CERPEN KESEMBILAN-JODOH TAKDIR ALLAH
Kali pertama bertentang mata, itulah C I N T A
SEBELUM lahir ke dunia lagi Allah dah tulis siap-siap perjalanan kita di muka bumi ini. Rezeki, jodoh, ajal semuanya di tangan Allah. Siapalah kita untuk menyoal ketentuannya.
Menginjak umur dua puluh enam tahun mulalah mulut orang nak panggil aku ni andartu, tak laku, terlalu memilih dan macam lagi lah.
Dah penat dengar akhirnya aku memilih untuk diam.
Diamkan lebih molek? Tak gitu?
Putus cinta. Bukan suatu yang mudah untuk diterima akal. Tambahan lagi dipermainkan oleh kasanova yang aku ingat memang seorang yang setia.
Argh!
Kalau diingat kembali rasa nak bunuh saja dia. Tapi… untuk apa? Untuk lebih menyeksa diri. Kan dunia ini penuh dengan undang-undang. Apatah lagi membunuh. Sanggup ke aku humban diri sendiri ke dalam neraka kerana si kasanova tu?
Tak sanggup! Titik.
“Nur Dian Nayla Mohd Rosdi!”
Bila nama penuh diseru terus terhenjut bahu aku.
Ya Allah nasib baik tak lumpuh segala anggota aku dek suara halilintar milik Meera. Terus aku berpaling padanya yang tengah buat kerja di meja belakang.
“Kau ni kena histeria ke menjerit macam tu?”
Meera menjeling pada aku. Geramlah tu.
“Mana aku tak menjerit. Dah sepuluh kali nama kau, aku seru Dian oi! Kau termenung apa? Fikirkan jodoh yang tak kesampaian atau tengah fikirkan jodoh yang bakal tiba?”
Aku menjeling padanya. Geram.
“Dua dua pun tak. Kau nak apa?”
“Bagus! Kau dah siap ke belum design flyers untuk event? Kau jangan lupa event tu lagi sebulan. Kalau kau asyik mengelamun jangan merungut bila kena hempuk dengan Ms Hew nanti.”
Macam mak nenek si Meera ni bila dah bersuara. Mentanglah anak dah dua. Terus gaya mak mak ya?
“Dah. Dah submit pada Wawa pun. Tunggu HQ approve je dah boleh proceed. Tapi… artis mana lah yang kompeni kita ni jemput. Aku tak kenal pun.”
Aku mencebik. Dah memang ya.
Kompeni aku nak event gempak tetapi suka cut budget. Nak havoc tapi nak budget kecil. Macam macam orang ada.
Ms Hew tu buat macam kena keluar duit sendiri bila ada event begini. Kan lebih baik tak payah buat terus. Orang pun tak sakit hati. Cuba kalau nak jemput artis tu, jemputlah Shukri Yahya ke, barulah aku teruja.
“Dian, aku nak tanya kau? Kat Malaysia ni artis mana je yang kau kenal? Aku rasa kau cuma kenal Shukri Yahya je. Yang lain mana kau pandang. Sedangkan yang dijemput ni pun femes juga tau. Kau je yang tak menghargai bakat mereka.”
Setepek kena dengan Meera. Tapi ada betulnya juga apa yang Meera cakap tu. Aku bukan jenis terlalu gila dengan artis di Malaysia mahupun luar. Aku tak gilakan sesuatu benda dengan kegilaan yang sungguh sungguh.
Kadang-kadang tengok je drama tapi aku tak tahu pun pelakon tu nama apa. Nasib baik je aku kenal penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Kalau tak, mungkin aku dah boleh menyorok bawah tempurung je lepas ni.
“Tak minat!” Tak nak kalah dengan Meera.
“Huh! Suka hati kau lah. Menyampah aku.”
==========
“JANGAN letakkan kepercayaan pada pasangan seratus peratus. Hari ini boleh baik, esok belum tentu. Kalau tak nak kecewa, serahkan segalanya pada Allah. Soal hati ni Allah yang pegang. Bukan kita. Takkan dua puluh empat jam kita nak kawal dia.” Emak.
Aku mengeluh sendirian. Cuba sedaya upaya habiskan air bergas coke yang tadinya beriya aku nak minum. Akhirnya rasa menyesal beli.
Betapa susahnya aku nak lupakan si kasanova tu walaupun perkara sudah lama berlalu. Cukup susah.
Hubungan kami terlalu lama. Aku sangat yakin dia sayangkan aku. Tak pernah pun nak fikir buruk pasal dia.
Betul cakap mak, hati manusia Allah yang pegang. Hari ini suka, esok boleh benci. Siapalah kita nak menidakkannya.
Nak bangun dari duduk, terasa tubuhku dilanggar seseorang. Nak bergegar otak aku dek kerana dirempuh. Air coke aku jatuh ke lantai.
Arghh! Tertumpah pulak atas stokin. Cantik sangat awak!
Tak cakap banyak, mata aku terus tertumpu ke arah dia yang turut berhenti sama.
Terkejut? Atau dia pun sama lencun.
Automatik tangan aku tekup mulut.
T shirt lelaki sasa itu disimbah dengan air coke rupanya.
Ingatkan ujian aku dah besar, rupanya lelaki ini lagi besar dugaannya.
Ya Allah! Selamatkan seorang Dian Ya Allah. Kecut perut. Rasa nak lari sekarang. Takut. Apatah lagi bila tengok lelaki ini dengan aku.
Aku hanyalah semut sedangkan lelaki ini adalah arnab. Eh?! Boleh ya macam tu.
Tapi peliklah. Kenapa semua orang kerumun lelaki tu? Maka mata aku pun gatallah nak melihat wajah lelaki itu. Dari kasut sampailah ke… kepala.
Orang nya tinggi. Tubuhnya tegap tak kurus tak gemuk sangat. Hot gitu. Kasut sneakers, berseluar jeans dipadankan pula dengan t shirt berkolar warna navy blue. Atas lagi… memakai cap.
Wajahnya tak putih tak hitam legam, elok-elok je. Pakai cermin mata menampakkan lagi kekacakan dia.
Atau aku memang suka lelaki berkaca mata? Tak kesahlah. Nampak sangat hensem.
Hensem?! Apa kau merepek ni Dian? Terus mata aku tertumpu ke arah lain. Bibir digigit. Sakit.
Adakah aku yang dipersalahkan dalam hal ini?
“Abang, bang tak apa-apa ke?” Perempuan satu.
“Abang Dary okey ke? Kenapa boleh jadi macam ni?” Perempuan dua.
“Kesiannya Abang…” Perempuan tiga dan seterusnya semua jadikan lelaki di depan aku itu pemangsa.
Dan aku? Tilik diri sendiri. Tampar pipi. Adakah aku halimunan di sini? Siapa lelaki depan aku ni?
Senyum. Senyum dekat semua perempuan yang mengelilingi dia. Sangat caring semuanya. Sayangnya… pada lelaki yang tak halal. Huh!?
Tiba-tiba terfikir. Sebab perempuan terlalu menggedik ke wujud nya lelaki bersifat buaya? Kalau tepuk sebelah tangan pun tak berbunyi. Betul. Tepat sangat.
Kesimpulan yang aku boleh buat ialah, sifat seseorang melambangkan keperibadian dia.
Macam sekarang, aku ke dia yang salah? Dia jalan tengok handphone atau aku yang bangun terlalu cepat? Hipotesis tak boleh dibuat sebab tiada pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerak balas. Kemungkin dia buat apa ketika berjalan pun aku tak nampak.
Lantak la.
Perlahan-lahan aku bergerak meninggalkan lelaki itu. Malas nak panjang cerita. Aku boleh balik basuh stokin. Dia boleh balik cuci baju. Selesai.
“Wait!” Suara seseorang terus memberi arahan pada kaki aku untuk berhenti berjalan. Suara lelaki. Mesti dia.
Alamak! Tak aku palingkan wajah. Aku cuma menunggu dengan debaran penuh hebat di dada. Takut. Kalau dia hentak aku kat sini macam mana? Aku mesti pengsan. Takutnya!
“Hey! Kau mengelamun apa?” Dah di depan aku rupanya. Kepala yang tadi menunduk kerana takut terus aku dongakkan.
Er… telan liur. Aku ke salah? Yang aku nak takut sangat.
“Macam mana kau bangun? Tak tengok orang ke?”
Nada tu macam marah pun tak. Biasa biasa je dan perlahan sahaja. Tapi… penuh maskulin.
Topi dikepala ditarik kedepan sedikit macam nak tutup wajahnya.
Aku mencebik. Dia takut orang kerumun dia lagi ke? Siapa dia? Artis? Penyanyi? Pelawak? Pelakon? Tak pernah nampak pun.
“Artis terkenal pun kau tak kenal Dian.” Suara Meera terus mematahkan fikiran aku.
Betul lah tu. Artis malaysia pun aku tak kenal.
“Maaf saya tak sengaja. Tapi.. kalau encik jalan tengok orang encik mesti nampak saya.”
La… tiba-tiba aku jawab macam tu dah kenapa? Saja je kan nak cari gaduh. Sepatutnya aku minta maaf sekalipun aku tak salah. Tamatkan perbualan dan balik.
“Eh dia ni… dia yang bangun tak nampak kita, nak salahkan kita pulak. Stop blaming others boleh?”
Tiba-tiba berasap otak aku. Kenapa aku yang salahkan orang?
“Awak pun sama. Nak salahkan saya. Kalau awak bagus sangat elaklah. Benda boleh elak nak jugak langgar.”
Daripada berbahasa penuh sopan dengan gelaran encik terus ke saya awak.
Aku nampak dia buat muka geram. Buat muka nak marah pun hensem. Dia ingat aku takut ke?
“Saya rasa awak mesti orang yang popular kat Malaysia ni kan? Kalau tak orang takkan terlalu caring pada awak tadi. Jadi, lebih baik awak jangan cari pasal dengan saya. Kalau tak… saya jerit kat sini. Awak akan malu seumur hidup. Silap silap karier awak pun hancur.”
Oppss! Belum sempat lelaki itu berbicara aku dulu yang cakap.
Percakapan aku tu? Biar betul. Dian ke ni? Meluncur laju je ayat aku. Tanpa rasa takut.
Aku lihat lelaki itu ketap bibir. Aku berjaya kan? Padan muka! Cari pasal lagi. Lagi menarik bila dia pergi macam tu je.
Maknanya betullah dia artis? Aku cebik bibir.
Artis mana ya? Kategori apa?
==========
MELANGKAH saja ke dalam pejabat, terus aku dapatkan Meera. Tersengih-sengih macam kerang busuk lagak aku. Tak sabar nak bercerita dengan Meera. Sekejap je dah sampai di meja yang menempatkan Meera.
“Hah? Nak apa? Pagi-pagi lagi dah kat meja aku.”
Cara cakap macam beribu batu jauh meja aku dengan dia. Selalunya duduk meja sendiri pun boleh borak.
Aku mencebik.
“Nak tahu tak?” Aku sengih-sengih.
“Ya lah. Tahu apa? Sengih-sengih. Kau ingat lawa?”
Aku mencebik bibir. Tanya sikit pun tak boleh. Pagi tadi dia sarapan cicak ke? Apa-apa jelah. Yang penting aku gembira nak sampaikan sesuatu kepada Meera.
“Kau tahu tak semalam aku jumpa artis?”
Berhenti terus jari Meera daripada menaip. Nampaknya pendahuluan aku mendapat perhatian dia. Berkedut dahi Meera.
“Kau kenal artis ke?” Soal Meera pelik.
Aku sengetkan mulut. Itu yang Meera fikirkan. Tapi betul juga. Kejap lagi mungkin aku bakal kena hempuk dengan Meera.
“Tak kenal. Aku agak je yang dia artis… sebab ramai orang kerumun dia masa tu.”
“Lol! Buang masa aku je kau ni.”
“Kenapa?” Soalku pelik.
Kalau orang kerumun tu memang artis la kan?
“Entah-entah dia menteri.”
Aku julingkan mata ke atas. Terlalu muda untuk jadi seorang menteri. Tapi… tak mustahil pun. Maybe. Maybe juga dia artis.
“Entahlah…”
“Kau kenal dia ke? Kau memang tahu dia artis?” Soal Meera lagi.
Aku sengih. Kepala digelengkan.
“Aku agak saja.”
“Cerita kau tak lengkap. Lain kali ambil lah gambar. Pakai handphone mahal setakat simpan handbag baik kau pakai je 3310.”
Ya kan? Kenapa aku tak terfikir nak ambil gambar dia semalam? Huh! Rasa menyesal menyelubungi hati. Sekurangnya kalau dia artis Meera boleh berikan namanya padaku.
Meera print sesuatu dan dihulurkan pada aku.
“Ni gambar artis tu. Dia baru je bagi. Boleh la kau masukkan dalam flyers.”
Aku rasa nak menjerit.
“Serius? Kenapa kau tak bagi aku awal-awal? Kan aku dah submit pada Wawa.” Geramnya bila kena buat kerja dua kali. Tak suka!
“Ms Hew yang suruh letak gambar. So, aku baru je minta dengan dia. Sorry…”
Muka Meera minta pelempang.
“Ms Hew ni! Awal-awal cadangan hari tu dia tolak. Katanya nama artis pun dah trending. Tak perlu gambar. Sekarang ni apa?”
Mesti marah Wawa tu nanti. Semoga dia belum print flyers tu lagi. Perlu hantar design baru padanya. Geram!
“Bos…”
“Ya lah. Bos always right ke?” Ms Hew ni memang nak kena luku kepala dengan aku.
“Maybe.. nak tak nak kena ikut juga kan? Always right la tu.” Balas Meera malas nak fikir pasal Ms Hew.
Satu ofis dah tahu perangai sengal Ms Hew tu. Sebab tu bujang sampai ke tua.
==========
AKU menatap gambar yang diberikan oleh Meera. Seorang lelaki. Rambut gaya brush back, memakai jacket hitam dengan zip terbuka dibahagian hadapan menampakkan T- Shirt merah di bahagian dalam. Gaya duduk pula dah macam posing untuk gambar hadapan majalah.
Hensem!
Danish Hakim. Nama pun hensem. Sesuai dengan orangnya. Yang aku jumpa hari tu Dary. Sah-sah la orang yang berbeza. Tengok muka pun dah tahu beza. Yang ini seribu kali kacak dari yang hari tu. Eh?! Sempat aku memuji.
Sejak bila aku ambil tahu pasal artis ni?
Siap! Puas hati aku tengok design yang diletak gambar artis tersebut telah siap. Bolehlah aku email pada Wawa. Nasib baik Wawa belum print design sebelum ini. Kalau tak, Ms Hew akan tetap salahkan aku walau hakikatnya dia yang salah. Otak lima saat. Sekejap macam ni, sekejap lagi macam tu. Ergh! Stres. Macam manalah aku boleh tahan dengan dia selama 15 tahun?
“Final touch up. Boleh la you proceed cepat sikit.”
Dari mana datang Ms Hew ni tiba-tiba ada belakang aku. Macam tahu-tahu je aku tengah mengumpat dia dalam hati. Nasib baik jugak aku tak buat yang bukan-bukan.
“Yes! Sekejap lagi saya akan email kepada Wawa. Hari ni mereka boleh print terus. Esok siap nanti boleh pick up.”
Kataku dengan jelas dan terperinci pada Ms Hew. Aku pandang perempuan tua yang bertubuh kecil itu. Sekali marah boleh gempa bumi.
“Good. Satu lagi I nak minta tolong you ni Dian. Nanti you tolong carikan hotel untuk Danish Hakim dan PA dia. Range harga RM300 hingga RM500.”
What? Dah habis ke pekerja dia ni? Aku nampak macam tourist ke? Huh!
“Okey.”
Dalam hati jela jawab macam tu. Kalau jawab depan-depan kang tahun depan tak naik pulak gaji aku. He he. Apa susah, sekarang kan boleh booking online je.
“Ada apa-apa lagi ke Ms Hew?”
“Em, one thing you tolong booking grab untuk mereka juga ya? Bawa ke hotel yang you book tu.”
What? Danish Hakim ni OKU ke? Semua benda kena buat untuk dia? Inilah artis. Dah macam terencat pula.
“Okey.”
Dalam hati bukan main lagi kau bebel kan? Bila respon ‘okey’ je.
Yela, kalau aku jawab macam tu sampai esok pun aku masih kena bebel dengan Ms Hew. Tak sanggup nak kena bebel.
Aku tarik nafas lega. Lega Ms Hew dah chow dari meja aku. Bukan apa, kalau dia ada rasa blank otak. Serabut pun ya juga.
“Dian! Ada posmen cari kau.” Tiba-tiba aku dijerit oleh Lina, receptionist kat ofis aku. Lina ni pun sekali jerit dah serupa gajah bisingnya. Mengalahkan Ms Hew juga.
Posmen? Bila masa aku online shopping? Berkedut dahi aku fikir. Pergi tengok jelah! Yang kau sibuk fikir kenapa.
Bunga? Penghantar bunga? Makin berkedut-kedut lah dahi aku. Dari mana datang bunga.
“Dian ada peminat misteri lah.” Usik Lina.
Aku yang tengah pening dengan bunga ni dia sibuk mengusik pula. Malas aku nak layan.
“Baca lah kad.” Suruh Lina.
Bunga aku ambil dan berlalu dari tempat Lina. Malas nak layan si Lina yang tengah menggedik lain macam tu.
Aku masih berkira-kira nak buka kad yang berada di celahan bunga.
You will forever be my love. Always.
Geli geleman aku baca isi kad tersebut. Dah siapa pula yang cintakan aku ni? Ish. Tak pernah aku dapat bunga pun selama ni.
Selama bercinta dengan si kasanova tu pun belum pernah dia romantik sangat bagi aku bunga.
Aku pandang sekeliling. Seram. Aku pandang Meera yang tenang menghadap PC. Entah-entah minah ni yang saja nak kenakan aku. Nak buat hati aku berbunga-bunga indah. Dah lama aku tak rasa perasaan seperti ada rama-rama menggeletek hati aku ni.
Sejak si kasanova tu tinggalkan aku, aku dah lupa macam mana rasanya cinta, rindu, sayang. Yang aku tahu, aku cuba sedaya upaya untuk jauhkan diri aku dari terjebak lagi.
“Saya pun tak tahu Dian. Yang satu tahu empat-empat saya sayang.”
Dasyat sungguh kasanova ni. Empat terus. Bukan dua bukan tiga. Entah nya lebih dari empat.
Minta maaf, aku tak mampu nak jadi di antara keempat-empat itu. Sebab tu aku undur diri. Gaji pun tak seberapa, ada hati kau nak berbini empat. Sakit jiwa. Sakit hati.
Aku yang dengar luahan hati dia tu rasa nak bom dia dari jarak dekat. Biar jasad pun hilang tanpa jejak.
“Eh! Eh! Dapat bunga la. Siapa bagi kau ni?” Soal Meera yang entah bila muncul kat tempat aku. Si penyibuk di mana-mana.
“Itulah yang aku tengah fikir sekarang ni. Cuba kau baca kad ni. Seram.”
Meera terus mencapai kad tersebut dan dibacanya. Kemudian dia ketawa.
“Peminat misteri ni. Siap cinta-cinta lagi.”
“Kan?! Pedulikan lah.”
Kad sekali bunga aku campak dalam tong sampah. Jangan terima barang daripada orang tak kenal. Kalau betul dia cintakan aku, jumpa dan berterus terang adalah jalan terbaik.
Buatnya yang bagi ni bukan orang baik-baik macam mana?
Nauzubillahiminzalik. Selisih malaikat 44.
“Macam tu je kau buang?”
“Habis tu?”
“Simpanlah buat kenangan. Ni kalau dia tahu kau buang bunga mahal ni terus dia menangis tepi bucu.” Meera.
Aku jegilkan mata.
“Lain kali bagi lah duit boleh aku buat shopping.”
“Materialistik la kau ni.”
“Suka hati aku lah. Eh dah la. Aku nak sambung kerja ni.”
===========
BILA kena kerja outdoor lah yang paling aku dan team suka sekali. Asyik memerap kat ofis memang boleh tepu otak. Sekali sekala nak juga tengok dunia luar.
Hari ini aku dan team berada di sebuah shopping mall. Nak setup barang untuk event kompeni aku esok hari nya.
Dan esok jugalah Danish Hakim, artis jemputan itu akan berada di tempat event ni sampailah event tamat.
Dan… aku lah yang kena jadi PA tak bergaji dia esok hari. Jangankan esok, dua tiga hari ni pun aku dah rasa dia kerek betul dengan aku.
“Hello. Siapa ni?”
“Saya Dian Nayla daripada AAA Holdings. Boleh bercakap ke?”
“Oh. Saya tengah busy la. Boleh call nanti tak?”
Tuk. Tuk. Telefon diletak.
Kali kedua ketiga keempat call terus tak berjawab. Esok-esok kalau ada masalah hotel atau grab atau apa sahaja, dia akan salahkan aku? Huh! Sebal hati ni jangan cakap.
Artis memang sibuk sampai tak ada masa ke? Kalau dah tahu busy bagilah nombor PA dia untuk aku hubungi. Kan mudah.
Akhir sekali aku hanya whatsapp sahaja. Boleh pulak balas.
Dian: Assalamualaikum Encik Danish.
Maaf sekiranya saya menganggu.
Saya cuma nak beritahu yang esok
grab akan jemput Encik Danish di airport
dan akan bawa ke hotel.
Ada apa-apa boleh hubungi saya di nombor ini.
Terima kasih.
Danish Hakim : K.
Pergh! Punya panjang aku whatsapp, hanya huruf K yang dia balas. Dia ni manusia ke? Macam orang tak berperasaan. Malang betul siapa yang jadi isteri dia.
Sakit di hati bukan sampai di sini je, masalah datang bertimpa bila hari-hari peminat tak bertauliah aku tu akan kirim bunga.
Bunga ros merah yang asyik bertambah setiap kali dikirim. Aku tak peduli. Setiap kali itu juga bunga yang tidak bersalah itu ke tong sampah bersama mesej cinta yang ditulis.
Geli geleman aku setiap kali baca. Nak muntah kehijauan rasanya.
Siapa lelaki itu? Siapa pengirimnya? Kalau suka terus terang saja la. Perlu ke jadi orang yang paling misteri?
Terasa seperti aku menjadi perhatian seseorang kini. Sejak bunga dikirim ke ofis buat kali pertama. Ya la. Kat mana je aku ada, mesti akan ada kiriman bunga.
“Okey ke meja letak situ?”
Tiba-tiba satu suara menerjah terus bawa terbang segala memori berkaitan bunga dan artis kerek tu. Siap kau esok. Sempat mengugut.
“Okey saja. Ikut layout yang diberi. Kalau nampak tak sesuai, perlu kata sepakat dengan semua team.”
Kataku kepada salah seorang pekerja yang sedang menyusun meja untuk juri.
“Meera! Aku nak pergi tandas sekejap. Kau tolong tengok ni.”
Aku hulurkan layout pada dia.
==========
LEGA! Menggelupur rasa tadi sebab tak tahan nak membuang. Nasib baiklah tandas kosong. Selalunya tandas perempuan ni jaranglah tak ramai orang.
Allah nak tolong aku sama ni.
Baru nak betulkan tudung di cermin. Ada satu susut badan keluar dari salah satu tandas. Tak jadi aku nak betulkan tudung. Aku pandang dari dalam cermin. Terasa diri aku diperhati oleh dia.
Kaku.
Sama-sama kaku, aku dan dia.
Perlahan-lahan aku pandang belakang. Pandang ke arah dia.
Gulp! Air liur di telan. Kalut tiba-tiba.
“Kenapa awak masuk tandas perempuan?! Awak gila ke?”
Berdebar teruk hati aku. Ya lah. Tiba-tiba ada lelaki dalam tandas perempuan. Dah la tak ada orang lain. Kalau jadi apa-apa macam mana?
Dah la aku macam kenal lelaki ni. Kat mana ya?
Aku lihat dia senyum sinis. Menapak setapak ke hadapan.
“Kau ni asyik salahkan orang je. Yakin je kau ni tandas perempuan. Kau yang buta orang lain kau salahkan. Tipikal perempuan.”
Tak syak lagi. Dia Dary yang aku jumpa dulu. Eh! Terlanggar dulu.
Dia cakap aku buta? Darah tiba menyerbu ke wajah. Betul ke aku yang salah? Patutlah aku rasa sunyi. Tak seperti biasa.
“Kau mesti sengaja masuk tandas lelaki kan? Saja nak intip aku ke?”
Huh! Sebal. Aku nak intip dia? Aku gila sangat ke?
“Saya nak intip awak? Tak kuasa.”
Aku julingkan mata ke atas. Lelaki itu dah pun menuju ke sinki. Pili dibuka. Tangan di basuh perlahan-lahan.
Lebih baik aku keluar dari sini. Kalau orang lain nampak tak memasal aku di cop gatal. Dah la lelaki ini boleh tahan hot.
Tak mustahil orang cakap aku yang menggatal dengan dia nanti. Silap hari peminat dia tibai aku dengan kaki mereka. Seram!
“Hey! Aku belum selesai dengan kau lagi.”
“Whatever!”
==========
FUH! Selamat line clear masa keluar dari tandas lelaki tadi. Ramai-ramai lelaki kenapa mesti Dary yang ada dalam tu waktu aku di situ? Macam tak ada lelaki lain.
Sakit hati aku. Dan… selama DUA PULUH ENAM TAHUN hidup macam mana aku boleh tersalah tandas hari ini? Shameless.
“Kau okey ke ni? Merah padam muka. Why?”
Aku ditegur oleh Meera. Jantung aku yang berdegup kencang semakin normal rentaknya.
“Dah okey ke perut kau?” Bila soalan dia aku tak jawab, dia tanya lagi soalan lain.
Baru nak okey tiba-tiba sakit semula perut aku gara-gara mamat tu. Baru nak tenang.
“Eh! Artis popular lah! Kalau duduk shopping mall ni memang boleh cuci mata tengok artis jela.” Meera dah menggedik. Dan berlalu pergi dari tempat aku. Namun masih dapat didengari jelas suara Meera.
Dah ramai yang kerumun artis yang dimaksudkan itu. Siapa lagi kalau bukan Dary. Betul tekaan aku. Dia artis. Artis popular? Yew! Mulut dia sangat menjijikkan dengan aku.
“Dary! Bukan sekarang berada di Sabah ke? Tengah shooting kan?”
“Best lah Abang Dary berlakon cerita tu. Gempak! Tambah bila bergandingan dengan Siti Musliha.”
“Secocok sangat korang berdua.”
Entah kenapa aku sakit mata tengok Dary yang seronok melayan peminat.
Tapi… senyuman dia sangat menawan hati. Ada lesung pipit lagi. Sesuai sangat dengan wajahnya yang hensem. Nampak sangat kacak.
Dan… tiba-tiba mata dia dan mata aku bersabung. Nampak dia senyum sinis padaku.
Eh?! Dia perasan ke aku tengok dia dari tadi? Cepat-cepat mata aku alihkan ke arah lain sebelum Dary makin perasan.
Makin seronok lah hati dia diapik oleh ramai perempuan. Yang seksi dan bertudung semua pun rapat dengan dia.
Memang popular betul ke?
==========
“YA ALLAH DIAN! Kalaulah aku jadi isteri dia. Memang tak tidur malam aku. Memang asyik nak tengok muka dia je. Senyuman dia. Lesung pipit dia. Kekacakan dia. Per..fect.”
Meera dah berangan. Berangan nak jadi isteri Dary.
Aku julingkan mata ke atas.
“Kenapa kau tak mengorat dia tadi?”
Meera pandang aku dengan geram. Macam nak telan pun ada.
“Kau rasa mudah ke? Kau tak nampak betapa ramainya peminat dia. Majoriti perempuan pula tu. Aku rasa kau je tak normal. Orang lain semua kerumun dia, kau je tak.”
“Tak kuasa aku nak kerumun macam tu. Buat sakit kepala je. Sah-sah la dia pandang kita biasa je. Jadi buat apa kita nak lebih-lebih beri perhatian pada dia. Lebih baik buat kerja yang lagi berfaedah. Pada aku, artis ni sama je macam kita. Bezanya dia popular. Tu je. Perlu ke nak perhatian yang terlalu istimewa. Nanti kalau dia jadi riak macam mana?”
Teringat senyuman sinis Dary. Nampak sangat bangga sebab ramai peminat. Yang penting aku tak tergolong.
Aku tak normal? Biarkan.
Kadang-kadang aku tak faham macam mana mereka boleh terlalu fanatik dengan artis. Siap tampal gambar di bilik, di rumah. Can’t relate.
“Hish! Cakap dengan kau ni memang aku takkan menang. Kau je pelik sebab tak minat artis sehensem macam tu.”
Aku cebikkan bibir.
“Yes! Aku tak minat nak berebut. Aku minat yang limited je. Bukan unlimited.”
Tiber! Entah apa aku merepek.
Perlu ke buka topik pasal artis?
“Dian. Ni ada orang bagi pada kau.”
Suzi yang datang dari arah belakang hulurkan sekuntum bunga ros pada aku. Berserta kad yang dilampirkan.
Aku dah biasa dengan keadaan ini. Siapalah si pengirim nya?
Where there is love there is life.
Tulisan pun print. Gigih ya. Dan di mana ada tong sampah, disitulah ada bunga ros.
I am sorry.
Aku lebih sukakan orang yang jujur. Kalau macam ni punya mengorat, sesiapa pun boleh. Tak lebih dari sicret admire jelah.
Selagi kau tak membahayakan hidup aku, aku terima je. Tapi.. ke dalam tong sampah la semuanya.
Emak aku cakap jangan ambil barang dari orang tak kenal.
===========
“DIAN…”
Suara seseorang yang sangat aku kenali menyeru aku dari belakang. Jari yang sedang menaip sesuatu di Tab, terhenti terus.
Aku pandang belakang. Memang aku dah agak itu, dia. Ingatkan aku hanya berhalusinasi.
Aku angkat kening. Itu soalan. Maksudnya. Kau nak apa?
Lelaki yang aku tak nak jumpa dan memang selalu aku berdoa supaya tak jumpa dia bila aku ada kerja outdoor.
Nampak nya luck aku kurang baik hari ini. Tadi jumpa Dary. Sekarang si kasanova ni.
Ergh! Aku perasan Meera yang memerhati dari jauh. Muka Meera kelat bila aku toleh padanya. Memang Meera pun tak suka dengan Naim, kasanova.
“Boleh saya cakap dengan awak sekejap?”
“Perlu ke?”
“Perlu. Untuk masa depan kita.”
Sekali lagi kening aku terangkat.
Kita?
Aku pandang Naim yang berbaju kemeja petak dan seluar jeans. Badan dia sedikit gemuk. Dikenakan pula dengan flip-flop. Memang dari dulu itulah kegemaran dia.
Nak kata hensem sampai aku tergilakan sangat pun tak juga. Biasa-biasa sahaja. Cuma yang tak hensem tu la ramai daftar diri jadi kasanova.
“Kita? Saya elok je kat sini.”
“Please Dian. Sekejap je. Dekat Baskin Robin tu je.”
Dia tunjuk baskin robin yang tak jauh dari tapak event aku esok.
Lama aku berfikir sebelum aku buat keputusan.
“Sepuluh minit only.”
“Okey.”
Aku dan Naim menuju ke Baskin Robin.
Kalau dah duduk tempat orang nak tak nak kena lah pekena aiskrim juga. Duduk percuma kan macam tak ada adab pula. Nasib baik kasanova ni belanja. Kalau tak boleh bocor poket aku bulan ni.
“Straight to the point sebab saya tak punya banyak masa untuk awak.” Tegas aku.
Kenapa wajah Naim macam sayu?
“Boleh ke kalau kita bersama semula?”
Lama Naim tenung aku sebelum meluncur ayat yang mesti 70/30 nak cakap atau tidak. Bukannya Naim tak tahu yang dia dah pun sakitkan hati aku sesakit sakitnya.
Ibarat gelas yang pecah tak boleh bercantum kembali ke bentuk asal. Begitulah hati aku.
Aku senyum. Sinis.
“Dah habis perempuan ke awak sidai?”
“Saya menyesal dengan perbuatan saya. Yang pasti awaklah yang terbaik untuk jadi isteri saya. Selamanya saya cintakan awak.”
Seperti pernah aku dengar selamanya saya cintakan awak. I see.
“Oh! Kiranya bunga-bunga ros yang saya terima selama ni, awak la kirimkan untuk saya?” Tebakku.
Naim kaku sebelum bersuara. Patutlah tulisan kad di print. Kalau tulis tangan sah-sah aku kenal tulisan cakar ayam milik Naim.
“Saya cintakan awak Dian. Selamanya. Saya tak boleh hidup tanpa awak.”
“Mustahil seorang kasanova boleh hidup dengan seorang perempuan. Selamanya saya tak percayakan awak. Takkan sesekali saya beri awak peluang tu meskipun saya tak berjodoh dengan sesiapa. Terima awak samalah macam saya rela kena telan dengan buaya.”
Apa dah jadi dengan dia ni? Cari aku. Perempuan lain yang dia usung ke sana ke mari dah tak boleh terima dia ke?
“Percaya atau tak, setiap hari saya teringatkan awak. Yes, saya ada perempuan lain tapi tak sama macam saya dengan awak dulu.”
Lelaki. Semua sama.
Memang lah tak sama. Nama lain. Perwatakan lain. Anak orang lain. Tang mana yang sama?
Masalah betul kasanova ni tau.
“Saya tak kesahlah awak ingat saya atau tak. Saya takkan terima awak. Titik!
Awak dah tunjukkan ciri-ciri yang tak baik dalam diri awak untuk saya. Bodohlah saya nak pilih awak sebagai suami. Memilih suami itu perlu sekalipun Allah dah tetapkan jodoh kita. Saya tetap percaya Allah akan beri yang terbaik untuk saya.
Kenapa kita putus? Sebab Allah dah tunjukkan sisi tak baik awak pada saya dari awal lagi.
Saya syukur. Sebelum kahwin saya dah tahu perangai buruk awak. Takkanlah anak saya nak berbapakan ayah yang curang?
Naim, curang itu pilihan. Bukan ketetapan. Curang tu kejam. Jujur nampak perih. Sakit. Tapi jujur lebih baik dari memilih untuk menipu. Kecewa takkan sama.
Kalau awak jujur, saya boleh terima dan boleh lepaskan awak. Kalau awak datang semula mungkin akan ada peluang kedua untuk awak sebab sikap awak yang jujur.
Sekarang ni, awak menipu. Penipu. Curang. Hati saya sakit yang tak ada ubat. Kalau betul awak berubah. Carilah perempuan baru dan binalah hidup baru. Kehidupan dulu adalah pengajaran. Kehidupan sekarang adalah belajar dan berhati-hati dengan pengalaman yang lepas. Assalamualaikum.”
“Satu lagi. Berhenti bazirkan duit belikan bunga untuk saya. Semua tu ke dalam tong sampah.”
Aku berlalu pergi tinggalkan Naim yang terkontang-kanting mencari arah. Luka yang lama seperti ditoreh kembali. Sakit. pedih. sedih.
Tak semua orang bernasib baik dapat peluang kedua. Sebab itu hargailah dan syukurlah apa yang ada sekarang sebelum semuanya hilang.
Aku sesekali takkan ambil mudah dengan lelaki atau perempuan yang curang. Perkara yang paling aku benci.
Penipuan terbesar akan dibuat dengan pasangan berkaitan curang.
Jujur. Pilih untuk jujur. Beritahu apa yang ada dari hati. Suka atau tak suka. Pasangan kita juga berhak untuk bahagia.
Trust is like a paper. Once it’s crumpled it can’t be perfect again.
==========
BERSIAP-SIAP untuk event hari ini. Hari ini akan menjadi hari yang paling sibuk. Kompeni aku buat event untuk usahawan-usahawan berjaya. Sebab tu ada ramai artis yang dijemput. Salah seorangnya adalah Danish Hakim.
Katanya tengah popular di Malaysia sekarang ni.
Ini adalah marketing untuk menarik ramai pengunjung datang ke situ.
Kenapa hati rasa lain ya? Rasa tak berapa tenang. Aku istighfar beberapa kali.
Astaghrifullahalazim. Allazi lailahailla, huwalhayyuqayyumwaatulbuilaikh.
Beberapa kali mengulanginya, barulah terasa lapang dan tenang hati ini.
Kadang Allah sengaja mengusik sebab diri ini selalu lupakan Dia.
“Wah! Beautiful ya hari ini.” Tegur emak aku yang tengah menuang milo dalam cawan.
Aku sengih.
“Kan nak jumpa ramai orang hari ni. Kena lah extra beautiful.”
Baru nak menjamah karipap otak aku teringat sesuatu.
“Allah! Alamak. Mati aku. Mati.”
Tangan mencapai tas tangan. Dikeluarkan I phone 13 pro max milik aku. Terus nombor Danish Hakim aku tekan dan hubungi.
Sekejap sahaja bersambung. Macam mana aku boleh lupa?
"Assalamualaikum Encik Danish. Maaf sangat-sangat. Saya nak tanya, grab ada jemput Encik Danish di airport kan?”
Ya Allah. Kalau jadi apa-apa pada tetamu VIP ni mati aku kena tibai dengan Ms Hew.
Tugas yang diberi tidak dijalankan dengan baik. Memanglah aku dah bagi nombor grab pada PA nya. Tapi tugas aku untuk pastikan semuanya berjalan lancar.
“Hmm.”
Aku pandang handphone milik aku. Hmm je dia jawab?
Adoi! Artis amende dia ni? Geram aku dengan respons dia.
Sabar Dian. Sabar. Pagi-pagi ni jangan spoil kan mood.
“Sekarang ni Encik Danish di mana ya? Hotel ke?”
“Yes.”
“Okey baik. Encik Danish bersiap dulu. Nanti grab akan jemput Encik Danish di hotel dalam pukul 10 pagi.”
“Noted.”
What the hell? Sebelum sabar aku sampai ke puncak, lebih baik aku tamatkan perbualan.
Artis? Artis yang tak mesra alam.
Ada ke? Artis macam ni kompeni aku jemput? Membazir je. Baik bagi aku je buat persembahan.
Dia ni takut terkeluar emas ke kalau jawab pertanyaan aku?
Lebih baik aku tanya Pak Cik Nasir. Pemandu grab yang aku upah untuk ambil dan hantar Danish Hakim hari ini.
Pak Cik Nasir beritahu dia tak menjemput Danish Hakim. Danish Hakim yang tak bagi Pak Cik Nasir menjemput mereka. Pelik.
Maksudnya mereka guna teksi airport ke? Atau pun drive sendiri. Entahlah.
Janji selamat sampai tempat event kejap lagi dah la.
Pak Cik Nasir hanya perlu jemput mereka di hotel kejap lagi. Sekurangnya aku tahu yang artis jemputan tu akan sampai tepat pada waktu.
Selesai kerja aku.
==========
BUNYI bising pengunjung dan semua mata tertumpu di situ. Tahulah aku bahawa artis pujaan mereka dah sampai. Siapa lagi kalau bukan Danish Hakim.
Bila ada artis automatik tempat jadi crowded sangat. Sejujurnya aku memang tak selesa dengan keadaan ini. Terus aku berjalan dan duduk di sudut yang sedikit jauh dari pengunjung.
Extra pengunjung hari ini. Aku percaya akan berlarutan sehingga malam. Selagi Danish Hakim ada, selagi itulah pengunjung akan ramai.
Memang bagus untuk usahawan. Tak berapa bagus untuk aku.
Aku pandang Danish Hakim yang berjalan sambil berbual dengan peminat. Siap tersenyum tersengih lagi. Cermin mata hitam diletak di atas kepala nya menampakkan lagi kekacakan dia. Memang kacak.
Tapi.. kenapa sangat dingin dengan aku? Nak berurusan dengan dia jadi payah. Sebab aku tak menunjukkan minat pada dia seperti peminat lain ke?
Sebab aku bukan fans dia? Atau apa? Kalau ya nampak nya dia bukan seorang profesional.
Tiba-tiba mata aku dan mata Danish Hakim bersatu. Satu. Dua. Tiga. Senyuman sinis dia hadiahkan.
Argh! Kenapa aku selalu tertangkap dengan dia? Nanti tak memasal dia ingat aku nakkan dia.
Huh! Ibarat macam teruja dalam diam. Terus berdegup kencang jantung aku. Bagai di pam-pam.
Tak lama kemudian, mikrofon diberikan kepada Danish Hakim oleh Deejay Lin. Deejay jemputan pada hari ini.
Bersembanglah mereka berdua.
Baru aku tahu Danish Hakim seorang penyanyi dan pelakon. Hebat.
“Sekarang saya sangat sibuk shooting drama terbaru di Samarinda. Korang! Nantikan okey. This september jam 10.00 malam.” Maka semua pengunjung pun bersorak ria.
“Ya. Ya. Esok pagi saya akan gerak ke Pulau Pinang terus. Ada shooting di sana.”
Aku dengar soal jawab mereka berdua. Sekali sekala aku terleka. Tak dengar pun.
“Miss. Ada bunga untuk miss.”
Kali ni seorang budak kecil ditugaskan untuk berikan bunga pada aku. Jemu.
Aku dah tahu pengirimnya. Naim.
Aku pandang sekeliling. Mencari kalau-kalau wajah lelaki itu kelihatan di sini. Bolehlah aku tunjuk penumbuk aku ni padanya. Walaupun kecil setakat nak kemikkan hidung dia boleh aje kut. Tak ada pulak.
Yang aku nampak cuma PA Danish Hakim menoleh kepada aku. Terus aku berikan senyuman manis pada dia. PA Danish Hakim ni boleh tahan juga hensem. Cuma badannya sedikit kurus.
Kad yang ada pada bunga ros tersebut aku buka.
Every time I see you, I fall in love with you all over again.
Aku mendengus kasar. Sikit pun aku tak terbuka hati membaca bait kata yang ditulis ni. Aku takkan sesekali jatuh hati padanya buat kali kedua, ketiga.
Never.
Apa yang dah jadi takkan dibiarkan terjadi kali kedua.
Cheat on a good woman, and karma make sure you end up with the bitch you deserve.
“Hai.”
Suara seseorang menegur aku di sebelah. Terus kad yang dibiar terbuka aku tutup.
Tergamam aku bila wajah Danish Hakim di depan aku.
Betul ke? Dia hai kan aku. Mamat ni okey ke?
“Hai.”
Aku pandang sekeliling. Risau aku kalau orang lain nampak. Habislah nanti peminat dia mesti tak suka aku.
Danish Hakim senyum. Sinis.
“Kita belum settle lagi tau?”
Aku kedutkan dahi. Aku pandang wajahnya. Memang macam kenal. Tapi… macam tak kenal.
“Saya kenal awak ke?”
Danish Hakim ketawa. Sikit. Cover.
Orang lain akan nampak macam aku dengan dia ni tengah berbahagia sangat. Hakikatnya...
“Awak tak kenal saya?”
Lambat-lambat aku geleng.
“Dua kali awak buat salah pada saya.”
Terus aku tekup mulut. Dary?
“You mean… Dary?”
“Ahaa. Good girl! Dary Danish Hakim Dato Razali.”
Huh! No wonder lah dia kerek. Anak dato.
Who care?
Jap. Dary. Danish. Orang yang sama? Macam mana aku boleh terlepas pandang. Aku tak cam langsung.
Ya lah. Style dia sentiasa lain. Macam mana aku nak cam. Aku bukan kenal dan selalu dengan dia pun.
“So… apa maksud awak belum settle? Saya buat apa kat awak?”
Benda kecil pun nak jadi isu ke? Kata busy. Hal macam ni boleh ada dalam otak dia?
“Minta maaf dengan saya segala tuduhan awak.”
“Huh! Besar sangat ke salah saya? Penting ke saya minta maaf kat awak?”
“Yes! It’s call ADAB.”
Tiba-tiba aku jadi bengang. Adab? Maksudnya aku tak ada adab? Dia?
“Awak nak cakap saya tak ada adab?”
Lelaki itu angkat bahu sahaja dan berlalu. Dia tinggalkan aku terkontang kanting. Sakit betul hati aku.
Dia cakap aku tak ada adab? Suka hati dia je.
==========
“FUH! Dalam ramai-ramai perempuan Danish Hakim tu pergi tegur kau Dian. Seronoknya! Aku ni perlu berebut tau nak borak dengan dia. Jeles aku.”
Meera seronok lain macam. Aku dengar je. Malas nak cakap. Kalaulah Meera tahu perbualan aku dengan Danish Hakim, mesti Meera tak jadi puji. Tak jadi nak jeles.
“Dia sembang apa dengan kau?”
Meera nak korek rahsia. Apa aku nak auta? Nak kuasa nak jawab. Meera teruja. Aku merana.
Ketika itu ada mesej masuk. Nasib baiklah. Selamat dari menjawab pertanyaan Meera. Aku buat-buat sibuk.
Berkedut dahi aku baca pesanan yang diterima.
Meera. Please datang ke Zenith Hotel room number 512.
Mesej daripada Ms Hew. Nombor dia.
Zenith Hotel? Ada apa kat sana? Aku pandang kiri dan kanan. Tercari-cari wajah Ms Hew. Lagipun memang tadi dia keluar sekejap. Tak tahu ke mana.
Aku minta diri dari Meera.
Sekarang dah pukul 12 tengahari. Waktu rehat Danish Hakim. So tak perlu lah aku pantau dia. Dia boleh keluar lunch atau ke mana sahaja.
Aku perlu pastikan pukul 2 petang nanti dia berada di sini semula. Nak hantar sekeping Whatsapp pun terasa malas. Kalau dia tahu si penghantar tu aku? Mesti dia akan layan dengan ugutan.
Kita belum selesai lagi. Itu je modal dia. Macam mana dia nak selesaikan entah. Ataupun layanan dingin dia selama ni dengan aku sebab dia dah tahu aku adalah musuh dia.
==========
TERAGAK-AGAK aku nak ketuk bilik 512 ni. Macam tak ada apa jadi pun.
Kenapa Ms Hew kena berada di sini? Pelik. Aku whatsapp Ms Hew sepatah.
You ketuk pintu dan masuk saja dulu.
Aku tarik nafas. Lepas. Kalau dah jawabnya begitu lega sikit rasa hati. Ada lah tu perkara yang aku belum tahu Ms Hew nak buat.
Dua tiga kali tekan loceng tapi tak ada orang buka. Aku cuba membuka pintu.
Boleh. Pintu ni macam tak tertutup rapat. Kalau tak, tak ada maknanya boleh ceroboh sesenang itu.
Dah Ms Hew ni tak tutup rapat, aku masuk jela. Dia tak ada kut. Macam sengaja direnggangkan sedikit supaya mudah aku masuk.
Cantiknya bilik dia. Luas. Macam apartment pun ya juga. Ada pantri. Ada katil queen dua. Bersih. Kemas. Di satu sudut ada dua buah bagasi. Bermakna ada pemilik di sini.
Eh! Memang la ada pemilik. Kalau tak macam mana aku boleh lepas masuk bilik yang tak ada pemilik.
Ms Hew bercuti dengan famili dia di sini ke? Bermacam-macam bermain di fikiran.
Dalam bilik air terdengar bunyi air. Ada orang mandi.
Gulp. Aku telan liur. Dalam rasa hati yang tak menentu, aku duduk di sofa. Menunggu Ms Hew. Sambil tu aku skrol telefon bimbit.
Lima minit berlalu. Terasa lambat betul Ms Hew. Kalau Ms Hew mandi, macam mana dia boleh balas pesanan aku tadi? Bermakna dia kat luar. Siapa dalam kamar mandi?
Tengah berteka teki pintu bilik air di buka.
Berdebar-debar hati aku melihat siapakah yang akan keluar. Ya Allah! Hati aku makin rasa gelisah ni.
Gulp! Terasa jantung aku berhenti mengepam apabila sepasang mata menikam wajah aku. Tajam pandangannya. Aku pula seakan terpana melihat tubuh sasa miliknya itu yang hanya bertuala sahaja di pinggang.
Apa semua ini?
“A…a… wak!” Terkejut.
“Kau buat apa kat bilik aku ni?!” Nadanya naik satu oktaf namun bukan menengking. Suaranya cuma terkejut dengan kehadiran aku di sini.
Ya. Aku sendiri pun terkejut beruk.
Ms Hew nak kenakan aku ke?
Belum sempat aku jawab, ketukan diluar pintu bertalu-talu. Aku merasa lega. Mungkin Ms Hew. Ada sinar sedikit di wajah aku.
Terus aku meluru ke arah pintu. Pintu dibuka. Tapi… lain yang jadi. Terasa wajahku tak berdarah.
“Saya wakil dari pejabat agama ada terima aduan di sini ada lelaki dan perempuan bukan mahram duduk bersama.”
Aku pejam mata. Beberapa orang berkopiah buatkan aku kelu. Apa aku nak jawab?
Ya Allah. Tunjukkan yang semua ini hanya mimpi Ya Allah. Terbayang wajah emak dan ayahku. Perasaan tidak enak aku bersebab dari pagi tadi.
“Maaf encik. Semua ini salah faham. Memang kami belum berkahwin tapi saya dengan dia tak ada buat apa-apa.”
Danish Hakim yang belum sempat berbaju datang untuk memberitahu keadaan yang sebenar.
Percaya ke mereka? Dalam keadaan lelaki yang separuh bogel.
Mereka melihat Danish atas dan bawah.
“Awak bukan ke selebriti terkenal tanah air?” Soalan daripada salah seorang daripada mereka.
Ya Allah! Kesiannya Danish Hakim. Dia dikenali ramai.
Aku hanya menunduk. Danish Hakim kelu dengan soalan itu.
“Hey! Apa kau nak buat sebenarnya ni perempuan? Cuba kau bagitahu aku. Kau cuba nak jatuhkan aku ke??!” Marah Danish Hakim secara tiba-tiba pada aku.
Memang sekarang ini nampak macam aku nak perangkap dia. Nak jatuhkan dia. Tapi sebenarnya tak.
Ya Allah. Kau selamatkan aku Ya Allah.
==========
LAGI setengah jam sebelum jarum jam menunjukkan ke angka 2. Berita ditangkap khalwat bakal tersebar bila-bila masa sahaja.
Aku pandang Danish Hakim yang cukup marah pada aku. Aku tunjukkan mesej yang aku terima dari Ms Hew. Aku tak salah.
Ya. Salah atau tak perkara dah jadi. Tapi sekurangnya aku boleh bersihkan nama aku dari dituduh oleh Danish Hakim.
“Damn! Ada orang nak kenakan aku.”
Meera baru sahaja hubungi aku. Katanya Ms Hew cari aku di sana. Dan handphone Ms Hew hilang. Ini bermakna bukan Ms Hew yang menghantar pesanan pada aku tadi.
Ada orang nak kenakan aku? Atau kenakan Danish Hakim?
Pening. Cukup pening aku fikir segala macam yang jadi hari ini.
“Saya mohon maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Kalau saya tahu awak kat dalam saya pun tak boleh nak masuk.” Kataku bersungguh pada Danish Hakim.
Dia merenung ke arahku. Dalam. Buat aku jadi tak selesa. Terus aku melarikan anak mata ke arah lain.
Syarat orang pejabat agama tadi juga memeningkan aku. Aku kesiankan Danish Hakim. Aku juga kesiankan diri aku.
“Kalau awak tak nak nama awak tercalar, kami boleh tutup rahsia ni dari media. Syaratnya awak perlu bertanggungjawab terhadap maruah perempuan ini.”
Berkali aku jelaskan yang maruah aku tak tercalar pun. Tapi katanya duduk berduaan dah dikira tidak bermaruah. Mendekatkan diri pada maksiat. Memang betul. Masalah aku sendiri tak tahu aku dijerat. Kalau aku tahu, aku tak gila nak masuk perangkap.
“Jom. Saya hantar awak ke tempat event. Nanti bos awak mesti cari awak.” Danish Hakim sudah bangun dari duduk. Sekarang ini dia menutup wajahnya dengan memakai mask muka. Dalam keadaan macam ni pun dia risaukan aku?
“Takpe la. Awak pergi dulu. Nanti saya akan order grab.” Aku tak mahu susahkan dia. Kami tak kenal. Aku kena berhati-hati selepas ini.
“Jangan degil. Jom ikut saya. Kalau tadi awak boleh jadi berani masuk bilik saya. Takkan sekarang awak takut pula?”
Tak puas hati. Dia menempelak aku seolah-olah aku yang bersalah dalam hal ini. Nak tak nak aku ikut juga langkah dia.
==========
“KAU pergi mana?”
Soal Meera sebaik sahaja aku sampai di tempat event. Aku tak tahu nak jawab macam mana.
“Macam mana handphone Ms Hew boleh hilang?” Pelik aku.
Time macam ni boleh hilang.
Semua ni seolah sudah dirancang. Siapa yang merancang? Naim ke?
Jahatnya aku menuduh. Astaghfirullah.
Meera angkat bahu.
“Dia cakap dia buat kerja then handphone tertinggal di meja waktu dia nak ke tandas. Balik je dari tandas tengok dah tak ada. Dia cari kita sebab nak info handphone dia hilang. Dia takut orang yang mencuri tu guna handphone dia untuk pinjam duit ke apa. Kau ke mana?”
Termangu aku mendengarnya. Bukan minta untuk pinjam duit. Tapi dah perangkap aku dengan Danish Hakim. Siapalah yang berhati busuk terhadap lelaki itu. Kalaulah media tahu tanggung malu keluarga aku seumur hidup. Keluarga Danish Hakim juga.
“Aku keluar lunch tadi. Dengan kawan lama.” Itu sahaja yang terlintas di hati sekarang ni.
Meera berhenti menyoal. Aku pula melayan perasaan. Sekali sekala mata aku tertumpu pada Danish Hakim yang baru selesai menyanyi. Pandai dia sembunyikan masalah. Nampak tenang. Tiada resah. Senyum sahaja dihadapan orang ramai. Hati dan jiwa berkocak tak siapa dapat baca kecuali Allah saja.
Memang begitulah dunia artis agaknya. Dalam rasa sedih tetap perlu hiburkan orang lain. Terlalu seksa menjadi hipokrit.
Sekali-sekala mata aku dan mata dia bersabung.
Selagi pejabat agama tak buka cerita takkan ada yang tahu. Aku tak nak emak dan ayah aku sedih. Kepercayaan yang diberi pasti terasa seperti diragut oleh anak sendiri.
Sedihnya Ya Allah. Semoga aku dan Danish beroleh kata sepakat.
==========
TIGA hari berlalu. Danish Hakim yang selesai kerja di Pulau Pinang kembali ke Melaka untuk berjumpa dengan aku.
Hal kami masih belum selesai. Dia ajak aku kahwin, aku yang tak berapa setuju.
Tetapi, tak ada jalan lain lagi.
“Awak tak setuju ke nak kahwin dengan saya Dian?” Soal Danish Hakim untuk ke seratus kalinya.
Sugul sahaja rasa hati aku ni. Ada pilihan ke?
“Saya ada pilihan lain ke?”
Danish Hakim renung mataku dalam-dalam. Seolah ingin menyelami hati aku.
Dia senyum.
“Awak tak kenal saya?”
Berkedut dahi aku bila disoal begitu. Kepala yang tidak gatal aku garu. Kening diangkat. Kopi karamel di hadapan aku sedut sedikit. Sejuk terasa sampai ke tulang sum-sum.
“Siapa?” Betul-betul tak kenal. Aku blur.
“Saya lelaki yang pernah usik awak masa dalam kelas dulu. Saya senior awak. Tapi selalu lepak dalam kelas awak. Setiap kali rehat saya usik awak.”
Danish tersengih.
Mata aku bulat. Terus ingatan menjengah waktu sekolah menengah. Memang ada seorang lelaki yang selalu usik aku. Tapi aku memang tak layan sebab aku malu.
“Awak? Awak orangnya?” Soalku tak percaya. Sukar.
Tula dulu-dulu tak layan. Kan lupa teruk jadinya.
“Yes! Saya suka usik awak. Tengok muka awak jadi merah. Sangat comel. Kalau awak kahwin dengan saya pun, awak tak perlu risau. Memang saya kenal awak dah lama. Lagipun memang saya berharap kita jumpa semula. Dan tak sangka kita jumpa. Tapi… tula. Awak tak suka artis.”
Aku mencebik. Aku bukan tak suka artis aku cuma tak fanatik macam orang lain.
“Kita kahwin ya? Saya dah ceritakan semuanya pada keluarga saya.”
Bulat mata aku. Ceritakan semuanya? Boleh ke keluarga dia terima keluarga aku yang dari kalangan orang biasa ni? Mak ayah aku bekerja sebagai guru. Pekerjaan yang mulia tapi kalau nak dibandingkan dengan keluarga Danish Hakim kan jauh bezanya tu. Macam semut dengan gajah.
“Keluarga saya faham. InsyaAllah kalau kita ikut apa yang pejabat agama tu nak rahsia kita takkan bocor pada media. Saya masih lagi siasat siapa dalang dalam kes ni.”
Garu kepala aku dibuatnya.
Siapalah yang nak memecah belahkan hidup orang lain ni?
===========
MAJLIS dibuat kecil-kecilan sahaja di rumah aku. Danish Hakim telah cerita segalanya kepada emak dan ayahku dan alhamdulillah mereka faham.
Menceritakan hal sebenar sangat penting. Bila media tahu esok-esok tak ada lah keluarga aku rasa tertipu.
Jujur. Bersikap jujur walaupun kebenaran itu perit untuk diterima. Orang jujur akan sentiasa peroleh kepercayaan. Orang yang menipu akan sentiasa ditolak walaupun dia berkata jujur.
Danish Hakim pandang aku dalam busana pengantin. Berwarna putih. Sangat simple. Memang kami terpaksa rahsiakan dulu perkahwinan ini. Tak mahu media manipulasi cerita yang bukan-bukan.
Perkara tak betul pun boleh pusing jadi betul.
“Beautiful.”
Pujinya sangat romantik buat aku cair. Rasa nak melompat. Rasa kelakar. Rasa takut. Semua ada.
Kalau Meera tahu ni memang dia menangis tepi bucu. Menangis sebab crush dia sudah jadi suami aku.
Aku sendiri pun tak sangka boleh kahwin dengan Danish Hakim. Seakan mimpi. Bila bangun dari lena semuanya kembali normal.
Aku pandang Dary Danish Hakim. Walaupun berbaju melayu putih dan dikenakan dengan songkok sahaja, tetap kacak.
Orang kacak pakai apa pun tetap tak menghakis kekacakan dia. Cuba aku yang comot ni? Pakai macam mana pun tetap nampak comot.
Sedang asyik aku pandang wajahnya, telefon bimbit milik dia berbunyi. Bila dijawab, serius sahaja bunyinya. Macam ada perkara penting sahaja. Talian diputuskan.
Danish Hakim pandang aku. Automatik dia pegang tangan aku. Bawa ke halaman belakang rumah emak aku.
Disitu ada air terjun buatan. Tenang sahaja bunyinya dengan kicauan bunyi burung beserta air terjun. Melihat ikan-ikan yang berenang. Bermain berkejaran tanpa fikir sebarang masalah.
Sampai masa makan mereka akan diberi makan. Sampai masa main, mereka akan berkejaran sesama sendiri.
“Kenapa ni?” Soalku pada Danish Hakim.
Danish Hakim renung aku. Sebelah tangan mengusap pipi aku. Gementar rasanya. Ini kali pertama aku mendapat sentuhan seorang lelaki.
“Saya dah tahu siapa yang kianati kita.”
Berdegup kencang terus jantung aku. Terasa tak sabar nak tahu. Siapa yang jahat sangat tu.
“Siapa?”
Lama Danish Hakim diam sebelum menjawab. Nafas ditarik dan dihembus.
“Amir. My PA.”
Ringkas. Padat.
PA dia? Aku pernah tengok lelaki itu bersamanya. Elok saja.
“Kenapa?”
Berkedut kening aku fikir motif dia.
“Entah lah. Dia dengki dengan kejayaan saya.”
Macam-macam orang pun ada. Dengki dengan kejayaan orang lain? Then, binalah kejayaan sendiri. Tapi, kenapa aku sasaran lelaki itu?
“Awak je perempuan terbaik yang dia boleh perangkap. Dia perhatikan awak sejak awak hubungi saya untuk event ni. Dari situ dia cuba mengenal awak untuk perangkap awak. Awak selalu dapat bunga?”
Aku angguk. Bunga ros beserta kad.
“Bunga tu dia yang kirim. Dia nak suruh awak fikir saya yang kirimkan. Perasan tak awak selalu dapat bunga terutama bila selepas kita terserempak.”
Aku angguk lagi. Memang betul. Tapi hari tu Naim mengaku dia yang bagi. Mungkin Naim sekadar mengambil kesempatan. Berharap aku akan cair dengan kata-kata romantis dalam kad itu.
“Dia yang curi handphone boss awak. Dia yang whatsapp awak. Dia balik ke bilik dengan saya waktu tu. Itu yang saya pelik macam mana awak boleh masuk bilik hotel saya sedangkan awak tak ada kad. Rupanya Amir dah renggangkan pintu bilik siap-siap. Lepas awak masuk je dia terus suruh orang pejabat agama serbu.”
“Licik betul dia.”
Danish Hakim mengangguk. Dia senyum sedikit.
“Kalau saya jumpa dia, saya nak terima kasih pada dia sebab perangkap saya dengan perempuan yang saya sayang dah lama.”
Isk! Malu teruk aku macam ni.
Maksudnya dia ushar aku dari zaman sekolah sebab dia minat aku?
Mengada betul.
==========
“MORNING SAYANG.”
Aku lihat jam yang tergantung di dinding. Dah pukul 8.00 pagi. Lepas subuh tadi sengaja aku tidur sekejap.
Danish Hakim ni tak tidur ke? Bagusnya dia. Aku lihat dia menghadap laptop. Kesian dia. Sibuk. Panggilan telefon asyik masuk je.
“Morning. Maaf saya tidur tadi.”
Danish bangun dari duduk nya. Dia datang mendekat dengan aku. Mulalah jantung aku bagai di pam.
Laju sahaja dia berjalan. Hensem. Pakai t shirt tanpa kolar dengan seluar pendek pun hensem.
Parah sungguh aku ni.
“Tak apa. Lagi pun saya siapkan kerja tadi. Sayang… thank you sudi jadi isteri saya. Terima saya seadanya. Apa yang saya nak minta kat awak, walau apa pun yang jadi. Berita apa yang awak baca tentang saya don’t make assumption selagi awak belum tanya saya.”
Bila dia panggil sayang mulalah hati aku ni bagai digeletek. Terasa disayangi. Aku masih malu-malu lagi dengan Danish Hakim. Tapi aku cuba untuk biasakan diri dengan lelaki ini.
“Thanks juga sebab sudi jadikan saya isteri awak. Saya tak sempurna tapi bimbingla saya jadi seorang isteri yang baik. InsyaAllah.”
Danish Hakim senyum. Sebelah tangannya merangkul pinggang aku. Kemas di dalam pelukannya.
Berbahang teruk muka aku jadinya.
“For everyday I miss you. For every hour I need you. For every minute I feel you. For every second I want you. Forever, I love you. Let’s love till the end.”
Semakin erat Danish Hakim merangkul pinggang aku.
Terasa selamat di sisinya.
Terima kasih Allah atas jodoh yang telah Engkau berikan. Tak pernah terlintas untuk menjadi isteri di usia ini, secepat ini setelah dikecewakan dulu.
Allah memberikan yang terbaik untuk aku di waktu yang terbaik.
Siapa pun dia, aku akan cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik untuk nya.
Dary Danish Hakim, whatever happen i plan on being with you until forever ends (Love)
TAMAT