tak suka. Sekurangnya cakap.”
Adresia senyum lagi. Rasa macam bersemangat pula bila Qayyum dah cakap macam tu. Qayyum tu tak tahu ke sebenarnya Adresia ni sukakan dia. Apa lah!
“Fara…” Panggil Adresia.
Fara tengah pandu kereta. Kami nak cari tempat makan. Nak merendet sekejap.
“Em!”
“Aku nak mintak pendapat kau ni.”
“Apa?”
Adresia pandang depan. Berkira-kira nak minta pendapat dengan Fara. Fara memang kawan baik dia merangkap sepupu paling baik dan rapat dengan dia. Segala jenis masalah tak segan dia nak kongsi dengan Fara ni.
“Aku sukakan seseorang. Tapi kan, seseorang tu kawan Nashif.”
“Dah tu? Apa masalahnya?”
Buntang biji mata Adresia. Fara bukan nampak pun!
Dia tanya aku apa masalah? Takde masalah ke pada soalan aku tadi?
“Kau faham tak ni? Masalah lah sebab mereka kan kawan.”
Hish. Geram Adresia dibuatnya.
“Tak salah! Jodoh tak kenal sape-sape. Lagipun Nashif tu dah buat tahik dekat kau. Takkan kut kau nak fikir lagi.”
“Kawan dia? Tetap kawan. Tetap sahabat.”
Fara mengeluh. Rumit ni.
“Tak salah cuba. Dah jodoh tak ke mana.”
Adresia senyum. Dapat semangat kembali.
“Kan? Kalau dia tak terima aku, anggap jela bukan jodoh.”
“Kau nak bagitahu dia ke?” Fara.
“Kau rasa?”
Adresia pandang Fara. Bersahaja wajah Fara.
“Patut! Patut bagitahu daripada pendam. Kalau dia tolak, kau chill je. Hidup ni bila gagal, tak selalunya gagal. Dibuang pun kita boleh bangkit semula. Tak gitu?”
Haa. Bila dapat nasihat baik macam ni, lagilah bersemangat Adresia nak luahkan rasa hati pada Qayyum.
Dia sudah sengih-sengih. Sumpah gatal. Macam kena miang keladi badan dia. Macam tulah lebih kurang dia punya gatal!
*****
PAGI itu, Adresia jalan-jalan di Mall. Dia sebenarnya ajak Qayyum keluar, tapi Qayyum bizi. Tak ngapa lah. Adresia dah biasa kut jalan sorang-sorang. Lagipun, nak kisah apa. Cintanya disambut baik oleh Qayyum. Qayyum kata, nanti dia akan bawa keluarganya masuk minang Adresia. Best kan? Cinta sejati! Tak payah tunggu lama-lama macam mana Adresia tunggu Nashif dulu.
Mudahnya Qayyum terima.
Mula-mula tu macam susah jugak. Adresia tak pujuk. Cuma Adresia cakap, kalau tak nak terima takpe.
Tahu yang dia bertepuk sebelah tangan.
Eh! Tak.
“Saya pun dah lama sukakan awak Adresia. Cuma… saya ni kawan dengan Nashif.”
“Saya bukan bini dia pun!”
“Tapi saya malu dengan dia.”
“Dia cari pasal dengan saya. Sebab kami putus. Semua sebab dia. Bukan sebab awak!”
“Hm… saya istikarah dulu.”
“Okey!”
Memang itu jawapan dan pilihan terbaik bagi umat Islam. Tanya Allah.
Buat apa nak fikir pasal orang lain nya. Cuma, risau juga kalau-kalau ada campur tangan syaitan. Harapnya takdelah.
Seminggu juga Qayyum amik masa untuk bagi jawapan pada Adresia. Dalam masa seminggu juga Adresia tak jemu-jemu doa. Dia juga siap bangun solat tahajud. Ini paling lucu. Bila nak sesuatu baru bersungguh cari Allah.
Nasib lah Allah tak berkira dengan dia. Tetap bagi juga walaupun dah sah dia tengah bodek masa tu.
Buktinya bila Qayyum dah bagi jawapan dah takde dah solat tahajud pada waktu pagi Adresia. Terukkan?
Nauzubillahiminzalik!
Harapnya, Adresia akan lebih rajin dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi pada dia.
Nashif tu cinta monyet. Eh tak! Cinta kuali hitam.
Qayyum cinta sejati Adresia. Auu!
Tengah-tengah tersenyum, ada suara memanggil Adresia. Sayup-sayup je kedengaran di cuping telinga.
Adresia menoleh.
Dia? Berkerut dahi Adresia.
Kenapa dia panggil aku?
Rasa nak lari ke? Tak lah!
Cuma rasa serabut je. Tak suka lah nak jumpa manusia paling hodoh kat dunia ni. Kalau hodoh rupa je tak menyakitkan hati. Ni kedua pun hodoh. Mata sakit, hati bertambah sakit.
“Apa?” Keras suara Adresia.
“Resia… sihat?” Euww. Suara dia? Eyekk! Rasa nak muntah! Bukan main lagi romantik.
Amboi kau! Dulu, suara ni lah yang buat kau jatuh longkang.
Dulu. Dulu. Ungkit buat apa??
“Sihat lagi setakat ni. Ada nampak aku jalan pakai tongkat ataupun guna kerusi roda ke?”
Jengkel nya soalan kau Adresia. Sumpah tak suka ngan bontot kuali ni.
Nashif senyum. Buat-buat.
“Alhamdulillah. Nak pergi mana ni? Sorang je?”
“Eh! Tak lah. Berdua.” Adresia tayang muka menyampah.
“Ow. Awak dah berubah Adresia.” Perlahan je suara Nashif.
Terlopong mulut Adresia.
“What?”
“Awak banyak berubah.”
“Dari segi apa?”
“Percakapan.”
Adresia ketawa.
Heh! Percakapan? Memang lah, sebab nya aku ni tengah cakap dengan kau. Cuba kalau aku cakap dengan Qayyum? Selembut hati aku sekarang ni tau. Desis Adresia.
“Nothing change!”
“By the way Nashif. Nak apa ni? Aku nak cepat ni!” Malas Adresia nak layan Nashrif ni. Apa benda yang dia nak entah.
Dah cakap dah, mereka yang suka buat niaya memang takkan tenang. Apatah lagi nak hidup bahagia. Jauh sekali. Kan? Sekarang terbukti.
“Awak dah lupakan saya ke Resia?”
“Obsolutely. Yes!” Yakin je Adresia jawab. Ya! Memang dia dah tak sayangkan Nashif pun. Nashif mana reti jaga hati dia selama ni.
“It is not you!” Nashif tak percaya dengan apa yang dia dengar. Setahu Nashif, Adresia sangat sayangkan dia. Kalau tak, masakan Nashif dapat banyak peluang sebelum ni. Ingatkan, Adresia akan bagi dia lagi sekali peluang. Nampaknya hampa. Tadi pun dia ternampak Adresia, dia mencuba nasib. Dah lama dia cari Adresia. Tapi tak nampak jalan.
Adresia ketawa.
“Why? Just because of I love you very much for a long time… all have change Nashif. No need to ask me why. Of course the reason is you!”
“Kau adalah sebab utama aku berubah macam ni. Aku memang dah hilang rasa sayang kat kau sejak kau ada perempuan lain. Kau lukakan hati aku. Don’t you remember, dude?”
Adresia ketawa. Puas hati dia dapat juga tengok wajah serba salah Nashif. Lantak kau! Hati Adresia dah pun tertutup untuk Nashif sebaik je Nashif khianati perasaan dia yang tulus ikhlas selama ni. Ikhlas cintakan lelaki rupa bontot kuali.
Ingat dia siapa? Masa nak, amik. Tak nak buang. Nak, kutip semula. Banyak cantik!
“Eh! By the way. Nice to meet you. I have to go now. Hopefully not to see your black back pan face again. Daaaaa…” Dengan suara dan gaya yang menggeletis, Adresia tayangkan pada Nashif. Tak rela dia nak tengok drama Nashif yang seterusnya. Mestilah babak air mata akan berlaku lagi kalau Adresia tetap diri macam patung kat tengah Mall tu.
No more Nashif!
*****
KELUARGA Qayyum datang ke rumah untuk merisik seterusnya bertunang. Lagi sebulan Adresia dan Qayyum akan diijabkabulkan. Alhamdulillah. Bila kedua belah keluarga tahu ilmu, ada agama. Mudah je urusan. Semua pun atas redha Allah.
Nashif masa lalu Adresia. Qayyum adalah masa depan dia.
Tapi… Nashif tak habis-habis ganggu hidup Adresia biarpun dia sebenarnya dah ada Farahana. Pelikkan? Tak peliklah dengan manusia macam tu.
Itu namanya manusia berdosa yang tak pernah hidup tenang dengan kehidupan dia. Nama je berjaya, dapat kerja yang bagus, solat konon tak tinggal tapi hidup tak pernah nak bahagia.
Orang yang bahagia tak curang!
Orang bahagia cukup dengan satu makwe.
Orang yang bahagia akan berusaha halalkan hubungan.
Orang yang bahagia adalah orang yang hatinya bersih lagi tenang.
“Alhamdulillah. Selesai satu babak.”
Qayyum berdiri di tepi Adresia.
Dia tersengih. Seluruh hatinya kini hanyalah untuk Adresia.
“Tak lama lagi angah dah nak ada isteri.”
Mak Qayyum pula bersuara. Syukur! Keluarga Qayyum sangat sukakan Adresia, pilihan Qayyum dirasakan terbaik.
Kalau nak pilih yang sempurna, takkan ada yang sempurna. Kan?
“Qayyum… saya nak tanya sikit ni.”
Qayyum pandang Adresia. Mereka berdua sudah jauh dari keluarga. Yang lain sibuk dok borak-borak. Entah apa yang dibualkan, sekejap je ketawa. Lepas tu borak lagi, ketawa lagi.
“Qayyum memang takde makwe ke sebelum ni?” Soal Adresia gagap-gagap. Risau lah jugak.
Berkerut dahi Qayyum.
“Kalau ada, saya tak tunang la pulak dengan awak wahai Adresia.”
Adresia ketawa. Betul jugak tu.
Eh! Tapi mana nak tahu. Kut lah macam Nashif tu. Dah pelan nak kawen pun masih lagi nak cari perempuan lain. Siap berjanji nak kawen lagi. Tak ke gila nama dia.
Itu Nashif. Bukan Qayyum.
Bukan. Bukan.
“Kenapa Resia? Awak nampak rungsing.”
Lekas-lekas Adresia menggeleng.
“Nothing.”
“You think I’m the same with Nashif attitude? Hm?”
Adresia ketawa. Sumbing.
“A bit.”
“Why?”
“I don’t have any reason.”
“Orang yang tak setia ni Resia, adalah manusia paling murahan. Bagi dia, hati dia untuk semua perempuan atau pun untuk semua lelaki. Setia ni mahal. Hanya lelaki setia yang mampu setia. Like me?”
Adresia pandang Qayyum. Ada benar apa yang Qayyum cakap tu.
Nashif. Lelaki yang tak setia. Makanya, dia tu murahan. Dah lah tak setia, konon ada kuasa memilih. Kalau nak memilih jangan berjanji macam-macam. Berdosa janji nak jadikan isteri, tapi janji dengan perempuan lain benda yang sama. Berdosa! Biar Nashif jawab lah dengan Tuhan esok esok.
Bila emosi, rasa tak nak maafkan segala kelakuan Nashif. Biar padan muka dia! Geram!
“No need to think to far. For now, just believe, Qayyum is only for you. Okay?”
Adresia ketawa. Rasa senang hati dengan kata-kata Qayyum walaupun nak percaya seratus peratus macam tak mampu. Tapi tujuh puluh peratus dia percaya.
Qayyum baik. Konon dia playboy. Tapi dia tak mainkan perasaan mana-mana perempuan. Perempuan datang dan pergi dalam hidup dia namun tak pernah pula dia janji nak bawa ke bulan atau ke bintang.
*****
HARI MINGGU.
Adresia keluar dengan Qayyum. Nak cari barang untuk majlis perkahwinan mereka berdua. Bila dah didesak oleh kedua buah keluarga, barulah sibuk nak buat persiapan. Kalau tak, masing-masing pun sibuk dengan kerja kerja yang takkan pernah habis.
Kata mak lagi, pergilah mandi bunga, pergi lah spa, pergi lah situ sini. Aduh! Perlu ke? Perlu ke nak bazirkan duit semua ni. Adoi adoi.
Dah habis shopping. Masa untuk makan. Eh! Dah makan pun tadi.
Sekarang ni Adresia rasa nak makan aiskrim Baskin Robbins.
“Qayyum. Jom masuk BR nak tak?”
Terhenti langkah Qayyum. Garu kepala dia.
Adresia pun turut berhenti. Pelik pandang Qayyum. Kenapa tuu? Takkan kut macam Nashif jugak. Kedekut tahap nak mampus.
Guna duit aku pun sibuk nak bebel.
Eh! Tak boleh nak ingat kejadian masa dekat pizza dulu. Bergaduh gara gara Adresia mengidam pizza. Sudahnya, Nashif bebel macam mak nenek pada dia.
“Nashif tak nak lah ajar Resia makan benda macam ni je. Nanti kawen susah la kalau asyik nak makan barang mahal.”
Dan Adresia. What the hell? Makan pun berkira ke?
Sampai-sampai Adresia bayar semula duit pizza pada Nashif.
Ah! Kenangan buruk belaka dengan Nashif. Tak perlu diingat. Kalau lah dia ada kuasa memadam. Dah lama dia padam semua kenangan kuali hitam dengan Nashif. Tak perlu ingat pun! Sama sekali tak perlu.
“Adresia!”
Suara Qayyum sedikit kuat. Orang yang lalu lalang pun tengok mereka berdua.
“Hah??”
Terkejut Adresia. Melopong mulut dia. Nasib baik tak masuk king kong.
“Apa?”
“Awak berangan apa Resia? Saya tanya. BR tu apa?”
Adresia ketawa. Tadi dia sibuk tayang kenangan lama. Kalau lah Qayyum tahu. Apa reaksi dia ya? Jangan! Mesti Qayyum kecewa. Kata dah lupa. Ya! Memang lah dah lupakan Nashif. Kenangan hitam je susah nak padam. Sekali sekala tu ingatlah jugak.
“Tak tahu ke?” Berkerut dahi Adresia. Biar betik! Takkan BR pun dia tak tahu kut.
“Apa? Belakang rumah ke?”
Kali ni ketawa Adresia naik satu oktaf. Lucu bangat. Apa ni? Takkan kut Adresia ngajak dia pergi belakang rumah.
“Resia! Slow your volume. Malu lah orang dok pandang.” Tegur Qayyum penuh kelembutan.
Qayyum-Nashif. Dua manusia yang jauh beza dari segi teguran, pendapat. Dan apa saja. Nashif tu penuh dengan benda yang buruk-buruk. Qayyum ni semua pun baik. Marah masih berlembut.
“Apa awak ni? Belakang rumah nak buat apa? Skodeng. Ke panjat pokok pelam?”
Teringat belakang rumah Adresia banyak pokok buahan yang ditanam oleh kedua ibu bapanya.
“Habis tu. Apa?”
Garu kepala Qayyum dengan sikap Adresia ni. Pelik-pelik je tunang dia ni.
“Banyak rare!”
Adresia main-mainkan Qayyum lagi. Terfikir nak menyakat si Qayyum.
Tahu dipermainkan.
“Auu. Sakitlah!”
Qayyum ketuk bahu Adresia guna botol air mineral di tangan. Adresia gosok bahu dia.
“Haa. Padan muka! Main-main lagi. Cepatlah. Apa dia?”
“Baskin Robbins lah!”
Malas nak main-main. Nanti tak memasal lagi sekali botol mineral tu cium elok kat bahu dia. Kasar betul Qayyum ni tau!
“Hishh! Nak shortcut bagai. Gunalah jalan lurus. Biar lambat, janji selamat.” Bebel Qayyum.
*****
YEAY.
Baskin Robbins. Adresia sebenarnya lebih pada nak menguji Qayyum. Nasib baik Qayyum tak marah pun Adresia nak makan aiskrim.
Pada Qayyum, kalau rasa nak makan tu, makan je. Jangan tangguh-tangguh. Duit boleh cari.
Whoah! Lepas ni kalau keluar dengan Qayyum tak perlulah asyik tengok mamak je. Boleh makan macam-macam.
Nyum!
Ni yang buat Adresia bertambah sayang tunang dia ni. Klik! Kenyit mata. He he. Gatai noh!
“Looks like veryy happy. Something I need to know?”
Tiba-tiba ada suara yang menyapa. Tika itu Adresia dan Qayyum sibuk makan aiskrim sambil bercerita. Yalah! Orang tengah hangat bercinta kan. Itu yang lain macam sikit tuu..
Kedua nya mendongak ke arah suara tersebut. Tak terkejut pun dengan suara yang menyapa.
“Nashif! Happy to meet you. Have a seat.”
Riang suara Adresia menyapa. Memang dia sengaja pun. Nak buat Nashif sakit hati. Biar dia tahu sikit macam mana sakitnya hati Adresia dulu.
“Qayyum?” Suara Nashif menegur.
Tak peduli dengan jemputan Adresia.
Qayyum bangun dan berjabat salam dengan Nashif. Sebenarnya dia masih terkejut dengan sapaan tersebut. Macam tak percaya. Tapi dia tak takut pun. Bukan dia rampas hak sesiapa. Cuma, agak janggal. Qayyum dan Nashif kan kawan baik. Adresia pula dulu adalah makwe Nashif. Kini, milik Qayyum.
Macam cinta tiga segi.
“Kau dengan Adresia?” Tak berdalih lagi Nashif menyoal.
“Yes! Jemput lah datang nanti.”
Tak sempat Qayyum nak jawab, Adresia sudah mendahului. Dihulurkan kad tersebut pada Nashif.
Lambat-lambat Nashif sambut pemberian dia.
Nampak wajah Nashif yang kecewa.
Kenapa? Nampak aku macam tak laku ke sejak kau tinggal aku? Wak luu. Kuasa jodoh tu kat tangan Allah. Orang teraniaya ni termakbul doa dia. Tahu?
“Since when?” Soalan lebih kepada Qayyum.
“Surely I’m not cheating on you dear.”
Penuh mengejek suara Adresia.
Berubah terus muka Nashif. Padan muka.
“Shif! Sorry about…”
“No! No Qayyum. No need to say sorry to him. It’s not your fault. All his fault. You not taking me from him. So, this is not your fault!”
Adresia emosi tiba-tiba. Qayyum tak sepatutnya minta maaf. Lagi tepat, Nashif tak patut terima maaf daripada sesiapa. Dia yang salah.
“You’re right Adresia.”
“Qayyum, kau tak salah. Semua salah aku.”
“Tepat sekali! So, still want to join us?”
Soal Adresia lagi sekali dalam nada yang cukup mengejek.
Tak tahu lah. Yang pasti dia benci bila tengok muka Nashif.
Harap-harap dia tak datang majlis Adresia nanti. Tu, ajak-ajak ayam je.
“No. Thanks. Congrats both of you. Assalamualaikum.”
Adresia dan Qayyum jawab salam. Qayyum duduk semula. Mata mereka pandang pemergian Nashif yang mungkin sedih. Hati mungkin dipagut rasa sayu biarpun semua nya salah dia.
“Kenapa buat macam tu Resia?” Soal Qayyum. Lembut.
Dia rasa bersalah dengan Nashif tiba-tiba. Betul cakap Adresia, dia tak rampas Adresia dari Nashif. Nashif yang buat hal. Buka peluang pada orang lain. Dan orang lain tu kawan rapat dia sendiri.
“Buat apa?”
“You know what I mean Adresia…”
“Biarkan dia. Dia memang patut pun. Tu baru sikit. Sape suruh dia main tegur-tegur. Sibuk hal orang lah tu.”
Adresia makan aiskrim. Tak peduli sangat dengan teguran Qayyum.
Qayyum mengeluh. Dia pandang Adresia. Cakap dengan perempuan ni kena lembut. Silap cakap boleh mandi aiskrim dia hari ni.
“Resia… kan lebih baik kalau sucikan hati dengan kemaafan. Daripada simpan dendam yang takde penyudahnya. Maafkan dia, hidup akan lebih baik. Biar dia dengan perangai dia. Kita yang elok ni doakan dia supaya berubah. Kan lebih baik. Lebih comel.” Nasihat Qayyum.
Adresia terdiam sebentar. Cerna apa yang dicakap oleh Qayyum. Tiba-tiba dia diserbu rasa bersalah.
Ya! Betul apa yang Qayyum nasihatkan tu.
Aku dah ada Qayyum. Kenapa masih nak dendam dengan Nashif? Aku tak percaya pada takdir ke? Soal Adresia pada diri sendiri.
“Maafkan diri sendiri. Maafkan orang lain. Tips hati tenang. Okey? Biar susah. Yang susah tu yang bagi kebaikan pada diri sendiri. Lain-lain biar Allah yang uruskan.”
Nasihat Qayyum lagi bila dah nampak Adresia macam makin jinak dengan dia.
“Ya! Terima kasih Qayyum. Nasihatkan saya. InshaAllah saya dah pun maafkan dia. Saya buka buku baru ya?”
Qayyum senyum.
“Haa. Macam tulah! That’s my girl. Dah, makan! Nanti dah jadi bini saya, kena kurangkan makan benda macam ni. Bukan saya kedekut tau. Tapi saya tak nak nanti awak gemuk tanpa sedar.”
Adresia bulatkan mata. Kembungkan mulut.
“Hish! Awak ni. Lambat lagi nak gemuk. Berat saya baru je tiga puluh lapan.”
“Jangan ingat kurus tu bebas penyakit.”
“Eh! Kaitan pulak?”
Qayyum ketawa. Suka dia usik Adresia.
Ya Allah. Kekalkanlah rasa cintaku pada Adresia sebaik sahaja kami berdua diijabkabulkan nanti. Janganlah Kau karamkan kapal yang aku akan layar ke syurgaMu.
Doa Qayyum dalam hati kesekian kalinya. Mudahan urusan dia dipermudahkan.
Lagi seminggu mereka akan bergelar suami isteri. Amin.
Begitu pantas masa berlalu.
Saat Allah turunkan hujan, berdoalah. Yakinlah selepas hujan akan wujudnya pelangi -Adresia-